Pages

  • Home
  • Blog
  • About
  • _About Me
  • _Contact
  • My Bookmark
  • My Bloglist
  • _My Bloglist
  • Disclaimer

Social Icons

Jurnal Shikin Razali

Salam Jumaat

Friday, December 30, 2016


Assalamualaikum wbt...
Hanya tinggal 32 jam saja lagi kita akan melangkah ke tahun baru dan masa itulah kita sibuk memperkatakan azam tahun baru masing-masing.. Tak kurang jugak ada yang mulai sibuk untuk menyiapkan kelengkapan anak-anak yang akan mulakan persekolahan.. Apapun yang kita lakukan, kena selalu beringat pada diri sendiri, apa yang kita lakukan adalah semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah dan bukannya untuk duniawi saja.. Macam persiapan untuk anak-anak yang akan bersekolah, yang sinonim memang memerlukan belanja yang besar, janganlah kita mengeluh seolah-olah ianya terlalu berat bebanannya sebab kalau kita terlalu meluahkan perasaan mengeluh tue, seolah-olah kita mengeluh apa yang Allah dah rancangkan dalam kehidupan kita..

Yea saya tau saya masih belum mengalami situasi untuk memberikan anak-anak pendidikan dan belum layak untuk memperkatakannya, tapi saya ada pendapat saya tersendiri.. Saya menyatakan sedemikian kerana saya melihat dan mendengar segelintir ibu bapa yang mengeluh sakan tentang belanja sekolah anak-anak.. Kita kena akui yang kita berada di zaman yang memerlukan banyak belanja dan bukannya berada di zaman nilai belanja yang besar.. Hakikat hari ini duit sebanyak RM50 hanya dapat dibeli beberapa barangan saja jika dibandingkan dengan RM50 pada 20 tahun dulu, satu troli penuh kita dapat beli barangan keperluan harian, betul tak..?


Sebenarnya apa yang kita alami sekarang semuanya daripada perancangan Allah dan hanya Allah saja yang mengetahui apa yang akan berlaku seterusnya yang kita sendiri tak tahu apa yang akan berlaku pada masa hadapan.. Bila saya mendengar ada yang mengeluh,

“ Adoii, pokai bulan nie disebabkan tiga orang anak bersekolah..”

“ Mak aii... Mahalnya yuran sekolah, tue baru sorang yang daftar, belum campur yang taska lagi..”

“ Baju sekolah, alat tulis, buku dah beratus-ratus habis, belum lagi yuran sekolah... Camne tue? ”

“ Kakak dah masuk asrama, duit RM2k dah melayang.. Nie belum adik-adik dia lagi nie... Mana nak cekau duit? ”

Penah dengar kan ayat-ayat di atas.. Walaupun nampak seperti ringan saja pernyataannya tapi itulah hakikatnya kita mengeluh.. Saya tak kata kita tak boleh mengeluh sebab kita nie manusia biasa, kadang-kadang memang akan terkeluar ayat-ayat mengeluh nie.. Saya pun sendiri memang mengeluh jugak jika ada sesuatu yang menganggu kehidupan saya.. Seperti saya katakan tadi, kita berada di zaman yang memang memerlukan belanja yang banyak, suka ataupun tidak, kita kena harungi jugak.. Mengadulah pada Allah jika ianya terlalu membebankan kita, semoga Allah permudahkan urusan kita.. Walaupun kami berdua masih belum dikurniakan cahayamata tapi kami sendiri terkesan jugak apa yang berlaku, sama seperti awak suma.. Nak beli barang yang menjadi idaman perlu berfikir banyak kali disebabkan ada benda penting lagi yang diperlukan...

Cara segelintir ibu bapa mengeluh tue ada kalanya tak kena, contohnya bila ada gadget yang baru dikeluarkan, masing-masing sibuk nak membelinya samada untuk diri sendiri ataupun untuk anak-anak.., lepas tue upload pulak gambar-gambar seperti handbag baru, barangan kosmetik yang mahal, spot rim, jam tangan berjenama ataupun pergi ke restoran dengan ber 'caption' #jgnkecamsaya #handbagboniasales #tukarbajuspotrim.. Tapi bila beli keperluan yang asasi seperti keperluan sekolah anak-anak mula mengeluh ; mahal lah ; pokai duit lah ;... Kehendak melebihi keperluan...

Tapi walaupun kehendak, mereka mengeluh jugak cuma ada perbezaan sikit dari segi ungkapan mengeluh, contohnya..


“Alamak, terbeli pulak kasut jenama Hush Puppies...Matilaanak..”

“ Ala, murah jea kosmetik nie, baru RM180 satu set daripada RM250..”

“ Alahai, sori yea, gambar tak jelas... Camnie la rupanya kalu snap gambar pakai phone cokia... ”

Ada perbezaan tak ungkapan mengeluh tue..? 

