Pages

  • Home
  • Blog
  • About
  • _About Me
  • _Contact
  • My Bookmark
  • My Bloglist
  • _My Bloglist
  • Disclaimer

Social Icons

Jurnal Shikin Razali

Cucu tertua Almarhum Tokku Paloh meninggal dunia

Monday, September 27, 2021


Assalamualaikum wbt,
Sepatutnya entri nie dah keluar pada bulan Ogos yang lepas, tapi saya terlepas pandang sebabnya ianya tersimpan dalam draf.. 

‎إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ...
‎أَللَّهُمَّ اغْفِرْلَها وَارْحَمْها وَعَافِهاوَاعْفُ عَنْها
"Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.."

‎ﺁﻣِّﻴْﻦآمِيْنُ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن

Cucu tertua Almarhum Tokku Paloh iaitu Tuan Lok Lok Syed Saggaf telah meninggal dunia pada hari Selasa, 17 Ogos yang lalu pada usia 103 tahun.. Allahyarhamah Tuan Lok Lok Syed Saggaf adalah merupakan generasi ketiga Tokku Paloh..

Allahyarhamah Tuan Lok Lok atau lebih dikenali dalam keluarga saya sebagai Hubabah Lok memang amat baik, lembut orangnya dan suka sangat mengukir senyuman.. Saya teringat masa kecil-kecil dulu, ummie selalu bawak kami untuk menziarahi arwah Hubabah Lok di rumahnya yang terletak di Kampung Gong Kapas, Kuala Terengganu.. Menurut ummie, kami mempunyai pertalian darah dengan Allahyarham Tokku Paloh, tapi saya pun tak ingat sejauh mana pertalian tue.. Tapi tuelah, ingat-ingat lupa sebab masa ziarah pun zaman kecil-kecil dulu, bila saya dah merantau nie, selalu tak sempat nak ziarah sanak saudara yang ramai... Insha Allah, bila semuanya dah pulih sediakala, saya akan ziarah semua sanak saudara.. 

Kenapa panggil nama Hubabah..? Saya pun memang takde jawapannya sebab arwah nenek saya pun memang dipanggil Babah, manakalah arwah atok pulak kami semua panggil Habib... Yang lain-lain sanak saudara pula, ada yang kami panggil sebagai tok ummie (bagi nenek saudara), tok long (bagi atok saudara).. Untuk panggilan mak saudara pula, kami memanggil sebagai panggilan 'Bib' di depan, sebagai contoh ummie saya sendiri, anak-anak saudaranya memanggilnya dengan panggilan BibTon.. Untuk panggilan pak saudara pula, kami memanggil panggilan 'Ami' di depan, sebagai contoh pak saudara saya, dipanggil AmiYassin... Itulah serba sikit keterangan tentang nama..

Semoga roh arwah dan semua yang telah meninggalkan kita dicucuri rahmat... Sedih dan sayu jea rasa di hati nie... Semoga Allah merahmati dan menempatkan semua Allahyarham dan Allahyarhamah di dalam kalangan orang-orang mukmin... 


#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal



read more

Wordless Sunday

Sunday, September 26, 2021

Assalamualaikum wbt...
Jom kita baca sejarah yang berlaku di negara kita.. Rasa seronok kan, bila tau sejarah-sejarah lama nie...






#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal



read more

Wordless Saturday

Saturday, September 25, 2021

Assalamualaikum wbt...
Jom kita baca sejarah yang berlaku di negara kita.. Rasa seronok kan, bila tau sejarah-sejarah lama nie...





#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal



read more

GIVEAWAY #1 by AisyahNizam

Friday, September 24, 2021


Assalamualaikum wbt..
Hihi bila dah blogwalking kawan-kawan, ternampak satu lagi entri yang berkaitan dengan giveaway... Jom kita ramai-ramai join dan support kawan baru saya nie yang kali pertama buat giveaway...

Macam biasa, nak join awak klik pada banner kat atas nie dan ikutlah syarat mudah yang diberikan... 

