Pages

  • Home
  • Blog
  • About
  • _About Me
  • _Contact
  • My Bookmark
  • My Bloglist
  • _My Bloglist
  • Disclaimer

Social Icons

Jurnal Shikin Razali

Tahniah, Anda Hamil!

Thursday, February 28, 2013


Tahniah, Anda Hamil! Apa Yang Perlu Anda Tahu Seterusnya?

Anda mesti mempunyai banyak soalan. Tidak kira jika ini adalah kehamilan anda yang pertama atau anda ingin menambah ahli keluarga anda. Salah satu daripadanya ialah tentang penjagaan kesihatan. Sepanjang 40 minggu hamil, pelbagai perubahan fizikal dan mental yang anda dihadapi. Oleh yang demikian, siapkan diri dengan segala info agar anda seronok sepanjang kehamilan.


8 Perkara Perlu Anda Tahu Untuk Kehamilan Sihat 


1. Pemeriksaan Antenatal
Penjagaan antenatal sangat penting untuk memastikan anda dan bayi sihat sepanjang kehamilan. Berjumpa doktor O&G sejak awal kehamilan membolehkan mereka memantau kesihatan dan perkembangan bayi dan anda dari semasa ke semasa.

2. Jaga Pemakanan
Sebenarnya, dalam kehamilan tiada istilah makan untuk dua orang. Ketahuilah bahawa keperluan tenaga ibu hamil tidak berubah sepanjang enam bulan pertama kehamilan mereka. Keperluan ini mula meningkat sedikit ketika tiga bulan terakhir kehamilan iaitu penambahan lebih kurang 200 kalori sehari. Yang penting, ibu hamil perlu mengambil makanan yang berkhasiat dan seimbang. Pada masa yang sama, pastikan makanan yang diambil bersih bagi mengelakkan sebarang jangkitan penyakit.

Sekiranya berpuasa, pastikan anda bersahur dan berbuka dengan makanan yang berkhasiat. Hidangan anda mestilah mengandungi protein, lemak, karbohidrat, vitamin dan mineral. Cegah dehidrasi tubuh dengan perbanyakan minum air kosong pada waktu malam.

3. Pengambilan Asid Folik
Asid folik penting bagi ibu hamil kerana boleh membantu mencegah masalah spina bifida dan masalah kecacatan tiub neural. Semua wanita yang merancang untuk hamil dinasihatkan supaya mengambil tambahan harian asid folik sebanyak 400mcg bermula semasa pembenihan dan sepanjang tiga bulan pertama kehamilan.

4. Bersenam
Senaman boleh memberi kekuatan dan ketahanan pada ibu hamil. Senaman juga akan memudahkan ibu hamil kembali ke bentuk tubuh asal selepas bayi anda dilahirkan. Semasa hamil, wanita digalakkan melakukan senaman lantai pelvik bagi menguatkan otot sekitar pelvik yang membantu mengelakkan daripada berlakunya inkontinens, yang selalu dialami oleh wanita hamil. Tekanan inkontinens adalah terkencing akibat aktiviti tertentu seperti bersin, ketawa atau bersenam.

5. Pakaian Dan Kasut Ketika Hamil
Sepanjang kehamilan, ibu-ibu disarankan agar memakai pakaian yang longgar dan tidak mencengkam terutamanya pada bahagian pinggang. Pastikan juga pakaian tersebut menggunakan fabrik yang mudah serap peluh seperti kain kapas. Pada masa yang sama, pakaian dalam juga perlu yang sesuai iaitu khas untuk wanita hamil. Untuk kaki, pilihlah kasut bertumit rendah dan diperbuat daripada kanvas atau kulit yang membantu memberi sokongan kepada tapak kaki anda.

6. Hadkan Pengambilan Kafein
Sesetengah penyelidik berpendapat bahawa pengambilan terlalu banyak kafein boleh menyumbang kepada risiko keguguran dan melahirkan bayi yang tidak cukup berat. Pakar memberitahu bahawa jumlah pengambilan kafein yang tidak memudaratkan ialah sekitar 150mg hingga 300mg, dalam 3 cawan. Walau bagaimanapun, pengambilan kafein yang kurang daripada kadar tersebut adalah lebih baik.

7. Atasi Morning Sickness 
Morning sickness merupakan masalah paling biasa berlaku pada awal kehamilan tetapi tahap keseriusannya berbeza antara wanita. Masalah ini tidak akan mengancam bayi dalam kandungan selagi anda mampu untuk menyimpan sebahagian daripada apa yang dimakan. Sama penting adalah anda harus banyak minum air. Makanlah makanan seimbang jika anda boleh, tetapi jika berasa amat loya, makan apa saja yang mampu.

8. Rehat Secukupnya
Ibu hamil disarankan agar mendapatkan rehat secukupnya. Jika sakit belakang mengganggu tidur, cubalah berurut. Tapi, pastikan urutan tersebut dilakukan oleh individu yang berpengalaman. Selain itu, senaman dan aktiviti santai juga boleh membantu meredakan tekanan yang dihadapi.
read more

Perkembangan Bayi Dari Lahir Hingga Dua Tahun

Wednesday, February 27, 2013


artikel 6
Perkembangan Bayi Dari Lahir Hingga Dua Tahun
Sebagai ibu bapa, memang seronok melihat anak-anak membesar dengan sihat dan bijak. Daripada lahir sehingga umur mereka dua tahun, pelbagai keletah dan kerenah dapat diperhatikan. Sesetengahnya mencuit hati dan adakalanya membuatkan anda berasa bangga menjadi ibu bapa mereka. Sebolehnya, kita mahu berada di sisi ketika mereka melakukan sesuatu buat kali pertama seperti ketawa, berdiri sendiri, berjalan, mengucapkan perkataan, memanggil mama atau papa dan sebagainya.

Biasanya, perkembangan awal kanak-kanak diukur daripada pertumbuhan dan perkembangan fizikalnya.  Bayi baru lahir akan diukur berat dan tingginya untuk dicatatkan dalam carta supaya boleh dijadikan rujukan. Carta ini digunakan untuk mengetahui sama ada seseorang bayi itu membesar secara normal atau tidak.

Tahap-tahap Pertumbuhan Bayi Adalah Seperti Berikut:
  0 hingga 3 bulan
• Berupaya bertindak balas jika anda menyentuhnya dengan lembut pada pipi atau bahagian sensitif lain seperti tapak tangan dan kaki.
• Dalam tempoh ini juga, kemahiran motor bayi mulai terbentuk dengan baik. Bayi boleh menoleh kepala ke kiri dan ke kanan dan meluruskan tangan serta kaki.
• Mata bayi sudah boleh melihat tetapi tidak fokus.
• Pada usia enam minggu, bayi boleh tersenyum.
• Pada usia lapan  minggu bayi akan mengeluarkan bunyi tetapi sukar difahami.
• Kepala bayi sudah boleh diangkat apabila dibaringkan secara meniarap.
• Pada usia tujuh hingga lapan minggu bayi sudah boleh memegang alat permainan lembut dalam tempoh sekejap.
• Pada usia sembilan minggu bayi sudah boleh melihat dari satu objek ke objek lain.
Tip: Beri bayi anda alat permainan yang mengeluarkan bunyi untuk merangsang kemahiran pendengarannya.   

3 hingga 6 bulan
• Pada usia 14 minggu, bayi sudah boleh berguling dari perut ke belakang dan sebaliknya.
• Bayi juga boleh mencapai objek dan menggoncang permainan.
• Bayi sudah boleh memegang dua permainan sekali gus dan meletakkannya dalam mulut.
• Bayi sudah boleh mengangkat dadanya apabila dibaringkan secara meniarap.
• Pada usia 16 minggu bayi sudah mulai menendang-menendang kakinya.
• Genggaman tangan bayi mulai kejap dan kemahiran motornya kian mantap.
• Bayi boleh mengangkat kepalanya dalam masa yang agak lama dan memandang ke arah anda.
Tip: Menyanyi akan menceriakan bayi anda dan merangsang kemahiran lisannya. Jadi, ajaklah anak tepuk tangan dan gerakkan badannya mengikut rentak muzik.

6 hingga 9 bulan
• Bayi mulai menolak dirinya dengan menggunakan kedua-dua tangan, perut dan lutut.
• Mata bayi mulai fokus dan mengekori pergerakan anda di sekeliling rumah.
• Bayi juga mulai merangkak.
• Sudah boleh menggunakan genggaman hujung jari yang melibatkan jari telunjuk dan ibu jari untuk mengambil objek kecil.
• Mulai berdiri dengan sokongan pelbagai barang dalam rumah seperti kabinet, rak, meja dan sebagainya.
• Mulai berjalan dengan bantuan barang-barang sokongan seperti perabot.
• Bayi mengeluarkan pelbagai bunyi suku kata seperti ‘ba’ atau ‘da’ yang jelas tetapi tidak difahami.
Tip: Ajar anak menyebut perkataan yang mudah seperti mama dan papa untuk merangsang kemahirannya bercakap.

9 hingga 12 bulan
• Pada usia 40 minggu bayi mulai boleh berdiri dengan sendiri tanpa bantuan perabot.
• Sesetengah bayi mulai memulakan langkah pertama pada usia 41 minggu.
• Bayi juga berminat menolak kereta sorong dan memegang objek yang lebih besar seperti bola.
• Bayi juga boleh memegang objek yang halus seperti pensel dengan cermat.
• Bayi boleh mengenali ahli keluarganya dengan jelas seperti ibu, bapa dan adik-beradik.
• Sudah memahami arahan mudah anda seperti ‘jangan’.
• Bayi gemar bermain ‘sorok barang’ dengan anda.
Tip: Mengajak anak bermain ‘sembunyi-sembunyi’ akan merangsangnya menjadi lebih fokus ketika melihat.  

