Salam
Maal Hijrah...
Salam
ceria di hari Khamis...
Lepas
tue, citer pasal kemalangan superbike yang berlaku di Highway Karak
baru2 nie, memang sedih rasanya, walaupun mangsa kemalangan tidak ada
kena mengena dengan saya...Dengar citer, sikap orang-orang kita yang
tidak memberi signal untuk masuk side jalan yang menyebabkan
kemalangan dan kematian... Yang nie memang betul sebab saya pun
selalu alami perkara sebegini... Sikap segelintir orang-orang kita
yang tak bagi signal memang sesuatu yang menyusahkan orang lain,
disebabkan nak elak daripada dia melanggar kita, tanpa sedar kita pun
akan menyebabkan orang lain akan trbabit sama... Saya pun nyaris2
jugaklah nak alami kemalangan disebabkan nak elak kereta daripada
bertembung akibat secara tiba-tiba dia menukar laluan tanpa beri
signal...
Starlavenderluna
Selamat
hari Rabu dan salam ceria semua...
Well
nie la gambar-gambar yang sempat di snap oleh member opis saya...
Macam2 aktiviti yang kami jalankan antaranya yang famous main
permainan “benggong2”... hehehe bukannya gelaran pada orang tau,
tapi satu permainan di mana kami dikehendaki mempunyai 3 orang rakan
dan kami perlu melakonkan babak di mana bila fasilitator nie berkata,
jadi “fire”, rakan yang tengah perlu melakonkan babak bunyi siren
bomba iaitu “benggong2” manakala dua lagi rakan perlu melakonkan
babak memancut air...kemudian bila fasilitator berkata jadi “bomba”,
rakan yang tengah perlu lakonkan babak makan tembikai, yang dua rakan
lagi perlu lakonkan babak membuang biji tembikai...hihihi tue salah
satu permainan yang kami buat, ada jugak kami buat simulasi lakonan,
buat tarian chicken dance dan macam-macam lagi...
Hope
sumanya sihatlah hendaknya... Kejap aje masa berlalu, pejam celik
pejam celik hari nie kita dah memasuki hampir pertengahan bulan
Oktober, kan.... Keja pun macam biasa aje, ada masa sibuk dan ada
masa santai (means takde pelanggan yang masuk ke library)... Saya
memang 8 jam bertugas di kaunter perkhidmatan sebabnya saya masih tak
mempunyai meja kerja... huhuhu nak buat camne, redha ajelah dengan
pemberian jabatan, tapi tue lah susah sikit saya nak buat keja nie
sebab tak mempunyai PC sendiri... PC yang saya pakai sekarang adalah
PC server sistem dan tak boleh guna internet selalu sebab takut jadi
effect pada PC server sistem, naya nak install semula sistem tue,
sebab kena telefon vendor dan sebagainya... Laptop saya pulak buat
hal pada monitornya, asyik bling-bling aje, tue lah Insha Allah nanti
saya nak beli laptop baru, takpun netbook ke di mana harganya lebih
murah daripada laptop...


Okey,
jumpa lagi di lain entri... Fii Amanillah...
Hehehe
naik pening jugak kan fikir tentang masalah manusia... sebab tue saya
tak berapa suka sangat nak berceloteh tentang masalah manusia nie,
memeningkan kepala aje... Kehidupan mesti diteruskan dan kita sebagai
manusia takkan dapat lari daripada ditimpa kesusahan sebab Allah nak
lihat sejauh mana kita ingat pada Dia....Adakah kita menghadapi
dugaan dan kesusahan ini dengan tenang atau sebaliknya? Saya sendiri
pun mempunyai masalah dan hanya Allah saja tempat saya mengadu
masalah jika saya tiada penyelesaian, dengan cara istikharah... Saya
tak kisah dengan pandangan orang lain sebab mereka tak tahu isi hati
saya yang sebenarnya tapi Allah tahu segala-galanya... Apa yang
berlaku pada saya sekarang adalah ketentuan yang Allah dah tetapkan
untuk saya dan saya sebagai hambaNya, kenalah redha dan berlapang
dada... Sebabnya saya tahu Allah mempunyai rancangan yang cukup hebat
untuk kehidupan saya seterusnya... Hope awak pun camtu jugaklah,
yea... La Tahzan, Insha Allah, Allah sentiasa beri bantuan kepada
kita dengan syarat kita kena mengadu pada Dia dan bukannya
perkara-perkara yang mendatangkan kemurkaan Allah...