Saya ingin nak rasa produk Ikan Bilis Salted Egg sebabnya nama pun salted egg, dan rasa nak tau sangat apa rasanya.. hihi

LINK FACEBOOK SHIKIN RAZALI
LINK FANPAGE SHIKIN RAZALI
LINK INSTAGRAM SHIKIN RAZALI

Jom kita join ramai-ramai.. Dah tak banyak masa lagi dah nie sebab tarikh tutup penyertaan adalah pada 30 September 2021...

Best of luck, folks...


#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal



read more

Book Giveaway #1stYearwithShopee by farihajafri.com


Assalamualaikum wbt...
Rasanya nie kali pertama saya join giveaway daripada blogger Fariha Jafri.. So, saya nak ajak awak suma untuk sama-sama join dan support kawan kita nie..

Macam biasa kalu nak join, awak klik pada banner kat atas dan ikutlah syarat yang mudah... Antara syaratnya adalah ceritakan sedikit tentang 2 buah buku yang terbaik yang pernah kita baca... Kiranya macam sipnosis la...




https://booklegacy-reader.blogspot.com/2020/12/kapal-haji-dalam-kenangan-yahaya-awang.html

Buku pertama yang saya rasa best untuk dibaca adalah KAPAL HAJI DALAM KENANGAN yang dikarang oleh Yahaya Awang. Buku ini menceritakan bagaimana orang-orang dulu pergi ke Makkah untuk menunaikan haji, dan apa yang lebih menariknya adalah dengan menggunakan kapal laut.. Saya teringat pada cerita Labu Labi di mana babak Haji Bakhil menerima kedatangan rombongan meminang daripada Labu dan wakilnya ada menyebut nama Haji Labu tapi Haji Bakhil terkejut dengan nama itu sebab seingat dia kapal haji baru nak belayar.. Berbalik pada kisah buku nie, penulis nie berkongsi cerita tentang bagaimana perjalanan bakal haji dan bakal hajjah untuk menunaikan rukun kelima ini, bagaimana perihnya mereka pada zaman itu yang bersusah payah mengumpul duit untuk ke sana.. Saya pun sekarang nie tengah mencari buku ini untuk dijadikan koleksi, sebab saya baca pun ianya adalah buku pinjaman library kat pejabat saya...


https://booklegacy-reader.blogspot.com/2021/01/jangan-ganggu-lenaku-haiza-najwa.html

Buku kedua yang saya rasa memang best untuk dibaca adalah JANGAN GANGGU LENAKU yang dikarang oleh Haiza Najwa. Buku ini mengisahkan seorang wanita yang bernama Atira yang telah berkahwin dengan pilihan hatinya yang bernama Asfahul. Tapi oleh kerana dia selalu ditinggalkan oleh suaminya yang kerap outstation, menyebabkan Atira sering didatangi oleh makhluk jin yang menyerupai seperti suaminya dan makhluk itu sering muncul di dalam mimpi Atira... Atira yang kesunyian, berasa bahagia dengan 'Asfahul' yang menganggap 'Asfahul' itulah suaminya.. Maka ianya menjadi perebutan antara 'Asfahul' jelmaan dengan Asfahul yang sebenarnya.. Saya yang memang minat pada genre mistik nie sememangnya novel ini menjadi pilihan saya... 

Okay, jom lah ramai-ramai join giveaway daripada Fariha Jafri.. 

Best of luck, folks... 


#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal



read more

Giveaway by Shida Radzuan

Wednesday, September 22, 2021


Assalamualaikum wbt,
Wah, kawan saya Shida Radzuan kembali dengan membuat giveaway.. Jom kita ramai-ramai join giveaway yang sedang berlangsung sekarang...

Camne nak join..? Macam biasa, awak klik pada banner kat atas nie dan ikutlah syarat mudah yang diberikan.. Salah satu syaratnya adalah apa yang awak suka dengan blog Shida nie..

Saya memang suka baca apa yang dicoretkan oleh Shida sebab informasi yang diberikan, ada yang di antaranya saya tak tahu mengenainya.. 

Okey, apa lagi, jom la join ramai-ramai.. Mana tau, ada rezeki dapat hadiah misteri.. Well, best of luck folks...


#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal



read more

Rumah IKRAM KPKT

Tuesday, September 21, 2021

Assalamualaikum wbt...


