Showing posts with label Koleksi Panduan. Show all posts
Showing posts with label Koleksi Panduan. Show all posts
Assalamualaikum wbt...
If you want to travelling to an unknown place on your own, then these tips might help you..
1. Your whereabouts - Before going away, make sure to let families and friends know of the trip. Keep them updated of changes to the itinerary. Keep in regular contact and you must turn on live location so that someone at home knows where you are at all times.
2. Emergency plan - Please be prepared for any emergencies by knowing where the local hospital, police station and other useful locations are in each city. Learn key phrases such as "I need help" or "Call for an ambulance" in the local language, as well as memorise the emergency phone numbers.
3. Protect valuables - It's a good idea to not pack anything of sentimental value and bring only along what is necessary. For example like a credit card, local currency, a passport and a mobile phone. Please keep these hidden in a secure bag out of sight at all times.
4. Protect against crime - Solo travellers can stay safe from local crime and tourist scams by researching the destination beforehand. Read up on travel guides, blogs and news sites. Or talk to others who have visited the area to learn about any potential risks.
5. Book solo accommodation - Booking shared accommodation, such as hostels, poses more risks than booking a solo room. Many travel providers now make sure to include smaller rooms or cabins for those who are holidaying alone, but it's advised to book ahead early to get a spot.
6. Choose accommodation with caution - Check that the hotel or hostel is in a safe location and close to public transport and restaurants. Travellers should also check the accommodation's check-in timings to avoid spending time waiting in an unknown place.
7. Travel insurance - Travellers are advised to protect themselves from unforeseen events by getting travel insurance. Trip cancellation and interruption insurance can help recover damages from issues such as weather and natural disasters. Medical insurance can cover unexpected costs. Luggage insurance can recover losses from theft or delay.
8. Study local language - Tourists are encouraged to learn the local language not just to enrich their travel experience but also to themselves safe, especially when visiting less popular tourist destinations.
9. Be respectful - To reduce vulnerability and avoid drawing attention, travellers should dress appropriately to respect the local culture. Some countries may require hair to be covered and not too much skin to be on show.
10. Never tell strangers - Solo travellers should never share too much with strangers. Otherwise they risk becoming targets. Instead of telling someone they are solo travelling, let them know that friends are just waiting up ahead or back in the hotel room.
Hope these tips might help you when travelling alone.. Happy travel folks..
*Credit sources : New Straits Times newspaper 1/5/2023
Assalamualaikum wbt...
Sapa yang taknak mempunyai bibir yang mungil, menawan merah bak delima tanpa mengenakan gincu bibir, betul tak..? Tapi bukanlah mudah untuk mendapatkan bibir sebegitu... Ditambah pula atas beberapa faktor yang menyebabkan bibir tak begitu menawan seperti kesan pancaran cahaya matahari yang berlebihan, reaksi pada alahan tertentu, terlalu bergantung pada penggunaan kosmetik dan sebagainya...
Saya ada terbaca kat majalah tentang penggunaan buah-buahan untuk menjadikan bibir kita menjadi kemerahan bak delima.. Nak tau buah-buahan apa..? Jom..
Bahan-bahan
- Buah strawberi
- Buah delima
- Buah naga
- Buah beri merah
- Madu
Lenyek atau kisarkan bahan-bahan ini dan tambahkan sedikit madu. Kemudian oleskan pes ini pada bibir. Bilas bibir apabila pes ini mengering. Lakukan pada sekerap mungkin, sekurang-kurangnya tiga kali sehari. Dikatakan buah-buahan ini bukan saja dapar memberikan kelembapan pada bibir, malah ianya juga dapat membantu mengembalikan nutrisi serta dapat menyerlahkan kemerahan pada bibir..
SELAMAT MENCUBA...
Panduan keselamatan elektrik ketika dan selepas banjir | Pesanan ikhlas daripada Tenaga Nasional Berhad
Saturday, November 12, 2022
Assalamualaikum wbt..
Apakah yang dimaksudkan dengan konsep belajar sendiri..? Ianya adalah proses di mana seseorang pelajar itu memperoleh ilmu pengetahuan baru secara sendiri. Proses pembelajaran sendiri ini sebenarnya bergantung sepenuhnya kepada kehendak diri untuk mengembangkan kemahiran dan sikap yang membolehkan mereka memberikan yang terbaik.
