Assalamualaikum wbt...
Keadaan skrin monitor komputer yang tak penah berubah ataupun terlalu tertumpu pada kertas kerja sikit sebanyak akan memberi kesan kepada kesihatan kita. Selain ianya membosankan, pemandangan yang senada jea akan mempengaruhi keinginan kita untuk bekerja dan perasaan seronok bekerja menjadi berkurangan..
Apa kata kita ubah cara yang senada kepada cara yang lebih sihat malah kita akan menjadi seronok untuk terus bekerja.. Ada 7 cara tau..
- Letak tanaman pada pasu kecil di meja kerja, contohnya pokok kaktus yang cantik.
- Bekerja dengan lebih produktif
- Mulai berkomitmen untuk lebih banyak bergerak
- Luangkan masa untuk bermeditasi / solat sunat Dhuha.
- Pakai aromaterapi
- Bawak bekal daripada rumah (menjimatkan)
- Bersosial dengan rakan sekerja tapi jangan sampai lupa pada tugasan sebenar.
Jadi, sama-samalah kita berusaha untuk menjadikan rutin kerja seharian dengan cara yang lebih sihat.
Assalamualaikum wbt..
Bila sebut aje pasal majlis perkahwinan, mesti dah terbayang dalam fikiran berapa bajet yang perlu disediakan.. Dari belanja hantaran, majlis, tempahan busana, kad jemputan dan lain-lain lagi, mesti akan memeningkan kepala kita dan dah tentu akan dibabitkan dengan keluarga.
Bila saya belek kat majalah pesona pengantin, saya terjumpa satu artikel yang menarik iaitu tips camne nak jimat untuk bajet kahwin.. So pada sahabat saya yang akan mendirikan mahligai masjid yang indah, bolehlah cuba tips nie agar majlis awak berjalan dengan lancar sekaligus dapat mengelakkan konflik di masa depan..
Jangan pentingkan standard - sikap suka berhutang akan memberikan bebanan pada awak sehingga menyebabkan awak dan pasangan tak bahagia. Malah boleh dikatakan ramai pasangan yang terhimpit dengan hutan yang terlalu banyak hanya kerana menginginkan majlis perkahwinan yang mewah dan tampak gah.
Tetapkan jumlah tetamu - Tetapkan jumlah tetamu yang bakal dijemput agar awak dapat merancang majlis perkahwinan dengan sebaiknya. Apabila awak dah tetapkan bilangan tetamu, jadi mudahlah awak untuk mengira bajet untuk makanan, doorgift, kad kahwin dan sebagainya.
Menyewa busana perkahwinan - Elakkan menempah pakaian yang baru sebab ada jea perkhidmatan sewa pakaian pengantin yang jauh lebih murah, dan ada juga perkhidmatan yang membolehkan awak menempah pakaian perkahwinan yang baru tapi untuk sewaan saja. Ini bermakna, selepas awak pakai busana nie, awak perlu pulangkan balik kepada butik perkahwinan dan harganya murah sikit berbanding awak beli terus pakaian perkahwinan tersebut. Lagipun awak hanya pakai sekali jea kan, jadi rasa macam rugi andainya awak beli tapi hanya pakai untuk sekali saja..
Awasi perbelanjaan setiap bulan - Perbelanjaan pada setiap bulan amat mempengaruhi simpanan kewangan kita. Jika awak berbelanja secara berlebih-lebihan iaitu kehendak melebihi keperluan, segala bajet yang telah ditetapkan sebelum nie akan berubah dan mungkin akan menyusahkan kita kelak.
Elak berhutang dengan kad kredit - Kad kredit nie ada baik dan ada buruknya. Jika kita tak pandai nak guna secara berhemah, dinasihatkan untuk tak pakainya. Membayar dengan hanya swipe boleh menyebabkan kita akan hilang pertimbangan dan boros bila berbelanja yang akhirnya akan menyebabkan kita menjadi pening untuk membayar hutang tersebut di penghujung bulan.
Adakan majlis gotong royong - Majlis yang diadakan secara gotong royonh adalah lebih jimat berbanding dengan menggunakan perkhidmatan katering. Ia dapat menjimatkan kos kerana awak hanya perlu mengeluarkan bajet untuk membeli bahan basah, selain daripada itu, awak boleh mengeratkan hubungan silaturahim bersama saudara mara dan juga jiran tetangga.. Barulah nampak meriah majlis perkahwinan awak tue..