#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal



read more

Lama tak bersiaran

Monday, September 20, 2021


Assalamualaikum wbt..
Rasa macam lama pulak saya tak update jurnal nie.. Mintak maaf semua, sebenarnya bermula pada bulan nie, saya dah mula bekerja kat pejabat, tapi masih bergilir-gilir kerja secara BDR dan BDP.. Memandangkan kawasan Putrajaya, Kuala Lumpur dan Selangor baru beralih fasa 2, jadi peratusan ke pejabat adalah 60 peratus.. 

Seronok sebenarnya bila dah masuk pejabat, maklumlah kerja-kerja katalog buku masih belum siap lagi.. Tapi bila saya BDR, saya akan meneruskan kerja-kerja update blog library...

Tapi ada kisah di sebaliknya kenapa saya tak dapat update jurnal nie.. Sebenarnya saya mengalami sakit pinggang akibat terjatuh dalam longkang.. Kejadian nie berlaku pada minggu kedua bulan Ogos yang lalu.. Ketika tue saya sedang membersihkan sangkar kucing saya yang terletak di bahagian belakang rumah.. Masa tue biasalah kucing-kucing saya nie agak manja dan lasak, di mana saya berada di situlah diorang akan bermain... 

Nak dijadikan cerita, semasa saya nak alihkan bekas pasir, tetiba ada dua ekor kucing yang nakal bermain-main di kaki saya.. Saya cuba nak elak tapi malangnya kaki saya tersadung dan saya terjatuh terlentang, dan bahagian pinggang saya terhentak pada longkang.. 

Mulanya takdelah sakit mana, tapi selepas dua hari saya tak boleh nak bangun.. Lepas tue, saya ke klinik dan doktor bagi ubat tahan sakit dan ubat sapu... Tapi tue lah, sakitnya masih terasa hingga sekarang, nak solat pun saya terpaksa solat menggunakan kerusi sebab takleh nak bongkok.. Kalau nak buat kerja rumah memang saya terpaksa duduk beberapa kali sebab sakitnya hanya Allah jea yang tahu... 

Urut..?? Buat masa nie saya tak berurut sebab saya nie jenis paranoid dan tak berapa yakin lagi dengan keadaan sekarang.. Memandangkan saya memang boleh berurut, saya cubalah urut sendiri di tempat yang saya rasakan sampai untuk berurut.. Mujur jugak hubby banyak membantu dalam pengurusan rumah tangga dan pengurusan kucing.. hihihi.. Tapi tuelah, walau sesakit manapun, kerja rumah tetap jalan, dan kerja pejabat pun diteruskan.. Alhamdulillah, ketua unit saya pun memahami keadaan saya dan saya pun takdelah rushing buat kerja...

Awak doakan untuk saya yea.. 


#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal



read more

Yeayyy... Dah ada pemenang | Searching For Visitors Count 1,111,111 On Jurnal Shikin Razali

Saturday, September 11, 2021

Assalamualaikum wbt...
Alhamdulillah, terima kasih saya ucapkan kepada awak-awak yang telah berusaha untuk menaikkan count dalam jurnal saya...

TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA....


Saya dapat emel daripada Kak NA pada jam 2.50 pagi nie.. Apapun tahniah diucapkan pada Kak NA, yang sememangnya pandai menangkap nombor bertuah.. hihihi... Apa rahsianya kak..? 



So, berakhirlah sudah pencarian... Adakah akan ada lagi pencarian...? Sama-sama kita tunggu okey...!


#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal



read more

Resipi ikan siakap stim limau tanpa sos ikan | Cara Shikin Razali

Resipi ikan siakap stim limau tanpa sos ikan | Cara Shikin Razali


Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah, duit daripada BKC dah masuk dalam akaun, so dengan duit tue dapatlah saya membeli sedikit barang-barang basah... 

Antaranya ikan siakap... Lepas tue, tekak nie teringin nak makan secara kukus... 

Akhirnya terhasillah ikan siakap stim limau... Tapi saya tak guna sos ikan sebabnya memang takde stok kat rumah nie... 

