Showing posts with label Rasa & Cerita. Show all posts
Showing posts with label Rasa & Cerita. Show all posts
Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah, duit daripada BKC dah masuk dalam akaun, so dengan duit tue dapatlah saya membeli sedikit barang-barang basah...
Antaranya ikan siakap... Lepas tue, tekak nie teringin nak makan secara kukus...
Akhirnya terhasillah ikan siakap stim limau... Tapi saya tak guna sos ikan sebabnya memang takde stok kat rumah nie...
Alamak...!!! Lupa pulak tudung periuk kukus saya dah pecah dek bebudak bulus tolak dari rak... huhuhu camne nak masak...? In the end, saya dapat idea untuk masak ikan siakap stim limau guna kuali...
So, inilah cara saya masak ikan siakap stim limau...
BAHAN-BAHAN
1 ekor ikan siakap - nak hilang hanyir ikan, basuh guna air perahan limau purut.
2 labu bawang - dihiris kasar
4cm halia - dihiris kasar
3 biji tomato - dibelah suka hati awak... hihi
2 tangkai cili merah - dihiris halus
2 tangkai cili padi - dihiris halus
3 biji limau nipis - diperah jusnya dan biji dibuang
3 cawan air
Sedikit perasa Maggie Cukup Rasa
Daun bawang - untuk hiasan taburan
CARA PENYEDIAAN
Mula-mula masukkan minyak masak, kemudian masukkan bawang dan halia. Tumiskan sehingga menjadi layu. Kemudian masukkan air dan kacau sebati. Masukkan hirisan cili dan kacau lagi. Kemudian masukkan ikan siakap, kacau sebati dan siramkan air rebusan ke atas ikan agar sebati dan sekata. Jangan kacau secara kasar kerana takut isi ikan jadi hancur. Kemudian masukkan air perahan limau dan kacau sebati. Masukkan hirisan tomato dan kacau sebati. Untuk percepatkan ikan masak, tutup kuali itu dan kecilkan api. Apabila mendidih, masukkan serbuk Maggie Cukup Rasa, kacau sebati dan siramkan air rebusan ke atas ikan agar menjadi sekata. Renehkan selama 3 minit dengan menggunakan api kecil. Setelah masak, angkat dan hiaskan dengan daun bawang. Sedia dihidangkan dengan nasi panas.
VIDEO RESIPI IKAN SIAKAP STIM LIMAU TANPA SOS IKAN
Selamat mencuba..!
Assalamualaikum wbt...
Bulan lepas saya ada beli oatmeal rolled oat, hajat di hati nak buat biskut tapi tetiba rasa malas plak nak buat memandangkan yang nak makan sorang jea..
Lepas tue, hubby ada beli air soya..
Tetiba...
Teringat pada overnight oatmeal yang pernah saya makan baru-baru nie...
Lepas tue, tekak teringin nak makan oatmeal tue, memandangkan hari dah malam dan saya tengok bahan-bahan untuk buat overnight oatmeal dah lengkap, so terhasillah homemade overnight oatmeal versi Shikin Razali...
Bahan-bahan yang diperlukan adalah oatmeal rolled oat, plain yogurt, air soya (saya guna jenama Homesoy), hirisan buah-buahan pilihan (saya pilih anggur), dan madu.. Kenapa saya tak pilih susu full cream?? Sebenarnya saya tak berapa gemar nak minum susu full cream, so saya pilih air susu soya sebagai penggantinya.. Jika awak suka susu full cream, bolehlah guna susu tue sebagai bahan untuk buat overnight oatmeal..
Langkah pertama, masukkan kesemua bahan (kecuali hirisan buah dan madu ke dalam mangkuk) dan kacau sehingga sebati..
Jika adunan tue nampak pekat sikit, awak tuangkan lagi air soya tue, supaya adunan nampak lembut...
Then, masukkan hirisan buah-buahan pilihan awak..
Lepas tue, masukkan beberapa sudu madu (ikut suka awak samada nak manis ataupun biasa-biasa jea) dan kacau adunan tadi hingga sebati..
Akhir sekali, letakkan adunan tadi ke dalam bekas kaca dan bekukan.. Esok tue boleh lah makan..
Inilah hasilnya.. Awak boleh baca resipi nie melalui blog masakan saya...
Assalamualaikum wbt...