Nak mengeluh tue boleh, tapi adalah lebih baik kita mengeluh di depan Allah, Insha Allah pasti Allah akan memberi ilham untuk kita, membantu kita.. Semoga kita semua tidak berada di dalam golongan yang suka mengeluh kerana sifat mengeluh nie adalah satu satu penyakit jiwa.. Kita seharusnya bersyukur kepada Allah kerana kita masih dapat memberikan anak-anak pendidikan, dapat memberikan anak-anak kita makanan, pakaian dan tempat berteduh.. 




Dan semoga kita semua dijauhkan daripada sifat-sifat mengeluh dalam keriak- kan kerana ianya amat memudaratkan dalam kehidupan seharian kita... 


read more

Sakit gigi..? Rawat secara ekspress...

Wednesday, December 28, 2016

Image result for tooth pain png
Assalamualaikum wbt...
Awak sakit gigi..? Bila gigi dah sakit nie, rasa nak marah orang pun ada, mood pun bertukar-tukar, yealah..nak makan pun tak boleh, nak bekerja pun serba tak kena dibuatnya dek penangan sakit gigi.. Bila sakit tue datang pada hujung-hujung minggu, lagi lah rasa nak marah.. Sebabnya nak kena tunggu hari Ahad ataupun hari Isnin untuk ke klinik gigi..

Tapi jangan risau, saya nak kongsi beberapa cara ekspress untuk mengurangkan sakit gigi awak tue sementara nak ke klinik pada hari esoknya... Jom kita selidik..

Image result for bunga cengkeh png1) Bunga cengkih
Orang tua dulu-dulu memang suka kunyah bunga ini untuk menyegarkan mulut dan tak tersangka pula ia juga berkesan sebagai ubat 'bius' untuk hilangkan sakit. Ini kerana herba ini memiliki kompaun eugenol yang mana ia merupakan pelali natural. Kulum sebiji atau dua (ikut keselesaan dan tahap kesakitan awak) sehingga rasa sakit awak hilang atau berkurangan.


Related image2) Bawang
Bawang memiliki properti antiseptik dan juga antimikrob yang boleh mengawal sakit gigi. Ia memberi kelegaan dari kesakitan dengan membunuh kuman penyebab infeksi. Jika awak mula rasa sakit gigi, kunyah bawang mentah selama beberapa minit untuk mengurangkan kesakitan. Kalau tak mampu nak kunyah, ambil sedikit cebisan bawang dan letakkan pada gigi rosak atau gusi yang sakit tersebut.


Related image3) Air garam
Ambil satu sudu kecil garam dan larutkan ke dalam satu cawan air panas untuk membuat mouthwash yang membunuh kesakitan. Ia boleh membersihkan sisa-sisa makanan yang menjengkelkan serta membantu mengurangkan bengkak. Kumur selama 30 saat sebelum diludah keluar. Air garam membersih kawasan di sekitar gigi dan juga menarik keluar cecair penyebab bengkak.




Image result for salt and pepper png4) Garam dan lada hitam
Campuran ini berguna untuk gigi yang menjadi sangat sensitif kerana kedua-dua bahan ini mempunyai properti antibakteria, anti-radang dan pelali. Campur 1:1 garam dan lada hitam dengan beberapa titik air untuk menjadi pes. Letakkan pes ini pada gigi yang sakit dan biarkan beberapa minit. Buat ini setiap hari dalam masa beberapa hari.




Image result for tea png5) Teh
Teh hitam yang pekat memiliki tanin astringen yang membantu hilangkan sakit dengan mengurangkan bengkak. Manakala teh pudina sesuai digunakan dengan berkumur. Anda juga boleh gunakan uncang teh yang suam dan tuamkan pada gigi yang sakit itu untuk kelegaan sementara.


read more

10 panduan untuk beli pam susu bagi ibu

Image result for mom and baby silhouette pngAssalamualaikum wbt...
Pam susu payudara adalah benda yang penting bagi kita yang berkerja dan menyusukan anak kerana ianya memudahkan tugas untuk mengepam susu dengan lebih lancar dan sekaligus senang untuk buat stok susu...

Tapi apa caranya kita untuk membeli pam susu yang terbaik? Semoga panduan berikut dapat digunakan sebaiknya ketika membeli pam payudara. Ini kerana setiap ibu mempunyai keperluan yang berbeza antara satu sama lain.

Image result for pump milk png

1. Bajet
Ini faktor paling penting! Beli ikut kemampuan awak, jangan ikut orang lain. Pam yang mahal tidak semestinya sesuai untuk awak. Kini ada banyak pilihan pam berkualiti dengan harga mampu beli. Jika hendak berjimat, awak juga boleh beli pam terpakai yang masih berkualiti atau beli di jualan murah gudang yang menawarkan harga menarik.

2. Jenis
Terdapat empat jenis jam iaitu manual, menggunakan kuasa bateri, elektrik sahaja dan gabungan bateri elektrik. Pam manual menggunakan tangan. Ia agak meletihkan tetapi harganya lebih murah. Ia sesuai untuk ibu yang jarang mengepam iaitu suri rumah.
Pam bateri perlu dipastikan jangka hayatnya bertahan lama. Pam elektrik lebih mudah dan tidak memenatkan. Paling seronok jika memiliki pam yang mempunyai dua cara operasi iaitu bateri dan elektrik.

