Air buah gelas besar Pak San di Seberang Takir, Kuala Terengganu

Saturday, December 17, 2016

https://www.facebook.com/AirBuahGelasBesarPakSan/?ref=page_internal
Sumber gambar : Facebook Air Buah Gelas Besar Terengganu


Assalamualaikum wbt...
Haaa.. Sapa penah minum air buah sebesar ini..? Rasa-rasanya awak habis tak minum air buah pior (pure) yang dikisar halus nie..? hehehe

Bila datang ke Kuala Terengganu, restoran air buah gelas besar ini terletak di Kampung Seberang. Menu utama di sini sudah semestinya air buah. Harga setiap air berdasarkan saiz gelas, samada gelas kecil, sederhana atau besar. Orang ganu menggelarkan air buah ini dengan nama air buah pior. Pior adalah berasal dari perkataan inggeris iaitu “pure” yang membawa maksud asli. Tapi buka air saja dihidangkan, kedai ini menyediakan menu santai seperti nasi dagang, nasi minyak, sate, laksam, keropok lekor dan makanan bergoreng.

Dekat mana lokasinya..? Ianya di Jalan Lapangan Terbang Sultan Mahmud Kg Bukit Tok Beng Seberang Takir Kuala Terengganu.

https://www.facebook.com/AirBuahGelasBesarPakSan/?ref=page_internal
Sumber gambar : Facebook Air Buah Gelas Besar Terengganu

Tengoklah gambar-gambar ini... Besar kan gelasnya...

https://www.facebook.com/AirBuahGelasBesarPakSan/?ref=page_internal
Sumber gambar : Facebook Air Buah Gelas Besar Terengganu

Awak boleh pilih gelas mana yang awak nak... Tengok nie, ada pelbagai jenis gelas yang boleh awak pilih..Harga air buah nie bergantung pada besarnya gelas tue.. Ada pelbagai jenis buah-buahan yang awak boleh pilih, samada epal, oren, tembikai, tembikai susu, buah naga, durian belanda dan macam-macam lagi..

Waktu diorang beroperasi adalah selepas waktu asar, jadi memang sesuailah kalu awak nak datang selepas maghrib sebab kedai ini berdekatan dengan Pantai Teluk Ketapang...Jadi bila awak dah penat2 bersantai di pantai itu, bolehlah singgah di kedai ini sambil makan malam bersama keluarga dan rakan-rakan.. Sebab apa saya suruh datang lepas waktu maghrib..? Memanglah mereka buka lepas waktu asar, tapi kalu awak datang masa tue mungkin mereka baru saja membuka kedai ataupun menyiapkan menu... Manalah tau kan..


https://www.facebook.com/AirBuahGelasBesarPakSan/?ref=page_internal

Jangan lupa singgah yea..! Beso gedabok kata orang Tranung...! hihihi


8 comments

  1. SubhanAllah...puas minum ni...boleh berkongsi ni..hihihihi..tengok pun puas hati..insyaAllah kalau ke terengganu boleh la singgah dan mencuba..

    ReplyDelete
  2. Humang aiiiiii...bosarnya gelas..macam mana nak minum tu....x leh bayang...5 orang minum pun lom tentu abis kan..

    ReplyDelete
  3. Wow.. bestnya.. order satu pasti minum teramai..

    ReplyDelete
  4. besar nya!!!tekjut tgk, cntik gelas2 dia

    ReplyDelete
  5. Besor gedabok gambar akhir tu. Sure muncit perut lepas habiskan. Hehe. Sedapnya air buah. 😘

    ReplyDelete
  6. Balik ganu kek g nok try minum sini lah....

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