Alamak...!!! Lupa pulak tudung periuk kukus saya dah pecah dek bebudak bulus tolak dari rak... huhuhu camne nak masak...? In the end, saya dapat idea untuk masak ikan siakap stim limau guna kuali...

So, inilah cara saya masak ikan siakap stim limau...

BAHAN-BAHAN

1 ekor ikan siakap - nak hilang hanyir ikan, basuh guna air perahan limau purut.
2 labu bawang - dihiris kasar
4cm halia - dihiris kasar
3 biji tomato - dibelah suka hati awak... hihi
2 tangkai cili merah - dihiris halus
2 tangkai cili padi - dihiris halus
3 biji limau nipis - diperah jusnya dan biji dibuang
3 cawan air
Sedikit perasa Maggie Cukup Rasa 
Daun bawang - untuk hiasan taburan

CARA PENYEDIAAN 

Mula-mula masukkan minyak masak, kemudian masukkan bawang dan halia. Tumiskan sehingga menjadi layu. Kemudian masukkan air dan kacau sebati. Masukkan hirisan cili dan kacau lagi. Kemudian masukkan ikan siakap, kacau sebati dan siramkan air rebusan ke atas ikan agar sebati dan sekata. Jangan kacau secara kasar kerana takut isi ikan jadi hancur. Kemudian masukkan air perahan limau dan kacau sebati. Masukkan hirisan tomato dan kacau sebati. Untuk percepatkan ikan masak, tutup kuali itu dan kecilkan api. Apabila mendidih, masukkan serbuk Maggie Cukup Rasa, kacau sebati dan siramkan air rebusan ke atas ikan agar menjadi sekata. Renehkan selama 3 minit dengan menggunakan api kecil. Setelah masak, angkat dan hiaskan dengan daun bawang. Sedia dihidangkan dengan nasi panas.

VIDEO RESIPI IKAN SIAKAP STIM LIMAU TANPA SOS IKAN


Selamat mencuba..!


#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal



read more

Siapakah yang bertuah...? | Searching for visitors count 1,111,111 on Jurnal Shikin Razali - CLOSED


Assalamualaikum wbt...
Wah....!!! Hampir-hampir dah penghujungnya...

Siapakah yang bertuah..??

Jangan lupa pada awak yang berjaya dapat nombor bertuah ini, screenshot dan emelkan pada saya, details ada kat bawah...

SEARCHING FOR VISITOR COUNT 1,111,111 ON JURNAL SHIKIN RAZALI

Cepat...!! Cepat...!!!

YEAYYY... DAH ADA PEMENANG | SEARCHING FOR VISITORS COUNT 1,111,111 ON JURNAL SHIKIN RAZALI


#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal



read more

Review : Survival Family (2016)

Sunday, September 05, 2021

Assalamualaikum wbt...
Asyik buat review filem omputih jea, jom baca pulak review filem Jepun pulak.. Filem ini telah ditayangkan pada tahun 2016 di bawah arahan Shinobu Yaguchi... So, apakah filem yang dimaksudkan..?


SURVIVAL FAMILY
Mengisahkan secara tiba-tiba seluruh Jepun malah seluruh dunia mengalami ketiadaan elektrik dan semua peralatan termasuklah kereta, kapal terbang dan malah bateri jam sekalipun tidak berfungsi. Seluruh penduduk Tokyo pada mulanya tidak berasa panik kerana pada anggapan mereka, kejadian ini mungkin berlaku hanyalah sementara. 

Tapi sangkaan mereka mula meleset setelah seminggu berlalu...

Ada di antara mereka mula berpindah ke tempat yang selamat dan ini termasuklah sebuah keluarga yang terdiri daripada Yoshiyuki Suzuki (lakonan Fumiyo Kohinata), Mitsue Suzuki (Eri Fukatsu), Kenji Suzuki (Yuki Izumisawa) dan Yui Suzuki (Wakana Aio).. Mereka terpaksa berpindah ke Kagoshima iaitu kediaman ayah Mitsue.. Pada mulanya Kenji dan Yui membantah untuk ke sana memandangkan mereka tak suka dengan suasana kampung. Tapi memandangkan bekalan makanan dan minuman mereka semakin habis dan tiada lagi sumber makanan yang dapat disalurkan oleh banyak pasaraya, akhirnya Kenji dan Yui menurut kata ibu bapa mereka...