3. Keselesaan
Jika tidak selesa bagaimana awak hendak menghasilkan susu yang lancar. Oleh itu pastikan corong pam yang dilekapkan ke payudara mempunyai alas getah yang lembut dan selesa.

4. Daya tahan
Jika awak mengepam dengan kerap, pilih jenis pam yang memiliki motor mampu bertahan lama. Jangan terpengaruh dengan harga promosi. Bimbang nanti motor pam awak tidak mampu bertahan lama.

5. Daya hisapan
Sebaiknya pam yang dipilih mempunyai ciri hisapan sama seperti bayi menyusu. Pam begini akan membantu awak mengeluarkan susu lebih lancar dan tidak membuatkan awak berasa sakit ketika mengepam.

6. Alat ganti
Jangan terpengaruh kepada harga promosi atau rekaan yang menarik. Tetapi pastikan pam yang dibeli mempunyai alat ganti yang mudah diperoleh. Selain itu, pam yang dibeli juga mudah ditanggal dan dipasang untuk dibersihkan.

7. Bunyi
Aspek ini tidak kurang pentingnya. Pam yang mengeluarkan bunyi bising ketika digunakan sudah tentu membuatkan awak kurang selesa kerana bimbang orang lain mendengar bunyi pam awak. Dapatkan pam yang senyap atau kurang bunyi. Barulah tenang masa mengepam!

8. Mobiliti
Pam yang bagus adalah jenis yang mudah dibawa ke mana-mana terutama sekiranya awak jenis ibu berkerjaya yang selalu bekerja luar kawasan. Tentu sukar membawa pam yang mempunyai banyak bahagian ke mana-mana.

9. Tunggal atau berganda
Awak perlu memilih sama ada hendak mengepam secara tunggal atau berganda. Bagaimanapun ibu bekerja digalakkan memilih pam berganda kerana boleh mengepam kedua belah payudara serentak dan menjimatkan masa ketika bekerja.

10. Saiz dan berat
Jika awak seorang yang selalu bertugas di luar pejabat, digalakkan memilih pam yang ringan, kecil dan mudah dibawa. Sekurang-kurangnya ia memberi semangat untuk terus mengepam. Maklumlah kalau pam besar dan berat, nanti awak jadi malas hendak mengepam.





read more

Throwback stories: hari Let's Get F.I.T. dan kenduri di kampung suami

Tuesday, December 27, 2016

Assalamualaikum wbt..
Hahaha mintak maaf la sebab lama tak munculkan diri sejak Jumaat lepas, sebabnya saya balik kampung suami sempena cuti Krismas baru2 nie.. Kali nie saya lone ranger drive sorang2, memang penat giler sebab hari Jumaat tue, kami ada hari 'Let's Get F.I.T.' dan kali ini Bahagian Operasi Kebombaan Dan Penyelamatan menjadi hos acara...

Acara pertama yang dilakukan adalah warm-up yang diketuai oleh abang-abang bomba daripada balai bomba KL, Putrajaya dan Selangor, mungkin jugak daripada Unit STORM.. Kemudian, kami perlu berlari keliling bangunan HQ sejauh 1 pusingan, walaupun hanya satu pusingan tapi letihnya seyhhh... adoiii rasa nak tercabut kepala lutut nie, nasib baik diorang suma bagi support pada kami yang tak berkemampuan nak berlari macam Watson Nyambek tue... hahaha.. Lepas tue, acara diteruskan dengan senaman ala2 kebombaan dan tarian poco-poco.. hahahaha jangan disangka se sado-sado abang bomba, mereka boleh menari poco-poco tau, kalah kami yang perempuan nie... Walaupun latihan kali nie agak meletihkan tapi kami suma enjoy dengan senaman nie, sebabnya dapat bersenam yang belum tentu akan terbuat jika bersendirian..


Starlavenderluna's Journal Of Life
Orang lain sibuk berlari, kami berdua sibuk bergambar, sambil berlari.. hahahaha

Image may contain: 3 people, people sitting, shoes and outdoor
Abang-abang bomba yang menjadi jurulatih.. Letih tapi seronok... Kredit gambar : Pn. Jamilah
Malam Sabtu tue dalam pukul 8.45 malam, saya pun bergerak balik ke Sungkai, ingatkan dah tak jemmed dah jalan nak menghala ke Utara tapi jangkaan saya meleset, daripada Rawang hingga ke Bukit Beruntung, asyik pakai gear no.2 jea, lenguh kaki duk tekan clutch... Hadoii, nasiblah awak Wan Nur Ashikin pakai kereta manual... Lepas daripada tol Bukit Beruntung, jalan raya pun lancar semula tapi mula kembali tersekat berhampiran dengan Tol Slim River..Saya pun ambik keputusan masuk ke Tol Slim River sebab masa tue, jam menunjukkan pukul 12.16 pagi sebab tak tahu pukul berapa nak sampai ke Sungkai sekiranya saya ambik jalan ke Tol Sungkai.. Sampai jea kat Sungkai, rupa2nya mak mertua, ayah mertua dan hubby sendiri belum makan lagi kerana menunggu saya balik, sudahnya kami singgah ke kedai untuk menikmati makan malam.. huhuhu lemak di badan baru jea turun petang tadi, dah naik semula, sebab makan malam...Adoiii, taknak makan kesian pada mereka yang setia menunggu saya balik, nak makan sama2.... 