Cuba berhenti merokok - Merokok sememangnya amat sinonim dengan kebanyakan lelaki. Semua orang tau yang merokok nie bukan saja tak elok untuk kesihatan tapi ia juga boleh dikatakan membazir duit. Jika awak campur tolak duit yang telah dibelanjakan untuk membeli rokok, mesti awak akan terkejut dengan jumlahnya. Ini kerana duit yang digunakan untuk beli rokok tue jika masuk dalam tabung, dah tentu akan membantu sikit sebanyak penyimpanan belanja kahwin ataupun perkara lain yang lebih bermanfaat.
Membuka akaun khas - Salah satu cara untuk menjimatkan kos perkahwinan adalah dengan membuka akaun khas untuk perkahwinan awak. Ini dapat memastikan supaya awak tak menggunakan kesemua duit simpanan dan seterusnya berhutang.
Jadi, mana-mana yang nak kawin tue, bolehlah dipraktiskan tips nie..
Assalamualaikum wbt...
Setiap manusia sentiasa mengimpikan mempunyai keluarga yang bahagia. Bila suami isteri saling memahami, anak-anak yang sentiasa memberi keceriaan dalam rumahtangga.. Walaupun badai ombak rintangan melanda, tetapi masing-masing cuba untuk mempertahankannya..
Tapi, camne cara untuk membina keluarga bahagia..? Semoga dengan tips yang dikongsikan ini akan memberikan sinar bahagia dalam kehidupan kita sekeluarga..
👪 Tahu misi,visi dan objektif berumahtangga dan berkeluarga dengan jelas dan berusaha untuk merealisasikannya..
👪 Memilih calon pasangan yang tepat iaitu kita perlu kenal dan tahu keperibadiannya untuk saling melengkapkan kekurangan yang ada.
👪 Mencari bahagia berlandaskan hukum syarak.
👪 Melakukan semua aktiviti secara berjemaah dan menggalakkan kecenderungan minat yang sama di kalangan ahli keluarga.
👪 Menjadikan sifat Islam sebagai agama yang membawa rahmat serta tunjang untuk mengamalkan cara hidup Islam. Mudah-mudahan menjadi sebab kehidupan berkeluarga sentiasa di dalam rahmat Allah SWT..
Semoga ianya bermanfaat untuk semua.. Wallahualam..
Assalamualaikum wbt..
Lama betul draf nie dok peram yang sepatutnya dah publish masa bulan November lepas, tapi biasalah.. Kalu dah banyak keja nie ditambah plak ada penyakit lupa sikit-sikit, tue yang diperam.. Kalu jadi asam boi pun sedap.. hihi
Amendalah saya dok melalut pasal asam boi plak.. adoii.. sori..sori..
Awak masih ingat lagi tak entri saya pasal barangan kemas daripada Zalora..? Kalu belum baca boleh ke ➼SINI .. Bila dok belek-belek barangan kemas, saya baru teringat yang saya masih ada lagi voucher dari Zalora.. Jadi mulalah godaan daripada hati untuk mencari barangan kat Zalora..
Oleh kerana voucher tue dah nak hampir tamat, saya ambik keputusan untuk beli nie...
Dua utas rantai yang berkilauan nie memang telah berjaya memikat hati saya, walaupun saya sebenarnya mempunyai alergik tentang benda yang berlogam. Takleh pakai sebenarnya, kalu tak mesti akan gatal-gatal.. huhuhu
Tapi saya simpan untuk diberi pada anak sedara bila dia besar nanti.. Cantik kan..?
Nak tengok yang lain-lain..? Boleh... Awak boleh ke ➻SINI untuk window shopping..
Assalamualaikum wbt..
Maskara adalah salah satu alat kecantikan yang menjadi kemestian di kalangan wanita. Ia merupakan elemen yang penting untuk menaikkan seri wajah selain menjadi pelengkap kepada solekan pada wajah kita.
Tapi jika dipakai sambil lewa, ianya akan mencomotkan rupa dan sekaligus mencacatkan keseluruhan solekan. Teknik yang sesuai dan tepat amat penting untuk menggunakan maskara, antaranya :-
Kenali bentuk mata - Cukup sekadar menarik garisan bermula daripada pertengahan bukan daripada hujung mata buat mereka yang memiliki mata besar. Untuk pemilik mata yang bersaiz kecik pula, tariklah garisan daripada hujung dalam mata.
