Showing posts with label Serambi Iman. Show all posts
Showing posts with label Serambi Iman. Show all posts
Assalamualaikum wbt...
عَنْ مُعَاذٍ قَالَ أَوْصَانِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِعَشْرِ كَلِمَاتٍ قَالَ لَا تُشْرِكْ بِاللَّهِ شَيْئًا وَإِنْ قُتِلْتَ وَحُرِّقْتَ وَلَا تَعُقَّنَّ وَالِدَيْكَ وَإِنْ أَمَرَاكَ أَنْ تَخْرُجَ مِنْ أَهْلِكَ وَمَالِكَ وَلَا تَتْرُكَنَّ صَلَاةً مَكْتُوبَةً مُتَعَمِّدًا فَإِنَّ مَنْ تَرَكَ صَلَاةً مَكْتُوبَةً مُتَعَمِّدًا فَقَدْ بَرِئَتْ مِنْهُ ذِمَّةُ اللَّهِ وَلَا تَشْرَبَنَّ خَمْرًا فَإِنَّهُ رَأْسُ كُلِّ فَاحِشَةٍ وَإِيَّاكَ وَالْمَعْصِيَةَ فَإِنَّ بِالْمَعْصِيَةِ حَلَّ سَخَطُ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ وَإِيَّاكَ وَالْفِرَارَ مِنْ الزَّحْفِ وَإِنْ هَلَكَ النَّاسُ وَإِذَا أَصَابَ النَّاسَ مُوتَانٌ وَأَنْتَ فِيهِمْ فَاثْبُتْ وَأَنْفِقْ عَلَى عِيَالِكَ مِنْ طَوْلِكَ وَلَا تَرْفَعْ عَنْهُمْ عَصَاكَ أَدَبًا وَأَخِفْهُمْ فِي اللَّهِ
Daripada Mu'adz bin Jabal RA berkata; "Rasulullah SAW telah mewasiatkan kepada saya mengenai sepuluh perkara. Jangan menyengutukan Allah dengan sesuatu apapun walaupun kamu akan dibunuh atau dibakar. Jangan kamu menderhakai kedua-dua ibu bapa kamu meskipun mereka menyuruh kamu berpisah dengan isteri dan harta-benda kamu. Janganlah kamu meninggalkan solat fardu dengan sengaja kerana sesungguhnya sesiapa yang meninggalkan solat dengan sengaja maka dia terlepas daripada tanggungjawab Allah S.W.T. Jangan sekali-kali minun arak kerana perbuatan ini adalah punca segala maksiat. Jauhilah diri kamu daripada perbuatan maksiat kerana perbuatan ini akan menyebabkan kemurkaan Allah S.W.T. Jangan lari dari medan pertempuran walaupun semua rakan kamu telah terbunuh. Jangan berpindah dari tempat berlakunya kematian akibat wabak yang sedang merebak seperti taun dan sebagainya. Belanjalah untuk keluarga kamu mengikut kemampuan kamu. Jangan kamu mengelak daripada merotani anak-anak sebagai amaran supaya mereka berakhlak baik. Takutkan mereka (anak-anak) kepada Allah S.W.T." (HR Ahmad No: 21060)
Status: Hadis Hassan
PENGAJARAN
Rasulullah SAW dalam hadis ini meninggalkan sepuluh wasiat berbentuk pesanan:
- Tidak melakukan syirik walaupun engkau dibunuh.
- Tidak menderhakai ibu bapa meskipun mereka menyuruh kamu berpisah dengan isteri dan harta-benda kamu.
- Tidak meninggalkan solat fardhu dengan sengaja kerana dia terlepas daripada tanggungjawab Allah.
- Tidak minum arak (sesuatu yang memabukkan) kerana ia punca segala maksiat
- Tidak melakukan maksiat kerana perbuatan ini akan menyebabkan kemurkaan Allah
- Tidak lari dari medan perang walaupun semua rakan kamu telah terbunuh
- Tidak berpindah dari tempat berlakunya kematian akibat wabak (kurantin) yang sedang merebak seperti taun dan sebagainya
- Berbelanjalah untuk keluarga kamu mengikut kemampuan
- Jangan kamu mengelak daripada merotani anak-anak (dalam mendidik jika mereka melakukan larangan) sebagai amaran supaya mereka berakhlak baik.
