Showing posts with label Dapur Shikin. Show all posts
Showing posts with label Dapur Shikin. Show all posts
Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah, duit daripada BKC dah masuk dalam akaun, so dengan duit tue dapatlah saya membeli sedikit barang-barang basah...
Antaranya ikan siakap... Lepas tue, tekak nie teringin nak makan secara kukus...
Akhirnya terhasillah ikan siakap stim limau... Tapi saya tak guna sos ikan sebabnya memang takde stok kat rumah nie...
Alamak...!!! Lupa pulak tudung periuk kukus saya dah pecah dek bebudak bulus tolak dari rak... huhuhu camne nak masak...? In the end, saya dapat idea untuk masak ikan siakap stim limau guna kuali...
So, inilah cara saya masak ikan siakap stim limau...
BAHAN-BAHAN
1 ekor ikan siakap - nak hilang hanyir ikan, basuh guna air perahan limau purut.
2 labu bawang - dihiris kasar
4cm halia - dihiris kasar
3 biji tomato - dibelah suka hati awak... hihi
2 tangkai cili merah - dihiris halus
2 tangkai cili padi - dihiris halus
3 biji limau nipis - diperah jusnya dan biji dibuang
3 cawan air
Sedikit perasa Maggie Cukup Rasa
Daun bawang - untuk hiasan taburan
CARA PENYEDIAAN
Mula-mula masukkan minyak masak, kemudian masukkan bawang dan halia. Tumiskan sehingga menjadi layu. Kemudian masukkan air dan kacau sebati. Masukkan hirisan cili dan kacau lagi. Kemudian masukkan ikan siakap, kacau sebati dan siramkan air rebusan ke atas ikan agar sebati dan sekata. Jangan kacau secara kasar kerana takut isi ikan jadi hancur. Kemudian masukkan air perahan limau dan kacau sebati. Masukkan hirisan tomato dan kacau sebati. Untuk percepatkan ikan masak, tutup kuali itu dan kecilkan api. Apabila mendidih, masukkan serbuk Maggie Cukup Rasa, kacau sebati dan siramkan air rebusan ke atas ikan agar menjadi sekata. Renehkan selama 3 minit dengan menggunakan api kecil. Setelah masak, angkat dan hiaskan dengan daun bawang. Sedia dihidangkan dengan nasi panas.
VIDEO RESIPI IKAN SIAKAP STIM LIMAU TANPA SOS IKAN
Selamat mencuba..!
Assalamualaikum wbt...
Bulan lepas saya ada beli oatmeal rolled oat, hajat di hati nak buat biskut tapi tetiba rasa malas plak nak buat memandangkan yang nak makan sorang jea..
Lepas tue, hubby ada beli air soya..
Tetiba...
Teringat pada overnight oatmeal yang pernah saya makan baru-baru nie...
Lepas tue, tekak teringin nak makan oatmeal tue, memandangkan hari dah malam dan saya tengok bahan-bahan untuk buat overnight oatmeal dah lengkap, so terhasillah homemade overnight oatmeal versi Shikin Razali...
Bahan-bahan yang diperlukan adalah oatmeal rolled oat, plain yogurt, air soya (saya guna jenama Homesoy), hirisan buah-buahan pilihan (saya pilih anggur), dan madu.. Kenapa saya tak pilih susu full cream?? Sebenarnya saya tak berapa gemar nak minum susu full cream, so saya pilih air susu soya sebagai penggantinya.. Jika awak suka susu full cream, bolehlah guna susu tue sebagai bahan untuk buat overnight oatmeal..
Langkah pertama, masukkan kesemua bahan (kecuali hirisan buah dan madu ke dalam mangkuk) dan kacau sehingga sebati..
Jika adunan tue nampak pekat sikit, awak tuangkan lagi air soya tue, supaya adunan nampak lembut...
Then, masukkan hirisan buah-buahan pilihan awak..