Sumber bahan pembelajaran pula boleh didapati melalui pembacaan terutama buku teks, buku latihan, nota yang diberikan oleh pihak sekolah dan juga pelayar internet untuk mencari bahan rujukan agar minda bebas untuk berkembang dan kemampuan untuk belajar secara bebas.
Dengan beberapa tip ini mungkin dapat membantu para pelajar untuk membuat pembelajaran secara sendiri ini...
Guna gajet untuk belajar - Gajet yang ada digunakan secara bermanfaat. Pelajar boleh melayari internet untuk mencari bahan rujukan. Kesannya, pembelajaran kendiri ini akan menjadi lebih seronok. Penggunaan gajet ini dapat membantu perkembangan minda pelajar dan memudahkan sesi interaksi bersama rakan-rakan terutama ketika tempoh pandemik.
Mengikuti kelas tuisyen - Pelajar juga boleh mengikuti kelas tuisyen kerana di situ mereka berpeluang untuk mempelajari teknik dan teori baru dalam pembelajaran, ini kerana lain guru lain caranya. Sekurang-kurangnya pelajar dapat mengikuti suasana pembelajaran lain daripada kebiasaan serta mendapat kawan-kawan baru sehingga mereka mampu untuk mencapai objektif di dalam pembelajaran.
Sedia kelengkapan khas untuk anak-anak - Sebagai ibu bapa yang prihatin tentang kepentingan dalam menuntut ilmu di kalangan anak-anak, wajarlah untuk menyediakan semua kelengkapan khas untuk mereka. Antara kelengkapan yang boleh disediakan termasuklah bilik yang selesa, gajet dan bahan sokongan lain seperti buku rujukan atau buku latihan yang bersesuaian. Bagi ibu bapa yang berkemampuan, mereka boleh membeli buku-buku secara dalam talian untuk anak-anak.
Belajar berkumpulan di rumah - Pelajar boleh mengadakan pembelajaran bersama adik beradik di rumah. Suasana sebegini akan dapat menyuburkan minat di kalangan anak-anak untuk menelaah pelajaran. Ibu bapa juga perlu sentiasa menyokong hasrat ini setiap kali anak-anak sedang belajar. Inilah yang dinamakan teknik dan kaedah terbaik daripada ibu bapa dalam membantu anak-anak untuk menempuh cabaran sukar sepanjang tempoh pandemik.
Belajar di perpustakaan - Belajar sendiri juga boleh dibuat di perpustakaan bersama rakan-rakan (ini adalah merujuk kepada situasi di luar tempoh pandemik). Sebagai contoh, pelajar boleh mencari tempat yang bersesuaian untuk belajar seperti di perpustakaan, pondok, perkarangan masjid ataupun taman riadah. Ini sekaligus akan mewujudkan kelainan suasana belajar dan berkongsi pendapat bersama rakan-rakan.
Semoga dengan tip ini dapat memberi manfaat pada semua yang belajar..
Assalamualaikum wbt..
Sebelum nak mula perniagaan, kita perlu memastikan bahawa perniagaan kita itu didaftarkan di samping memastikan segala lesen dan permit berkaitan diperolehi. Perniagaan ditakrifkan sebagai setiap bentuk perdagangan, pertukangan, pekerjaan, profesion atau aktiviti lain yang dijalankan bagi maksud mendapatkan keuntungan.
LESEN DAN PERMIT
Lesen dan permit dikeluarkan khusus untuk sesuatu industri oleh kementerian dan juga pihak berkuasa tempatan yang berkaitan. Peniaga perlu memohon lesen dan permit yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) di lokasi yang ingin dijalankan perniagaan.
FRANCAIS
Satu kaedah alternatif dalam memiliki perniagaan sendiri iaitu dengan menyertai perniagaan secara francais. Francais bukanlah satu 'bentuk' perniagaan tapi merupakan satu kaedah atau sistem usaha niaga di mana sesuatu perusahaan (francaisi) diberikan hak untuk menjalankan perniagaan menurut perjanjian khas dengan syarikat induk (francaisor). Sistem francais ini tertakluk di bawah Akta Francais 1998.
