Pages

  • Home
  • Blog
  • About
  • _About Me
  • _Contact
  • My Bookmark
  • My Bloglist
  • _My Bloglist
  • Disclaimer

Social Icons

Jurnal Shikin Razali

Diari harian

Sunday, April 29, 2012


Hari ini aku dan hubby telah membuat rancangan untuk balik ke kampung halaman hubby dan kami telah minta cuti selama 1 hari iaitu pada hari esok dan pada 1hb Mei ini adalah cuti umum sempena hari pekerja... hehehe sudah tentu aku akan mengambil peluang untuk bercuti, rasa rugi pula sekiranya aku tidak mengambil cuti... Semalam aku sudah mencuci semua pakaian aku dan hubby bagi memastikan tiada pakaian kotor yang akan dilambakkan... Sudah agak lama kami tidak pulang ke kampung hubby lantaran waktu kerja hubby yang tidak mengizinkan serta tahun ini kami sudah memulakan proses IUI... Sebab itu cuti kami sudah tidak banyak lagi yang tinggal....


read more

PeStA BuKu

Friday, April 27, 2012



Hai... Hari ini aku terasa amat gembira kerana aku dapat pergi ke Pesta Buku Antarabangsa di PWTC, aku pergi dengan sahabat aku dan kami bergerak dari pukul 9.30 pagi lagi untuk mengelakkan dari kesesakan jalanraya... Memang gila rasanya bila melihat banyak buku-buku dan novel yang best sampai aku terasa ingin membeli kesemua tajuk-tajuk buku yang menarik perhatian, tapi aku sempat hanya beli beberapa buah buku sahaja dan ini adalah tajuk buku yang sempat aku beli.... Aku ingin meluaskan empayar perpustakaan mini aku di rumah... hehehe hubby kata, aku sudah bekerja di perpustakaan dan di rumah pun aku mahu jadi pustakawan.... Tapi walaupun buku-buku ini agak mahal harganya tapi aku akan cuba untuk meluaskan lagi pengetahuan aku pada dunia.....




StarLavenderLuna
Buku ini adalah berkisarkan kisah seram genre dan memang suka dengan genre ini.....






StarLavenderLuna
Buku ini pula berkonsepkan Islamik sedikit...Salah satu genre favorite aku....



StarLavenderLuna
Satu lagi genre seram,tapi sebenarnya kisah pembunuhan...
StarLavenderLuna
Walaupun nampak pada tajuk seperti Islamik, tapi kebanyakkan jalan cerita ini berkisarkan cinta.....














StarLavenderLuna
Yang ini pun genre seram....
StarLavenderLuna
Yang ini pula satu lagi genre seram.....





StarLavenderLuna
Buku ini baru sahaja berada di pasaran dan aku sememangnya mencari-cari buku seperti ini...


StarLavenderLuna
Yang ini pula sebagai rujukan aku sekiranya ada perkataan bahasa Inggeris yang jarang didengar....




read more

PeStA BuKU....

Wednesday, April 25, 2012


Tinggal dua hari lagi aku mahu pergi ke Pesta Buku Antarabangsa..... Lambat betul masa berlalu, eh..ehh... berdoa pula supaya cepat masa berlalu... Masa ini kadang-kadang cepat, kadang-kadang lambat tetapi kalau dikira dengan fikiran logik, masa sudah menjadi 23 jam dan bukannya 24 jam untuk satu hari... Aku tidak pasti apa kamu semua fikirkan, tetapi itulah yang bermain di fikiran aku... Ini adalah senarai buku yang aku hendak beli dan aku rasa Insya-Allah aku akan dapat mencari buku-buku ini....
  1. Maha Cinta Cinderella – Maya Iris
  2. Fiksyen 302 – Ramlee Awang Murshid
  3. Suami Aku Ustaz – Hannah Dhaniyah
  4. Bila Salam Bersambut – Hasif Asyraf
  5. Oh, Mudahnya Buat Baju Kurung – Yasalma
  6. Bilik 616 – Zaifuzaman Ahmad
  7. Jangan Sebut Namaku – Noorfadzillah
  8. Villa Amira Syakila – Ebriza Aminnudin
  9. Akhirnya Aku Kahwin – Herna Diana
  10. Langsir : Praktikal Dan Bergaya – Alaf 21
  11. Hiasan Langsir – Alaf 21