12 hingga 24 bulan
• Pada peringkat ini kanak-kanak biasanya sudah pandai berkata-kata. Contohnya. “Mana mama?”
• Ketika bercakap, mereka akan fokus terhadap apa yang mereka cakapkan itu.
• Semasa membaca buku bersama, mereka akan turut menyebut nama objek-objek yang ada di dalamnya.
• Kanak-kanak dua tahun juga semakin pandai naik dan turun tangga.
• Boleh membuka zip yang bersaiz besar.
• Sudah pandai melukis.
• Semakin pandai memegang dan menggunakan sudu.
Tip: Beri anak anda sudu dan garpunya sendiri ketika makan untuk merangsang kemahirannya memegang sesuatu benda.

Manakala perkembangannya pula akan merangkumi 5 asas utama iaitu perkembangan fizikal, bahasa, kognitif, sosial emosi dan estetika serta daya kreatif. 

1. Perkembangan Fizikal
Si manja mengalami perubahan dari segi bentuk dan saiz; kebolehan mengawal pergerakan motor kasar dan halus serta koordinasi anggota badan. Motor kasar berkaitan dengan otot-otot kasar seperti merangkak, memanjat, berjalan dan berlari. Manakala motor halus berkaitan dengan hal yang menggunakan saraf seperti melakar dan melukis.
Tip rangsangan: Berikan anak kertas dan pensel warna. Biarkan dia melukis apa sahaja yang diingini untuk memupuk kreativiti mereka.

2. Perkembangan Bahasa
Anak anda akan mengalami perubahan daripada tahap mengeluarkan bunyi-bunyian kepada penerimaan, kefahaman dan mengeluarkan kata-kata sebagai tindak balas kepada rangsangan. Dia akan belajar menyebut apa sahaja yang didengarkannya. Sama ada melalui percakapan ibu bapa, bahan bacaan yang dibaca kepadanya, menonton televisyen dan mendengar radio.
Tip rangsangan: Ajaklah anak menyanyi lagu dengan lirik ciptaan anda sendiri agar anak boleh belajar menyebut perkataan dengan betul. Misalnya,“Masa mandi, gosok gigi, gosok gigi, gosok gigi...baru bersih.”

3. Perkembangan Kognitif
Ini bermaksud keupayaan kanak-kanak mengumpul maklumat dan menyelesaikan masalah. Perkembangan kognitif kanak-kanak berbeza mengikut tahap usia. Interaksi dan komunikasi orang dewasa dengan kanak-kanak adalah perlu. Kanak-kanak memahami dan akan belajar meniru sebutan berbahasa dengan betul setelah melakukan pengumpulan maklumat.
Tip rangsangan: Setiap kali melakukan sesuatu, beritahu anak apa yang anda sedang buat. Misalnya, “Mama nak buka lampu ni,” lalu tekan suis dan lampu akan menyala. Dengan cara ini anak anda akan memahami perbuatan tersebut. 

4. Perkembangan Sosial Emosi
Kanak-kanak mula belajar bergaul, berinteraksi dan meluahkan perasaan. Mereka semakin membesar dan pastinya perkembangan emosinya berbeza seperti gembira dan marah. Asuh kanak-kanak dengan mendengar perasaan yang diluahkan dan bimbing mereka ke arah emosi yang positif. Jangan dibiarkan menangis berterusan tanpa mengambil berat emosinya. Tenangkan mereka supaya tidak menangis berpanjangan. Minta mereka memberitahu masalah dan berikan dorongan atau pujian sekiranya mereka boleh menguasai emosinya.
Tip rangsangan: Galakkan anak berkawan dengan rakan sebaya agar dia pandai berkomunikasi dan bertolak ansur.

5. Perkembangan Estetika dan Kreativiti
Lihat kemampuan si kecil mengembangkan daya kreativitinya. Kemahiran ini diperoleh menerusi aktiviti dan projek berkaitan seni visual yang mengutamakan proses, berbanding dengan hasilan akhir. Proses ini mengaktifkan pemikiran kritikal kanak-kanak dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan. Selain itu, aktiviti pendidikan seni visual menggalakkan kanak-kanak melakukan eksplorasi dan eksperimen dalam kehidupan seharian.
Tip rangsangan: Ajak anak bermain permainan gambar sama. Ambil beberapa keping gambar dan buatkan dua salinan. Campurkan kesemuanya dan biarkan anak asingkan gambar yang sama. Cara ini mengasah kemahiran anak menyelesaikan masalah.
read more

60 Sebab Sayang Bayi

Tuesday, February 26, 2013


pix
Kasih sayang adalah naluri yang ada pada setiap insan yang bergelar manusia. Begitu juga dengan kehadiran bayi  yang menjadi kesayangan buat mereka yang bergelar ibu bapa. Sudah tentu, detik-detik manis bersama bayi adalah sesuatu yang mengembirakan.
  1. Bayi anda kelihatan sungguh comel apabila memakai baju yang cantik dan baru.
  2. Bayi dan anda bermain di bilik sendirian dalam suasana yang nyaman.
  3. Anda menyanyikan lagu tepok amai-amai sambil memegang tangannya.
  4. Bayi menujukkan riak wajah gembira apabila mendengar suara nyanyian anda walaupun  agak sumbang.
  5. Seharian anda gembira apabila melihat bayi anda tersenyum buat kali pertama.
  6. Anda dapat menghabiskan masa bersama bayi anda sambil menonton rancangan televisyen kegemaran anda.
  7. Bayi anda tidak kisah apa jua permainan yang diberikan kepadanya. Bayi anda sentiasa menunjukkan rasa gembirannya walaupun hanya diberi permainan kotak kecil sahaja.
  8. Anda boleh lakukan apa sahaja dengan bayi anda seperti menari sambil mendukungnya. Pastinya bayi seronok dengan gerakan ke kanan dan ke kiri.
  9. Bayi akan sentiasa tersenyum apabila melihat wajah anda. Ia pengubat duka anda.
  10. Anda bukan supermodel yang cantik dan menawan, tetapi bayi tetap suka melihat wajah anda siang dan malam.
  11. Anda tetap hebat di hati bayi anda!
  12. Rambut bayi lembut membuatkan anda suka membelainya.
  13. Kasih sayang yang ditunjukkan oleh bayi adalah yang sebenar, tulus, dan murni.
  14. Wajah bayi yang begitu suci membuatkan anda suka menatapnya setiap masa.
  15. Badan bayi yang gebu membuatkan anda suka menyentuhnya bila-bila masa.
  16. Bayi menjerit kegembiraan apabila melihat kelibat anda.
  17. Tangisan bayi akan berhenti apabila anda dekat kepadanya.
  18. Anda seronok berbual dengannya walaupun bayi belum faham apa yang anda ucapkan.
  19. Bayi membuatkan anda merasakan dunia ini aman dan damai.
  20. Ciuman anda akan membuatkan bayi tersenyum dan ketawa.
  21. Sekali-sekala anda akan mengeletek badan bayi dan bayi akan menunjukkan aksi geli. Sungguh lucu sekali!
  22. Bayi bertepuk tangan dan ketawa apabila melihat anda melangkah masuk ke dalam bilik.
  23. Bayi seronok apabila anda mendukungnya.
  24. Juga siapa lagi akan membuatkan anda bangun dengan penuh bersemangat waktu pagi. Pastinya bayi comel anda!
  25. Bayi anda tersenyum semasa tidur, membuatkan anda merasakan  bayi sangat gembira dengan kehidupannya.
  26. Anda sanggup menghabiskan masa yang lama untuk melihat bayi anda tidur yang membuatkan anda merasa gembira bergelar ibu atau bapa.
  27. Pelbagai jenama pakaian dipasaran yang menawan hati anda untuk digayakan oleh bayi anda.
  28. Jika anda sedang bersedih, bayilah  ‘pengubat’ hanya dengan melihat wajah bayi yang comel ini.
  29. Sekarang masa anda banyak bersama bayi. Sungguh menyeronokkan!
  30. Sungguh bahagia selepas 30 minit melihat bayi anda menyusu badan. (Penyusuan susu ibu seelokkan dilakukan antara 15 hingga 20 minit untuk setiap payu dara kanan dan kiri.)
  31. Anda sunggup minum air dengan banyak dan makan makanan berkhasiat penambah susu dan pam susu 3 jam sekali (bagi ibu yang bekerjaya) setiap hari demi memastikan anda dapat memberikan penyusuan ibu secara eksklusif buat bayi anda. 
  32. Comelnya kaki kecil bayi! Anda meniup dan mengusik-usik di telapak kakinya.
  33. Tangan kecilnya juga comel!
  34. Bayi adalah teman terbaik untuk anda habiskan masa berjam-jam di kedai permainan kanak-kanak.
  35. Bayi anda mengajar anda menghargai masa walaupun ketika itu baru jam 5 pagi!
  36. Bayi membuatkan anda tidur awal kerana anda tertidur selepas menyusu susu badan kepadanya.
  37. Anda terlalu sibuk untuk memikirkan kesan parut selepas melahirkannya.
  38. Bayi anda akan mendengar semula lagu-lagu anda semasa bayi dulu yang  hampir anda lupa.
  39. Bayi anda sudah boleh makan. Walaupun wajahnya comot. Bayi anda tetap comel!
  40. Bayi anda menunjukan keseronokkan semasa anda memandikannya.
  41. Bau wangi badan bayi selepas mandi cukup menyenangkan anda.
  42. Anda sanggup mencari mandian yang terbaik untuk bayi kerana kulit bayi begitu sensitif dan lembut.
  43. Bayi anda memberikan senyuman semasa anda melakukan urutan padanya.
  44. Anda tersenyum puas apabila bayi memandang ke arah ibu bapa anda yang kini sudah bergelar datuk dan neneknya.
  45. Walaupun badan anda letih, tetapi tetap luangkan masa untuk membacakan buku cerita kanak-kanak kesukaan bayi anda berulang kali.
  46. Walau apa yang berlaku dalam kehidupana anda, bayi tetap memikirkan anda yang terbaik dalam kehidupannya.
  47. Gerakkan badan dan cara bayi merangkak atau membalingkan telefon kesayangan anda, semua itu anda anggap sebagai penerokaan buat bayi anda.
  48. Anda mejerit kegembiraan apabila melihat bayi anda sudah boleh meniarap.
  49. Bayi membuatkan anda berasa diri hebat, kuat dan tahan lasak yang anda tidak sedari sebelum kelahirannya. 
  50. Anda menjadi penenang buat bayi dengan memeluk eratnya yang menangis setelah diberi suntikan imunisasi.
  51. Gelagat bayi anda memasukkan jari kaki ke mulut, tampak comel sungguh!
  52. Bayi anda sakit. Kekuatan supermum anda terserlah!
  53. Anda menjaga bayi dengan penuh berhati-hati kerana dia masih kecil.
  54. Anda menjadi seorang yang cerewat untuk membeli segala kelengkapan bayi supaya bayi selesa dan selamat dalam jagaan anda.
  55. Wajah bayi seiras anda  dan suami. Anda tersenyum apabila ada teman berkata, “Mata bayi seiras seperti kamu.”
  56. Setelah minum susu, anda akan sendawakan bayi.  Arrrr! Sungguh comel bunyi sendawa daripada permata hati anda yang kecil ini. 
  57. Bayi mengajar anda menjadi seorang yang tidak pentingkan diri sendiri. Walaupun anda letih, anda tetapi memberi tumpuan kepada perkara asas bayi.
  58. Anda dapat melihat kehebatan suami anda apabila sanggup menyalin lampin bayi. Biarpun dia tidak dapat menandingi anda tetapi dia berjaya menyalin lampin tanpa bayi menangis.
  59. Anda dan suami tidak sabar untuk melihat perkembangan bayi setiap bulan.
  60. Anda, suami dan bayi menjalani kehidupan yang harmoni sebagai sebuah keluarga.
read more