Lepas makan, saya terus mengikut hubby ke tempat kerja kerana saya memang tidur dalam kereta, menemani hubby bekerja.. Hihihi saya memang tak tidur di rumah mertua sebab selalu jugak kena halau dek mertua, suruh saya temankan hubby yang bekerja malam.. Oleh kerana situasi yang sama berlaku, kali nie saya bawak persiapan lebih rapi, ada bantal dan selimut, seronok tau tidur dalam kereta dengan pakai penyaman udara semula jadi, iaitu angin malam yang meniup, ditemani dengan bunyi unggas dan unggun api yang begitu cantik sekali... 


Starlavenderluna's Journal Of Life
Bergambar sementara menunggu kereta mertua isi minyak.. Tengoklah hubby yang keletihan..Kesian dia..

Esoknya, kami sekeluarga pergi ke kenduri majlis pernikahan Bainun, adik mak sedara hubby yang berusia lebih kurang dengan hubby.. Majlis dimulakan dengan majlis berkhatam Al-Quran pada pukul 9 pagi, kami tak pergi pun ke majlis berkhatam sebab saya dengan hubby masa tue baru balik dari tempat kerja... hihihi.. Majlis pernikahan berlangsung pada pukul 12 tengahari, manakala majlis resepsi perkahwinan akan berlangsung pada 14 Januari nie, tapi masih ada jamuan secara kecil-kecilan untuk tetamu kedua-dua belah pihak.. 


Starlavenderluna's Journal Of Life
Masa nie, orang dah berkurangan tapi kami sebenarnya menunggu ahli keluarga yang lain... Dari kiri sekali, itulah ayah mertua saya, yang berbaju merah tue, sepupu mak mertua, yang cantik tue mak mertua saya, saya dan hubby..

Mesti awak suma pelik tengok sepupu mak mertua saya kan, sebenarnya dia nie kacukan India-Melayu tapi kalau awak nak tau dia pernah masuk tv dalam rancangan 'Tunggu Sekejap' yang dihoskan oleh Awie.. Masa tue Awie mencari suara yang mirip pada suaranya, dan sepupu mak mertua nie memang seiras dengan suara Awie jika menyanyi dan lagu favourite dia adalah lagu 'Ratuku'...


Starlavenderluna's Journal Of Life
Bergambar dengan mak mertua dan sepupunya... 

Pada hari Ahad pulak, kami sekeluarga memenuhi dua jemputan majlis perkahwinan di Teluk Intan.. Huhu memang jahanam dah senaman Jumaat lepas, turun lemak sikit jea, nie dah naik berkilo2, niepun hanya menjamah sikit2 jea... Ingatkan

Starlavenderluna's Journal Of Life
Hubby yang memang susah nak senyum... hihi tue matanya dah mengantuk dah sebab banyak makan nasi minyak dan nasi beriyani.. 


Starlavenderluna's Journal Of Life
Hubby ambik gambar secara curi-curi... 


Starlavenderluna's Journal Of Life
Bergambar dengan ahli keluarga yang lain.. Kiri sekali, mak long, yang bertudung merah tue Opah Sue, Mak Ngah dan pengantin baru Bainun.. 

Saya ingatkan majlis nie habis setakat tue jea tapi terlupa yang mereka nie mempunyai susur galur daripada negara India Selatan, jika tak pergi ke kedai mamak memang tak sah.. Habis saja dua majlis perkahwinan di Teluk Intan, kami sempat singgah di kedai mamak Syakir Sungkai untuk pekena teh tarik dan roti canai... hahahaha lagi la lemak nie naik berkilo2 tapi kali nie saya cuma minum ais kosong jea sebab perut dah terlalu penuh muatan dah, memang tak larat nak makan atau minum lagi... huhuhu


Starlavenderluna's Journal Of Life
Bergambar dengan ahli keluarga.. 

Itulah ceritanya... hihihi sekian... Nanti saya sambung pulak...
read more

D.I.Y. Hapuskan semut di dalam rumah


Related image
Assalamualaikum wbt..
Semut sememangnya menjadi penghuni tetap di rumah kita dan kehadiran dia sememangnya merimaskan kita.. Mana taknya, makanan nak kena sorok dalam bekas yang bertutup rapat, gula tumpah sikit jea, dia punya hurung satu batalion turun... Camne cara nak buat supaya mereka tak singgah lagi ke mana-mana lokasi kesukaan mereka..



Saya ada cara tersendiri dan Alhamdulillah cara nie memang berkesan, D.I.Y. Ini dipraktikkan oleh ummie saya, terima kasih Puan Sharifah Hindon Binti Syed Abdul Rahman Al-Kaff...