read more

Diari harian

Monday, April 23, 2012


Assalamualaikum,
Alhamdulillah, gaji bulan ini agak lumayan sedikit dan aku dapat mendapat durian runtuh pula, dengan kehadiran tunggakan gaji... Aku ingat pada 27hb ini aku mahu ke Pesta Buku Antarabangsa yang akan diadakan selama seminggu... Wahhh... Aku ingin membeli novel-novel, komik dan buku pilihan aku... Aku telah berpakat dengan seorang sahabat aku untuk pergi bersama... Tentu banyak buku-buku baru yang akan diterbitakan dan dijual di sana... Pesta Buku Antarabangsa ini sebenarnya lebih menumpukan pada buku-buku pelajaran tetapi ada juga bahan-bahan bacaan yang lain yang boleh didapati di sini... Jomlah kita singgah ke sana untuk beli buku kegemaran kita... Jom baca buku bersama-sama... Wahh..Aku ini sempat berpromosi tentang buku dan bacaan pula... Yealah, apa yang hendak dikata, bukankah aku ini seorang pembantu perpustakaan, sudah tentu aku akan mempromosi baca buku,.....

read more

Diari harian

Wednesday, April 18, 2012



Assalamualaikum,
Tinggal lagi tiga minggu untuk pegawai aku akan masuk kerja... Yeeahhaa.... Aku pun sudah tidak sabar untuk bertemu dengannya walaupun baru-baru ini aku ada pergi melawat dia di rumah untuk melihat si kecil yang comel... hehehe memang comel dan rupanya seiras dengan hubby dia... Namanya Izzur Al-Islam... Wahhh sedap betul namanya kan, masa itu hari Jumaat dan aku mengambil kesempatan untuk melawat pegawai aku... Pada mulanya sahabat aku ingin pergi bersama-sama dengan aku tetapi memandangkan dia mempunyai hal peribadi yang datang secara tiba-tiba, aku terpaksa pergi seorang diri... tetapi aku tidak kisah tentang semua itu...
read more

Diari harian

Sunday, April 15, 2012


Assalamualaikum, 
Nasib baik hari ini panas terik dan aku dapat mencuci pakaian harian dan kerja, hehehe... Itulah rutin mingguan aku untuk setiap minggu, aku pasti akan mencuci pakaian aku dan hubby... Masakan pula aku akan memasak ala kadar sahaja... Maklum sahaja, tinggal berdua ini tidak banyak yang perlu dimasak, lainlah kalau situasi ini jika mempunyai anak-anak... Insya-Allah aku yakin dengan kekuasaan Allah, pasti DIA akan mendengar doa aku dan hubby, cuma tunggu dan lihat sahaja, selain daripada terus berusaha... Rumah pun sudah dikemaskan tetapi kadang-kadang aku tidak larat untuk mengemas rumah aku yang hampir setiap hari dipenuhi dengan debu... Pelik juga rasa dihati kerana di mana datangnya debu yang singgah di rumah aku ini...
read more

Diari harian

Friday, April 13, 2012


Assalamualaikum, 
Kenapa aku terasa penat sangat, padahal bukannya aku buat apa-apa pun... Hehehe itulah Shikin, kau sudah semakin tua? arrggghhh... Tidakkkk... Aku semakin dilanjut usia, huhu tahun ini aku sudah memasuki fasa awal 30-an... Apalah Shikin nie, memanglah semakin tua, mana ada manusia semakin muda.... hehehe sudah tua rupanya aku ini... Tapi apa-apa pun hati kena sentiasa muda agar mudah untuk melakukan apa-apa ibadah... lambat pula masa hari ini, jam baru pukul 11.00 pagi... eh.. ehh... baru pagi rupanya, memang bosan gila kalau tidak dapat membuat apa-apa pekerjaan... Hari ini hubby yang masak, memang sedap masakan dia walaupun hanya ayam masak kicap... opss,... lupa ke yang aku sedang berpantang, makanan yang berminyak perlu dikurangkan, makanan yang masam langsung tidak boleh disentuh... huhu....
read more

Pesta Buku Antarabangsa @PWTC

Thursday, April 12, 2012

Unit Pusat Sumber & Dokumentasi

Pesta Buku Antarabangsa kembali lagi....  Tidak sabar rasanya untuk meraikan hari yang bersejarah ini... Apapun aku juga ingin mencari beberapa buah buku untuk perpustakaan mini di rumah aku... heheheheh apapun datanglah beramai-ramai ke Pesta Buku Antarabangsa untuk mendapatkan bahan bacaan kegemaran anda yang terkini... Jumpa anda di sana!!!