Lepas tue, masukkan beberapa sudu madu (ikut suka awak samada nak manis ataupun biasa-biasa jea) dan kacau adunan tadi hingga sebati..
Akhir sekali, letakkan adunan tadi ke dalam bekas kaca dan bekukan.. Esok tue boleh lah makan..
Inilah hasilnya.. Awak boleh baca resipi nie melalui blog masakan saya...
Assalamualaikum wbt...
Dah lama sebenarnya saya nak buat tuna wrap nie, tapi oleh kerana selalu lupa beli wrap, jadinya memang tak jadi nak buat.. Tapi satu hari tue, tekak nie teringin nak makan wrap dan sememangnya saya memang obses dengan tuna...
So, saya nak berkongsi cara saya buat tuna wrap dengan bahan-bahan yang cukup mudah...
Bahan-bahan
Roti wrap
Hirisan tomato
Beberapa helai daun salad (ikut kesesuaian roti wrap)
Tuna mayonis (saya guna jenama Marina)
Cara penyediaan
Mula-mula susun beberapa helai daun salad di atas roti wrap mengikut kesesuaian saiz wrap tue, kemudian susun beberapa hirisan tomato dan selepas itu, letakkan tuna mayonis di atasnya... Akhir sekali, lipat roti tuna mengikut citarasa sendiri dan senang dimakan... Sedia dimakan..
Selamat mencuba!
Assalamualaikum wbt...
Selamat pagi..! Semoga hari nie memberi keceriaan dan kegembiraan dalam kehidupan kita dan semoga Allah merahmati dan memberkati apa jua kebaikan yang kita lakukan.. Wahh, kejap jea kan masa berlalu, dah nak berakhirnya tahun 2017 dan akan tiba pulak tahun baru yang tinggal beberapa hari lagi.. Ini bermakna jugak beberapa hari lagi kita akan menjadi seorang yang sibuk dengan kehidupan..
Walaupun begitu, kita kena seimbangkan dunia dan akhirat agar kita selalu menjadi insan yang sentiasa bersyukur dengan kurniaan Allah pada kita..
Okey, kita tinggal dulu syarahan pagi-pagi nie.. So, dalam masa cuti tiga hari nie tak banyak aktiviti yang saya lakukan, melainkan sama macam awak, balik kampung.. Bezanya kampung saya terletak di penghujung Kuala Lumpur, iaitu Kampung Kemensah.. hihihi ala kampung jugak kan.. Gasakla.. Tapi sebelum kami balik ke kampung, pada pagi Sabtu tue, kami sempatlah shopping sedikit barang-barang basah untuk masak sebab ada request dari si bongsu nie.. Dia suruh kakak dia masak laksa ala-ala laksa Terengganu.. Bila dah beli semua barangan basah, tetiba dia cakap nak beli tilam sebab selalu sakit belakang bila tido di atas toto yang tebal.. Okey, demi sayangkan sorang adik, kami pun ke Nilai 3 untuk mencari sebuah tilam bujang.. Cari punya cari, terjumpalah sebuah kedai yang agak baru dibuka di Nilai 3 dan kebetulan kedai tue membuat promosi untuk barangan perabot dan ianya termasuklah tilam bujang yang kami nak beli nie.. Harga asal tilam span nie dalam RM200 lebih tapi dia offer untuk hari tue, hanya RM100 dengan jaminan 3 tahun.. Wahh, apa lagi, kami pun sambarlah tilam bujang nie, yang secara kebetulan boleh dilipat dan masuk dalam bonet kereta.. Malam karang akan ada kerja sampingan pada abang iparnya iaitu kena angkat tilam nie.. hihi..
Lepas Maghrib, kami pun bertolak ke Kampung Kemensah sebab selalunya MRR2 nie selalu jemmed dan sesak tapi disebabkan cuti 3 hari, pada hari tersebut, perjalanan kami lancar aje tanpa sebarang kesesakan yang teruk.. Akhirnya kami sampai di rumah adik keempat pada jam 9 malam kerana kami singgah sekejap di Wangsa Maju untuk menghantar tilam si bongsu nie.. Memandangkan adik keempat antar mesej mengatakan dia belum masak, kami singgah ke kedai untuk membeli makanan.. kami order makanan dan sementara menunggu makanan siap, saya pun order air untuk minum, sebenarnya saya ada mintak air sarsi, tapi.... huhuhu
Inilah air yang saya dapat, air biji selasih semata-mata.. huhuhu.. First time kot saya dapat minuman camnie, dan rasanya resipi air biji selasih nie, first time kot saya dengar.. Hanya air gula dan biji selasih, that's all.. Pelik kan..
Napa saya tak mintak ganti air lain..? Sebenarnya saya nie jenis tak suka nak menyusahkan orang lain, sebabnya bukan salah orang yang buat air tue, ianya salah komunikasi antara yang ambik order.. Saya pun minumlah air biji selasih tue sambil tergelak-gelak dengan si bongsu.. Bila makanan yang di order dah siap, kami pun bayar dan terus beredar untuk ke rumah adik keempat.. Sampai aje di rumah, saya terus merebus ikan yang telah disiang pada petang tadi untuk persiapan buat kuah laksa, jadi senang pada hari esoknya tue, saya terus masak jea..
Esoknya, bermulalah tugas pagi saya untuk memasak.. Nasib baik dua beradik tue masak, ada yang asingkan ikan, dan ada pulak yang potong ulam-ulaman..
Haa.. Dalam periuk nie ada 2 paket spageti.. Napa spageti dan bukan laksa kering..? Sebenarnya kami tak berapa gemar nak guna laksa kering sebab bagi kami ianya tak berapa sesuai dengan selera tekak.. Dulu ummie kami penah gunakan spageti, katanya kita buat ala-ala laksa Johor tapi nie versi Terengganu punya..
Dalam kuali nie pulak, kuah laksa sedang mendidih... Awak nak tahu, kali nie saya guna banyak ikan, ada dalam lebih kurang 11 ekor ikan selayang yang saya guna, baru pekat dan sedap dimakan, apa kata orang putih, marvellous, mama mia... hihihi
Tung tang tung tang kat dapur akhirnya siap jugak walaupun tak sesedap masakan ummie kami..
Alhamdulillah, kenyang perut.. Nak tahu resipi saya..? Awak boleh ke
🍜SINI🍜
Tradisi vs moden.. okey ke tak..? Sebenarnya kalu di Terengganu, kami memang beli aje laksa beras yang memang jual kat pasar basah.. Harganya dalam RM12 sekilo kot, betul ke tak Wallahualam.. Dah lama tak beli kat pasar nie..
Assalamualaikum wbt...
Haiihh, baru ada kekuatan untuk menulis jurnal nie.. Dua hari mc disebabkan demam dan batuk, doktor kata saya kena jangkitan virus kanak-kanak disebabkan minggu lepas saya pegi melawat anak sedara di wad pediatrik... huhu tak sangka batuk dialami melarat sampai la demam...
Tekak pun rasa pahit jea disebabkan kesan ubat antibiotik tapi kena tahan la jugak walaupun dah macam-macam cara untuk memaniskan tekak... Ingatkan hari nie saya nak pegi kerja tapi dari semalam asyik muntah aje sampai rasa lembik aje badan nie..
Dalam lembik-lembik dan pahit-pahit tekak pun saya gagahkan diri jugak untuk memasak.. Tadi bila tengok citer kartun Shin Chan, ada citer pasal Shin Chan tanya pasal stew daging..
Hati nie pulak tiba-tiba aje teringin nak masak stew tapi dagingnya takde, yang ada dalam freezer tue cuma ayam dengan ikan...So saya nak share sikit resipi stew ayam kat awak...
Bahan-bahan
Setengah ekor ayam (ikut suka awak nak potong camne)
1 ulas bawang holland (potong empat)
3-4 biji bunga cengkih
1 kulit kayu manis
2 sudu serbuk maggie secukup rasa
2 biji ubi kentang (potong empat)
2 biji lobak merah
Sedikit lada sulah
Sedikit tepung jagung (dibancuh dengan air untuk tujuan memekatkan stew)
Cara masak
Goreng ayam tanpa garam dengan kadar separa masak. Kemudian angkat dan ketepikan. Dengan mengunakan minyak yang sama semasa goreng ayam, gorengkan bawang holland, bunga cengkih dan kulit kayu manis sehingga naik bau. Masukkan air, ayam yang dah digoreng, ubi kentang. lobak merah, lada sulah dan serbuk maggie secukup rasa dan tunggu sehingga mendidih.. Setelah mendidih, masukkan tepung jagung yang dibancuh dengan air kemudian kacau sebati. Kemudian, kecikkan api dan renehkan dalam masa 15 minit atau sehingga ayam itu masak sepenuhnya.. Angkat dan hidangkan dengan nasi ataupun roti.
Haa.. Nielah rupanya stew ayam yang hampir sama rupanya macam sup ayam... Memandangkan tekak nie memang takleh terima sebarang nasi, so saya ratah saja stew ayam nie.. hihi.. Try la..
Assalamualaikum wbt..
Hihi orang lain dah lama buat resipi nie tapi saya baru berkesempatan nak buat.. Sebab apa..? Sebab saya tak puas hati bila dapat makan hanya sedikit saja, yealah, sebekas balang mangga asam boi berharga RM10, sekali hadap terus habis, huhuhu...😓 So nie kiranya saya nak balas dendam kesumat dalam jiwa nie dengan membuat mangga asam boi homemade...
Tada.....
Mangga nie sebenarnya dah buat minggu lepas sebab minggu lepas pada hari Rabu 26 April, ummie dengan adik-adik datang ke rumah untuk bercuti... So, apa lagi, bila dah ramai-ramai berkumpul nie, rasa seronok sikit buat resipi nie.. Gambar nie merupakan round ketiga saya buat kerana pada round pertama dan kedua, habis dikebas oleh mereka, kerana kesedapan mangga asam boi.. Saya buat pada round ketiga pun disebabkan hubby saya jugak ada balik ke Salak Tinggi pada hari Khamis tue.. Kesian kat dia pulak takut kempunan nak merasa air tangan isterinya, hihihi...
Saya nak kongsikan resipi pada awak dan untuk pengetahuan, resipi nie saya telah cuba ubah pada buah-buahan yang lain seperti epal hijau, buah lai, buah pear dan sengkuang cina dan hasilnya memang sedap, tapi maaflah buah-buahan tue tak sempat saya nak snap sebab dikebas oleh ummie dan adik-adik terlebih dulu...
Bahan-bahan
Mangga ataupun buah-buahan kesukaan awak (potong ikut suka)
4 biji cili padi (potong kecil)
Asam boi
5 sudu gula
*P/S : Garam tak payah letak sebab asam boi tuepun dah berasa masin.
Cara buat
Masukkan kesemua bahan dalam bekas dan kacau sehingga sebati. Kemudian masukkan dalam peti ais dan sejukkan selama 4-5 jam untuk membiarkan gula menjadi larut. Kemudian hidang dan boleh dimakan begitu saja...
Senang kan resipinya..
Assalamualaikum,
Saya nak berkongsi tentang salad ubi kentang ciptaan saya, ianya sangat menyihatkan dan sesuai untuk sesiapa yang nak berdiet... hihi
Bahan-Bahan :
Ubi kentang (direbus hingga empuk @ letak secubit garam), strawberi, epal hijau @ merah, tomato ceri,nanas dalam tin (dihiris nipis@besar),mayonis sayuran dan serbuk lada sulah.
Cara Penyediaan :
Setelah ubi kentang masak, masukkan semua bahan-bahan tadi di dalam mangkuk (termasuk mayonis dan serbuk lada sulah). Kemudian, kacau hingga sebati (p/s : kena kacau cepat-cepat sebab kalau ubi kentang itu sejuk, mayonis akan jadi berketul-ketul...).. Then, sudah siap salad ubi kentang... Have fun...Selamat menjamu selera...hehehe
Bahan-Bahan :
Ubi kentang (direbus hingga empuk @ letak secubit garam), strawberi, epal hijau @ merah, tomato ceri,nanas dalam tin (dihiris nipis@besar),mayonis sayuran dan serbuk lada sulah.
Cara Penyediaan :
Setelah ubi kentang masak, masukkan semua bahan-bahan tadi di dalam mangkuk (termasuk mayonis dan serbuk lada sulah). Kemudian, kacau hingga sebati (p/s : kena kacau cepat-cepat sebab kalau ubi kentang itu sejuk, mayonis akan jadi berketul-ketul...).. Then, sudah siap salad ubi kentang... Have fun...Selamat menjamu selera...hehehe

Assalamualaikum...Baru berkesempatan nak update... ^_^ Gomennasai minna-san... Saya sibuk sangat hari nie, walhal hari nie tak ramai staf yang datang kerja, disebabkan esok cuti Deepavali...Biasalah, bila ada cuti berselang sehari dari hari bekerja, mereka akan bercuti dan mengambil kesempatan untuk balik kampung, bercuti dan sebagainya...Apapun, hari nie saya nak berkongsi resipi sikit,
boleh dikatakan resipi dari Terengganu..Sebenarnya, dah lama saya tak makan makanan nie, ntah kenapa hari Jumaat
lepas saya tiba2 teringin sangat2 nak makanan nie...
Owhh, Jumaat lepas kan saya puasa, jadi mungkin sebab tue kot saya teringin...hihi
Bahan-Bahan Utama
200gram tepung gandum
santan 500ml
2 helai daun pandan
Garam dan gula secukup rasa
*dua biji telur - pilihan
Sedikit tepung jagung
Cara Penyediaan
Mula2 awak bahagikan kepada dua bahagian tepung gandum, maknanya setiap satu mengandungi 100gram tepung, bancuh dengan air dan secubit garam, titikkan pewarna yang awak suka (macam saya hari tue, guna pewarna kuning dan satu lagi bekas tak letak warna) dan gaul sebati seperti nak buat cekodok / jemput2.. Kemudian awak panaskan air dan tunggu sehingga air menggelegak. Bila dah gelegak, awak gumpalkan dalam satu sudu kecil dan masukkan tepung tue dalam air menggelegak, kiranya awak merebus tepung tersebut... Tunggu sehingga tepung tersebut naik terapung dengan sendirinya...
Bila dah rebus kesemua tepung, dengan air rebusan yang sama, awak masukkan santan, daun pandan, garam dan gula... Manakala yang bertanda *pilihan tue, saya pecahkan dan pukul telur tersebut dan masukkan telur secara perlahan2 di dalam air rebusan.. Kemudian masukkan tepung rebus tue tadi dalam air rebusan tue dan tunggu hingga mendidih..tapi awak kena selalu mengacau kuah bubur nie tadi kerana takut santan jadi pecah dan tak cantik...lepas tue awak masukkan sedikit tepung jagung yang dibancuh dengan sedikit air bagi memekatkan kuah bubur.. Lepas tue, siap dihidangkan...
* Oh ya! Gula tue awak boleh perasakan samada nak manis atau sederhana manis...dan satu lagi, sebenarnya untuk melikatkan tepung tue, awak perlu campurkan sedikit air kapur, tapi masa tue saya takde kapur makan..hihi
Jaa nee..
ツdapurcengkihツ
Ahh sudah, sejak saya dah pandai baking pagi tadi (hehehe malunya), saya mula mencari-cari resipi yang mudah disediakan tanpa menggunakan mixer sebabnya saya masih belum memiliki mixer lagi... Dari satu bulan ke satu bulan nak membeli tapi ada jea yang penting perlu diselesaikan..
Kali nie saya nak kongsi satu resipi yang cukup senang sekali dan Insha Allah bakal menyusul dalam entri akan datang... Resipi nie saya dapat daripada laman fesbuk, almaklumlah walaupun kita dah share kat wall kita, tapi kadang kala malas nak scroll down dan membuang masa, jadi saya save kat sini dan dapat jugak kongsi resipi dengan awak suma kan.. Resipi nie namanya popia pisang, bahannya cukup mudah jea dan nak buat pun senang... Jom kita scroll down...
Bahan-bahan
10 keping kulit popia
10 biji pisang emas
Sedikit tepung jagung (untuk gam kulit popia) dicampurkan dengan beberapa titik air
Minyak masak untuk menggoreng
Sos coklat untuk hiasan
Kali nie saya nak kongsi satu resipi yang cukup senang sekali dan Insha Allah bakal menyusul dalam entri akan datang... Resipi nie saya dapat daripada laman fesbuk, almaklumlah walaupun kita dah share kat wall kita, tapi kadang kala malas nak scroll down dan membuang masa, jadi saya save kat sini dan dapat jugak kongsi resipi dengan awak suma kan.. Resipi nie namanya popia pisang, bahannya cukup mudah jea dan nak buat pun senang... Jom kita scroll down...
Bahan-bahan
10 keping kulit popia
10 biji pisang emas
Sedikit tepung jagung (untuk gam kulit popia) dicampurkan dengan beberapa titik air
Minyak masak untuk menggoreng
Sos coklat untuk hiasan
Cara-cara menyediakannya:
1. Buang kulit pisang, kemudian gulung kulit popia dengan pisang
2. Gam di hujung penjuru dengan tepung jagung
3. Panaskan minyak dan goreng sehingga kekuningan
4. Apabila popia sejuk, paipkan sos coklat di atasnya.
See, nampak senang kan... Anak-anak tentu suka dengan masakan nie sebab ada sos coklat tue.. Ini jugak boleh mengelakkan kita daripada berasa jemu makan pisang secara tradisional... Saya pun nak buat jugak tapi tue la, kena cari pisang emas kat kedai dulu tapi kena goreng waktu pagi jugak sebab boleh bawak ke opis dan kongsi dengan kawan-kawan yang lain... Oh ya! Lupa plak, kalu ada sapa-sapa yang tak sukakan sos coklat, mungkin boleh gantikan dengan sos perasa yang lain, contohnya macam saya sukakan perasa sos strawberi... Alamak, terliur pulak rasanya, nak buat malam nie bahan takde, dan esok ada permintaan daripada rakan saya untuk buat tart roti telur tue, hehehe permintaan dari mak buyung... Semalam tak sempat nak bagi pada dia sebab saya buat pun dalam 6 biji jea, 5 daripadanya dah bagi pada rakan opis yang lain... Sahabat pregnant saya tue baru tengok posting fesbuk saya dan trus wassap saya supaya buatkan untuk dia, nasib baik masih ada lagi bahan-bahan untuk buat tart...
Well, jaa nee... oyasumi minna-san...