Dah lama sebenarnya saya nak buat tuna wrap nie, tapi oleh kerana selalu lupa beli wrap, jadinya memang tak jadi nak buat.. Tapi satu hari tue, tekak nie teringin nak makan wrap dan sememangnya saya memang obses dengan tuna...
So, saya nak berkongsi cara saya buat tuna wrap dengan bahan-bahan yang cukup mudah...
Bahan-bahan
Roti wrap
Hirisan tomato
Beberapa helai daun salad (ikut kesesuaian roti wrap)
Tuna mayonis (saya guna jenama Marina)
Cara penyediaan
Mula-mula susun beberapa helai daun salad di atas roti wrap mengikut kesesuaian saiz wrap tue, kemudian susun beberapa hirisan tomato dan selepas itu, letakkan tuna mayonis di atasnya... Akhir sekali, lipat roti tuna mengikut citarasa sendiri dan senang dimakan... Sedia dimakan..
Selamat mencuba!
Assalamualaikum wbt..
Dah lama saya tak buat review kan.. hihihi maaflah, kerja hakiki dan kerja khidmat masyarakat tak membenarkan saya untuk update jurnal nie.. Okey.. Kali nie saya nak review satu produk makanan yang memang sedap sangat, sebabnya saya dah banyak kali order makanan nie..
Ayam bakar...
Nampak sedap kan.. Sebenarnya hari tue saya saja jea godek-godek makanan kat 'Marketplace' dalam facebook, nak cari makanan lain sebenarnya tapi tetiba nampak pulak ayam bakar nie dan lokasinya adalah di Sepang..
WOW... Nampak menarik jea.. So saya pun mula whatsapp dengan pembuat ayam bakar nie, bertanyakan harga ayam bakar dan ianya cukup murah sekali iaitu pada kadar RM15 seekor.. Apa lagi, saya pun orderlah untuk dua ekor ayam, hihihi.. Apa yang special pada ayam bakar nie adalah ianya dibakar dengan menggunakan kayu arang dan jika kita nak ayam bakar nie, sekurang-kurangnya 2 jam masa yang diambik untuk penghantaran.. Pembuat ayam bakar ini tinggal di Kampung Labu Lanjut, yang memang tak jauh daripada rumah saya dan mereka boleh buat penghantaran secara COD untuk area Sepang..
Ayamnya sangat lembut dan dibakar dengan menggunakan rempah ratus semulajadi.. Jadi kalau nak makan ayam dengan nasi putih panas pun memang 'ngam' sangat dan tak perlu makan dengan kuah.. Tapi macam saya pulak, saya lebih suka ratah ayam bakar dengan hirisan tomato.. Fuhhh memang sedap gilerr...!!!
Nama pembuat ayam bakar ini adalah Encik Md Jafri Bin Sulaiman, selain daripada ayam bakar beliau jugak ada menjual produk salai yang lain seperti itik salai, ikan keli salai, daging salai dan burung puyuh salai..
Nampak menyelerakan.. Jadi sesiapa yang duduk di area Sepang, kalau rasa malas nak masak (macam saya nie, hihihi) dan teringin nak makan ayam salai bakar yang dah siap dibakar, cuma hidang dan makan jea, bolehlah hubungi Encik Jafri..
Ouhh.. Harga makanan salai yang diberi oleh Encik Jafri memang murah dan berpatutan..
Memang sedap ayam bakar nie, nak cuba, bolehlah call Encik Jafri dan buatlah pesanan..
#shikinrazalidotcom #teambpt #bloggerpantaitimur #bloggerterengganu #bloggersepang
McDonald’s Malaysia introduces the Mexicana Chicken Burger as second offering under the Discover the World Campaign
Saturday, July 28, 2018
The exotic and tantalizing tastes of Latin
America has now reached our shores as McDonald’s introduces the Mexicana
Chicken Burger - the second offering under McDonald’s annual Discover the World campaign. The first menu
item of the campaign was kicked off by the Rio Burger last month and now, it
brings the taste of the Mexicana Chicken Burger.
The extra-large crispy chicken patty
generously drizzled with special tomato mayo and tangy jalapeno sauce for a
tinge of spiciness is reminiscent of the traditional flavours of Mexico. The
Mexicana Chicken Burger is also topped with a celebratory mix of red capsicum,
lettuce, tomatoes and delicious white cheddar cheese. Sandwiched between a
shiny glazed bun, this medley of flavours is guaranteed to give Malaysians that
extra Latino kick.