Image result for garlicCaranya adalah, awak ambik 5 ulas bawang putih dan awak tumbuk kasar2 tau dan jangan terlalu hancur bawang putih tue.. Lepas tue, awak masukkan sikit air, dalam agak2 setengah gelas dan letakkan bersama2 dengan bawang putih dalam mangkuk.. Lapkan air bawang putih tue di keliling kaki meja dan kerusi serta di tempat yang ada semut, Insha Allah, semut takkan singgah.. Setakat nie ianya berkesan pada saya, selamat mencuba..!




read more

D.I.Y. cara untuk membersihkan celah botol minuman yang berdaki & berbau busuk

Friday, December 23, 2016

Teknik Membersihkan Celah Botol Minuman Yang Berdaki & Berbau Busuk
Assalamualaikum wbt..
Botol minuman nie kalau kita gunakan dalam jangka masa yang lama, pasti akan ada kotoran dan daki di celah-celah dan ianya sangat susah nak bersihkan.. Walaupun kita menggunakan berus tapi ianya masih lagi tak dapat nak tanggalkan daki yang berada di celah-celah botol minuman nie..



Hari nie, saya nak kongsi camne cara nak bersihkan segala daki dan kotoran yang berada di celah botol minuman.. Kredit to Majalah Impiana..



Bahan-bahan:
Air panas
Pencuci pinggan mangkuk
Beras
Baking soda






Jirus botol minuman dengan menggunakan air panas. Jika kotoran ataupun daki pada bekas minuman begitu sukar ditanggalkan, isikan penuh-penuh air panas di dalam bekas minuman dan letakkan sedikit pencuci pinggan mangkuk. Biarkan selama 20 minit.



Setelah itu, buang air di dalam bekas minuman dan isikan dengan 1/3 cawan beras dan 1/3 cawan baking soda. Beras sangat efektif untuk menyingkirkan daki yang kering pada permukaan botol minuman. Manakala, baking soda pula bertindak untuk membasmi bau botol yang kurang menyenangkan.


Selepas itu, isikan sedikit dengan pencuci pinggan mangkuk dan air panas separuh.


Tutup botol minuman dengan penutupnya dan goncangkan.



Bila awak mengoncangkan botol minuman beberapa kali, buka penutup botol dengan berhati-hati untuk mengelakkan ‘letupan’ gara-gara ereksi baking soda. Tuang lebihan ke dalam sinki.


Bilas dengan air yang bersih. Keringkan sepenuhnya di atas rak pinggan secara terbalik. Akhir sekali, bilas sekali lagi sebelum ingin digunakan. 

Diharapkan ianya dapat membantu kerja-kerja rumah seharian kita.. 


read more

Salam pagi Jumaat

Assalamualaikum wbt..

Image result for jumaat



Image result for baca surah al kahfi

read more

9 teknik bajet untuk halau cicak daripada rumah

Thursday, December 22, 2016


Assalamulaikum wbt,
Cicak.. Salah satu haiwan yang paling aktif dalam rumah kita.. Kalau di masa zaman kecik2 mesti abah saya akan melastik cicak menggunakan gelang getah yang kadang2 mengena kadang2 tersasar.. Sekarang, ada cara nak halau haiwan nie menggunakan bahan-bahan bajet.. Jom kita selidik..

1) Serbuk kopi - Caranya mudah, campurkan serbuk kopi dengan serbuk tobacco dan sedikit air. Bentukkan bulat-bulat kecil. Kemudian, lekatkan pada hujung pencungkil gigi dan letakkan di sudut rumah yang gelap terutama belakang almari, perabot dan sebagainya. Apabila cicak ternampak, ia akan memakan bahan tersebut dan mati. Awak kemudian bolehlah buangkan bangkainya seminggu sekali.

2) Bawang putih - Gantungkan bawang putih dikeliling rumah atau jadikan ia dalam bentuk jus dan masukkan ke dalam bekas semburan. Sembur dibahagian yang mudah didekati cicak.

3) Bawang besar - Awak juga boleh menggunakan bawang besar jika tiada bawang putih. Praktikkan kaedah yang sama iaitu potong kepada beberapa bahagian dan masukkan ke dalam kantung. Gantungkan di bahagian kediaman yang berpotensi didatangi cicak. Ataupun awak juga boleh mengisar bawang besar dan dapatkan perahan jus. Simpan di dalam botol semburan dan sembur di kawasan tersebut.

4) Cili kering - Gantungkan sebungkus cili kering di kawasan yang banyak cicak. Bau cili kering itu akan menyebabkan ketidak hadiran cicak.

5) Bela kucing - Cicak sangat takut kepada kucing, jadi belalah kucing untuk penyelesaiannya! (p/s : Cara nie tak menjadi bagi saya sebab askar2 wataniah saya hanya memerhatikannya saja tanpa berbuat apa2...huhu makan gaji buta jea diorang nie...)

6) Kulit telur ayam - Cicak sangat alergik dengan mineral kulit telur ayam. Caranya adalah basuh dan keringkan kulit telur ayam itu dalam 2 atau 3 hari. Pecahkan pada saiz yang kecil. Letakkan di mana-mana untuk mengelakkan cicak berkunjung.