Pilih jenis penggaris mata - Bagi membentuk garis mata yang tebal, gunakan penggaris mata berbentuk cecair. Pilihan terbaik adalah penggaris mata yang hujungnya berbulu. Manakala untuk kesan yang lebih semulajadi, gunakan pensil alis.
Tabur bedak - Sebelum membuat garisan di bawah mata, taburkan bedak pada kelopak mata bahagian atas dan bawah agar penggaris mata melekat dengan sempurna.
Ilusi Smokey Eyes - Bagi mendapatkan kesan smokey eyes pula, oleskan pembayang mata warna sama dengan penggaris mata. Oleskan pada garisan yang sudah dibentuk lalu gosok dengan halus agar garisan yang dibuat tahan lebih lama.
Tebalkan garisan hujung mata - Mahukan kesan mata yang lebih tajam..? Ulangi proses aplikasi namun tidak dimulakan daripada hujung dalam mata. Mulakan daripada tengah lalu buatlah lebih tebal pada bahagian hujung mata.
So, nanti bolehlah kita praktis sama-sama..
Assalamualaikum wbt..
Barang nie memang wajib kita guna untuk masakan kita. Walaupun fungsinya lebih kurang sama iaitu untuk memotong, tapi setiap daripada jenis pisau dapur mempunyai fungsi tertentu yang tersendiri. Dengan cara yang betul ianya bukan saja dapat memudahkan kita untuk kerja-kerja di dapur malah dapat menghasilkan sajian yang menarik.
Senarai nie adalah jenis pisau dapur yang perlu ada kat dapur kita.. Jom..
Serrated knife (pisau roti) - Bilah pisaunya yang bergerigi mampu membelah roti atau kek terutama yang bertekstur lembut dengan rapi dan tak hancur. Ianya juga boleh digunakan untuk memotong sayur-sayuran yang berkulit licin dan padat seperti tomato atau terung.
Chef's knife - Bentuknya yang lebar dan besar adalah untuk memudahkan memotong, menghiris dan juga untuk mencincang bahan makanan yang keras. Pisau ini juga mantap untuk menghancurkan bawang putih dan bahan-bahan kering seperti buah pala.
Paring knife - Ukurannya yang kecil seperti miniature chef's knife namun fungsinya berbeza sangat iaitu untuk mengupas dan memotong buah-buahan dan sayur-sayuran. Ada yang berbentuk dengan sudut melengkung dan runcing untuk memudahkan memotong, mengupas, membuang biji dan membuat ukiran daripada buah-buahan dan sayur-sayuran.
Cleaver / Chinese chef's knife - Pisau berbilah besar dan nipis nie berfungsi untuk memotong, menghiris, mencincang sayur-sayuran dan daging. Ianya juga cukup kuat untuk memotong tulang ayam. Pisau jenis nie jugak amat sesuai digunakan untuk mememarkan bawang putih dan halia.
Boning knife - Bentuk pisau dengan bilah panjang meruncing dan hujng yang tajam dapat memudahkan proses membuang tulang pada daging ayam dan ikan. Pisau ini jugak sangat sesuai digunakan untuk membuang bahagian lemak dan urat pada daging dan ayam.
Slicing knife - Pisau ini boleh digunakan untuk menghiris buah-buahan, sayur-sayuran dan juga daging dengan boleh memotong senipis yang mungkin. Ramai tukang masak ataupun chef menggunakan pisau ini untuk menghiris daging untuk disalai, ayam atau ayam belanda yang dipanggang agar hirisannya nampak lebih kemas dan sempurna..
Okey, sekarang awak dah tau kan yang mana satu pilihan awak..
Assalamualaikum wbt..
Sebenarnya dah lama saya nak beli set nie, dah bulan ke bulan asyik tertangguh jea, dan akhirnya dapat jugak beli set nie sebab terpikat dengan kombinasinya.. Set mandian Cherry Blossom yang sesuai jugak untuk dijadikan hadiah pada kesayangan ataupun sebagai hantaran..
Set nie mempunyai 3 jenis mandian, iaitu bath moisten (kiri), bath salt (tengah) dan skin moisten (kanan)..
First time saya pakai bath moisten nie adalah ianya tak melekit seperti sabun mandian biasa tapi ianya boleh melembapkan dan melembutkan kulit. Ditambah pulak dengan bath salt yang mempunyai ciri-ciri scrub lembut untuk melembutkan lagi kulit kita.. Bath salt nie diperbuat daripada garam bukit yang terkenal dengan khasiatnya tersendiri dan ditambah pulak dengan haruman bunga seperti cherry blossom. Macam kat spa pulak rasanya..