Kalau diikutkan keluarga nie terlalu mengikut arus kemodenan tanpa mengetahui sedikit sebanyak perkara asas dalam kehidupan. Contohnya Mitsue terlalu bergantung kepada barangan elektrik sepenuhnya untuk membuat kerja-kerja rumah, Yoshiyuki pula selalu sibuk dengan kerja hingga dia mengabaikan keperluan keluarga, manakala Kenji dan Yui pula terlalu asyik dengan telefon. 

Misi pertama mereka untuk balik ke kampung adalah mereka harus menuju ke lapangan terbang untuk menaiki pesawat.. Memandangkan semua kenderaan tak dapat digerakkan, mereka terpaksa menaiki basikal untuk ke sana.. Di dalam perjalanan, mereka sempat singgah ke kedai untuk membeli makanan dan minuman tapi dengan harga yang sangat mahal.. Setelah mereka sampai di perkarangan lapangan terbang, mereka dimaklumkan oleh petugas dan polis yang pesawat tak dapat diterbangkan kerana ketiadaan sumber tenaga.. Lalu keluarga Suzuki nie terpaksa mengayuh basikal sejauh 1,624km jaraknya dan memakan masa berbulan-bulan lamanya.. 

Semasa dalam perjalanan ke sana, keluarga ini mula telah belajar cara-cara untuk meneruskan kehidupan yang sebenar dan hubungan mereka juga menjadi lebih rapat lagi, sebab sebelum ini hubungan kekeluargaan boleh dikatakan agak renggang.. 

Adakah keluarga Suzuki dapat sampai ke Kagoshima..? Apakah sebenarnya yang berlaku yang menyebabkan seluruh dunia mengalami kehilangan sumber tenaga elektrik..?

Filem nie mempunyai banyak pengajaran walaupun ada diselitkan unsur-unsur komedi... Contohnya, sekarang nie kita semua terlalu asyik melihat gajet ataupun telefon hingga hubungan kekeluargaan menjadi renggang.. Buka mata jea, terus tengok telefon... Nak makan pun kita mengadap telefon, betul tak...? 

Jadi, di sebalik pengajaran yang tersirat, janganlah kita terlalu mengharapkan kemodenan hingga kita terlupa pada yang tradisi lama kerana di sebalik kemodenan itu sebenarnya tercetus idea daripada yang tradisi lama... Samalah juga dengan hubungan kekeluargaan, jangan disebabkan kita terlalu asyik pada gajet, kita lupa pada hubungan sebenar pada keluarga kita.. Sebab andainya seseorang itu tak peduli pada kita, sebenarnya kita sendiri yang menjadi penyebab pada kelakuan mereka...


Mengenai babak lucu pula, saya suka sangat tengok babak yang mereka menaiki kereta api menggunakan kuasa arang. Apabila kereta api tue menghampiri terowong, beberapa orang warga tua mengingatkan keluarga Suzuki untuk menutup tingkap tapi disebabkan mereka tak mendengar sangat dek bunyi kereta api yang kuat, mereka tak melakukan apa yang disuruh.. Lalu semasa kereta api lalu di dalam terowong, asap daripada serombong mula memasuki ruangan gerabak dan semua orang di dalamnya mula terbatuk-batuk.. Apabila kereta api mula melepasi terowong, semua penumpang tertawa terbahak-bahak.. Ini kerana wajah masing-masing semuanya tercalit dengan serbuk arang.. 

Memang seronok tengok filem nie sebab ianya mempunyai seribu satu pengajaran terutama dalam kehidupan kita...


#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal



read more

Top Commentator Bulan September 2021... TAHNIAH...!!!

Saturday, September 04, 2021

Top Commentator Jurnal Shikin Razali

Assalamualaikum wbt...
Alhamdulillah, seperti kebiasaan pada setiap bulan, saya akan mengumumkan nama-nama Top Commentator dalam jurnal saya..