Perancangan Bijak Untuk Kehamilan Dan Kelahiran

Monday, February 25, 2013


Perancangan Bijak Untuk Kehamilan Dan Kelahiran
Setelah 40 minggu di dalam kandungan, tibalah masanya untuk cahaya mata anda melihat dunia. Ketika itu, pastinya sudah terbayang-bayang wajah si comel anda di depan mata. Jadi, untuk merealisasikan impian tersebut, anda perlulah menjaga kandungan sebaik mungkin. Rutin pemeriksaan antenatal mesti dipatuhi dan sentiasa menjaga kesihatan.
Hakikatnya, dalam kehamilan, ada banyak perkara di luar jangkaan. Antaranya ialah kelahiran pramatang dan komplikasi-komplikasi lain yang boleh membahayakan nyawa ibu mengandung serta anak di dalam kandungan. Supaya ibu-ibu hamil lebih bersedia, fakta-fakta di bawah boleh dijadikan panduan.

Fakta 1
Menurut jurnal perubatan The Lancet, (isu 2010), daripada 7.6 juta kanak-kanak bawah lima tahun yang meninggal dunia, 1.078 juta daripadanya disebabkan oleh komplikasi kelahiran pramatang.

Fakta 2
Masalah kesihatan yang dialami oleh ibu hamil seperti penyakit kencing manis boleh menyebabkan komplikasi pada bayi di dalam kandungan. Menurut baby center.com (semakan terakhir: Februari 2012), bayi-bayi yang menerima terlalu banyak gula di dalam darah semasa kehamilan akan mempunyai masalah kesihatan selepas kelahiran seperti gula dalam darah yang rendah (hipoglisemia) dan jaundis. Sehubungan itu, tahap gula di dalam darah bayi mungkin perlu diawasi untuk sementara waktu di unit neonatal.

Fakta 3
Menurut myhealth.gov.my (semakan 26 April 2012), di Malaysia lebih kurang 8 peratus bayi dilahirkan pramatang. Bayi pramatang berkemungkinan mengalami masalah pernafasan, kulit kebiruan dan suhu badan tidak stabil. Keperluan penjagaannya bergantung kepada keadaan dan tahap keseriusan pramatang seseorang bayi itu. Lazimnya, untuk mengawal suhu badan bayi pramatang, mereka akan dimasukkan ke dalam inkubator atau di bawah pemanas radian.

Perancangan Rapi
Untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku sepanjang kehamilan, rancanglah kehamilan dari awal agar tubuh anda cukup bersedia untuk berhadapan dengan saat itu nanti.


Langkah 1: Merancang Kehamilan
  • Pastikan anda sudah mendapat suntikan rubela sebelum hamil. Tiga bulan sebelum hamil pula, wanita disarankan agar mengambil asid folik secukupnya untuk mencegah kecacatan saraf seperti spina bifida.
  • Masalah yang berpunca daripada genetik pula boleh dihindarkan jika wanita-wanita yang ingin hamil menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum mengandung.
  • Lebih baik jika kedua-dua suami isteri menjalani pemeriksaan untuk mengetahui jika mereka adalah pembawa penyakit genetik seperti hemofilia, Huntington’s, dan talasemia.

Langkah 2: Penjagaan Ketika Hamil
  • Untuk pengetahuan, lazimnya, kecacatan yang melibatkan organ tubuh bayi berlaku ketika trimester pertama kehamilan. Inilah sebabnya penjagaan diri dan kandungan amat penting terutamanya pada peringkat permulaan kehamilan. Makanlah pelbagai jenis makanan yang kaya dengan karbohidrat, protein dan vitamin. Karbohidrat bertindak memberikan tenaga kepada anda dan bayi yang semakin membesar. Protein pula penting untuk pertumbuhan dan pembinaan tisu-tisu tubuh ibu dan bayi. Manakala vitamin dan zat galian diperlukan untuk mencegah ibu daripada jangkitan penyakit dan untuk pertumbuhan bayi di dalam kandungan.
  • Pada masa yang sama, ibu hamil yang ada masalah kesihatan dinasihatkan agar sentiasa memastikan penyakit yang dialaminya dalam keadaan terkawal. Elakkan daripada mengambil ubat-ubatan sendiri kerana ini boleh memberi kesan buruk kepada bayi di dalam kandungan. Dapatkan kebenaran daripada doktor O&G anda sebelum mengambil sebarang ubat.
  • Sebenarnya, untuk memastikan ibu dan anak di dalam kandungan sihat dan selamat, penjagaan kesihatan amat penting. Paling penting, amalkan gaya hidup sihat seperti tidak merokok dan menjaga kebersihan diri sejak sebelum hamil lagi.

Langkah 3: Persediaan Bersalin
  • Ujian darah bagi ibu hamil perlu dilakukan bagi mengenal pasti adakah bayi di dalam kandungan berisiko mengalami penyakit tertentu seperti sindrom Down dan kecacatan tiub neural.
  • Selain itu, ibu hamil haruslah bersiap sedia untuk berhadapan proses kelahiran dengan mengikuti kelas antenatal dan berbincang bersama pakar perbidanan dan sakit puan tentang sebarang kemungkinan yang bakal berlaku semasa kelahiran. Dengan cara ini komplikasi semasa proses kelahiran dapat dielakkan.
read more

Mari kita berzikir dan berselawat

Sunday, February 24, 2013


http://24.media.tumblr.com/tumblr_md7et7zhw81ruc9eto1_1280.png


http://1.bp.blogspot.com/-i69phV4qQ1g/UBt9JKFLmAI/AAAAAAAAAxk/ud3f4w3INR8/s1600/selawat.jpg

 
read more

Penjagaan Bayi Baru Lahir

Saturday, February 23, 2013

http://images.idiva.com/media/content/2012/Jul/babyhair1.jpg 
Penjagaan Bayi Baru Lahir
Bayi yang baru lahir amat sensitif terhadap persekitarannya. Sesetengah bayi memerlukan penjagaan rapi selepas dilahirkan terutamanya bagi yang dilahirkan pramatang. Bayi pramatang memerlukan penjagaan khusus untuk memastikannya membesar seperti bayi normal. Kebiasaannya, ada beberapa perkara yang anda perlu ketahui tentang penjagaan bayi baru lahir.

Ketika baru dilahirkan, sistem tubuh bayi anda masih belum berfungsi dengan sempurna. Dia memerlukan tempoh beberapa minggu untuk menyesuaikan diri dengan suasana baru setelah kira-kira 40 minggu berada di dalam kandungan.

Jangan terkejut jika kaki dan tangan bayi anda berasa sejuk semasa anda memegangnya. Hal ini berlaku kerana sistem peredaran darahnya belum sempurna. Warna kulit bayi anda juga akan berubah dari masa ke semasa. Ketahuilah bahawa kebanyakan kulit bayi baru lahir akan mengalami kekeringan dan pengelupasan. Ini adalah proses semula jadi dan terjadi kerana kandungan minyak yang dihasilkan oleh kulit bayi belum stabil.

Pada masa yang sama, bulu-bulu halus yang ada pada tubuh bayi anda akan gugur sedikit demi sedikit. Anda juga akan dapat melihat tompok-tompok merah seperti ruam pada hidung dan beberapa bahagian lain pada tubuh yang lain. Jangan bimbang kerana kesemua ini akan hilang apabila bayi anda semakin membesar.

Selain itu, pusat bayi baru lahir perlu dijaga rapi. Cuci tunggul pusat bayi anda dengan air dan pastikannya selalu bersih dan kering. Tali pusat tersebut akan tertanggal dengan sendirinya selepas lapan ke 12 hari kelahirannya. Adalah menjadi kebiasaan sekiranya tali pusat tersebut berdarah atau berbau sedikit.

Lazimnya, bayi baru lahir akan turun berat badannya selepas tiga atau empat hari dilahirkan. Walau bagaimanapun, bayi anda akan mendapat kembali berat badan asalnya selepas dua minggu dilahirkan. Pastikan juga bayi anda mendapat suntikan imunisasi seperti yang disyorkan doktor pediatrik untuk mengelakkan penyakit berbahaya. Ketika ini juga, doktor pediatrik anda akan merekodkan perkembangan fizikal dan mental bayi anda seperti berat badan, tinggi dan pergerakan yang sepatutnya bayi anda lakukan.