- Takutkan mereka (anak-anak) kepada Allah (tanamkan rasa takut kepada Allah dalam diri mereka).
Jadi, sama-samalah kita berusaha untuk memenuhi wasiat Rasulullah SAW ini dan semoga kita semua dirahmati oleh Allah SWT...
Assalamualaikum wbt...
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو قَالَ جَاءَ رَجُلٌ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ جِئْتُ أُبَايِعُكَ عَلَى الْهِجْرَةِ وَتَرَكْتُ أَبَوَيَّ يَبْكِيَانِ فَقَالَ ارْجِعْ عَلَيْهِمَا فَأَضْحِكْهُمَا كَمَا أَبْكَيْتَهُمَا
Daripada Abdullah bin 'Amr RA, ia berkata; terdapat seorang laki-laki yang datang kepada Rasulullah SAW dan berkata; aku datang membaiah engkau untuk berhijrah, dan aku telah meninggalkan kedua orang tua ku dalam keadaan menangis. Kemudian baginda bersabda: "Kembalilah kepada mereka berdua dan buatlah mereka tertawa sebagaimana engkau membuat mereka menangis!" (HR Abu Daud: 2166)
Status: Hadis Sahih
PENGAJARAN
1. Kewajipan anak ialah sentiasa mengembirakan kedua ibu bapanya
2. Lakukan sesuatu yang sentiasa membuatkan kedua orang tua kita gembira
3. Tidak ada hadiah yang berharga melainkan sesuatu yang membuatkan kedua ibu bapa gembira di dunia dan gembira di syurga.
Bagi setiap anak yang masih memiliki kedua ibu bapa atau salah seorang daripadanya, buatlah sesuatu yang mengembirakan kedua mereka.
Assalamualaikum wbt...
عَنْ أَبِي صَالِحٍ الزَّيَّاتِ أَنَّهُ سَمِعَ أَبَا هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ يَقُولُا قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ كُلُّ عَمَلِ ابْنِ آدَمَ لَهُ إِلَّا الصِّيَامَ فَإِنَّهُ لِي وَأَنَا أَجْزِي بِهِ وَالصِّيَامُ جُنَّةٌ فَإِذَا كَانَ يَوْمُ صَوْمِ أَحَدِكُمْ فَلَا يَرْفُثْ يَوْمَئِذٍ وَلَا يَسْخَبْ فَإِنْ سَابَّهُ أَحَدٌ أَوْ قَاتَلَهُ فَلْيَقُلْ إِنِّي امْرُؤٌ صَائِمٌ وَالَّذِي نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ لَخُلُوفُ فَمِ الصَّائِمِ أَطْيَبُ عِنْدَ اللَّهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مِنْ رِيحِ الْمِسْكِ وَلِلصَّائِمِ فَرْحَتَانِ يَفْرَحُهُمَا إِذَا أَفْطَرَ فَرِحَ بِفِطْرِهِ وَإِذَا لَقِيَ رَبَّهُ فَرِحَ بِصَوْمِهِ
Daripada Abu Shalih Az Zayyat bahawa ia mendengar Abu Hurairah radliallahu 'anhu berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Allah 'azza wajalla telah berfirman; 'Setiap amal anak Adam adalah untuknya kecuali puasa. Puasa itu adalah bagi-Ku, dan Akulah yang akan memberinya pahala. Puasa itu adalah perisai. Apabila kamu berpuasa, maka janganlah kamu rosakkan puasamu dengan rafats, dan jangan pula menghina orang. Apabila kamu dihina orang atau pun diserang, maka katakanlah, 'Sesungguhnya saya sedang berpuasa.' Demi Allah, yang jiwa Muhammad ada di tangan-Nya. Sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari kiamat kelak daripada wanginya kesturi. Dan bagi mereka yang berpuasa ada dua kebahagiaan. Ia merasa gembira ketika berbuka lantaran puasanya, dan gembira ketika berjumpa dengan Rabbnya juga kerana puasanya." (HR Muslim No: 1944) Status: Hadis Sahih
Oleh itu...
1. Setiap amalan yang dilakukan oleh anak Adam adalah untuknya kecuali puasa. Puasa itu adalah untuk Allah dan hanya Allah yang akan memberi ganjaran pahalanya.
2. Puasa itu adalah perisai atau pendinding seseorang dari melakukan perkara yang dilarang serta melaksanakan sesuatu yang diperintah.
3. Bagi orang yang berpuasa, mereka perlu menjaga puasanya dari dirosakkan dengan sebab rafats (perhubungan suami isteri di siang hari) termasuk perbuatan dan perkataan sama ada yang diucapkan atau yang ditulis dan ditularkan yang kotor, lucah dan buruk serta hina.
4. Orang yang berpuasa, jika dihina, dimarah ataupun diserang, maka katakanlah: Sesungguhnya saya sedang berpuasa.
5. Bagi orang yang berpuasa, mulutnya mungkin akan berbau yang kurang menyenangkan, namun bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari kiamat kelak daripada wanginya kasturi.
6. Untuk orang yang berpuasa, mereka akan dikurniakan dengan dua kebahagiaan:
a. Gembira ketika berbuka puasa
b. Gembira ketika berjumpa dengan Allah kerana ibadat puasanya yang diterima.
Semoga Ramadhan pada tahun ini lebih baik untuk kita dengan kualiti dan kuantiti amal yang bertambah. Marilah kita semarakkan ibadah kita agar ia menjadi pemacu perubahan diri kita kepada yang lebih baik. Berusahalah melakukan amalan terbaik. Suburkan Amalan Mantapkan Keperibadian dan seandainya ini adalah bulan Ramadhan Tahun Ini Terakhir Buat Kita.
Assalamualaikum wbt...
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا جَاءَ رَمَضَانُ فُتِّحَتْ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ النَّارِ وَصُفِّدَتْ الشَّيَاطِينُ
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Bila bulan Ramadan tiba, maka dibukalah pintu-pintu syurga, pintu-pintu neraka ditutup dan syaitan-syaitan pun dibelenggu." (HR Muslim No: 1793) Status: Hadis Sahih
Apabila Ramadhan menjelang, Rasulullah SAW mengingatkan para sahabat agar bersedia dengan kedatangan bulan Ibadah:
1. Ramadhan adalah bulan yang diwajibkan keatas umat Islam berpuasa.
2. Ramadhan adalah bulan Syiam (berpuasa di siang hari) dan Qiam (menghidupkan malam dengan solat sunat, tilawah al-Quran, zikir, doa).
3. Ramadhan adalah bulan ibadah dimana dibuka pintu-pintu syurga. Mereka yang terus melaksanakan pelbagai perbuatan yang mengandungi ibadah atau kebaikan, akan disediakan padanya dengan rahmah Allah syurga.
4. Pintu neraka ditutup di bulan Ramadhan. Ertinya, dengan kehadiran bulan Ramadhan, kita dianjurkan untuk memperbanyak amal kebaikan maka dengan sendirinya perbuatan yang tidak baik (maksiat) dihindarkan. Dengan demikian, maka tidak ada lagi kesempatan untuk bermaksiat, dengan itu tertutuplah pintu-pintu neraka.
5. Bulan Ramadhan dipermudahkan kepada umat Islam melaksanakan ibadah kerana syaitan telah dirantai atau dibatasi pergerakkannya untuk mengganggu.
Ahlan Ya Ramadhan. Ramadhan Kareem. Suburkan Amalan Mantapkan Keperibadian..
Assalamualaikum wbt...
عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ انْصُرْ أَخَاكَ ظَالِمًا أَوْ مَظْلُومًا فَقَالَ رَجُلٌ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَنْصُرُهُ إِذَا كَانَ مَظْلُومًا أَفَرَأَيْتَ إِذَا كَانَ ظَالِمًا كَيْفَ أَنْصُرُهُ قَالَ تَحْجُزُهُ أَوْ تَمْنَعُهُ مِنْ الظُّلْمِ فَإِنَّ ذَلِكَ نَصْرُهُ
Daripada Anas RA mengatakan, Rasulullah SAW bersabda: "'Tolonglah saudaramu baik ia berbuat zalim atau dizalimi." Ada seorang laki-laki bertanya; 'ya Rasulullah, saya maklum jika ia dizalimi, namun bagaimana saya menolong saudara yang melakukan kezaliman? ' Nabi menjawab; "engkau mencegahnya atau menahannya dari kezaliman, itulah cara menolongnya."