7) Bunuh serangga - Mesti awak tahu bahawa serangga adalah makanan cicak. Jadi awak perlu membunuh serangga terlebih dahulu. Sekiranya rumah awak tiada serangga, Insha Allah cicak juga tiada!

8) Jaga kebersihan rumah - Pastikan rumah awak sentiasa bersih dan kemas bagi mengelakkan kehadiran cicak.

9) Air dan cili api - Cicak sangat tidak sukakan campuran air dan cili api. Ambil 4 hingga 5 biji cili padi dan bancuhkan bersama air. Masukkan dalam botol spray. Kemudian spray di tempat yang adanya cicak.
 




read more

Wordless : Mahram seorang wanita dan mahram seorang lelaki

Wednesday, December 21, 2016

Image result for keluarga bersalam

Image result for mahram seorang lelaki



read more

Wordless : Dengan siapa kita boleh bersalam..?

Image result for keluarga bersalam

Image result for keluarga bersalam

Image result for keluarga bersalam

read more

Kebesaran Sang Pencipta

Image result for islamic
Assalamualaikum wbt... SubhanAllah... Cantik petikan ini.
Wahai anak adam..
Aku jadikan engkau dalam perut ibu mu , dan aku tutup wajahmu dengan penutup supaya tak lemas/ terhidu engkau dalam rahim.



Dan Aku jadikan engkau tenang dilindungi disebalik rahim ibumu. Aku cukupkan bagi engkau makanan mu.



Dan Aku jadikan di samping kanan dan kirimu tempat berpaut. Di kananmu hati. { liver } dan di kirimu hempedu { spleen } ibumu.



Setelah itu, Aku ajarkan engkau untuk tetap dan duduk di dalam badan ibu mu. Adakah yang lain selain dari Ku yang mampu menjadikannya sedemikian.??



Setelah berakhir penciptaanmu dan disempurnakan kejadian mu, Aku arahkan kerajaanKu dengan penuh kasih dan sayang untuk mengeluarkan mu
dari rahim, maka dikeluarkanlah dirimu.




Tiada bagi mu gigi untuk mengunyah, jua tangan, untok menggapai, juga kaki untuk berdiri engkau tidak punya apa2.



Aku jadikan susu yang lengkap lagi bersih dari dada ibumu, yang sejuk di musim panas dan panas di musim sejuk.



Dan Aku letakkan cinta dan kasih kepada engkau dalam diri kedua org tua mu.



Tidak meniarap engkau sebelum mampu, tidak duduk engkau sebelum mampu, tidak merangkak engkau sebelum mampu, tidak berdiri engkau sebelum mampu.



Apabila engkau telah kuat untuk berjalan sekarang, engkau bermaksiat saat engkau berseorangan.!! Dan engkau langsung tidak malu padaKu.



Maka Aku tetap peringatkan:



Jika engkau berdoa,
Aku makbulkan.


Jika engkau meminta,
Aku berikan.


Jika engkau bertaubat,
Aku bawa engkau kepadaKu




Sungguh ajaib, engkau wahai anak Adam ..
Ketika dilahirkan kau di Azankan, dan di Iqamat kan tanpa di sertai solat.. Dan bila kau mati engkau disolat kan tanpa didahulukan azan.



Sungguh ajaib bagi mu wahai anak Adam..
Ketika lahir tidak kau ketahui siapa yang mengeluarkan mu dari tubuh ibumu,
dan ketika kau mati tidak juga engkau ketahui siapa yang memasukkan engkau ke kubur mu.




Sungguh ajaib perihalmu anak Adam..
Ketika kau dilahirkan, ada yang menggosok dan membersihkan mu, dan setelah engkau mati, ada juga yang menggosok dan membersihkan mu.




Sungguh ajaib perihalmu anak Adam..
Ketika lahir tidak kau tahu siapa yang gembira dan tersenyum atas kelahiranmu, dan setelah ajalmu masih engkau tidak tahu siapa yang menangisi dan bersedih ke atas mu.




Ajaib sungguh perihalmu anak Adam..
Ketika engkau di perut ibumu Aku jadikan engkau di dalam tempat yang sempit lagi gelap, dan apabila mati dijadikan bagi engkau kubur yang sempit lagi gelap.




Ajaib sungguh perihalmu anak Adam..
Lahirmu terus engkau dibalut dengan kain putih untuk menutupi mu, mati mu juga engkau dikafankan dengan kain putih untuk menutupi mu.




Ajaib sungguh perihalmu anak Adam ..
Apabila engkau lahir ditanyakan manusia mengenai syahadah dan perihalmu. Dan setelah engkau mati engkau ditanyakan malaikat tentang amal-amal engkau yang sholeh dan apa bekalmu untuk akhirat?




Paksakan untuk sebut di hati Dua kalimah Syahadah.Image result for syahadah



Bacakan Juga Surah Al Ikhlas
                 
Image result for surah al ikhlas



Engkau sebarkan maka setiap orang yg membacanya sperti membaca sepertiga Al-Quran.ُ
آمين يا الله * آمين يا رحمن * آمين يا رحيم..Ø£َÙ…ِÙŠْÙ† ÙŠَا  رَبَّ العَالَÙ…ِينْ.
ِ ஜ¤═══¤ ۩۞۩ ¤═══¤à®œ
ٍِSemoga kita dapat menyebar luaskan kata kata yang bermanfaat ini.
Agar ia akan jadi ilmu Amal Jariaah Bagi jawapan di hadapan Allah Nanti..
ْ

read more
new entries old entries
Subscribe to: Posts (Atom)

Visitors Count

Sahabatku

Browse the Blog

My Other Blogs

  • BLOG PERPUSTAKAAN JBPM
    OPR kekal pada 2.75 peratus ; Dasar Monetari Bank Negara terus waspada faktor kos boleh jejas prospek inflasi - Keratan akhbar Berita Harian 10 Mac 2023
  • SRLavender's Library
    Pengurusan Emosi Dalam Kisah Nabi Yusuf A.S. - Ahmad Najib Abdullah, Lokman Ahmad
  • Jom Kita Masak-Masak
    Resipi ikan siakap stim limau tanpa sos ikan | Cara Shikin Razali
  • Starlavenderluna's Bloglist