Camne nak masuk carta bulanan saya..? Caranya senang jea, awak komen jea apa-apa entri yang saya telah publish, kemudian nama awak akan terpampang pada kolum top commentator.. Jika awak berterusan memberi komen, jadi nama awak akan kekal di situ sehinggalah bulan seterusnya dan dari situ saya akan umumkan nama pemenang top commentator pada bulan tersebut...



Tahniah diucapkan pada 10 nama yang bertuah ini.. Well, ada 3 orang yang telah kembali masuk dalam carta bulanan.. Ewahh, dah macam carta lagu la pulak... hihihihi... SELAMAT KEMBALI saya ucapkan pada Mamapp, Syuhada Salleh dan Ika Shoid untuk masuk semula dalam carta saya..

Wah, ada nama baru lah yang masuk carta bulanan saya... Nama yang bertuah menerima hadiah ini adalah...


TAHNIAH diucapkan pada nama yang disenaraikan.. Harap awak dapat memberikan details awak seperti nama penuh, alamat penghantaran dan nombor telefon kepada saya [Pengeposan.wasap.my] untuk tujuan pengeposan hadiah...


Seperti kebiasaan, kesemua 10 orang yang bertuah ini akan dimasukkan di dalam bloglist khas sehingga 30 September 2021...


TAHNIAH DIUCAPKAN!!!

YOU ARE THE BEST OF THE BEST!!! TERIMA KASIH KERANA SELALU SUPPORT SAYA...!

#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal



read more

Searching For Visitor Count 1,111,111 on Jurnal Shikin Razali - CLOSED


Assalamualaikum wbt..
Wahh, Alhamdulillah.... Terima kasih pada awak semua yang sudi untuk singgah ke jurnal saya nie... Saya rasa terharu sangat kerana awak tak jemu-jemu untuk singgah dan drop down komen kat jurnal nie.. Tanpa awak semua, takdelah Jurnal Shikin Razali nie... Ini adalah counting yang terkini...


Oleh kerana itu, saya nak beri penghargaan yang istimewa pada awak semua...

Sesiapa yang dapat capture nombor visitors count yang bernombor...

1,111,111

Saya akan bagi satu hadiah yang istimewa pada awak... Syaratnya adalah awak capture dan screenshot nombor bertuah itu dan emelkan kepada saya 

starlavender.luna@gmail.com

Saya ucapkan selamat tangkap nombor ini yea... 

Best of luck, folks... 

YEAYYY... DAH ADA PEMENANG | SEARCHING FOR VISITORS COUNT 1,111,111 ON JURNAL SHIKIN RAZALI


#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal



read more

SUPRISE GIVEAWAY BY AIENIENKA


Assalamualaikum wbt,
Jom kita ramai-ramai join giveaway daripada blogger Aien.. Nama pun suprise giveaway kan, so hadiahnya pun mestilah suprise...

Cerita saya ketika dapat suprise adalah ketika saya dapat beli rumah kediaman.. Masa tue sebenarnya hati tak berapa nak yakin untuk dapatkan rumah idaman memandangkan gaji pun tak berapa nak menyokong untuk dapatkan kelulusan pinjaman.. Tapi Alhamdulillah dengan izin Allah, saya dapat membeli rumah di usia 28 tahun dan sekaligus saya dapat capai target wishlist sejak kecil.. Kalau diikutkan dalam target wishlist, saya nak beli rumah sebelum usia 30 tahun... Masa dapat kunci rumah tue rasa seronok sangat sebab bila teringat perit jerih nak buat urusan pinjaman perumahan tue, dengan ketiadaan pengalamannya dan macam-macam lagi... 

Okay, tue jea cerita suprise yang pernah berlaku dalam kehidupan saya... Kalau ikutkan memang ada lagi tapi yang cerita inilah paling suprise sangat-sangat...

Untuk sesiapa yang nak join giveaway nie, macam biasa awak klik pada banner kat atas nie dan ikutlah syarat yang diberikan...

Best of luck...


#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal



read more

Giveaway #busyrakongsirezeki Wang Tunai RM100

Wednesday, September 01, 2021


Assalamualaikum wbt...
Saya nak ajak awak untuk sama-sama support giveaway daripada blogger Busyra. Menurut Busyra, dia nak berkongsi rezeki dengan semua peserta giveaway..

