6 teknik mudah oles maskara

9:28 AM

Image result for mascara

Assalamualaikum wbt..
Maskara adalah salah satu alat kecantikan yang menjadi kemestian di kalangan wanita. Ia merupakan elemen yang penting untuk menaikkan seri wajah selain menjadi pelengkap kepada solekan pada wajah kita. 

Tapi jika dipakai sambil lewa, ianya akan mencomotkan rupa dan sekaligus mencacatkan keseluruhan solekan. Teknik yang sesuai dan tepat amat penting untuk menggunakan maskara, antaranya :-

Kenali bentuk mata - Cukup sekadar menarik garisan bermula daripada pertengahan bukan daripada hujung mata buat mereka yang memiliki mata besar. Untuk pemilik mata yang bersaiz kecik pula, tariklah garisan daripada hujung dalam mata.

Pilih jenis penggaris mata - Bagi membentuk garis mata yang tebal,  gunakan penggaris mata berbentuk cecair. Pilihan terbaik adalah penggaris mata yang hujungnya berbulu. Manakala untuk kesan yang lebih semulajadi, gunakan pensil alis. 

Tabur bedak - Sebelum membuat garisan di bawah mata, taburkan bedak pada kelopak mata bahagian atas dan bawah agar penggaris mata melekat dengan sempurna.

Ilusi Smokey Eyes - Bagi mendapatkan kesan smokey eyes pula, oleskan pembayang mata warna sama dengan penggaris mata. Oleskan pada garisan yang sudah dibentuk lalu gosok dengan halus agar garisan yang dibuat tahan lebih lama.

Tebalkan garisan hujung mata - Mahukan kesan mata yang lebih tajam..? Ulangi proses aplikasi namun tidak dimulakan daripada hujung dalam mata. Mulakan daripada tengah lalu buatlah lebih tebal pada bahagian hujung mata.

So, nanti bolehlah kita praktis sama-sama.. 


You Might Also Like

7 lovely notes

  1. jarang2 ju pakai maskara, sb kbykn masa pergi keja kan. Maskara ni ju guna bila date ngan suami atau pegi kenduri kendara, tgk mood juga la kbyknnya =D

    ReplyDelete
  2. good info. blh try ni. slalu maskara berterabur. haha

    ReplyDelete
  3. boleh pakai tips ni kalau nak pakai maskara nanti sebab kalau pakai maskara mesti rosak atau berantakan last-last muka pun dah jadi macam hantu kak limah..haha..

    ReplyDelete
  4. tak reti sgt nak makeup2 ni. huhu

    ReplyDelete
  5. Jarag sekali pakai mascara , mascara pun xde dalam senarai alat makep .hehe..pernah 2 3 kali pakai, rasa macamm tak selesa

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧

Let's Talk (NO SPAMMER)

Top Commentators