The annual McDonald’s Discover the World campaign has always brought the sights, sounds
and tastes of different places from around the globe to McDonald’s Malaysia fans.
As Malaysians always crave rich flavours from McDonald’s offerings, they will
not be disappointed as the Mexicana Chicken Burger will surely bring a fresh, Latino
flavour to tantalize their taste buds.
McDonald’s Malaysia Chief Marketing Officer,
Melati Abdul Hai said the Mexicana Chicken Burger as the second offering under
the Discover the World campaign will
give fans a glimpse of the tastes of another country, this time Mexico,
bringing them beyond the familiar palate of Malaysia.
“As we did with the
Rio Burger, we want to bring unique and undoubtedly explosive flavours during
this exciting journey to enable Malaysians savour the taste of another country.
The Discover the World campaign
enables us to bring these exciting international flavours to our restaurants,”
she said.
As
with any new and existing menu item, McDonald’s takes pride in its food
preparation at every touchpoint – from farm to supplier to its kitchen and
finally to its customers. McDonald’s believes that good food goes beyond simply
good taste. Besides feeling good eating McDonald’s food, customers can also be
assured of the freshest produce and best quality ingredients as well as
compliance with Halal and stringent food hygiene standards.
The Mexicana Chicken Burger is priced at RM15.95
for a medium set and RM12.50 ala carte.
In addition to the Mexicana Chicken Burger,
McDonald’s is also introducing for the first time an all-new dual filling
dessert -- the Strawberry Custard Pie,
a fruity strawberry filling with creamy custard encased in a warm crispy pie.
The Strawberry Custard Pie is priced at RM3.30.
Making
a return to fans of McDonald’s array of desserts is the Strawberry Cone. It
will cater to fans of strawberry-flavoured soft serve sundae as well as for
those yearning another flavour besides the popular vanilla and chocolate soft
serve sundaes. The Strawberry Custard Pie and Strawberry Cone are sure to be
crowd-pleasers especially among dessert-lovers who crave for fresh twists on
old favourites.
For more information on McDonald’s Malaysia’s
Discover the World campaign, visit http://www.mcdonalds.com.my/.
McDonald’s Malaysia perkenal Burger Ayam Mexicana sebagai menu kedua untuk Kempen Discover the World
Tuesday, July 24, 2018
Citarasa enak dan eksotik dari Mexico kini boleh dinikmati oleh seluruh rakyat Malaysia dengan pengenalan Burger Ayam Mexicana oleh McDonald’s – menu kedua di bawah kempen tahunan Discover the World selepas menu pertamanya iaitu Burger Rio yang diperkenalkan bulan lalu.
Kepingan ayam rangup bersaiz besar ini dilimpahi dengan mayonis tomato istimewa dan sos jalapeno untuk rasa yang sedikit pedas seumpama hidangan tradisional Mexico. Burger Ayam Mexicana ini juga ditambah dengan campuran lada benggala merah, salad, tomato dan keju cheddar putih. Disertakan dengan ban lembut, hidangan ini semestinya membawakan citarasa hebat kepada seluruh rakyat Malaysia.
Kempen tahunan Discover the World seringkali mengetengahkan keunikan rasa dan budaya berbeza dari seluruh dunia untuk penggemar hidangan McDonald’s di Malaysia. Rakyat Malaysia yang menantikan tawaran menu istimewa McDonald’s pastinya tidak akan kecewa dengan pengenalan Burger Ayam Mexicana ini.
Ketua Pegawai Pemasaran McDonald’s Malaysia, Melati Abdul Hai berkata, Burger Ayam Mexicana sebagai menu kedua yang ditawarkan di bawah kempen Discover the World membawakan citarasa negara luar, dan kali ini Mexico menjadi negara pilihan, dengan citarasanya yang unik.
“Seperti Burger Rio, kami ingin membawakan citarasa unik dari negara luar untuk dinikmati oleh rakyat Malaysia. Kempen Discover the World membolehkan kami memperkenalkan pelbagai citarasa antarabangsa ke restoran-restoran kami di seluruh negara,” kata beliau.