Nak join giveaway nie, macam biasalah, klik pada banner kat atas nie dan ikutlah syarat yang diberikan...

Antaranya adalah Busyra nak tau 1 entri lain yang suka dibaca, antaranya adalah entri mengenai 

NASI GORENG KANGKUNG PALING MUDAH TAPI SEDAP!

Sebabnya sayur kangkung memang menjadi kegemaran saya, tak kisahlah masak apapun.. hihi bila tengok Busyra masak nasi goreng kangkung, terus terasa lapar... 

Okay, best of luck folks...


#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal



read more

Manfaat blog untuk pemasaran digital | Keratan akhbar Utusan Malaysia 10 Ogos 2021

Assalamualaikum wbt..

Manfaat blog untuk pemasaran digital | Keratan akhbar Utusan Malaysia 10 Ogos 2021




#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal



read more

Wordless Wednesday

Assalamualaikum wbt...
Jom kita baca sejarah yang berlaku di negara kita.. Rasa seronok kan, bila tau dan baca sejarah-sejarah lama nie terutamanya untuk generasi sekarang, betul tak..? 








#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal



read more
new entries old entries
Subscribe to: Posts (Atom)

Visitors Count

Sahabatku

Browse the Blog

My Other Blogs

  • BLOG PERPUSTAKAAN JBPM
    OPR kekal pada 2.75 peratus ; Dasar Monetari Bank Negara terus waspada faktor kos boleh jejas prospek inflasi - Keratan akhbar Berita Harian 10 Mac 2023
  • SRLavender's Library
    Pengurusan Emosi Dalam Kisah Nabi Yusuf A.S. - Ahmad Najib Abdullah, Lokman Ahmad
  • Jom Kita Masak-Masak
    Resipi ikan siakap stim limau tanpa sos ikan | Cara Shikin Razali
  • Starlavenderluna's Bloglist

