Tuesday, December 26, 2017

Puas hati bila masak sendiri..

Related image

Assalamualaikum wbt...
Selamat pagi..! Semoga hari nie memberi keceriaan dan kegembiraan dalam kehidupan kita dan semoga Allah merahmati dan memberkati apa jua kebaikan yang kita lakukan.. Wahh, kejap jea kan masa berlalu, dah nak berakhirnya tahun 2017 dan akan tiba pulak tahun baru yang tinggal beberapa hari lagi.. Ini bermakna jugak beberapa hari lagi kita akan menjadi seorang yang sibuk dengan kehidupan.. 

Walaupun begitu, kita kena seimbangkan dunia dan akhirat agar kita selalu menjadi insan yang sentiasa bersyukur dengan kurniaan Allah pada kita.. 

Okey, kita tinggal dulu syarahan pagi-pagi nie.. So, dalam masa cuti tiga hari nie tak banyak aktiviti yang saya lakukan, melainkan sama macam awak, balik kampung.. Bezanya kampung saya terletak di penghujung Kuala Lumpur, iaitu Kampung Kemensah.. hihihi ala kampung jugak kan.. Gasakla.. Tapi sebelum kami balik ke kampung, pada pagi Sabtu tue, kami sempatlah shopping sedikit barang-barang basah untuk masak sebab ada request dari si bongsu nie.. Dia suruh kakak dia masak laksa ala-ala laksa Terengganu..  Bila dah beli semua barangan basah, tetiba dia cakap nak beli tilam sebab selalu sakit belakang bila tido di atas toto yang tebal.. Okey, demi sayangkan sorang adik, kami pun ke Nilai 3 untuk mencari sebuah tilam bujang.. Cari punya cari, terjumpalah sebuah kedai yang agak baru dibuka di Nilai 3 dan kebetulan kedai tue membuat promosi untuk barangan perabot dan ianya termasuklah tilam bujang yang kami nak beli nie.. Harga asal tilam span nie dalam RM200 lebih tapi dia offer untuk hari tue, hanya RM100 dengan jaminan 3 tahun.. Wahh, apa lagi, kami pun sambarlah tilam bujang nie, yang secara kebetulan boleh dilipat dan masuk dalam bonet kereta.. Malam karang akan ada kerja sampingan pada abang iparnya iaitu kena angkat tilam nie.. hihi..

Lepas Maghrib, kami pun bertolak ke Kampung Kemensah sebab selalunya MRR2 nie selalu jemmed dan sesak tapi disebabkan cuti 3 hari, pada hari tersebut, perjalanan kami lancar aje tanpa sebarang kesesakan yang teruk.. Akhirnya kami sampai di rumah adik keempat pada jam 9 malam kerana kami singgah sekejap di Wangsa Maju untuk menghantar tilam si bongsu nie.. Memandangkan adik keempat antar mesej mengatakan dia belum masak, kami singgah ke kedai untuk membeli makanan.. kami order makanan dan sementara menunggu makanan siap, saya pun order air untuk minum, sebenarnya saya ada mintak air sarsi, tapi.... huhuhu

http://starlavenderluna.blogspot.com

Inilah air yang saya dapat, air biji selasih semata-mata.. huhuhu.. First time kot saya dapat minuman camnie, dan rasanya resipi air biji selasih nie, first time kot saya dengar.. Hanya air gula dan biji selasih, that's all.. Pelik kan.. 

Napa saya tak mintak ganti air lain..? Sebenarnya saya nie jenis tak suka nak menyusahkan orang lain, sebabnya bukan salah orang yang buat air tue, ianya salah komunikasi antara yang ambik order..  Saya pun minumlah air biji selasih tue sambil tergelak-gelak dengan si bongsu..  Bila makanan yang di order dah siap, kami pun bayar dan terus beredar untuk ke rumah adik keempat.. Sampai aje di rumah, saya terus merebus ikan yang telah disiang pada petang tadi untuk persiapan buat kuah laksa, jadi senang pada hari esoknya tue, saya terus masak jea..

Esoknya, bermulalah tugas pagi saya untuk memasak.. Nasib baik dua beradik tue masak, ada yang asingkan ikan, dan ada pulak yang potong ulam-ulaman.. 

http://starlavenderluna.blogspot.com

Haa.. Dalam periuk nie ada 2 paket spageti.. Napa spageti dan bukan laksa kering..? Sebenarnya kami tak berapa gemar nak guna laksa kering sebab bagi kami ianya tak berapa sesuai dengan selera tekak.. Dulu ummie kami penah gunakan spageti, katanya kita buat ala-ala laksa Johor tapi nie versi Terengganu punya.. 

http://starlavenderluna.blogspot.com

Dalam kuali nie pulak, kuah laksa sedang mendidih... Awak nak tahu, kali nie saya guna banyak ikan, ada dalam lebih kurang 11 ekor ikan selayang yang saya guna, baru pekat dan sedap dimakan, apa kata orang putih, marvellous, mama mia... hihihi

Tung tang tung tang kat dapur akhirnya siap jugak walaupun tak sesedap masakan ummie kami.. 

http://starlavenderluna.blogspot.com

http://starlavenderluna.blogspot.com

Alhamdulillah, kenyang perut.. Nak tahu resipi saya..? Awak boleh ke 

🍜SINI🍜

Tradisi vs moden.. okey ke tak..? Sebenarnya kalu di Terengganu, kami memang beli aje laksa beras yang memang jual kat pasar basah.. Harganya dalam RM12 sekilo kot, betul ke tak Wallahualam.. Dah lama tak beli kat pasar nie.. 

5 comments:

  1. Bila sesekali memasak memang puas hatikan shikin..

    ReplyDelete
  2. boleh cuba buat ni... nampak menarik resepi tu...

    ReplyDelete
  3. Hahaha, selalu minum biji selasih tu adalah warna merah kan... letak sirap ke... betul tu sis, masak sendiri nikmatnya lebih..

    ReplyDelete
  4. Boleh aje digabingkan moden Dan tradisi. Yg penting sedap

    ReplyDelete
  5. makanan apa pun kalau masak sendiri , tahap kepuasan untuk makan tue memang berbaloi , cuma perlukan sedikit kerajinan

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧

GooglePlus Followers