(HR Bukhari No: 6438)
Status: Hadis Sahih
Pengajaran daripada hadith ini..
- Seorang Muslim wajib membantu muslim yang lain.
- Jika saudara kita dizalimi, menjadi tanggungjawab untuk menolong dengan membela dan mempertahankannya.
- Jika saudara kita melakukan kezaliman, menjadi tanggung jawab kita untuk membantunya agar tidak berterusan melakukan kezaliman. Contohnya jika saudara kita mencuri, rasuah, menganiaya orang atau binatang, kita wajib menghentikan, menghalangnya agar tidak berterusan membuat kezaliman.
- Seorang Muslim tidak boleh membabi buta membela saudaranya yang berbuat zalim.
- Bantu orang lain agar tidak dizalimi oleh orang yang zalim dengan cara memberi peringatan kepada mereka tentang kezaliman orang yang zalim.
Wallahualam...
Assalamualaikum wbt..
عَن أَبِي بَكْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم قال : كلُّ ذنوبٍ يؤخِرُ اللهُ منها ما شاءَ إلى يومِ القيامةِ إلَّا البَغيَ وعقوقَ الوالدَينِ أو قطيعةَ الرَّحمِ يُعجِلُ لصاحبِها في الدُّنيا قبلَ المَوتِ
Daripada Abu Bakrah RA, dari Nabi SAW bersabda: Setiap dosa akan ditunda balasannya oleh Allah SWT hingga hari kiamat, kecuali al-baghy (zalim), durhaka kepada orang tua dan memutuskan silaturahim, Allah akan menyegerakan di dunia sebelum kematian menjemput.” (HR Al Hakim, Al Mustadrak No 7345). Status: Hadis Sahih
PENGAJARAN
1. Setiap dosa seorang insan akan menerima balasan azab daripada Allah melainkan mendapat keampunan Allah.
2. Ada diantara dosa daripada perbuatan maksiat seorang hamba itu akan dipercepatkan balasannya semasa hidup di dunia lagi di samping azab di hari akhirat antaranya:
a. Dosa al-baghy (sifat tercela dan perbuatan melampau batas yang mempunyai akibat negatif sama ada pada pelaku dan masyarakat antaranya menuntut sesuatu yang tidak halal, pemberontak, rasuah dan sebagainya)
b. Dosa durhaka kepada orang tua
c. Dosa memutuskan silaturahim
3. Rasuah jelas merupakan satu daripada perbuatan zalim (baghy) dan melanggar hak orang lain yang tidak membayar rasuah dan tidak mendapat haknya. Mereka yang terlibat dengan rasuah diancam dengan azab Allah di dunia dan di akhirat mendapat siksa yang lebih berat.
Berusahalah menjauhi perbuatan dosa yang akan disegerakan balasannya semasa hidup lagi.
Wallahualam..
Assalamualaikum wbt...
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَيَأْتِيَنَّ عَلَى النَّاسِ زَمَانٌ لَا يُبَالِي الْمَرْءُ بِمَا أَخَذَ الْمَالَ أَمِنْ حَلَالٍ أَمْ مِنْ حَرَامٍ
Daripada Abu Hurairah RA dari Nabi SAW bersabda: "Akan datang pada suatu zaman, manusia ketika itu tidak peduli lagi dari mana dia mendapat sumber harta sama ada halal atau haram". (HR Bukhari No: 1941) Status: Hadis Sahih
PENGAJARAN
1. Keimanan seseorang berkait rapat dengan segala amalan sama ada amal lisan mahupun perbuatannya.
2. Apabila iman pada seseorang telah hilang, soal halal dan haram tidak dihiraukan lagi.
3. Sekarang ini ada dalam kalangan manusia yang tidak kesah atau tidak ambil berat soal halal dan haram dalam pemilikan harta. Ada yang berpegang pada prinsip asal bergaya dan berharta. Ada peluang rembat. Bukan banyak pun ambik! RM 10K je. Orang lain ambik berjuta!
4. Halal dan haram bukan kerana sedikit atau banyak. Yang haram tetap haram. Kita bimbang taubat tidak diterima atau tak sempat bertaubat.