27 April – 6 Mei 2012
10.00 pagi – 7.00 malam (Isnin-Khamis)
10.00 pagi – 9.00 malam (Jumaat – Ahad dan Cuti Umum)
Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)
Kuala Lumpur
read more

Daulat Tuanku!!!

Wednesday, April 11, 2012


Assalamualaikum,
Patik menjunjung kasih dan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah KeBawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Almu`tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu`adzam Shah ibni Al-Marhum Sultan Badlishah di atas pertabalan baginda sebagai Yang Di Pertuan Agong Malaysia ke 14 pada hari Rabu, 11 April 2012.

Patik bersyukur ke hadrat Ilahi di atas pelantikan DYMM Tuanku sebagai Yang Di Pertuan Agong buat kali kedua setelah menaiki takhta YDP Agong dari 21 September 1970 hingga 20 September 1975.

Patik mendoakan semoga DYMM Tuanku serta DYMM Raja Permaisuri Agong dipanjangkan usia, mendapat keberkatan hidup dan mentadbir negara dengan dilimpahi rahmat dan keberkatan Allah serta mentadbir negara dengan jayanya.

DAULAT TUANKU!!!
read more

World Book Day

Tuesday, April 10, 2012




Menara Buku Hari Buku Sedunia

Menara Buku

read more

Diari harian

Monday, April 09, 2012



Assalamualaikum, 
Semakin hari dunia semakin tua usianya dan kita pula semakin menjadi dewasa... Setiap hari di mana ada kematian di situ juga ada kehidupan yang baru dilahirkan, itulah rutin kehidupan ini... Kematian adalah sesuatu yang pasti tetapi kita tidak tahu bila kematian kita akan datang dan bagaimana kematian itu datang pada kita.... Bila sebut kematian, aku teringat pada kucing-kucing aku yang telah lama meninggal dunia, kucing pertama aku Si Hitam yang meninggal dunia pada 8 Disember 2009, kemudian anak-anak Si Kelabu pula menyusul kerana dilahirkan tidak cukup bulan... Kemudian, Si Kelabu membawa diri dan tinggal pula Si Tupai, yang akhirnya meninggal 3 Julai 2011... Kemudian aku mendapat berita yang Si Kelabu telah menyusul mengikut jejak langkah anak-anaknya tetapi aku tidak pasti berapa haribulan dia meninggal...

read more

Diari harian

Friday, April 06, 2012

Kalau bulan lepas hari lahir adik lelaki aku yang ketiga, bulan ini, adik perempuan aku yang bongsu pula dilahirkan... Hari ini adik perempuan aku yang bongsu telah genap berumur 21 tahun, bak kata orang-orang tua, sudah boleh kahwin... Kak Nur ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir untuk Wan Nurul Afifa Binti Razali, semoga adik dikurniakan kesihatan yang baik, dirahmati dan dilindungi oleh Allah SWT selalu... Semoga apa yang adik doakan dan hajatkan, akan dimakbulkan oleh Allah SWT Insya-Allah... Perwatakan adik perempuan bongsu aku ini agak unik kerana dia menjadi lebih matang daripada orang lain, yang sama umur dengan dia, kuat membebel dan juga kuat juga menangis di waktu kecil, tetapi sekarang ini dia sudah berubah menjadi seorang wanita yang gagah emosi dan seorang yang tabah dalam kehidupan...


read more

Diari harian

Tuesday, April 03, 2012

Assalamualaikum, 
Alamak, tahun ini aku tidak dapat pergi mana-mana kursus lagi untuk cukupkan kuota kursus 7 hari setahun dalam perkhidmatan... Apa yang sesuai untuk aku pergi kursus ini agaknya?? Susah betul untuk dapat kursus ini kerana kursus sememangnya banyak pilihan tetapi kuota untuk pergi sahaja adalah terhad... Kursus di PNM atau INTAN atau JBPM atau KPKT??? Kursus di PNM atau lebih panjang lagi nama Perpustakaan Negara Malaysia memang banyak pilihan tetapi kebanyakan kursus yang ada adalah untuk sokongan I dan untuk sokongan II pula tidak banyak pilihan yang perlu dibuat...