Lepas mandi, saya sapukan kulit dengan menggunakan losyen skin moisten dan hasilnya.. Fuhhh.. memang tenang aje dan rasa macam release suma tension.. Tekstur losyen nie amat lembut dan ianya meresap pada kulit dan tak melekit langsung.. Saya nie memang tak suka sangat pada losyen yang melekit sebab saya kuat berpeluh tapi bila saya pakai losyen skin moisten nie, memang kenalah dengan kehendak saya..
Malah, wangian set nie memang kekal harumannya hingga 6 jam tau.. Memang tak rugi untuk beli set nie dan harganya pun agak berpatutan dengan bajet kita..
Assalamualaikum wbt..
Cantik kan kotak minyak wangi nie.. Sebenarnya saya ingat nak tunjuk gambar minyak wangi dengan model tapi model nya dah lari laa.. huhu.. Takpelah.. Okey, awak nak tahu, kotak nie sesuai sangat untuk dibuat hantaran ataupun nak bagi gift pada seseorang.. Harga bagi sekotak nie murah aje dan sekarang nie mereka tengah buat promosi..
So pada sesiapa yang nak tunang ke kawin ke ataupun nak bagi kesayangan sebagai hadiah ulangtahun, awak boleh pegi ke fanpage facebook
Berminat..? Awak boleh Whatsapp pada nombor ini... 019-217 5815 .. Tengok.. Murah kan.. Kat gambar tue contohnya adalah set couple 12 dalam 1.. Banyak tue.. So, memang tak rugi kalu awak shopping kat ini..
Kat mana..?? Boleh ke page mereka..
Assalamualaikum wbt..
Pada tepat 1 Januari 2018, kami warga admin akan kehilangan seorang staf yang amat berdedikasi dalam JBPM, iaitu Encik Alias Mohd Ghani.. Beliau akan bersara wajib mulai tarikh tersebut.. Walaupun air mukanya nampak serius tapi sebenarnya beliau memang pemurah dengan senyuman dan gelak ketawanya akan kami kenang untuk selama-lamanya.. Apa saja kerja yang diberi, beliau dapat lakukan dengan begitu baik sekali hinggakan walaupun khidmatnya telah tamat pada tahun depan, tetapi kami masih memerlukannya..
Jadi, untuk meraikan beliau, kami sepakat untuk membuat majlis kecil-kecilan demi mengenang jasa beliau dalam perkhidmatan dan ini adalah antara aktiviti-aktiviti kami..
Tiga unit bergabung dalam satu Cawangan, sebenarnya ada 4 unit iaitu Unit Fail tapi kesemua mereka tak dapat hadir ke majlis tue sebab urusan rasmi.. Ooo baju nie ditaja oleh hamba Allah yang baik, dia bagi kain aje, so kami hanya menempah baju kesukaan kami.. Sebenarnya saya nak buat baju kurung biasa tapi kain yang diberikan pada saya berukuran 4.5 meter, jadi macam rugi pulak kalu buat baju kurung.. So saya decided untuk buat dress jubah atau mexi dalam bahasa Tranu..
Sempatlah jugak YAS Datuk Sri Ketua Pengarah datang ke majlis untuk meraikan pada yang diraikan..
Kebetulan Syafiq Farhain ada bersama-sama so, memang hari tue, dia jadi instafemes jap, kena bergambar dengan kakak-kakak yang suka berwelfie..
Abam-abam bomba pun tak ketinggalan nak bergambar dengan orang yang diraikan.. Inilah wajah-wajah yang menjadi warga Unit Aset HQ.. Ada yang berkenan di hati tak..? hihi
Dan majlis nie bukan saja untuk meraikan persaraan Encik Alias, tapi kami jugak meraikan birthday staf.. Inilah wajah-wajah yang meraikan birthday untuk bulan Disember, yang menjadi satu-satunya jejaka dalam gambar ini adalah bos kami Encik Jamaluddin Othman, merangkap Ketua Penolong Pengarah Cawangan Pentadbiran, orang Tranu jugak.. hihi
Makanan yang disediakan pada tetamu yang hadir.. Sebenarnya ada lagi makanan yang lain, tapi tak sempat nak snap sebab sibuk dan lapar.. hihi Hidangan yang lain seperti mee kari, bihun sup dan spageti jugak disediakan dan ada di antaranya kakak-kakak yang masak kat pantri.. So jimat sikit la..
Dan itulah penutup majlis untuk tahun nie..
Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons