Cerita kita

Monday, December 12, 2016

Assalamualaikum wbt...Jom kita ambil masa untuk baca sekejap yea...



Image result for giftKisah Pertama : Seorang saudara lelaki bertanya kepada adik perempuannya ketika bertandang ke rumah seminggu setelah saudara perempuannya itu melahirkan seorang bayi yang comel.
"Hadiah apa yang diberikan oleh suamimu setelah engkau melahirkan bayi untuknya?" "Tidak ada." Jawabnya ringkas. Saudara lelakinya berkata lagi, "Mana mungkin, adakah engkau tidak berharga di sisinya? Aku sendiri kerap memberikan hadiah untuk isteriku walau tiada alasan yang istimewa."
Petang itu, ketika suaminya penat pulang dari bekerja, terlihat isterinya sedang merajuk di rumah. Mereka berdua telah mengalami pertengkaran kecil. Selang beberapa bebulan kemudian, antara suami dan isteri ini terjadinya perceraian antara mereka.
Dari manakah punya masalah rumahtangga mereka? Dari ucapan dan pertanyaan kecil yang diucapkan oleh saudara lelaki kepada isterinya.



Image result for small houseKisah kedua : Seorang ibu mertua bertanyakan soalan tentang keselesaan rumah anak menantunya.
"Kamu tidak rasakah rumah kamu ini terlalu sempit? Bukankah anak-anak kamu sudah ramai?”
Rumah yang tadinya terasa lapang, sejak ketika itu mula dirasa sempit oleh penghuninya. Ketenangan yang dulu membajai rasa kasih di dalam keluarga, juga turut menghilang ketika keluarga ini mula tersepit dengan hutang kerana mencuba membeli rumah yang lebih besar dengan berhutang diluar kemampuan kewangan keluarganya.



Related imageKisah ketiga : Seorang kawan bertanya.
''Berapa gaji kamu sebulan?" Kawannya menjawab, "2 ribu ringgit." "Hanya 2 ribu ringgit? Terlalu sedikit majikan kamu menghargai dirimu. Adakah cukup untuk memenuhi keperluan hidup kamu? "
Sejak saat itu dirinya membenci pekerjaannya. Lalu meminta kenaikan gaji pada majikannya. Sayangnya majikan tidak mampu serta menolak dan terpaksa menamatkan perkhidmatannya. Kini dirinya tidak berkerja dan mengganggur.


Image result for fauziah nawiKisah keempat : Seseorang bertanya kepada makcik tua.
"Berapa kali anak-anak makcik datang mengunjungi makcik dalam sebulan? " Makcik itu menjawab, "Sebulan hanya sekali." Si penanya menempelak, "Wah keterlaluan sekali anak-anak makcik. Di usia makcik sebegini, sepatutnya mereka mengunjungi makcik dengan lebih kerap lagi."
Hati si makcik menjadi sedih. Sedangkan tadinya dirinya terlalu rela dan memahami kesibukan anak-anaknya. Makcik tadi mula menangis. Ini memburukkan kesihatan tubuhnya.

Apakah sebenarnya keuntungan dan manfaat yang kita perolehi ketika bertanya seperti pertanyaan-pertanyaan di atas? Jagalah diri kita dari mencampuri kehidupan orang lain.

Mengecilkan dunia mereka itu hanya akan menanamkan rasa tidak redha pada apa yang mereka miliki.

Jika terus berperilaku seperti itu, kita juga akan menjadi agen kerosakan di muka bumi ini.

Andai ada bom yang meletup, cubalah periksa diri. Adakah kita yang menyalakan sumbunya?
Na'uzubillahi minn zaalik.
#Juga nasihat untuk diri saya sendiri
#Semoga bermanfaat pada kita semua..

1 comment

  1. Contoh yg ringkas tp penuh pgajaran.. Allahu smoga kita di jauhkan dr mjadi pyebab spt yg d tunjukkn d atas.. Huhu

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