Sama ada menu sedia ada atau baharu, McDonald’s amat mementingkan kualiti penyediaan makanan dari awal hingga akhir – bermula dari ladang kepada pembekal, sehinggalah ke dapur dan akhirnya kepada pelanggan. McDonald’s percaya bahawa makanan yang baik bukan pada rasanya sahaja. Selain kenikmatan yang dirasai semasa memakan hidangan McDonald’s, pelanggan juga diberi jaminan bahawa setiap hidangan disediakan segar dengan bahan-bahan berkualiti, dan mematuhi piawaian Halal dan standard kebersihan makanan yang ketat.
Burger Ayam Mexicana boleh didapati dengan harga RM15.95 untuk set medium dan RM12.50 untuk ala carte.
Selain Burger Ayam Mexicana, McDonald’s turut memperkenalkan buat pertama kalinya hidangan pencuci mulut dengan dua jenis inti – Pai Kastard Strawberi (Strawberry Custard Pie), pai rangup berinti strawberi dan kastard berkrim. Pai Kastad Strawberi (Strawberry Custard Pie) ini boleh didapati dengan harga RM3.30.
Selain itu, McDonald’s juga membawakan kembali hidangan pencuci mulut Strawberry Cone. Ia boleh dinikmati oleh semua penggemar aiskrim sundae strawberi dan juga mereka yang ingin merasai perisa aiskrim sundae selain vanilla dan coklat. Pai Kastard Strawberry (Strawberry Custard Pie) dan Strawberry Cone pastinya memberi kepuasan kepada penggemar hidangan pencuci mulut yang inginkan kelainan.
Untuk maklumat lanjut mengenai kempen Discover the World oleh McDonald’s Malaysia, sila layari http://www.mcdonalds.com.my/.
![]() |
| *Sumber gambar daripada Google |
Assalamualaikum wbt..
Okey, resipi nie memang sesuai sangat untuk orang yang mempunyai banyak angin di dalam badan.. Selain daripada mengurut untuk buang angin, awak jugak boleh buat jus nie untuk mengurangkan angin di dalam badan..
Bahan-Bahan Utama
2 batang serai - dititik
½ biji lemon - dihiris
3cm halia
2 liter air
Cara-Cara Penyediaan
Rebus semua bahan sehingga air tinggal separuh. Boleh diminum suam atau disimpan di dalam peti sejuk. Minum secawan sehari tapi bergantung kepada keperluan..
Senang, kan resipinya.. Sambil-sambil tue saya jugak ada menyediakan perkhidmatan urut terapi buang angin untuk wanita bagi area Salak Tinggi, Putrajaya, Dengkil, Nilai dan Cyberjaya.. Saya jugak boleh ke KL atau berdekatan dengannya, tapi hanya pada hari Sabtu dan Ahad saja.. Caj dikenakan berlainan daripada yang diiklankan, bergantung kepada tempat kawasan tue..
![]() |
| *Sumber daripada Google Images |
Assalamualaikum wbt..
Tadi masa saya belek-belek majalah masakan, saya tertarik pada satu resipi nie, nama resipi nie adalah teh masala...
Selalu kita dengar teh tarik atau teh ais kan, teh masala nie diperbuat daripada rempah ratus masakan.. So pada sesiapa yang nak mencuba resipi baru, boleh try buat teh nie untuk hidangan berbuka puasa, sekali sekala tak salah kalau kita minum air panas walaupun cuaca agak panas..
Nak tahu resipinya..?
Bahan-Bahan Utama
500ml air
1 helai daun pandan - disimpul
3cm halia
10 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
5 biji lada hitam
5 uncang teh
½ cawan susu segar
2 sudu besar gula perang
Cara Penyediaan
Rebus air bersama dengan daun pandan, halia, buah pelaga, bunga cengkih dan lada hitam sehingga mendidih. Tutup api dan masukkan uncang teh dan biarkan selama 10 minit. Keluarkan daun pandan dan uncang teh dan kemudian masukkan susu segar dan gula perang. Kacau rata dan hidangkan.
Walau nampak pelik tapi mesti berkhasiat sebab ada rempah ratus.. Selamat mencuba..!
Assalamualaikum wbt..
Rakyat Malaysia sekarang semakin sibuk dengan kehidupan seharian dan kadang kala takde masa untuk menikmati makanan yang berkhasiat.. Apa saja yang nampak depan mata, pasti itulah yang dipilihnya tanpa mengetahui ada kala makanan yang dipilih tue agak berbahaya untuk kesihatan..