Kepada ibu bapa baru, setelah mengetahui perkara-perkara asas tentang bayi baru lahir anda, janganlah takut untuk memegang atau membelainya. Bayi amat suka disentuh dan dibelai. Namun, anda haruslah berhati-hati agar tidak mencederakannya. Jangan panik jika bayi anda menangis. Carilah punca mengapa dia menangis. Biasanya bayi menangis kerana dia lapar, lampinnya basah, dia rasa mengantuk atau rasa tidak selesa. Ketika bersama bayi, eloklah anda berbual-bual, senyum dan bermain-main dengannya untuk  merangsang deria anak dan membangkitkan rasa kasih sayang antara anda berdua.  

Tip Penjagaan Bayi Baru Lahir
  • Mandikan bayi anda dengan air suam untuk mengelakkan bayi sejuk.
  • Selepas mandi, lapkan tubuh bayi termasuk tali pusatnya hingga kering. Sapukan tali pusat bayi anda dengan ubat yang diberikan doktor.
  • Jika anda memakaikan bayi anda dengan lampin pakai buang, hendaklah sentiasa menukar lampin pakai buang bayi tersebut. Jangan biarkan bayi anda memakai lampin yang basah terlalu lama bagi mengelakkan bayi mengalami kerengsaan dan terkena ruam lampin.
  • Selepas itu, pakaikan bayi anda pakaian yang sesuai dan selesa.
  • Setiap kali selepas menyusukan bayi anda, sendawakannya bagi mengelakkan dia  kembung atau muntah.
read more

Pengertian Surah Al-Kausar

Friday, February 22, 2013


Assalamualaikum wbt...
Surah yang paling pendek sekali...


Terjemahan surah Al-Kausar..
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

[1] Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan di akhirat).

[2] Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).

[3] Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, Dialah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang diingininya).


Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-
  • Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah SWT makbulkan doa kita.
  • Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insha Allah hilang dahaga.
  • Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10 kali pada mata.
  • Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini  sebanyak 10 kali, mudah-mudahan Allah SWT  bagi ilham pada kita di mana letaknya sihir itu.
  • Jika membacanya 1,000 kali, Insha Allah rezeki kita akan bertambah.
  • Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.
  • Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71 kali, Allah SWT akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.
  • Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah SWT makbulkan doa kita .
  • Sesiapa yang mengamalkan membaca surah ini sebanyak 1,000 kali, maka Allah s.w.t. akan menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan pangkat.
  • Sesiapa yang membaca 1,000 kali juga selepas solat Isyak hingga dia tertidur, Insha Allah dia dapat melihat Rasulullah SAW dalam tidurnya.
  • Jika membacanya sebanyak 7 kali pada waktu hendak tidur, Insha  Allah maka Allah akan membangunkannya pada waktu dan jam berapa yang di kehendakinya.
  • Siapa yang membacanya 7 kali ketika dalam ketakutan di mana saja berada, Allah akan lindungi kebajikannya.
read more

10 Tip Mengajar Bayi


pix
Bayi kecil tidak semestinya tidak boleh diajar. Jika anda mahu bayi anda menjadi pintar, anda perlu bersedia untuk melakukan apa sahaja untuk membantu bayi anda mencapai sepenuhnya potensi dirinya. Bersama ini ada 10 tip untuk membantu anak anda mencapai potensi diri.  

1. Pengulangan
Bayi cepat belajar jika anda sentiasa melakukan pengulangan secara konsisten.  Sebagai contoh, jika anda mahu mengajar bayi anda tentang warna, sebutkan warna itu misalnya warna biru. Begitu juga dengan abjad atau nombor. Jika anda terjumpa abjad atau nombor, sebutkan dengan kuat.  Biarkan bayi anda mendengar. Jika anda lakukan secara kerap, bayi akan cepat belajar. Anda juga boleh cuba meletakkan sekumpulan barang  berwarna sama di hadapan bayi anda. Seterusnya sentiasa mengulangi warna itu. Ini adalah teknik pengajaran yang terbaik untuk bayi. Minda anak anda adalah seperti ‘span’ pada usia ini, ia menyerap apa sahaja pengajarang yang diberikan kepadanya. Sekarang, terpulang kepada anda untuk mengisi dengan ilmu yang berguna.

2. Jangan berbahasa bayi!
Goo goo gaa gaa! Bahasa bayi yang begitu mengagumkan dan ia sememangnya sangat menarik apabila anda melihat bayi comel berbahasa begitu. Tetapi jangan ikut bahasa bayi anda, jika anda ingin mengajarnya berkomunikasi. Cara ini memang sukar, tetapi inilah cara mengajar  yang betul untuk bayi anda bercakap. Cuba jangan bercakap bahasa bayi apabila bersama dengannya.  Cuba bayangkan anda sedang bercakap orang dewasa. Paling bagus bercakaplah dengan menggunakan bahasa yang betul.  Daripada anda menggunakan ‘ne ne’  yang mewakili  susu  atau ‘mam mam’ untuk makanan.  Anda pasti teruja bila bayi anda  dapat belajar dengan pantas dengan bahasa yang betul.

3. Ganjaran
Seperti anak anda yang sudah besar, bayi juga suka diberi ganjaran. Mereka suka memberi pujian, memeluk dan menciumnya. Cubalah anda berkata ‘adik pandai’ sambil menepuk tangan, apabila bayi anda berjaya  memasukkan blok mainan dalam kotak kecil. Pasti bayi anda menunjukkan riak wajah gembira kepada anda. Apa yang pasti, bayi suka dibelai dan dimanja dengan ucapan sayang. Bayi sangat suka jika dirinya dipeluk dan diberi ciuman. Selain itu, anda juga boleh memberikan ganjaran dengan memberikan biskut  kegemarannya jika dia melakukan apa yang anda suka.

4. Bacakan buku
Anda pastinya sudah biasa dengan cara ini, tetapi  inilah cara istimewa untuk mengajar anak anda mengenal buku dan melatihnya untuk suka membaca buku. B acalah kepadanya walaupun dia belum faham apa yang anda bacakan. Sambil bayi anda duduk di atas riba anda,  pegang tangannya untuk dia merasai buku itu. Tetapi kadang kala, bayi anda mungkin akan mengiggit buku, biarkan dia melakukan begitu, namun pastikan buku itu jenis kain. Dalam pada itu, teruskan  membacakan buku kepadanya  supaya dia suka membaca buku. Bayi anda akan cuba meniru anda membaca buku dan mungkin akan membaca sendiri nanti.

5. Mula awal
Ajarlah anak anda pada awal usianya. Perkenalkan perkara baru kepada anak anda. Jangan menunggu pada usia 3 atau 4 tahun baru hendak mula mengajarnya abjad, nombor dan objek-objek di sekelilingnya. Anda harus lakukan pengajaran sekarang! Bayangkan anak kecil anda boleh mengenal nombor, huruf atau warna pada awal usianya. Pasti anda gembira dengan kecemerlangannya.

6. Bersabar
Percayalah anak anda tidak akan pintar jika anda tidak menggunakan kaedah-kaedah yang dinyatakan seperti di atas secara konsisten.  Namun anda kena bersabar untuk melakukannya kepada anak anda.  Jangan putus asa, jika anda tidak mendapat melihat perubahan anak anda. Terus melakukan pengajaran sehingga anak anda pandai.

7. Penerokaan.
Biarkan bayi anda melakukan penerokaan di sekelilingnya. Biarkan dia  belajar memegang, merasa, menghidu bau, mendengar dan melihat. Misalnya untuk bau anda boleh sediakan bunga ros, buah epal untuk dia pegang dan puppet kecil untuk dia melihat. Namun pastikan ruang itu penerokaannya itu selamat untuk anak anda belajar dengan selesa dan gembira. 

8. Belajar dengan gembira
Mengajar anak bukan sesuatu yang membosankan! Nyanyilah lagu dan aktiviti yang menyeronokkan untuk membantu anak anda belajar dengan gembira. Bayangkan, anda akan dapat melihat anak anda dapat belajar dengan cepat untuk mengambil barang dalam bekas permainannya. Lakukan ia setiap hari. Pasti anak anda dapat melakukan dengan baik sekali.

9. Permudahkan
Jangan meletakkan harapan yang terlalu tinggi kepada anak anda supaya dapat mengikut arahan anda dengan betul. Dia masih kecil, berilah dia masa untuk melakukannya. Jangan biarkan dia duduk sehingga 4 jam untuk belajar abjad. Lakukan aktiviti yang ringkas dan mudah dalam tempoh masa yang pendek antara 5 hingga 10 minit untuk mengelak anak anda mudah berasa bosan.

10. Teruskan!
Untuk memastikan anda berjaya mengajarnya dengan baik, lakukan pengajaran setiap hari. Jangan putus asa. Ingat anda sedang mengajar anak kecil, bukannya anak yang besar yang sudah boleh berdikari. Pengajaran satu atau dua minggu tidak mencukupi untuk anak anda. Oleh itu, lakukan ia sebagai rutin harian untuk dia mengenal tentang persekitarannya. Lakukan dengan konsisten dan fokus  supaya pembelajaran ini berjaya dengan cemerlang.
read more

Risiko Permainan Online


Playing Game

Selain unsur lucah, kanak-kanak juga terdedah risiko penggunaan bahasa kasar atau kesat, komentar bersifat rasis, atau gangguan lain jika ada fungsi chat pada permainan tersebut. Mereka boleh bersembang dengan hampir sesiapa sahaja dari seluruh dunia sambil menunggu giliran, seperti pada permainan Yahoo Pool. Selain itu, walaupun pada permainan tertentu yang dikla-sifikasikan sebagai bersih, terselit juga kandungan yang bersifat komersial.
Perkembangan teknologi Internet cukup pantas. Jika dahulunya kita dihidangkan dengan laman web statik yang membosankan, kini muncul laman interaktif dan menarik seperti MSN MySpace dan Twitter. Selain itu laman seperti Facebook semakin popular terutama dalam kalangan remaja dan kanak-kanak. Mungkin sebelum ini, anda antara kita yang dimanipulasi oleh anak-anak bagi membelikan mereka CD atau DVD permainan komputer atau Playstation. Permainan yang kita belikan mungkin yang tidak sesuai dengan umur mereka dari segi kandungannya. Sebagai ibu bapa kadang-kadang kita terlepas pandang perkara ini. Masalah permainan komputer bertambah parah apabila wujud permainan percuma di Internet. Ia tidak perlu dibeli sebagaimana CD atau DVD.