Kursus INTAN pula Institut Tadbiran Awam Negara, banyak kursus berkaitan dengan bahasa, jika tahun lepas aku pernah berkursus bahasa Jepun, tahun ini aku fikir aku mahu ambil kursus bahasa Arab pula... Untuk JBPM pula, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia, sebenarnya kursus tidak banyak yang berkaitan dengan kerja aku tetapi aku boleh pergi untuk mendengar ceramah dan taklimat sahaja... KPKT pula, Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, aku rasa ada kursus yang menarik minat aku dan sahabat aku ini, tetapi nanti aku akan susun semula jadual kursus yang aku rasa aku mahu pergi...


read more

Diari harian

Monday, April 02, 2012



















Assalamualaikum,
Aku sendiri bingung dan keliru dengan pelbagai kejadian yang melanda di dunia ini... Adakah ini dinamakan dunia akhir zaman??? Bilakah manusia akan sedar akan kesilapan mereka, sebab semakin hari semakin banyak dosa yang mereka lakukan sehingga mereka tidak sedar dan tidak ada rasa bersalah dalam diri mereka? Di manakah letaknya harga moral kehidupan dan nilai kemanusiaan dalam diri mereka? Adakah ianya telah terhapus sama sekali?? Tanyalah hati dan bermuhasabbah diri masing-masing.... Kekejaman berlaku di sana sini samada di dalam negara mahupun di luar negara, sehingga aku terasa yang kita berada di ambang peperangan... Walaupun peperangan ini tidak menampakkan peperangan fizikal tetapi peperangan psikolgi sedang hebat melanda kita, adakah kita sedar semua ini???Jika psikologi dalam diri kita kuat untuk menangkis segala serangan maka kita akan selamat... Jikalau tidak, kita akan terus hanyut dalam peperangan ini... Hanya Al-Quran dan Hadis Rasul sahaja yang dapat menyelamatkan kita dari terus dihanyut oleh arus peperangan ini....


read more

Adab masuk majlis ilmu

Sunday, April 01, 2012


Sewaktu Nabi Daud memberikan pelajaran akhlak kepada muridnya, masuk seorang lelaki yang memakai jubah putih, menyebarkan aroma yang wangi.

Lelaki berjanggut itu datang sambil mengucapkan salam kepada Nabi Daud, tetapi beliau tidak menghiraukannya dan tidak juga menjawab salam orang itu.

Nabi Daud terus menyampaikan pelajaran kepada muridnya tanpa menoleh sedikit pun kepada orang itu. Lelaki itu segera menunaikan solat sebagaimana yang disyariatkan pada waktu itu. Dia melaksanakan sembahyangnya dalam waktu yang lama, dengan rukuk dan sujud yang panjang. Selesai sembahyang, orang itu berdoa dengan mengangkat kedua-dua tangannya dan dengan suara penuh harap sambil menangis.

Nabi Daud tetap meneruskan pengajarannya, tanpa memberi perhatian kepada lelaki itu untuk berkenalan. Dia juga tidak memberi kesempatan kepada muridnya untuk mengambil perhatian kepada orang itu.

Melihat keadaan demikian, muridnya kurang senang dengan sikap Nabi Daud. Mereka menganggap Nabi Daud tidak memberikan contoh baik dalam menghormati tamu.

Lelaki berdoa panjang dengan penuh tangisan selepas sembahyang. Dia kemudian keluar dari tempat peribadatan itu, selepas meminta diri dengan mengucapkan salam. Namun Nabi Daud tetap tidak menaruh hormat sedikit pun kepada orang itu.

Selepas Nabi Daud mengakhiri pelajarannya mengenai akhlak baik, seorang muridnya bertanya kepada beliau: “Wahai Nabi Allah, bolehkah saya bertanya? “Ya, silakan,” jawab Nabi Daud.

Murid itu berkata : “Bukankah Nabi mengajarkan kepada kami bagaimana cara untuk menghormati tamu?”

“Betul,” jawab Nabi Daud.

Murid itu berkata: “Tetapi mengapa engkau sebagai seorang guru tidak memberikan perhatian atau menghormati tamu yang datang pada waktu engkau sedang memberikan pelajaran?” Nabi Daud menjawab: “Aku tidak memberikan sedikit pun perhatian kepadanya kerana tamu itu tidak mempunyai akhlak baik.

“Ingatkah bagaimana caranya untuk memasuki majlis ketika guru mengajar. Mula-mula dia perlu melangkah dengan kaki kanan terlebih dulu sebagai tanda menghormati tempat ibadah ini. Kemudian dia sepatutnya tidak mengucapkan salam terlebih dulu , melainkan langsung duduk ikut mendengarkan pelajaran.”