1. Buang kulit pisang, kemudian gulung kulit popia dengan pisang
2. Gam di hujung penjuru dengan tepung jagung
3. Panaskan minyak dan goreng sehingga kekuningan
4. Apabila popia sejuk, paipkan sos coklat di atasnya.
See, nampak senang kan... Anak-anak tentu suka dengan masakan nie sebab ada sos coklat tue.. Ini jugak boleh mengelakkan kita daripada berasa jemu makan pisang secara tradisional... Saya pun nak buat jugak tapi tue la, kena cari pisang emas kat kedai dulu tapi kena goreng waktu pagi jugak sebab boleh bawak ke opis dan kongsi dengan kawan-kawan yang lain... Oh ya! Lupa plak, kalu ada sapa-sapa yang tak sukakan sos coklat, mungkin boleh gantikan dengan sos perasa yang lain, contohnya macam saya sukakan perasa sos strawberi... Alamak, terliur pulak rasanya, nak buat malam nie bahan takde, dan esok ada permintaan daripada rakan saya untuk buat tart roti telur tue, hehehe permintaan dari mak buyung... Semalam tak sempat nak bagi pada dia sebab saya buat pun dalam 6 biji jea, 5 daripadanya dah bagi pada rakan opis yang lain... Sahabat pregnant saya tue baru tengok posting fesbuk saya dan trus wassap saya supaya buatkan untuk dia, nasib baik masih ada lagi bahan-bahan untuk buat tart...
Well, jaa nee... oyasumi minna-san...
Assalamualaikum,
Selamat pagi suma... Salam ceria di hari Isnin walaupun ramai di kalangan kita mengalami 'Monday Blues'.. hehehe sebenarnya saya happy sangat2 sebab untuk kali pertama saya bangun awal pagi untuk baking tart roti telur... Sebenarnya resipi tue dikongsikan oleh tunang saya yang tengok resipi nie melalui fesbuk dan mintak saya buatkan.. Mula2 dia tunjukkan gambar tart yang dia dah baking dan ianya telah membakar semangat saya untuk baking jugak... thanks to you bie sayang...
Bahan-bahan nak buat tart roti telur amat senang sekali dan tak payah pakai mixer pun... Shell tart pun bukan jenis yang biasa yang selalu pakai untuk buat tart tapi hanyalah sekeping roti gardenia jea... Well nie bahan-bahannya...
6 keping roti gardenia - potong kulitnya
*1/2 batang lobak - disagat halus
3 keping keju cheesedale - dipotong memanjang
6 biji telur saiz C
* 4 keping isi ketam - potong memanjang
Nota : Bagi yang bertanda (*) awak boleh gantikan dengan sayur yang lain contohnya hirisan kobis dan sebagainya, jugak awak boleh gantikan isi ketam dengan hirisan hotdog atau isi ayam yang sudah direbus.
Cara buat :-
Masukkan roti di dalam bekas loyang mufin yang telah disapu dengan sedikit marjerin supaya tidak melekat dengan membuat bentuk shell mufin. Kemudian, lapisan pertama masukkan lobak yang disagat, lapisan kedua adalah keju cheesedale dengan meletak secara bersilang, lapisan ketiga adalah telur yang dipecahkan tanpa memecahkan kuning telur, dan lapisan terakhir isi ketam yang dipotong memanjang, disusun secara bersilang. Kemudian bakar tart tadi di dalam oven bersuhu 250 darjah celsius atau sehingga telur dimasak. Sedia dihidangkan.
Nampak sedap kan.. Cubalah...
Salam di hari Isnin yang sungguh indah sekali, hehehe dah berfalsafah pulak saya nie kan... Maklumlah, selalunya orang cakap "Monday Blues" yang membuat kita rasa tak bersemangat untuk bekerja disebabkan ada di antara kita bercuti dua hari... Pada rakan-rakan yang mengambil cuti sempena cuti sekolah nie, kirim salam pada orang kampung yea biarpun saya tak mengenali orang kampung awak...hehehe dan tak lupa jugak kirim salam pada suma family awak, katakan pada mereka yang Shikin Razali a.k.a. Starlavenderluna kirim salam...hahahahah macamlah mereka mengenali saya,kan...
Hari nie saya nak berkongsi resipi kat awak, mungkin ada di antara kita dah tahu resipi nie melalui facebook.. Resipi nie saya dah buat sebelum nie, mula-mula family saya tak berapa "mesra alam" sikit sebab makanan yang tak pernah mereka makan tapi habis jugak satu bekas tue...hehehe... Panjang pulak mukadimahnya, nama resipi nie adalah "karipap roti"... Nak tahu bahan-bahannya? jom kita skroll kat bawah nie...