Serentak dengan kepesatan perkembangan teknologi, wujud juga permainan dalam talian yang mungkin berisiko terutama bagi kanak-kanak. Kajian oleh The ChildWise Monitor Report pada tahun 2008 menunjukkan bahawa permainan video adalah antara aktiviti dalam talian paling digemari kanak-kanak. Buktinya 47 peratus daripada responden kajian dari kalangan kanak-kanak lelaki berusia 7-10 menggunakan Internet untuk bermain permainan video. Malah bagi kanak-kanak kecil, Internet adalah permainan, dan permainan adalah Internet.

Animasi Lucah
Permainan percuma ini sekali imbas seolah-olah direka untuk anak-anak. Ia menggunakan watak beranimasi yang menarik dengan lukisan dan warna yang ceria. Namun di sebalik itu, terdapat satu permainan berasaskan Flash yang misinya adalah untuk menangkap foto watak perempuan seksi. Watak ini agak bergerakgerak pada senario tertentu dalam aksi yang boleh mendatangkan rasa ghairah.

Pemain hanya perlu menangkap gambar yang paling seksi. Lebih seksi gambar yang ditangkap, maka lebih tinggi markah yang diperoleh. Perkara yang mengejutkan ialah berdasarkan maklumat sumber, ia telah dimainkan lebih dari 6.5 juta kali sejak dilancarkan pada bulan Mac 2008. Rajah di bawah menunjukkan paparan permainan tersebut.

Pada permainan dalam talian seperti ini, kanak-kanak sudah tentu suka melihat watak beranimasi yang dilukis dengan cukup kemas. Mereka pasti berminat mencuba permainan ini terutama selepas melihat montaj pembukaannya. Namun bolehkan mereka membezakan baik buruk permainan ini? Selain itu, tiada sekatan yang meminta pengguna memasukkan data berkaitan umur sebelum boleh bermain permainan ini.

Selain unsur lucah, kanak-kanak juga terdedah risiko penggunaan bahasa kasar atau kesat, komentar bersifat rasis, atau gangguan lain jika ada fungsi chat pada permainan tersebut. Mereka boleh bersembang dengan hampir sesiapa sahaja dari seluruh dunia sambil menunggu giliran, seperti pada permainan Yahoo Pool. Selain itu, walaupun pada permainan tertentu yang diklasifikasikan sebagai bersih, terselit juga kandungan yang bersifat komersial.

Kesannya jutaan kanak-kanak di seluruh dunia menghadapi risiko pengaruh negatif permainan dalam talian jika tiada usaha tegas dilaksanakan. Sebab itu beberapa negara melarang sepenuhnya kandungan dalam talian khas untuk orang dewasa bagi diakses oleh semua peringkat umur. Sementara itu di Amerika Syarikat, ada antara perpustakaan sekolah menerima dana persekutuan bagi usaha menyekat akses kepada kandungan yang tidak sesuai.

Permainan Yang Sesuai
Di United Kingdom pula, satu badan yang dipanggil Majlis Keselamatan Internet bagi Kanak-kanak (UKCCIS) telah ditubuhkan. Ia bermatlamat mewujudkan kerjasama segenap organisasi daripada industri dan NGO untuk bekerjasama dengan kerajaan. Ini bagi memastikan Internet adalah tempat yang selamat bagi kanak-kanak.

Salah satu usaha UKCCIS adalah mewujudkan sistem klasifikasi permainan komputer. Klasifikasi ini bagi membolehkan ibu bapa atau penjaga menyemak kesesuaian satu-satu permainan bagi kumpulan usia anak mereka.

Dari segi teknikal, anda boleh setkan polisi tatacara keselamatan bagi jenis laman yang boleh atau tidak boleh dilayari oleh anak anda. Tetapi melalui enjin carian seperti Google dan Yahoo, bagi anak anda yang sudah boleh membaca, mereka mungkin akan menaip kata kunci carian seperti “games” dan sebagainya. Mereka masih tetap berisiko. Paparan iklan permainan yang ditunjukkan mungkin membawa mereka ke laman permainan yang direka khas bagi orang dewasa.

Selain itu, selepas anak anda menggunakan enjin carian ini, anda boleh menyemak semula laman-laman yang telah mereka layari dengan melihat history pada pelayar web anda. Anda juga boleh melihat kata kunci yang “terlekat” pada kotak carian.

Adakah anda terfikir untuk memasang Internet bagi kegunaan anak anda di rumah? Fikirkan dua kali. Dengan Internet, anda telah membuka pintu rumah anda ke dunia luar. Adakah anda cukup berani membiarkan anak yang berusia tujuh tahun berjalan ke kedai sebelum mengajar mereka bagaimana melintas jalan?
read more

~ Doa Untuk Mendapatkan Zuriat ~


read more

Manjakan Tubuhmu Saat Hamil

Thursday, February 21, 2013


Assalamualaikum wbt...
Pengalaman mengandung anak pertama sudah tentu memberi satu pengalaman yang sangat membahagiakan buat semua bakal ibu. Apabila melangkah ke minggu-minggu akhir kehamilan perasaan gembira dan debar akan hadir silih berganti.

Perubahan fizikal saat hamil adalah lumrah seorang wanita. Itu tandanya anda seorang ibu. Bagi si ibu yang begitu mengambil berat tentang kecantikan sudah tentu perubahan yang ada misalnya ‘stretch marks’ begitu membimbangkan mereka. Selain bentuk fizikal, gangguan emosi seperti rasa takut untuk bersalin dan sebagainya boleh memberi tekanan pada minda. Jadi, para ibu perlu relaks dan ambil masa rehatkan minda dengan rawatan gaya spa.

Apa Itu Spa?
Spa ialah rawatan kecantikan yang dilakukan dengan menggunakan air berserta ramuan produk-produk kecantikan yang harum bagi memberikan kesan segar di samping menyerlahkan keserian si pengamalnya. Konsep rawatannya meliputi perawatan tubuh, minda dan jiwa. Bagi ibu hamil, spa ialah salah satu rawatan kecantikan yang sangat mengasyikkan.

Kelebihan Spa
Hari ini terdapat pelbagai rangkaian salun yang menyediakan rawatan spa khusus untuk ibu hamil. Para ibu yang mendapatkan rawatan spa ini akan dimanjakan oleh ahli terapi berpengalaman yang sememangnya arif dengan penjagaan kecantikan tubuh khusus untuk ibu hamil. Rawatan kecantikan sebegini memang perlu dipraktikkan kerana jika ibu segar, janin di dalam kandungan juga turut merasai aura atau tenaga positif yang terhasil dalam diri si ibu itu.

Nasihat Buat Bakal Ibu
Walaupun rawatan kecantikan spa ini nyata positif, namun anda tidak disarankan untuk melakukan rawatan spa sekiranya anda memiliki sejarah kehamilan bermasalah, seperti keguguran berulang atau anda dilarang oleh doktor atas alasan kesihatan; contohnya :
  • Mengalami mual dan muntah-muntah berlebihan
  • Bengkak berlebihan
  • Ruam di kulit
  • Sakit perut
  • 'Spotting’ atau pendarahan
  • Keputihan
  • Demam
  • Tekanan darah tinggi
Kaedah Rawatan Spa Untuk Ibu Hamil
Sekiranya si ibu hamil berkunjung ke spa, antara kaedah rawatan kecantikan yang anda boleh lakukan ialah :
  • Urutan khusus untuk ibu hamil
  • Body scrub
  • Rawatan manicure dan pedicure
Panduan Buat Ibu Hamil
Bagi bakal ibu yang baru disahkan hamil, anda tidak disarankan untuk mendapatkan rawatan spa. Khususnya pada trimester pertama kehamilan. Ketika ini keadaan janin anda masih berada dalam tahap organogenesis (pembentukan organ) di mana keadaannya masih sangat lemah dan sensitif.

Etika Rawatan Spa Yang Perlu Anda Tahu
Bagi memudahkan proses rawatan kecantikan spa ini dijalankan, ada beberapa etika yang tidak harus dipandang remeh seandainya anda benar-benar inginkan keselesaan. Antaranya adalah :
  • Datang mengikut temu janji yang telah ditetapkan.
  • Bagi memastikan anda benar-benar relaks sebelum menjalani rawatan tersebut, sebaik-baiknya tiba di pusat kecantikan itu 15 minit sebelum waktu temu janji dibuat.
  • Pastikan anda telah makan, sebaik-baiknya 30 minit sebelum rawatan berlangsung. Jika perlu, bawa bersama makanan ringan yang boleh anda makan sekiranya perut terasa lapar seperti roti dan biskut.
  • Bawalah pakaian dalam bersama sekadar langkah berjaga-jaga sekiranya diperlukan walaupun pusat spa tersebut ada menyediakan seluar dalam pakai buang.
  • Matikan telefon bimbit atau matikan bunyinya untuk eketika agar ketenangan anda tidak terganggu sewaktu sedang menjalani rawatan spa tersebut.
3 Langkah Spa Mudah Boleh Dilakukan Sendiri Di Rumah 
  1. Gunakan serum pati minyak dengan keharuman yang anda gemari. Ia bertindak sebagai ‘booster’ yang membantu mempercepatkan kesan pemakaian produk perawatan tubuh yang anda gunakan.
  2. Sapukan body butter ke seluruh tubuh. Krim ini membantu menegangkan dan mengembalikan elastik kulit anda yang berkurangan disebabkan kehamilan.
  3. Aplikasikan krim yang bersesuaian untuk mengatasi stretch marks. Krim ini biasanya bertindak mencegah, menghilangkan dan menipiskan tanda stretch marks yang mengganggu penampilanmu.
read more

9 Panduan Mudahkan Kelahiran

Wednesday, February 20, 2013


Assalamualaikum wbt..
Saya nak berkongsi dengan awak panduan untuk mudahkan kelahiran cahayamata yang kita sayangi.. Semoga ianya dapat memberi manfaat kepada ibu yang bakal melahirkan anak kelak.. 