Allah S.W.T. berfirman dalam mencari dan menggunakan harta:
يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَأْكُلُوا أَمْوَالَكُمْ بَيْنَكُمْ بِالْبَاطِلِ إِلَّا أَنْ تَكُونَ تِجَارَةً عَنْ تَرَاضٍ مِنْكُمْ وَلَا تَقْتُلُوا أَنْفُسَكُمْ إِنَّ اللَّهَ كَانَ بِكُمْ رَحِيمًا
Wahai orang-orang beriman! Janganlah kalian saling memakan harta sesama kalian dengan jalan yang batil. Tetapi dihalalkan mendapatkan harta dengan cara jual beli secara suka rela. Janganlah kalian membunuh diri kalian sendiri. Sungguh Allah Maha Penyayang kepada kalian. (An-Nisa: 29)
Ibnu Katsir menjelaskan: cara batil yang dilarang dalam mencari harta adalah cara-cara yang tidak sesuai dengan syariah. Antaranya melalui amalan rasuah, menipu, mencuri, riba, perjudian dan sebagainya.
Ketahuilah setiap sen yang kita perolehi dan kita belanjakan akan ditanya oleh Allah di hari akhirat nanti dari mana sumber tersebut. Justeru berhati-hatilah setiap sen yang kita perolehi dan kita belanjakan.
Wallahualam..
Assalamualaikum wbt..
Jika dulu, wanita sememangnya terkenal dengan perangai yang suka bercakap.. Tetapi pada zaman sekarang orang lelaki pun sama saja perangai dengan wanita.. Bab bersembang, memang kedua-duanya sama saja, sembanglah apa-apa saja perkara termasuklah mengumpat..
Mengumpat sememangnya diharamkan dalam agama Islam.. Seperti firman Allah SWT ;
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِّنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَب بَّعْضُكُم بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَن يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّـهَ ۚ إِنَّ اللَّـهَ تَوَّابٌ رَّحِيمٌ
Yang bermaksud ;
“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.”
(Al-Hujurat ; 12)
Jadi, bagaimana kita nak menggelakkan diri daripada mengumpat..?
Selalulah mendengar tazkirah tentang dosa-dosa mengumpat. Hadirlah selalu ke kuliah kerana mendengar kuliah ini ada kekuatan. Kalau seminggu sekali kita mendengar, seminggu sekali kita selamat. Tontonlah video yang memaparkan ceramah agama tentang dosa-dosa mengumpat.
Kalau hari-hari kita mendengar orang mengajar, maka ada kekuatan. Hendak main, mainlah. Hendak meniaga, meniagalah. Tetapi dalam sehari mesti hadir kuliah. Apabila kita hadir, malaikat akan mendoakan kekuatan bagi kita dalam menjana Islam dalam diri kita.
Kemudiannya, kita kenal pasti kawan-kawan yang suka mengumpat. Jadi jangan lepak dengan mereka. Memang tidak seronok. Lebih-lebih lagi jika kita jenis yang petang-petang suka pergi ke rumah jiran. Memang "seronok" bersembang cerita buruk orang. Ada hadis yang menyebut dosa mengumpat nie Allah takkan ampunkan melainkan dia kena beritahu dan meminta ampun kepada orang yang diumpat itu. Jika orang yang diumpat tue masih hidup, kita ada peluang untuk mintak maaf dengannya tapi jika orang tue dah meninggal dunia, sampai kiamat kita berdosa dengan orang tue dan sehingga kiamatlah Allah takkan ampunkan dosa kita.. Susah..? Memang susah...
Manusia nie bila hatinya dah mulai kotor, dia suka bercerita keburukan orang lain. Kalau hatinya bersih, dia tak suka bercerita. Jadi, kalau kita nak kenal hati kita samada kotor ataupun bersih, perhatikan sama ada kita suka bercerita keburukan orang lain atau tidak? Ataupun kita suka tumpang dengar cerita keburukan orang lain.
Oleh sebab itulah, kalau kita pergi ke rumah orang, apabila dibawa cerita kebaikan orang, orang tak mahu mendengarnya. Tapi bila bercerita tentang keburukan orang, oran akan suka mendengarnya.