Salah seorang murid mencelah : “Mungkin tetamu itu belum mengetahui tata cara memasuki suatu majlis pengajian seperti ini.”

Nabi Daud menjawab : “Tetapi jubah dan serbannya menunjukkan seolah-olah dia itu orang alim. Apakah layak jika memang dia itu orang yang alim, tidak mengetahui sopan santun dan tata cara memasuki tempat peribadatan dan majlis ilmu?

“Orang seperti itulah yang akan menjatuhkan agama kita. Ini kerana penampilannya tidak sesuai dengan sikapnya dalam menjalankan agama.”

Muridnya berkata lagi: “Tetapi kita melihat bahawa orang yang berjubah itu tadi melaksanakan sembahyang dengan lama sekali, bagaimana dengan itu?” Nabi Daud menjawab: “Itulah tanda kepalsuannya. Dia hanya ingin menunjukkan kesolehan kepada kita semua, pada hal dia sebenarnya bukan orang soleh. Dia melakukan sembahyang buat kita, bukan bagi Tuhan.”

Seorang muridnya bertanya: “Tetamu tadi juga berdoa dengan panjang sambil menangis, bukankah itu menunjukkan kealimannya.”

Nabi Daud menjawab: “Apakah doa yang panjang itu menjamin keikhlasan hatinya?

“Bukankah Tuhan lebih menyukai doa yang khusyuk dan penuh keyakinan kepada-Nya. Kalau dia ingin menangis, tidak selayaknya di depan kita.

“Menangislah dengan penuh kesedihan di depan Allah ketika sendirian dalam sembahyang malam pada waktu semua makhluk sedang tidur dengan lelap hingga mereka tidak melihat tangisan itu kecuali Tuhan.”

Seorang murid bertanya: “Bukankah wajahnya begitu bersih laksana wajah orang yang sangat ikhlas. Pakaiannya bersih serba putih melambangkan keikhlasan hatinya. Bukankah dia itu orang yang bertakwa.”

Nabi Daud menjawab: “Takwa itu tidak dilihat daripada rupa dan wajah seseorang, juga tidak dilihat daripada pakaian seseorang."

“Tuhan hanya melihat hati manusia dan menilai dari amal perbuatannya."

“Adakah amal perbuatan dan sikapnya sehari-hari sesuai dengan hukum syariat dan akhlak. Manusia itu tidak dihargai daripada kulitnya, melainkan dinilai daripada isi dan mutu kemanusiaannya yang diukur dengan pelaksanaannya terhadap hukum dan akhlak agama."
read more
new entries old entries
Subscribe to: Posts (Atom)

Visitors Count

Sahabatku

Browse the Blog

My Other Blogs

  • BLOG PERPUSTAKAAN JBPM
    OPR kekal pada 2.75 peratus ; Dasar Monetari Bank Negara terus waspada faktor kos boleh jejas prospek inflasi - Keratan akhbar Berita Harian 10 Mac 2023
  • SRLavender's Library
    Pengurusan Emosi Dalam Kisah Nabi Yusuf A.S. - Ahmad Najib Abdullah, Lokman Ahmad
  • Jom Kita Masak-Masak
    Resipi ikan siakap stim limau tanpa sos ikan | Cara Shikin Razali
  • Starlavenderluna's Bloglist