Urutan Perineal
Urutan yang dilakukan di bahagian perineum amat digalakkan kerana ia sedikit sebanyak dapat membantu anda memudahkan proses pelahiran yang bakal dilalui dan mengurangkan risiko koyak semasa meneran. Anda digalakkan untuk memulakan urutan ini iaitu di antara bahagian dubur dan faraj bermula daripada minggu ke-34 kehamilan sehinggalah ke saat mahu melahirkan.

Sebelum melakukan rutin urutan, pastikan jari anda benar-benar bersih. Urutan ini boleh dilakukan dengan menggunakan minyak tertentu yang berasaskan sumber bahan semula jadi. Antaranya minyak kelapa dara, minyak zaitun dan lain-lain. Dalam pada itu, elakkan penggunaan minyak bayi ataupun jeli petroleum. Namun, anda dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu.

Senaman Kegel
Senaman ini baik untuk menjadikan otot vagina lebih anjal. Dengan yang demikian, otot berkenaan boleh mengembang dengan lebih baik apabila tiba proses kelahiran. Senaman ini juga bagus untuk kekuatan otot rahim.

Menariknya, senaman ini boleh dilakukan di mana sahaja tanpa perlu ada orang lain mengetahuinya. Antara teknik senaman Kegel yang boleh anda lakukan ialah menahan air kencing separuh jalan dan kira sampai 10 dan kemudian dilepaskan bakinya.

Teknik Pernafasan
Di minggu-minggu terakhir kehamilan, anda sangat digalakkan untuk melakukan senaman secara tetap seperti berjalan-jalan selama 30 minit selepas makan malam sambil berlatih melakukan teknik pernafasan yang bakal anda aplikasikan ketika dalam proses pelahiran. Ketahuilah, teknik pernafasan amat penting untuk wdikuasai kerana ia dapat membantu ketika anda menahan sakit dan sewaktu proses meneran.

Tidur Mencukupi
Sudah menjadi kelaziman bagi wanita hamil mengalami kesukaran untuk tidur di minggu-minggu akhir kehamilan. Biarpun begitu, anda dinasihatkan untuk memastikan jumlah jam tidur adalah mencukupi. Hal ini sangat penting untuk memastikan anda kekal bertenang semasa melahirkan nanti.

Keadaan Selesa
Ketenangan fikiran dan kemantapan mental serta emosi sangat penting. Proses pelahiran akan berlangsung dengan lancar sekiranya anda berada di dalam keadaan selesa. Apatah lagi, keadaan yang tergopoh-gapah akan menyebabkan proses kelahiran memakan masa yang lama. Sikap yang tenang dan selesa dapat menghindarkan anda daripada menerima apa-apa juga jenis alat bantuan kelahiran seperti vakum atau forsep. Oleh itu, cuba tenangkan diri sejak dari rumah lagi sebelum berangkat ke hospital.

Teman Kuat Semangat
Apa yang paling penting dalam memudahkan kelahiran bayi ialah sokongan daripada yang tersayang. Di waktu anda perlu berhadapan dengan segala macam tekanan untuk melahirkan, keberadaan suami di sisi pasti dapat mengurangkan serba sedikit tekanan yang dialami. Namun, suami perlulah mempunyai semangat yang kental agar dia mampu memberi sokongan ketika anda berhadapan dengan kesakitan untuk melahirkan bayi.

Selain daripada suami, anda boleh meminta ibu atau ahli keluarga yang lain untuk menemani. Oleh yang demikian, ada baiknya untuk anda menentukan siapa yang bakal menemani di dalam bilik bersalin nanti. Malah, pilihan kedua selain daripada suami perlu ada agar anda tetap ada peneman jika tiba masanya nanti suami menghadapi masalah seperti takut darah, lemah semangat dan lain-lain.

Perguna Graviti
Amalan sentiasa bergerak dengan berjalan-jalan dapat membantu anda ketika proses pelahiran. Malah, jangka masa proses pelahiran boleh menjadi pendek jika anda berdiri tegak. Keadaan sebegini berupaya membantu bayi masuk ke saluran peranakan dengan betul. Oleh kerana itulah, anda tidak disarankan untuk hanya berbaring di atas katil. Adalah lebih baik anda berjalan-jalan di sekitar kawasan bilik bersalin sambil ditemani suami untuk memudahkan bayi “turun” sekali gus mempercepatkan proses pelahiran.

Baring Mengiring Ke Kiri
Amalan sebegini juga amat diyakini mampu mempercepatkan bukaan serviks. Berbaring mengiring ke kiri adalah lebih baik daripada berbaring terlentang kerana posisi ini akan memberi sedikit tekanan kepada bayi untuk membantunya menolak “keluar” dengan cepat.

Makan Secukupnya
Pastikan apabila sudah mendekati tarikh jangkaan bersalin, anda makan secukupnya. Ini sangat penting bagi memastikan anda mempunyai tenaga untuk proses meneran. Sekiranya tiada selera makan, banyakkan makan kurma kerana ia berupaya memberi tenaga tambahan kepada tubuh badan.
read more

PCOS Ganggu Kesuburan

Tuesday, February 19, 2013


Assalamualaikum wbt...
Awak pernah mengalami PCOS..? Atau pernah dengar perkataan PCOS..? 

APAKAH PCOS?
PCOS (Sindrom Ovari Berpolisistik) merupakan salah satu masalah kesihatan wanita. Ia turut dikenali sebagai Stein-Leventhal Syndrome. Kenali dengan lebih lanjut tentang sindrom ini bersama kami menyelongkar maklumat daripada Dr. Navdeep Singh Pannu, doktor pakar sakit puan, perbidanan dan kesuburan dari Pusat Perubatan Tropicana dan Pusat Pakar Kesuburan dan Wanita, Puchong.

Setiap wanita dilahirkan dengan mempunyai sepasang ovari yang bertindak sebagai organ pembiakan utama. Fungsinya ialah mengeluarkan sel telur (ovum) pada pertengahan bulan kitaran (waktu subur). Pada masa yang sama, ia turut menghasilkan hormon-hormon tertentu seperti estrogen dan progesteron.

PCOS merupakan suatu keadaan di mana ovari membengkak disebabkan oleh ovum terperangkap di dalamnya dan tidak berkemampuan untuk menetas pada waktu subur. Apabila keadaan seperti ini berlaku, lama-kelamaan ovari akan membengkak dan akhirnya menimbulkan pelbagai jenis masalah kesihatan.

Untuk pengetahuan anda, sindrom yang melibatkan gangguan endokrin atau hormon ini sering berlaku kepada lingkungan 15 hingga 20 peratus wanita di kalangan semua bangsa. Masa kini, sindrom ini kian meningkat di kalangan wanita Malaysia dan mencapai tahap yang membimbangkan kerana ia berupaya menjejaskan tahap kesuburan dan keupayaan mereka untuk hamil dan melahirkan anak. Beringatlah bahawa PCOS adalah sejenis sindrom dan bukannya penyakit kerana ia mempunyai pelbagai petanda dan simptom. Ia dapat dikenal pasti menerusi :

Haid Tidak Teratur
Tanda biasa yang boleh menjadi petunjuk ialah kitaran haid yang tidak teratur. Biasanya wanita yang mengalaminya akan lambat datang haid atau kadang-kadang jarak antara haid menjadi begitu jauh sekali sehingga tiga atau enam bulan untuk datang haid yang berikutnya.

Obesiti
Peningkatan berat badan adalah salah satu lagi tanda lain bagi PCOS. Hal ini kerana kegemukan atau obesiti boleh menyebabkan pusingan haid tidak teratur dan menjadi punca masalah kesuburan kerana telur tidak dapat menetas dengan sempurna.

Hirsutism
Terdapat segelintir wanita mengalami pertumbuhan bulu seperti di muka, perut, kaki dan tangan yang disebabkan oleh hormon androgen yang berlebihan. Apabila ini terjadi, ia menandakan terdapat peningkatan hormon lelaki dalam darah wanita terbabit.

Ketidaksuburan
Masalah sebegini akan terjadi apabila folikel-folikel telur tidak dapat dibebaskan daripada ovari pada waktunya.

Tanda-tanda Lain
Ini termasuklah akantosis nigrikans (bahagian kulit tertentu berwarna gelap), kulit berminyak dan masalah kebotakan (corak lelaki). Sehubungan dengan itu, bagi mana-mana wanita yang mengalami PCOS, mereka sangat berisiko untuk menghidap kencing manis akibat rintangan insulin yang tinggi, tekanan darah tinggi, sakit jantung, masalah berkaitan kolesterol, hyperplasia endometrium (lapisan di dalam rahim tebal), keguguran janin dan mengalami kesukaran untuk mengandung.

Walau bagaimanapun, sebenarnya PCOS boleh dikawal dengan melakukan beberapa langkah tertentu. Bagi yang disahkan mengalami sindrom ini, mereka perlu berusaha untuk mengamalkan pemakanan berkarbohidrat rendah serta kurangkan lemak dan gula. Malah, dengan melakukan senaman secara berkala dan mengurangkan berat badan sehingga 10 peratus sahaja pun, ia diyakini berupaya memperbaiki tahap hormon dalam tubuh.

Antara lain ialah dengan menggunakan pil perancang yang membantu mengurangkan hormon lelaki dan membuat kitaran haid lebih teratur. Sama juga halnya dengan cypeterone acetate yang digunakan untuk mengurangkan hormon lelaki dan hirsutism. Hormon progesteron pula diambil bagi mengeluarkan haid dan ubat diabetes iaitu Metformin boleh mengurangkan kerintangan insulin.