![]() |
| Sumber gambar : Google Images |
Sebungkus roti Garniea
Inti :-
3 biji telur
Lada sulah
Garam secukup rasa
Sebiji bawang kuning (mayang halus)
Cara buat/masak :-
Inti karipap roti
Pecahkan telur, letakkan garam kemudian campurkan bawang yang telah dimayang halus. Pukul telur tersebut. Panaskan kuali dengan api sederhana. Tuangkan minyak dan kacau telur dengan perlahan hingga hancur. Angkat telur hancur tadi kemudian taburkan lada sulah.
Kulit karipap roti
Ambil sekeping roti. Letakkan di atas acuan karipap. Isikan inti yang telah dimasak tadi. Tekapkan dengan acuan. Goreng dalam minyak yang panas selama 1-2 minit sahaja. Angkat dan toskan. Jangan menggoreng terlalu lama kerana roti cepat menyerap minyak. Sedia dihidangkan.
Macamana? Nampak ringkaskan masakannya, saya pun dah penah cuba, hingga terpaksa buat dua bungkus roti sebab permintaan yang cukup tinggi di kalangan ahli keluarga saya... Awak suma boleh mencuba resipi nie, memang best dimakan samada di waktu pagi atau minum petang, nak buat makan malam pun boleh tapi sebagai kudapan malam la...
Insha Allah nanti saya kongsikan lagi mana-mana resipi yang penah saya buat... Jaa mata nee, minna-san...
Insha Allah nanti saya kongsikan lagi mana-mana resipi yang penah saya buat... Jaa mata nee, minna-san...
Salam ceria di hari Selasa yang indah walaupun selalu hujan di waktu petang, hehehehe... Saya pun tak tahu napa entri kali nie banyak berkisarkan pasal makanan tapi bak kata omputih, sharing is caring, rite? So kali nie, saya nak berkongsi entri pasal mufin telur atau egg muffin... Caranya pun mudah dan ringkas saja resipinya, sesuai sangat pada mereka yang mempunyai kesuntukan masa... Saya pun memang peminat tegar mufin telur atau tart telur, nak buat memang renyah dan susah...huhu tapi bila saya jumpa resipi nie, rasa macam nak buat tapi hehehe awak suma tahulah camne perangai saya kan... So, kita tengok apa bahan-bahannya...
BAHAN-BAHAN
- Bawang kuning dicincang halus
- Tomato dicincang halus
- Bawang besar dicincang halus
- Keju disagat
- Cili hijau
- Daun ketumbar segar
- 6 biji telur (dipukul dengan 2 sudu besar susu segar dan lada hitam)
* Nota : Awak boleh menambah ayam atau daging tanpa lemak lain, bayam, keju ricotta, paprika, dan banyak lagi mengikut citarasa awak sendiri (ayam @ daging direbus terlebih dahulu)
See, nampak ringkas aje kan bahan-bahannya... Sekarang, kita tengok pulak camne nak buat mufin telur nie...
CARA PENYEDIAAN
Panaskan ketuhar pada 200C. Gris tin mufin anda. Tambah sayur-sayuran pilihan anda bersama-sama dengan keju (pilihan anda), tuangkan adunan telur dipukul di atasnya. Letakkan kuali muffin atas rak tengah ketuhar yang dipanaskan dan bakar selama 20-25 minit atau sehingga muffin adalah coklat terang, bengkak, dan telur pejal. Biarkan mufin sejuk selama beberapa minit sebelum mengeluarkan dari kuali muffin atau cawan. Longgarkan perlahan-lahan dengan pisau jika mereka seolah-olah melekat. Sedia dihidangkan...
Hehehe camne? Awak suma boleh salin resipi nie kalu rasa macam berminat nak buat, tentu anak-anak akan suka makan mufin telur nie...Nampak ringkas dan berkhasiat, kan...Cubalah... Okey. kita jumpa lagi yea...
Subscribe to:
Posts (Atom)























Social Icons