Contohnya, semasa kenduri kahwin, apabila pengantin lelaki berkulit hitam dan pengantin perempuan berkulit putih, kita mengata. Apabila pengantin lelaki segak tapi pengantin perempuannya bertubuh gempal, kita mengata jugak. Ini semua kerana hati kita kotor. Sepatutnya kita mendoakan kesejahteraan mereka dan bukannya mengata.
Jadi bersihkanlah hati kita semula. Apabila semua kejadian yang kita nampak kenalah kita bersangka baik.
*Sumber petikan daripada Ustaz Azhar Idrus, personaliti dakwah.
#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal
Assalamualaikum wbt..
Baru-baru nie, saya terjumpa satu post yang agak menarik kat laman facebook. Antara isi kandungan post ini adalah ....
Antara perkara yang dilarang secara Makruh ialah melipat hujung muka surat Al Quran (ثَنْیُ أَطْرَافِ الصَّفْحَۃِ). Ini disebutkan oleh Syeikh Ahmad Husin Abdul Karim di dalam kitabnya Adab At Taamul maal Quran.Bahkan kata sebahagian ulama' Yaman: " ٍٍٍSiapa yang melipat muka surat kitabnya akan hilanglah keberkatan kitab itu darinya".Gunakanlah penanda, stick notes dan sebagainya asalkan tidak melipat dengan apa cara lipatan sekalipun. Kalau anda penjual buku, dan ada kesan lipatan pada buku itu, sudah pasti pembeli menganggapnya buku lama atau telah digunakan. Difahami, melipat mengurangkan kemuliaan sesuatu.Barakallahu fik Ust Hanif Azmir Hassim
Memang betul apa yang perkatakan oleh Ustaz Hanif... Persoalan seterusnya, adakah kita boleh lipat hujung muka surat pada Al-Quran bertafsir..? Bagi pendapat peribadi saya, walaupun bertafsir, tapi ianya masih Al-Quran.. Jadi wajarlah kita gunakan penanda untuk menanda di manakah kita berhenti bacaan.. Ini kerana Al-Quran kalam suci yang Allah turunkan kepada umat manusia, untuk dijadikan pedoman dalam kehidupan kita untuk menuju jalan yang lurus dan diredhai oleh Allah...
Semoga ianya memberi manfaat dan pelajaran kepada kita semua..
#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal
Assalamualaikum wbt..
Doa ini boleh bacakan kepada anggota keluarga atau kepada orang yang terkena sihir pada waktu kecemasan sekiranya tiada ustaz atau perawat Islam lain yang berdekatan pada masa kejadian tersebut. Boleh dibaca doa ini terlebih dahulu sebelum mendapatkan rawatan selanjutnya dengan ustaz atau perawat Islam selepas itu.
Jika awak mengesyaki suami atau isteri awak terkena sihir, bolehlah dibacakan padanya, dan kemudian dihembuskan pada ubun-ubunnya. Insha Allah jika sihir yang baru sahaja dikenakan dan belum lagi menjadi teruk pada peringkat awal. Insha Allah dengan izin Allah SWT boleh sembuh. Lakukan ketika semasa ia tidur. (Jika ada jin atau makhluk halus dalam tubuh badannya, akan diketahui) kerana makhluk halus akan menderita serta sakit bila dibaca doa ini).
Jika keadaan sudah menjadi teruk, eloklah bawa berjumpa dengan mereka yang lebih arif tentang pengubatan ilmu sihir yang terdiri dari ustaz-ustaz di pusat rawatan Islam.
Cara membatalkan sihir
- Ambil wuduk dahulu sebelum memulakan rawatan.
- Kemudian selawat ke atas Nabi Muhammad SAW sebanyak 3 kali
- Baca surah Al-Fatihah sebanyak 7 kali
- Baca Ayatul Kursi sebanyak 1 kali
- Kemudian baca doa di atas ini sebanyak 3 kali dan dihembuskan pada ubun kepala dan kemudian diseluruh tubuh. Tekan perlahan pada bahagian yang sakit jika ada sekiranya diberitahu oleh pesakit. Jika perlu tekan dan ulang baca doa sambil menekan hingga hilang kesakitan. Jika awak mempunyai lemah semangat, maka jangan diakukan perkara ini. Bacaan-bacaan ini hendaklah dibaca dengan betul tajwidnya.