Penggunaan ubat subur untuk merangsang kesuburan pula adalah seperti clomiphene cutrate dan suntikan follicular stimulating hormone (FSH). Malah dalam keadaan tertentu, pembedahan yang melibatkan prosedur laparoskopi iaitu menggerudi ovari dengan kauteri perlu dilakukan. Untuk khidmat nasihat lanjut, anda boleh hubungi Dr. Navdeep sendiri di navdeep@tropicanamedicalcentre.com

Kriteria PCOS
  1. Oliovulasi/ anovulasi.
  2. Hormon lelaki (androgen/testosteron) berlebihan.
  3. Ovari polisistik di mana terdapat lebih daripada 12 folikel yang bersaiz antara 2 mm hingga 9 mm dan saiz ovari pula lebih daripada 10 sm.
read more

10 Pilihan Cara simpan Susu Perahan

Monday, February 18, 2013


pama
Hari ini terdapat pelbagai bekas penyimpanan perahan susu ibu di pasaran. Dengan cara ini, tidak ada masalah untuk anda terus memberi si manja menikmati susu ibu meskipun anda sibuk bekerja. Seperti mana yang kita semua sedia maklum, pemakanan yang terbaik untuk si manja ialah menerusi pemberian susu ibu secara langsung. Namun ini tidak bererti anda harus mengabaikan pemilihan bekas penyimpanan perahan susu ibu ini kerana ia turut mempengaruhi kesegaran serta tempoh jangka hayat simpanan susu perahan itu nanti.
1. Biasanya botol kaca dilihat sebagai pilihan terbaik untuk menyimpan susu beku kerana komponen susu berada dalam keadaan lebih baik jika disimpan di dalam botol kaca.
2. Pilihan kedua terbaik pula adalah botol plastik yang lebih keras dan jernih.
3. Para ibu gemar memiliki botol plastik kerana ia lebih mudah. Tambahan pula kebanyakan pusat penjagaan kanak-kanak tidak menerima penggunaan botol kaca kerana ia berisiko.
4. Pilihlah botol yang memiliki penutup kedap udara yang ketat dan mudah digunakan.
5. Agar mudah untuk membawa botol-botol simpanan susu perahan itu ke mana-mana, simpanlah botol-botol tersebut di dalam sebuah beg khusus.
6. Dalam memastikan kesegaran agar susu tidak rosak, beg tersebut perlu diisi dengan pek ais khusus untuk mengekalkan suhu sejuk susu simpanan tersebut.
7. Dalam kes tertentu beg penyimpanan susu ini juga boleh menimbulkan masalah seperti susu tertumpah. Jadi para ibu perlu memilih beg yang betul-betul efektif.
8. Hari ini, kebanyakan syarikat pengeluar pam susu ibu turut menyediakan beg penyimpanan susu yang sangat mudah untuk digunakan dan plastik simpanan susu yang lebih tebal. Namun, harganya mungkin sedikit mahal.
9. Untuk langkah lebih selamat, sarungkan plastik nipis pada setiap botol simpanan itu sebelum diletakkan di dalam beg bagi menangani masalah kebocoran atau tertumpah.
10. Penggunaan botol simpanan susu ibu yang berwarna adalah tidak digalakkan kerana bimbang sebahagian daripada perwarnanya luntur dan memasuki susu.

Bagaimana mengetahui susu yang mana harus digunakan dahulu?
Anda perlu sentiasa melabelkan susu mengikut tarikh dan masa susu diperah. Kemudian anda perlu menggunakan susu yang mula-mula diperah terlebih dahulu. Jika anda membekalkan susu perahan ibu kepada pusat asuhan anak anda, nama anak anda perlu ditulis dengan jelas agar botol tidak bercampur dengan botol kanak-kanak lain.

Bolehkah susu lebihan disimpan semula?
Susu perahan yang telah disediakan untuk diberikan terus kepada bayi perlu dihabiskan dalam tempoh satu hingga dua jam. Jika bayi anda tidak menghabiskannya dalam tempoh tersebut, susu lebihan itu perlu dibuang.
read more

Allah SWT Maha Bijaksana

Sunday, February 17, 2013


pix
“Ibu, dalam Asmaul Husna ada kata Allah SWT Al Hakim. Maknanya Maha Bijaksana. Betul ke Allah Maha Bijaksana? Apa yang Allah dah buat? Adik tak nampak pun.

Memang ada ketikanya soalan-soalan yang anak-anak kita utarakan mencabar minda. Secara umumnya, kita semua pasti faham apa yang anak-anak ini maksudkan dan boleh menjawabnya. Tetapi, bagaimanakah cara terbaik untuk menjawab soalan-soalan itu agar mereka boleh faham dan tidak perlu tanya berulang kali.

Misalnya soalan di atas tadi. Menerangkan tentang sesuatu yang benda yang kita semua tidak nampak memang sukar. Apatah lagi apabila soalan tersebut ada kaitannya dengan agama. Jawapan yang diberikan mesti tepat dan tidak boleh direka sesedap rasa. Untuk itu, kita sendiri sebagai ibu bapa mestilah berilmu.

Bagi persoalan tadi, anda boleh memberitahu anak bahawa semua yang ada di dunia ini Allah SWT yang cipta. Manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan, bulan, bintang, matahari, malah bumi sendiri Allah SWT yang buat. Hebat bukan? Hanya yang bijaksana sahaja boleh mencipta.

Supaya anak lebih jelas, gunakan contoh yang dekat dengan kita. Misalnya tubuh badan sendiri. Ajak anak melihat anggota tubuh mereka sendiri. Beritahu mereka bahawa setiap yang ada pada tubuh kita Allah SWT telah cipta dengan begitu sempurna. Kaki kita contohnya. Pada kaki ada lutut. Lutut membolehkan kita membengkokkan kaki supaya kita dapat berjalan. Bayangkan jika kita tidak ada lutut, bagaimanakah caranya kita hendak berjalan? Anak-anak tentu boleh faham dan menerima jawapan yang anda berikan ini tanpa mempertikaikannya kerana penerangan anda begitu jelas dan dia sendiri dapat membayangkan kesukaran dia berjalan jika tidak ada lutut.

Satu lagi contoh Allah SWT Maha Bijaksana ialah tentang ikan. Walaupun ikan tinggal di laut, isinya tetap sedap dimakan dan tidak masin seperti air laut. Begitu juga dengan buah durian, Allah SWT menciptakan kulit yang berduri untuk menjaga isinya yang lembut dan enak.   

Kesimpulannya, selain daripada perlu berilmu, ibu bapa mestilah kreatif ketika menjawab setiap soalan anak dan gunakan contoh yang dekat dengan mereka. Barulah mereka faham dan berpuas hati dengan jawapan anda.
read more

Mendidik Anak Mengenai Wang

Saturday, February 16, 2013



http://cdn.wanista.com/wp-content/uploads/2013/01/karena-menabung.jpgPerlukah didik anak mengenai wang? Bilakah masa yang sesuai untuk mendidik anak-anak mengenai nilai wang?
Tidak ada jangka waktu tertentu tetapi eloklah dimulakan seawal yang boleh. Mendidik, menggalakkan dan memberi kepercayaan kepada anak untuk bijak berbelanja sejak kecil akan menanamkan tabiat kewangan yang baik. Untuk memulakan anak anda mengenal tanggungjawab kewangan, ada enam panduan mudah di sini:

1. Berikan Mereka Wang Saku
Memberikan wang saku boleh membantu mengenai membina keupayaan anak merancang perbelanjaan. Bagi memutuskan berapa banyak yang perlu diberikan kepada mereka, fikirkan dengan teliti jenis perbelanjaan yang boleh digunakan untuk wang saku itu. Misalannya, bagi belanja sekolah, elok kalau anda pergi tinjau harga makanan dan minuman yang dijual di kantin sekolah sebelum memutuskan berapa banyak wang saku yang diperlukan oleh anak anda.

Jika perlu, berikan wang saku dalam beberapa pecahan wang bagi menggalakkan mereka menabung.Misalannya, jika wang saku RM2, berikan anak anda wang kertas RM1 manakala selebihnya dalam bentuk wang syiling supaya dia boleh mengasingkan beberapa keping wang syiling untuk dimasukkan ke dalam tabung.

2. Tentukan Matlamat Yang Realistik
Berbincanglah dengan anak anda mengenai matlamat mereka kerana itulah kunci kejayaan dalam menabung. Matlamat tabungan anak anda mungkin merupakan sejenis barang permainan yang istimewa, buku, basikal atau permainan Play Station yang terkini.
Walau apa pun, matlamat itu mestilah realistik dan boleh menggalakkan mereka untuk menabung. Walau bagaimanapun,berbincang dengan mereka dahulu. Matlamat itu mestilah matlamat mereka, bukannya matlamat anda. Kemudian, tinjau kos barang yang hendak dibeli itu dan congak berapa banyak anak anda perlu menabung setiap minggu bagi membeli barangan tersebut dalam satu jangka masa. Pastikan ia munasabah.

Bagi anak yang masih kecil, alat pandang dengar boleh membantu. Gunting gambar yang diperlukan dan lekatkan pada sebuah balang. Sambil dia memasukkan wang ke dalam balang itu setiap hari, dia boleh tengok wangnya semakin bertambah dan tidak lama lagi bolehlah dia mencapai matlamatnya. Anak yang lebih besar boleh menyimpan rekod simpanan dalam buku nota dan buat pengiraan setiap minggu.

3. Didik Mereka Mengenai Nilai Pelaburan
Memulakan tabiat menabung dan melabur sejak awal merupakan kunci kepada perancangan kewangan yang berjaya. Jika boleh, setiap kali anda ke bank untuk berurusan atau untuk
melabur dalam unit amanah, bawa sekali anak-anak dan bukalah akaun simpanan untuk mereka. Laburkan sebahagian daripada wang simpanan mereka dalam dana amanah dan ajak mereka sama-sama melihat perkembangan pelaburan itu.

Walau bagaimanapun, jangan halang hak anak anda untuk mengeluarkan sedikit wang simpanan atau pelaburan mereka untuk membeli sesuatu kerana, jika anda menghalang mereka, mungkin akan melemahkan minat mereka untuk menabung atau melabur. Yang perlu
dilakukan ialah memberitahu mereka bahawa jika wang simpanan dikeluarkan sebelum matlamat mereka tercapai, maknanya lebih lamalah masa yang akan diambil untuk mencapai matlamat mereka.