Archive

  • ►  2023 (25)
    • ►  March (5)
    • ►  February (10)
    • ►  January (10)
  • ►  2022 (138)
    • ►  December (6)
    • ►  November (9)
    • ►  October (12)
    • ►  September (10)
    • ►  August (8)
    • ►  July (15)
    • ►  June (5)
    • ►  May (4)
    • ►  April (12)
    • ►  March (21)
    • ►  February (6)
    • ►  January (30)
  • ►  2021 (228)
    • ►  December (5)
    • ►  November (11)
    • ►  October (12)
    • ►  September (18)
    • ►  August (27)
    • ►  July (30)
    • ►  June (11)
    • ►  May (12)
    • ►  April (14)
    • ►  March (10)
    • ►  February (31)
    • ►  January (47)
  • ►  2020 (134)
    • ►  December (13)
    • ►  November (14)
    • ►  October (22)
    • ►  September (21)
    • ►  August (15)
    • ►  July (15)
    • ►  June (20)
    • ►  May (2)
    • ►  April (3)
    • ►  March (5)
    • ►  February (2)
    • ►  January (2)
  • ►  2019 (134)
    • ►  December (4)
    • ►  November (5)
    • ►  October (16)
    • ►  September (7)
    • ►  August (8)
    • ►  July (9)
    • ►  June (11)
    • ►  May (9)
    • ►  April (21)
    • ►  March (10)
    • ►  February (24)
    • ►  January (10)
  • ►  2018 (281)
    • ►  December (7)
    • ►  November (19)
    • ►  October (30)
    • ►  September (10)
    • ►  August (28)
    • ►  July (24)
    • ►  June (18)
    • ►  May (30)
    • ►  April (28)
    • ►  March (35)
    • ►  February (32)
    • ►  January (20)
  • ►  2017 (269)
    • ►  December (26)
    • ►  November (16)
    • ►  October (8)
    • ►  September (28)
    • ►  August (25)
    • ►  July (17)
    • ►  June (25)
    • ►  May (20)
    • ►  April (8)
    • ►  March (28)
    • ►  February (28)
    • ►  January (40)
  • ►  2016 (299)
    • ►  December (64)
    • ►  November (67)
    • ►  October (43)
    • ►  September (43)
    • ►  August (9)
    • ►  July (11)
    • ►  June (3)
    • ►  May (5)
    • ►  April (4)
    • ►  March (3)
    • ►  February (18)
    • ►  January (29)
  • ►  2015 (272)
    • ►  December (60)
    • ►  November (39)
    • ►  October (40)
    • ►  September (58)
    • ►  August (28)
    • ►  July (3)
    • ►  June (3)
    • ►  April (13)
    • ►  March (13)
    • ►  February (9)
    • ►  January (6)
  • ►  2014 (64)
    • ►  December (12)
    • ►  November (10)
    • ►  October (19)
    • ►  September (6)
    • ►  August (3)
    • ►  July (1)
    • ►  May (3)
    • ►  April (2)
    • ►  March (2)
    • ►  February (3)
    • ►  January (3)
  • ►  2013 (97)
    • ►  July (6)
    • ►  June (5)
    • ►  April (8)
    • ►  March (31)
    • ►  February (31)
    • ►  January (16)
  • ▼  2012 (173)
    • ►  December (4)
    • ►  November (9)
    • ►  October (10)
    • ►  September (12)
    • ►  August (11)
    • ►  July (31)
    • ►  June (19)
    • ►  May (13)
    • ▼  April (15)
      • Diari harian
      • PeStA BuKu
      • PeStA BuKU....
      • Diari harian
      • Diari harian
      • Diari harian
      • Diari harian
      • Pesta Buku Antarabangsa @PWTC
      • Daulat Tuanku!!!
      • World Book Day
      • Diari harian
      • Diari harian
      • Diari harian
      • Diari harian
      • Adab masuk majlis ilmu
    • ►  March (16)
    • ►  February (15)
    • ►  January (18)
  • ►  2011 (262)
    • ►  December (27)
    • ►  November (22)
    • ►  October (23)
    • ►  September (29)
    • ►  August (31)
    • ►  July (29)
    • ►  June (22)
    • ►  May (25)
    • ►  April (20)
    • ►  March (16)
    • ►  February (10)
    • ►  January (8)
  • ►  2010 (5)
    • ►  December (4)
    • ►  November (1)

Komen Terkini

Special Bloglist Until 31 March 2023

  • Sii Nurul | Blogger Sepenuh Masa | Menulis Untuk Berkongsi
    Lirik Lagu Syair Cinta by Salsabilla Ainun
  • KasihkuAmani
    ebook | Antagonis oleh Irsyad Tarudin
  • Afzan Sidi
    US PIZZA KUANTAN
  • Rabiahtul Adawiyah❤
    Hadiah untuk Raydah Blogger
  • Pencarian Jiwa Diri Saya
    Nasihat Ramadan: Ubat Yang Boleh Diambil Ketika Puasa
  • Cik Nor Blog's
    Tak Pernah Layan Drama Semua Pelakon Meninggal
  • Drawing the Words
    Review Komik 'Aku Okay!' oleh Miu Rushdi DKV
  • Ciktie Dot Com
    Potluck Simple -simple Sempena Persaraan Staf Awam
  • Nazfea Solehah
    Thrice the Charm Giveaway by Atiqah, Nabilah Samsudin dan NHHM
  • The Wonderful Jannah
    Mengimbau Kenangan PD Trip 2022

Top Commentators

Sponsors

Search A Job

Jawatan Kosong Neuvoo
© Jurnal Shikin Razali.
Made by SoulMuse.