Saya nak berkongsi dengan awak satu produk buatan Malaysia dan ianya amat sesuai sangat pada sesiapa yang takde masa untuk makan makanan berkhasiat...
Kayliz Gronola For Fitness.. Satu produk berasaskan oat yang sangat berkhasiat kerana terdapat pelbagai bahan alami seperti :-

Oat ; Oat adalah antara bijirin yang paling sihat di bumi. Oat adalah bijirin bebas gluten dan kaya dengan sumber vitamin, mineral, serat dan antioksidan yang penting. Komposisi gandum oat amat seimbang dan sesuai untuk bagi sesiapa yang ingin mengurangkan berat badan.

Ubi keledek (sweet potato) ; Mempunyai sumber vitamin A yang sangat baik (dalam bentuk beta-karoten). Ianya juga kaya dengan sumber vitamin C, mangan, tembaga, asid pantotenik dan vitamin B6 yang sangat baik. Selain itu, ubi keledek ini juga adalah sumber yang baik untuk kalium, serat makanan, niasin, vitamin B1, vitamin B2 dan fosforus.
Benih Chia (Chia seeds) ; Ianya adalah makanan yang tertumpu yang mengandungi asid lemak omega-3 yang sihat, karbohidrat, protein, serat, antioksidan dan kalsium. Satu auns (kira-kira 2 sudu besar) mengandungi 139 kalori, 4 gram protein, 9 gram lemak, karbohidrat 12 gram dan 11 gram serat, ditambah vitamin dan mineral.

Madu (Honey) ; Madu boleh menimbulkan tahap antioksidan yang mempromosikan kesihatan di dalam badan. Antioksidan membantu menghalang radikal bebas dalam tubuh yang menyebabkan penyakit. Ia juga meningkatkan sistem imun, bertindak sebagai pencegahan terhadap sebarang penyakit yang melemahkan.
Oleh kerana saya memang suka makan dengan oat, jadi granola nie memang sesuai sangat dengan saya.. Lagipun bahan-bahan yang terdapat dalam granola nie membuatkan saya kenyang dan yang lebih bagus lagi, terasa macam makan biskut di dalam air..
Nampak tak biji-biji dalam cawan tue..? Itulah bijirin-bijiran ubi keledek dan bila kunyah-kunyah, terasa macam makan bijirin sarapan yang lain-lain tue..
Granola nie sesuai untuk dimakan bersama dengan susu ataupun yogurt.. Untuk sesiapa yang tak suka pada susu, awak boleh gantikan dengan susu berperisa, macam saya nie, yang tak suka pada susu yang berwarna putih.. Sebaliknya saya makan bersama dengan susu berperisa kopi..
Produk granola nie adalah produk buatan Malaysia tau.. Care Liz Resources adalah syarikat tempatan dari Negeri Sembilan dan bermula operasinya pada 16 September 2015. Syarikat ini mengeluarkan produk berasaskan makanan oat yang menyihatkan dan ianya amat sesuai dengan sesiapa yang mempunyai kehidupan yang sibuk, ahli-ahli sukan dan juga pelajar.
Harga : RM17.90
Satu lagi yang saya suka dengan granola nie adalah ubi keledek, sebabnya saya memang peminat dengan semua ubi, so memang best sangat produk nie.. 1 pek tue dapat bertahan untuk seminggu tau.. Jadi agak menjimatkan jugak kerana bahan-bahan yang pelbagai dan menyihatkan..
Untuk mendapatkan produk nie, awak boleh layari laman facebook rasmi mereka ataupun boleh jugak whatsapp kepada mereka.. PALING PENTING, BELILAH YANG ORIGINAL DAN SOKONGLAH PRODUK TEMPATAN..
Untuk sebarang pembelian atau pertanyaan, boleh layari :-
Facebook : https://www.facebook.com/kaylizHQ/
Whatsapp : 011-10906902 / 019-6255010
#teambpt
#bloggerpantaitimur
#bloggerterengganu
#bloggersepang
#kaylizgranolaoat
#kaylizoat
#granolasedap
Subscribe to:
Posts (Atom)







































Social Icons