Jika mereka mengeluarkan simpanan setelah mencapai matlamat mereka, itu juga merupakan pilihan mereka sendiri. Pendek kata, tak kiralah sama ada mereka mahu mengeluarkan wang
simpanan sebelum mencapai matlamat mereka (sekiranya berlaku kes kecemasan atau ada barang yang mereka perlukan segera) ataupun tidak, terpulanglah kepada mereka keputusan sepenuhnya dan untuk mereka memahami kesan mengeluarkan wang itu pada masa tersebut.

4. Simpan Rekod Kewangan Yang Baik
Galakkan anak-anak anda menyimpan resit pembelian buku, permainan atau barangan lain dalam sampul surat atau menyimpan jurnal perakaunan yang mudah bagi membolehkan mereka menjejaki perbelanjaan dan tabungan mereka. Ini boleh menanamkan tabiat merekodkan perbelanjaan supaya mereka boleh belajar mengurus kewangan mereka secara sistematik pada masa hadapan.

5. Izinkan Anak-anak Mengatur Sendiri Perbelanjaan Mereka
Belajar berbelanja secara bijak membabitkan beberapa percubaan dan kesilapan. Sama ada keputusan berbelanja yang mereka ambil itu baik atau tidak, mereka perlu belajar daripada pilihan mereka sendiri.

Sebagai ibu bapa, anda boleh mengajak mereka berbincang secara terbuka mengenai kebaikan dan keburukan sebelum mereka berbelanja. Galakkan anda membuat sedikit tinjauan sebelum berbelanja besar atau menunggu masa yang sesuai untuk membeli, misalannya ketika jualan murah.

6. Tunjukkan Contoh Yang Baik
Akhir sekali, sebagai ibu bapa, tunjukkan contoh yang baik melalui pengurusan kewangan anda sendiri yang baik dan bijak. Elakkan pembelian yang tidak dirancang atau mengejut. Elakkan daripada banyak membuat hutang tidak perlu, contohnya hutang kad kredit.

Sama ada baik atau buruk, anak-anak belajar bagaimana menguruskan wang daripada ibu bapa mereka. Seperti kata pepatah, “Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi”. Oleh itu, mendidik anak anda tentang pengurusan wang yang baik serta menunjukkan pula contoh yang baik, pasti akan mendorong mereka berjaya mengendalikan kewangan mereka sendiri.
Mulakanlah sekarang!

read more
new entries old entries
Subscribe to: Posts (Atom)

Visitors Count

Sahabatku

Browse the Blog

My Other Blogs

  • BLOG PERPUSTAKAAN JBPM
    OPR kekal pada 2.75 peratus ; Dasar Monetari Bank Negara terus waspada faktor kos boleh jejas prospek inflasi - Keratan akhbar Berita Harian 10 Mac 2023
  • SRLavender's Library
    Pengurusan Emosi Dalam Kisah Nabi Yusuf A.S. - Ahmad Najib Abdullah, Lokman Ahmad
  • Jom Kita Masak-Masak
    Resipi ikan siakap stim limau tanpa sos ikan | Cara Shikin Razali
  • Starlavenderluna's Bloglist

Archive

  • ►  2023 (25)
    • ►  March (5)
    • ►  February (10)
    • ►  January (10)
  • ►  2022 (138)
    • ►  December (6)
    • ►  November (9)
    • ►  October (12)
    • ►  September (10)
    • ►  August (8)
    • ►  July (15)
    • ►  June (5)
    • ►  May (4)
    • ►  April (12)
    • ►  March (21)
    • ►  February (6)
    • ►  January (30)
  • ►  2021 (228)
    • ►  December (5)
    • ►  November (11)
    • ►  October (12)
    • ►  September (18)
    • ►  August (27)
    • ►  July (30)
    • ►  June (11)
    • ►  May (12)
    • ►  April (14)
    • ►  March (10)
    • ►  February (31)
    • ►  January (47)
  • ►  2020 (134)
    • ►  December (13)
    • ►  November (14)
    • ►  October (22)
    • ►  September (21)
    • ►  August (15)
    • ►  July (15)
    • ►  June (20)
    • ►  May (2)
    • ►  April (3)
    • ►  March (5)
    • ►  February (2)
    • ►  January (2)
  • ►  2019 (134)
    • ►  December (4)
    • ►  November (5)
    • ►  October (16)
    • ►  September (7)
    • ►  August (8)
    • ►  July (9)
    • ►  June (11)
    • ►  May (9)
    • ►  April (21)
    • ►  March (10)
    • ►  February (24)
    • ►  January (10)
  • ►  2018 (281)
    • ►  December (7)
    • ►  November (19)
    • ►  October (30)
    • ►  September (10)
    • ►  August (28)
    • ►  July (24)
    • ►  June (18)
    • ►  May (30)
    • ►  April (28)
    • ►  March (35)
    • ►  February (32)
    • ►  January (20)
  • ►  2017 (269)
    • ►  December (26)
    • ►  November (16)
    • ►  October (8)
    • ►  September (28)
    • ►  August (25)
    • ►  July (17)
    • ►  June (25)
    • ►  May (20)
    • ►  April (8)
    • ►  March (28)
    • ►  February (28)
    • ►  January (40)
  • ►  2016 (299)
    • ►  December (64)
    • ►  November (67)
    • ►  October (43)
    • ►  September (43)
    • ►  August (9)
    • ►  July (11)
    • ►  June (3)
    • ►  May (5)
    • ►  April (4)
    • ►  March (3)
    • ►  February (18)
    • ►  January (29)
  • ►  2015 (272)
    • ►  December (60)
    • ►  November (39)
    • ►  October (40)
    • ►  September (58)
    • ►  August (28)
    • ►  July (3)
    • ►  June (3)
    • ►  April (13)
    • ►  March (13)
    • ►  February (9)
    • ►  January (6)
  • ►  2014 (64)
    • ►  December (12)
    • ►  November (10)
    • ►  October (19)
    • ►  September (6)
    • ►  August (3)
    • ►  July (1)
    • ►  May (3)
    • ►  April (2)
    • ►  March (2)
    • ►  February (3)
    • ►  January (3)
  • ▼  2013 (97)
    • ►  July (6)
    • ►  June (5)
    • ►  April (8)
    • ►  March (31)
    • ▼  February (31)
      • Tahniah, Anda Hamil!
      • Perkembangan Bayi Dari Lahir Hingga Dua Tahun
      • 60 Sebab Sayang Bayi
      • Perancangan Bijak Untuk Kehamilan Dan Kelahiran
      • Mari kita berzikir dan berselawat
      • Penjagaan Bayi Baru Lahir
      • Pengertian Surah Al-Kausar
      • 10 Tip Mengajar Bayi
      • Risiko Permainan Online
      • ~ Doa Untuk Mendapatkan Zuriat ~
      • Manjakan Tubuhmu Saat Hamil
      • 9 Panduan Mudahkan Kelahiran
      • PCOS Ganggu Kesuburan
      • 10 Pilihan Cara simpan Susu Perahan
      • Allah SWT Maha Bijaksana
      • Mendidik Anak Mengenai Wang
      • Amalan Terbaik Untuk Ibu Hamil
      • Rezeki Kurniaan Allah SWT
      • Zikir Suami Lembut Hati
      • Doa Pengikat Kasih Sayang
      • Doa Agar Diberi Zuriat Yang Menyejukkan Hati
      • Selamat Tahun Baru Cina
      • Belajar Selami Fikiran Anak
      • Sempena Jumaat Yang Mulia : Anakku, Jagalah Aurat Mu
      • Kerap Buang Air Kecil, Rutin Biasa Bakal Ibu
      • Posisi Tidur Terbaik Ketika Hamil
      • Soalan Popular Ketika Hamil
      • Penjagaan Luka Bersalin
      • Rehat Selepas Bersalin
      • Elak Anak Kencing Malam
      • Melentikan Bulu Mata Bayi
    • ►  January (16)
  • ►  2012 (173)
    • ►  December (4)
    • ►  November (9)
    • ►  October (10)
    • ►  September (12)
    • ►  August (11)
    • ►  July (31)
    • ►  June (19)
    • ►  May (13)
    • ►  April (15)
    • ►  March (16)
    • ►  February (15)
    • ►  January (18)
  • ►  2011 (262)
    • ►  December (27)
    • ►  November (22)
    • ►  October (23)
    • ►  September (29)
    • ►  August (31)
    • ►  July (29)
    • ►  June (22)
    • ►  May (25)
    • ►  April (20)
    • ►  March (16)
    • ►  February (10)
    • ►  January (8)
  • ►  2010 (5)
    • ►  December (4)
    • ►  November (1)

Komen Terkini

Special Bloglist Until 31 March 2023

  • KasihkuAmani
    ebook | Uncle Doktor, Nak Tak Jadi Papa Niny? oleh Shima Rostam
  • Sii Nurul | Blogger Sepenuh Masa | Menulis Untuk Berkongsi
    Salam Ramadan Kareem 1444H / 2023
  • Pencarian Jiwa Diri Saya
    Menjelang Ramadhan
  • Afzan Sidi
    WORDLESS WEDNESDAY~MARHABAN YA RAMADHAN
  • Rabiahtul Adawiyah❤
    Air kotak laici
  • Cik Nor Blog's
    Tak Pernah Layan Drama Semua Pelakon Meninggal
  • Drawing the Words
    Review Komik 'Aku Okay!' oleh Miu Rushdi DKV
  • Ciktie Dot Com
    Potluck Simple -simple Sempena Persaraan Staf Awam
  • Nazfea Solehah
    Thrice the Charm Giveaway by Atiqah, Nabilah Samsudin dan NHHM
  • The Wonderful Jannah
    Mengimbau Kenangan PD Trip 2022

Top Commentators

Sponsors

Search A Job

Jawatan Kosong Neuvoo
© Jurnal Shikin Razali.
Made by SoulMuse.