9 teknik bajet untuk halau cicak daripada rumah

3:35 PM


Assalamulaikum wbt,
Cicak.. Salah satu haiwan yang paling aktif dalam rumah kita.. Kalau di masa zaman kecik2 mesti abah saya akan melastik cicak menggunakan gelang getah yang kadang2 mengena kadang2 tersasar.. Sekarang, ada cara nak halau haiwan nie menggunakan bahan-bahan bajet.. Jom kita selidik..

1) Serbuk kopi - Caranya mudah, campurkan serbuk kopi dengan serbuk tobacco dan sedikit air. Bentukkan bulat-bulat kecil. Kemudian, lekatkan pada hujung pencungkil gigi dan letakkan di sudut rumah yang gelap terutama belakang almari, perabot dan sebagainya. Apabila cicak ternampak, ia akan memakan bahan tersebut dan mati. Awak kemudian bolehlah buangkan bangkainya seminggu sekali.

2) Bawang putih - Gantungkan bawang putih dikeliling rumah atau jadikan ia dalam bentuk jus dan masukkan ke dalam bekas semburan. Sembur dibahagian yang mudah didekati cicak.

3) Bawang besar - Awak juga boleh menggunakan bawang besar jika tiada bawang putih. Praktikkan kaedah yang sama iaitu potong kepada beberapa bahagian dan masukkan ke dalam kantung. Gantungkan di bahagian kediaman yang berpotensi didatangi cicak. Ataupun awak juga boleh mengisar bawang besar dan dapatkan perahan jus. Simpan di dalam botol semburan dan sembur di kawasan tersebut.

4) Cili kering - Gantungkan sebungkus cili kering di kawasan yang banyak cicak. Bau cili kering itu akan menyebabkan ketidak hadiran cicak.

5) Bela kucing - Cicak sangat takut kepada kucing, jadi belalah kucing untuk penyelesaiannya! (p/s : Cara nie tak menjadi bagi saya sebab askar2 wataniah saya hanya memerhatikannya saja tanpa berbuat apa2...huhu makan gaji buta jea diorang nie...)

6) Kulit telur ayam - Cicak sangat alergik dengan mineral kulit telur ayam. Caranya adalah basuh dan keringkan kulit telur ayam itu dalam 2 atau 3 hari. Pecahkan pada saiz yang kecil. Letakkan di mana-mana untuk mengelakkan cicak berkunjung.

7) Bunuh serangga - Mesti awak tahu bahawa serangga adalah makanan cicak. Jadi awak perlu membunuh serangga terlebih dahulu. Sekiranya rumah awak tiada serangga, Insha Allah cicak juga tiada!

8) Jaga kebersihan rumah - Pastikan rumah awak sentiasa bersih dan kemas bagi mengelakkan kehadiran cicak.

9) Air dan cili api - Cicak sangat tidak sukakan campuran air dan cili api. Ambil 4 hingga 5 biji cili padi dan bancuhkan bersama air. Masukkan dalam botol spray. Kemudian spray di tempat yang adanya cicak.
 




You Might Also Like

5 lovely notes

  1. tandas ruma paling byk cicak melepak. Ruang tamu/bilik/dapur xda pla. nnti nak try tip air + lada tu. sgt bising bila mlm huhuhu

    ReplyDelete
  2. Terima kasih kongsi tips halau cicak..
    Rumah AM pun dah mula ada cicak dah..
    Malam2 je muncul la dia..

    Ikhlas Dari
    Along Misuari

    ReplyDelete
  3. no 2 tu bukan setakat cicak je mati.. hantu pon lari heee..
    Tq for sharing.Ilmu yg bermanfaat (y)

    ReplyDelete
  4. bela kucing tu kak ana ada laa tapi kucing kak ana tak hirau kan cicak tu shikin hihi :)

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧

Top Commentators