Semoga ianya memberi manfaat.. Kita hanya berusaha , yang memulihkan HANYA ALLAH SWT...
Assalamualaikum wbt...
Salam pagi Jumaat awak... Manusia sememangnya takkan dapat lari daripada dipalit dengan dosa, samada kita sedar ataupun tidak.. Apabila hati kita mula dipalit dengan dosa, kita perlu bersihkan hati kita dengan bertaubat pada Allah... Jika kita tak membasuh hati kita, pasti catatan kita menjadi buruk dan ianya akan kekal buruk melainkan kita 'basuh' hati kita...
Hassan al-Basri r.a. berkata, "Ketika saya berkeliling di jalan-jalan kota Bashrah dan di pasarnya dengan seorang pemuda ahli ibadah, tiba-tiba saya melihat seorang tabib yang sedang duduk di atas kerusi.
Dia dikelilingi oleh lelaki, perempuan dan anak-anak.
Di tangan mereka masing-masing terdapat gelas yang berisi air. Mereka meminta petua dan ubat untuk penyakitnya.
Kemudian, pemuda yang bersamaku maju ke depan tabib, lalu dia berkata:
"Wahai tabib, apakah kamu punya ubat yang mampu membersihkan dosa dan menyembuhkan penyakit hati? "
Kemudian, si tabib itu menjelaskan, "Ambillah sepuluh macam ramuan, iaitu :-
- Ambillah akar pohon fakir bersama akar-akar pohon tawaddhu' (kerendahan hati),
- Campurkanlah padanya tumbuhan taubat,
- Taruhlah ke dalam bekas keredhaan,
- Tumbuklah dengan penumbuk qana'ah,
- Masukkan dalam kuali taqwa,
- Lalu tuangkanlah padanya air malu,
- Didihkanlah dengan api mahabbah,
- Tuangkanlah ke dalam gelas syukur,
- Kemudian kipaslah dengan kipas harapan,
- Lalu minum dengan sudu pujian.
Sesungguhnya jika kamu mengerjakan hal itu, maka akan menjadi ubat bagimu dari semua penyakit dan bencana di dunia dan di akhirat."
Dipetik daripada Kitab Nashaihul 'Ibad, Imam Nawawi.
Wallahuallam...
#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal
Assalamualaikum wbt..
Membaca kalimah Bismillah takala apa saja yang kita lakukan sebenarnya memberi banyak kebaikan dalam kehidupan kita. Allah SWT sendiri telah memerintahkan para malaikat untuk mencatat pahala kepada umat manusia yang melafazkan kalimah Bismillah..
✅Semua pekerjaan perlu dimulakan dengan kalimah Bismillah.
✅Sesuatu pekerjaan akan menjadi tidak sempurna tanpa menyebut kalimah Bismillah terlebih dulu.
✅Kalimah Bismillah ibarat pati Al-Quran kerana semua surah kecuali surah Al-Taubah dibuka dengan lafaz Bismillah.
✅Kalimah Bismillah boleh menjadi asbab untuk beroleh keberkatan daripada Allah SWT.
✅Menunjukkan keindahan Islam apabila nama Allah sering disebut-sebut sebelum melakukan apa saja perkara / perbuatan.
✅Allah mempunyai 99 Asmaul Husna dan dalam kalimah Bismillah, ada tiga nama Allah di situ.
✅Kalimah Bismillah menjadi lafaz yang mengeratkan hubungan antara hamba-Khalik.
✅Kalimah Bismillah boleh melindungi diri daripada azab neraka kerana Abdullah Bin Mas'ud pernah menjelaskan bahawa neraka dijaga oleh 19 malaikat dan kalimah Bismillah juga mempunyai 19 huruf.
✅Kalimah Bismillah menjadi pemberat mizan.
✅Menyebut kalimah Bismillah sebelum berwuduk dikatakan dapat menghapus dosa yang dilakukan oleh anggota wuduk.
✅Terlindung daripada syaitan, seperti contoh, menyebut kalimah Bismillah sebelum makan, maka syaitan tidak dapat makan bersama-sama..
Wallahu'alam..
Subscribe to:
Posts (Atom)

Social Icons