Archive

  • ►  2023 (25)
    • ►  March (5)
    • ►  February (10)
    • ►  January (10)
  • ►  2022 (138)
    • ►  December (6)
    • ►  November (9)
    • ►  October (12)
    • ►  September (10)
    • ►  August (8)
    • ►  July (15)
    • ►  June (5)
    • ►  May (4)
    • ►  April (12)
    • ►  March (21)
    • ►  February (6)
    • ►  January (30)
  • ▼  2021 (228)
    • ►  December (5)
    • ►  November (11)
    • ►  October (12)
    • ▼  September (18)
      • Cucu tertua Almarhum Tokku Paloh meninggal dunia
      • Wordless Sunday
      • Wordless Saturday
      • GIVEAWAY #1 by AisyahNizam
      • Book Giveaway #1stYearwithShopee by farihajafri.com
      • Giveaway by Shida Radzuan
      • Rumah IKRAM KPKT
      • Lama tak bersiaran
      • Yeayyy... Dah ada pemenang | Searching For Visitor...
      • Resipi ikan siakap stim limau tanpa sos ikan | Car...
      • Siapakah yang bertuah...? | Searching for visitors...
      • Review : Survival Family (2016)
      • Top Commentator Bulan September 2021... TAHNIAH...!!!
      • Searching For Visitor Count 1,111,111 on Jurnal Sh...
      • SUPRISE GIVEAWAY BY AIENIENKA
      • Giveaway #busyrakongsirezeki Wang Tunai RM100
      • Manfaat blog untuk pemasaran digital | Keratan akh...
      • Wordless Wednesday
    • ►  August (27)
    • ►  July (30)
    • ►  June (11)
    • ►  May (12)
    • ►  April (14)
    • ►  March (10)
    • ►  February (31)
    • ►  January (47)
  • ►  2020 (134)
    • ►  December (13)
    • ►  November (14)
    • ►  October (22)
    • ►  September (21)
    • ►  August (15)
    • ►  July (15)
    • ►  June (20)
    • ►  May (2)
    • ►  April (3)
    • ►  March (5)
    • ►  February (2)
    • ►  January (2)
  • ►  2019 (134)
    • ►  December (4)
    • ►  November (5)
    • ►  October (16)
    • ►  September (7)
    • ►  August (8)
    • ►  July (9)
    • ►  June (11)
    • ►  May (9)
    • ►  April (21)
    • ►  March (10)
    • ►  February (24)
    • ►  January (10)
  • ►  2018 (281)
    • ►  December (7)
    • ►  November (19)
    • ►  October (30)
    • ►  September (10)
    • ►  August (28)
    • ►  July (24)
    • ►  June (18)
    • ►  May (30)
    • ►  April (28)
    • ►  March (35)
    • ►  February (32)
    • ►  January (20)
  • ►  2017 (269)
    • ►  December (26)
    • ►  November (16)
    • ►  October (8)
    • ►  September (28)
    • ►  August (25)
    • ►  July (17)
    • ►  June (25)
    • ►  May (20)
    • ►  April (8)
    • ►  March (28)
    • ►  February (28)
    • ►  January (40)
  • ►  2016 (299)
    • ►  December (64)
    • ►  November (67)
    • ►  October (43)
    • ►  September (43)
    • ►  August (9)
    • ►  July (11)
    • ►  June (3)
    • ►  May (5)
    • ►  April (4)
    • ►  March (3)
    • ►  February (18)
    • ►  January (29)
  • ►  2015 (272)
    • ►  December (60)
    • ►  November (39)
    • ►  October (40)
    • ►  September (58)
    • ►  August (28)
    • ►  July (3)
    • ►  June (3)
    • ►  April (13)
    • ►  March (13)
    • ►  February (9)
    • ►  January (6)
  • ►  2014 (64)
    • ►  December (12)
    • ►  November (10)
    • ►  October (19)
    • ►  September (6)
    • ►  August (3)
    • ►  July (1)
    • ►  May (3)
    • ►  April (2)
    • ►  March (2)
    • ►  February (3)
    • ►  January (3)
  • ►  2013 (97)
    • ►  July (6)
    • ►  June (5)
    • ►  April (8)
    • ►  March (31)
    • ►  February (31)
    • ►  January (16)
  • ►  2012 (173)
    • ►  December (4)
    • ►  November (9)
    • ►  October (10)
    • ►  September (12)
    • ►  August (11)
    • ►  July (31)
    • ►  June (19)
    • ►  May (13)
    • ►  April (15)
    • ►  March (16)
    • ►  February (15)
    • ►  January (18)
  • ►  2011 (262)
    • ►  December (27)
    • ►  November (22)
    • ►  October (23)
    • ►  September (29)
    • ►  August (31)
    • ►  July (29)
    • ►  June (22)
    • ►  May (25)
    • ►  April (20)
    • ►  March (16)
    • ►  February (10)
    • ►  January (8)
  • ►  2010 (5)
    • ►  December (4)
    • ►  November (1)

Komen Terkini

Special Bloglist Until 31 March 2023

  • Sii Nurul | Blogger Sepenuh Masa | Menulis Untuk Berkongsi
    Cara Memohon Program Perumahan Rakyat (PPR) Secara Manual (PPR Lama/Pengisian Semula)
  • KasihkuAmani
    Malaysia | Nenek Bongkok Tiga (2023)
  • Afzan Sidi
    US PIZZA KUANTAN
  • Rabiahtul Adawiyah❤
    Hadiah untuk Raydah Blogger
  • Pencarian Jiwa Diri Saya
    Nasihat Ramadan: Ubat Yang Boleh Diambil Ketika Puasa
  • Cik Nor Blog's
    Tak Pernah Layan Drama Semua Pelakon Meninggal
  • Drawing the Words
    Review Komik 'Aku Okay!' oleh Miu Rushdi DKV
  • Ciktie Dot Com
    Potluck Simple -simple Sempena Persaraan Staf Awam
  • Nazfea Solehah
    Thrice the Charm Giveaway by Atiqah, Nabilah Samsudin dan NHHM
  • The Wonderful Jannah
    Mengimbau Kenangan PD Trip 2022

Top Commentators

Sponsors

Search A Job

Jawatan Kosong Neuvoo
© Jurnal Shikin Razali.
Made by SoulMuse.