#SantapanRohani
9:05 AM
Assalamualaikum
wbt..
Ini
adalah sketsa perbualan antara abah dengan anak gadisnya.. Sama2lah
kita menghayati dan mempelajari sesuatu daripada perbualan mereka..
Abah
ketuk pintu bilik anak gadisnya. Anaknya buka pintu. Belum
tidur.
Abah: "Buat apa je belum tidur lagi?"
Anak:
"Tengah..." (Sambil menunjukkan telefonnya)
Abahnya
mengangguk faham. Tengah berinternet.
Abah:
"Abah nak cakap sikit boleh?"
Anaknya tidak mengangguk,
tidak menggeleng. Tadah telinga.
Abah: "Sekarang, kamu umur
20 tahun, kan?"
Anaknya
mengangguk.
Abah:
"Baiklah. Dengar baik baik ni. Abah bukan nak berleter. Cuma nak
ajak kamu berfikir. Dalam sehari, ada 24 jam. Ini kira-kira umum
abah. Tak exact pun. Orang bekerja habiskan 8 hingga 12 jam sehari
kerja. Orang yang belajar macam kamu pula habiskan 6 hingga 7 jam
sehari ke kelas. Orang yang sedang berkasih sibuk fikir soal hati
pula habiskan lebih 6 jam fikir tentang jodoh dan layan perasaan.
Orang yang sibuk dengan internet dan dunia media sosialnya habiskan
purata lebih 5 jam sehari untuk scroll, update dan melayan
kawan-kawan. Tolak campur makan, tidur, letih semua, barulah sedar,
kita tak peruntukkan masa pun untuk sesuatu yang lebih penting."
Abah
menunjukkan jarinya pada senaskhah Al Quran yang berada di atas
almari. Nampak berhabuk sikit. Anaknya berkerut kening.
Abah:
"Kalau untuk soal hati dan media sosial boleh kita luang masa
dekat 2 jam contohnya, kenapa tidak boleh kita ambil masa 2 jam juga
untuk tengok Al Quran?"
Anak: "Tapi, abah..baca sekejap,
mengantuk."
Abah: "Baiklah. Kurangkan lagi. Jadi
sejam."
Anak: "Sejam? Lamanya. Seraklah tekak nak baca
sampai sejam."
Abah: "Baiklah, setengah jam."
Anak:
"15 minit bolehlah."
Abah
tersenyum mendengar jawapan anaknya.
Abah:
"Suatu hari, bila kamu tersepit dalam hidup, kamu akan mengerti
23 jam 45 minit yang kamu sayang tu, tolak solat 5 waktu, sangat
sangat bergantung kepada 15 minit yang kamu spend untuk Al Quran
tu."
Anak: "Tak faham."
Abah: "Kerja cari
rezeki, kena bergantung pada Al Quran. Belajar, perlu Al Quran.
Jodoh, perlu pada Al Quran. Berjaya, perlu Al Quran. Akarnya pada Al
Quran."
Anak: "Hm.."
Abah: "Rosak akarnya,
jangan harap batang, dahan, ranting, daun, dan buahnya akan baik.
Misalnya, kamu minat soal jodoh sekarang. Andai kamu seorang yang
cinta kepada Al Quran, in/sya Allah kamu juga akan jumpa yang persis
cinta Al Quran. Yang baik-baik. Jika kamu jenis tak pentingkan Al
Quran, kamu juga akan jumpa yang sejenis dengan kamu. Kata nak jodoh
yang baik-baik. Orang baik, orang yang utamakan Al-Quran."
Anak:
"Adoilah."
Abah: "15 minit sehari untuk hafal
sepotong ayat Al Quran. Setahun dapat 365 ayat. 20 tahun lagi dapat?
Dah boleh jadi hafizah."
Anak: "Kenapa abah cakap ni
semua?"
Abah: "Sebab abah tak mampu untuk hidup
selama-lamanya nak jaga dan nasihatkan anak yang abah sayang ni. Dulu
abah jahil tak kejar Al Quran. Abah taknak anak abah ikut jejak
langkah yang sama."
Anak
gadisnya sebak. Peluk ayahnya. Minta maaf. Sungguhlah. Lelaki selain
ayah sendiri hanya mampu berkata-kata manis, berjanji setia. Namun,
abah berkata kata untuk lihat anaknya di Syurga.
SILA
KONGSIKAN JIKA BERMANFAAT.
JAZAKUMULLAHU KHAIRAN KATHIRA.
#SampaikanWalauSepotongAyat
#SemogaBermanfaat
#SantapanRohani
2 lovely notes
terima kasih
ReplyDeleteserbakk.. ramai wanita x sedar dosa2 mereka di tangung oleh saudara2 llki mereka terutamnya ayah..
ReplyDelete❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