Archive

  • ►  2023 (25)
    • ►  March (5)
    • ►  February (10)
    • ►  January (10)
  • ►  2022 (138)
    • ►  December (6)
    • ►  November (9)
    • ►  October (12)
    • ►  September (10)
    • ►  August (8)
    • ►  July (15)
    • ►  June (5)
    • ►  May (4)
    • ►  April (12)
    • ►  March (21)
    • ►  February (6)
    • ►  January (30)
  • ►  2021 (228)
    • ►  December (5)
    • ►  November (11)
    • ►  October (12)
    • ►  September (18)
    • ►  August (27)
    • ►  July (30)
    • ►  June (11)
    • ►  May (12)
    • ►  April (14)
    • ►  March (10)
    • ►  February (31)
    • ►  January (47)
  • ►  2020 (134)
    • ►  December (13)
    • ►  November (14)
    • ►  October (22)
    • ►  September (21)
    • ►  August (15)
    • ►  July (15)
    • ►  June (20)
    • ►  May (2)
    • ►  April (3)
    • ►  March (5)
    • ►  February (2)
    • ►  January (2)
  • ►  2019 (134)
    • ►  December (4)
    • ►  November (5)
    • ►  October (16)
    • ►  September (7)
    • ►  August (8)
    • ►  July (9)
    • ►  June (11)
    • ►  May (9)
    • ►  April (21)
    • ►  March (10)
    • ►  February (24)
    • ►  January (10)
  • ►  2018 (281)
    • ►  December (7)
    • ►  November (19)
    • ►  October (30)
    • ►  September (10)
    • ►  August (28)
    • ►  July (24)
    • ►  June (18)
    • ►  May (30)
    • ►  April (28)
    • ►  March (35)
    • ►  February (32)
    • ►  January (20)
  • ►  2017 (269)
    • ►  December (26)
    • ►  November (16)
    • ►  October (8)
    • ►  September (28)
    • ►  August (25)
    • ►  July (17)
    • ►  June (25)
    • ►  May (20)
    • ►  April (8)
    • ►  March (28)
    • ►  February (28)
    • ►  January (40)
  • ▼  2016 (299)
    • ▼  December (64)
      • Salam Jumaat
      • Sakit gigi..? Rawat secara ekspress...
      • 10 panduan untuk beli pam susu bagi ibu
      • Throwback stories: hari Let's Get F.I.T. dan kendu...
      • D.I.Y. Hapuskan semut di dalam rumah
      • D.I.Y. cara untuk membersihkan celah botol minuman...
      • Salam pagi Jumaat
      • 9 teknik bajet untuk halau cicak daripada rumah
      • Wordless : Mahram seorang wanita dan mahram seoran...
      • Wordless : Dengan siapa kita boleh bersalam..?
      • Kebesaran Sang Pencipta
      • Tazkirah pagi..
      • Sebelum tidur, bacalah ayat ini...
      • Rindunya pada dunia persilatan
      • Alhamdulillah, sorang dah claim hadiah...
      • Rahsia garam
      • Jom kita ke Pesta Buku Antarabangsa
      • Jom main games
      • #SantapanRohani
      • Rumah Warisan Terengganu
      • Apa pendapat awak..?
      • Air buah gelas besar Pak San di Seberang Takir, Ku...
      • #MyTravelokaEscapade : Destinasi impian ke Langkawi
      • Kad debit dan kredit institusi perbankan boleh dig...
      • Contoh dokumen perjanjian penyewaan rumah
      • Bila duit berbisik
      • Kembali minum set kesuburan Al-Khishbun
      • Perkataan baru dalam kamus Dewan Bahasa
      • Kehidupan hari ini...
      • Cinta
      • Allah Maha Penyayang
      • Usah bersedih.. 😢
      • Kematian
      • 3 rahsia yang ditutup rapat.. Hanya Allah Maha Men...
      • Melatah... Seronok ke seksa..?
      • Rezeki...
      • Terima kasih sahabat..!
      • Akhirnya.. Ringan sikit..
      • Cara nak tajamkan gunting tumpul dengan kaedah DIY
      • Bersihkan lubang sinki dengan pembersih DIY ini..
      • 15 Tip Supaya Lebih Disayangi Suami. Biar Dapat Re...
      • Patut Atau Tidak Suami Jaga Isteri Berpantang? 10 ...
      • 12 Doa Yang Ayah Dan Ibu Mesti Amalkan Untuk Anak-...
      • Amal Zikir Fatimah Untuk Kurangkan Kepenatan Urus ...
      • Cerita kita
      • TIPS MENJAGA PERSAHABATAN DI GROUP WHATSAPP
      • Lagi sekali kesihatan tak mengizinkan
      • Otanjobi omedetto-gozaimasu, oto-san...
      • Assalamualaikum.. Selamat pagi..
      • Hadapi saat putus cinta
      • 9 Cara kumpul duit beli rumah pertama
      • 9 jenis penyakit yang paling kerap serang lelaki
      • Penyediaan anak untuk ke tadika
      • Sebab amalan kita tidak diterima di setiap lapisan...
      • Tanda-tanda Allah sayang pada hambaNya
      • Teknik atasi masalah kerak kepala bayi
      • 25 info urutan bayi
      • Peraturan sebelum berkahwin muda
      • 5 Makanan dan minuman yang boleh menjejaskan warna...
      • Kepentingan jadi pendengar yang baik kepada pasangan
      • Belajar Zaman Dulu VS Zaman Sekarang
      • Terima kasih Kak Mashitah...Alhamdulillah rezeki
      • Selamat pengantin baru Hadi and wife
      • Tahniah kepada pemenang November Giveaway by CP
    • ►  November (67)
    • ►  October (43)
    • ►  September (43)
    • ►  August (9)
    • ►  July (11)
    • ►  June (3)
    • ►  May (5)
    • ►  April (4)
    • ►  March (3)
    • ►  February (18)
    • ►  January (29)
  • ►  2015 (272)
    • ►  December (60)
    • ►  November (39)
    • ►  October (40)
    • ►  September (58)
    • ►  August (28)
    • ►  July (3)
    • ►  June (3)
    • ►  April (13)
    • ►  March (13)
    • ►  February (9)
    • ►  January (6)
  • ►  2014 (64)
    • ►  December (12)
    • ►  November (10)
    • ►  October (19)
    • ►  September (6)
    • ►  August (3)
    • ►  July (1)
    • ►  May (3)
    • ►  April (2)
    • ►  March (2)
    • ►  February (3)
    • ►  January (3)
  • ►  2013 (97)
    • ►  July (6)
    • ►  June (5)
    • ►  April (8)
    • ►  March (31)
    • ►  February (31)
    • ►  January (16)
  • ►  2012 (173)
    • ►  December (4)
    • ►  November (9)
    • ►  October (10)
    • ►  September (12)
    • ►  August (11)
    • ►  July (31)
    • ►  June (19)
    • ►  May (13)
    • ►  April (15)
    • ►  March (16)
    • ►  February (15)
    • ►  January (18)
  • ►  2011 (262)
    • ►  December (27)
    • ►  November (22)
    • ►  October (23)
    • ►  September (29)
    • ►  August (31)
    • ►  July (29)
    • ►  June (22)
    • ►  May (25)
    • ►  April (20)
    • ►  March (16)
    • ►  February (10)
    • ►  January (8)
  • ►  2010 (5)
    • ►  December (4)
    • ►  November (1)

Komen Terkini

Special Bloglist Until 31 March 2023

  • Sii Nurul | Blogger Sepenuh Masa | Menulis Untuk Berkongsi
    Lirik Lagu Syair Cinta by Salsabilla Ainun
  • KasihkuAmani
    ebook | Antagonis oleh Irsyad Tarudin
  • Afzan Sidi
    US PIZZA KUANTAN
  • Rabiahtul Adawiyah❤
    Hadiah untuk Raydah Blogger
  • Pencarian Jiwa Diri Saya
    Nasihat Ramadan: Ubat Yang Boleh Diambil Ketika Puasa
  • Cik Nor Blog's
    Tak Pernah Layan Drama Semua Pelakon Meninggal
  • Drawing the Words
    Review Komik 'Aku Okay!' oleh Miu Rushdi DKV
  • Ciktie Dot Com
    Potluck Simple -simple Sempena Persaraan Staf Awam
  • Nazfea Solehah
    Thrice the Charm Giveaway by Atiqah, Nabilah Samsudin dan NHHM
  • The Wonderful Jannah
    Mengimbau Kenangan PD Trip 2022

Top Commentators

Sponsors

Search A Job

Jawatan Kosong Neuvoo
© Jurnal Shikin Razali.
Made by SoulMuse.