SISTEM FRANCAIS
Merujuk kepada perjanjian di antara dua atau lebih orang yang mana francaisor memberikan hak kepada francaisi termasuklah kepada francaisi induk untuk menjalankan perniagaan yang selaras dengan perniagaan yang dimulakannya. Untuk menjalankan perniagaan mengikut sistem francais, peniaga perlu mendaftar dengan Pendaftar Francais, Kementerian Pembangunan Usahawan Dan Koperasi.
PENYEDIAAN PELAN PERNIAGAAN
Mempunyai pelan perniagaan adalah penting untuk perniagaan kita. Lebih baik lagi jika peniaga mempunyai pelan yang strategik. Sebelum kita membincangkan kepentingan mempunyai pelan perniagaan, yang perlu dipersoalkan kini, apakah yang dimaksudkan dengan pelan perniagaan? Salah satu faktor kegagalan dalam peniagaan adalah kebanyakan mereka tidak mempunyai pelan perniagaan.
Pelan perniagaan membentangkan pemahaman industri dan pasaran, strategi dan perancangan keuntungan serta aliran wang tunai sebuah syarikat. Pelan ini juga akan membentangkan jangkaan peniagaan untuk jangka waktu tiga hingga lima tahun yang akan datang.
Ramai peniaga tersalah faham dalam aspek pelan perniagaan ini. Mereka berpendapat pelan perniagaan tidak perlu dilakarkan kerana perniagaan yang mereka usahakan itu adalah kecil saja. Sebenarnya, tak kisahlah kecil ke besar ke perniagaan itu, pelan perniagaan perlu ada dan perlu dirancang dengan teliti dan teratur.
PERCUKAIAN
Di Malaysia, semua pendapatan syarikat atau individu yang diperolehi dikenakan cukai. Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berfungsi untuk memberikan perkhidmatan penaksiran, pentadbiran, pemungutan dan penguatkuasaan pembayaran cukai-cukai yang tertakluk di dalam bidang kuasa LHDN.
PENGURUSAN KEWANGAN
Perancangan mencerminkan usaha yang melibatkan disiplin-disiplin tertentu, untuk menguruskan dengan baik, sumber-sumber pendapatan, serta aset seseorang itu, supaya setiap perbelanjaan yang dibuat mendatangkan faedah dan manfaat yang optimum. Ianya dapat memungkinkan tabungan dan pelaburan yang boleh menjamin pendapatan di masa hadapan. Dengan terurusnya kewangan seseorang itu, maka akan dapat dipastikan bahawa ianya berbelanja hanya mengikut kemampuan, dan hanya akan membuat komitmen kewangan yang mampu diselesaikan.
Semoga dengan panduan ini akan dapat memudahkan pada awak yang ingin menjalankan perniagaan..
Assalamualaikum wbt...
Melanjutkan pengajian sebaik tamat alam persekolahan mungkin memerlukan remaja meninggalkan keluarga. Baik tinggal di kolej mahupun rumah sewa suasananya pasti tidak sama dengan tinggal di rumah sendiri. Masalah biasa yang dihadapi ketika ini adalah berhadapan dengan 'housemate' atau rakan serumah atau sebilik yang tidak sebulu dengan kita. Ada saja perkara yang dilakukan yang agak menjengkelkan. Bukan sahaja soal kebersihan malah kerajinan membantu di dapur juga sering kita persoalkan. Semua itu disebabkan sikapnya yang degil dan pemalas sepanjang tinggal bersama di rumah sewa. Awak berhadapan teman serumah begini, pasti kita tidak tahan. Justeru, apakah saranan terbaik yang boleh kita praktik untuk menanganinya? So, awak boleh ikuti panduan ini.
Komunikasi
Masalah pertelingkahan mahupun permusuhan dalam diam yang dialami rata-ratanya disebabkan masalah komunikasi. Kegagalan berkomunikasi dengan baik membuatkan kita tidak dapat meluahkan apa yang dirasai dan begitulah sebaliknya. Oleh itu, awak perlu belajar untuk berkomunikasi dengan baik.
Kawan awak mungkin tidak sedar bahawa dirinya diperhatikan dan menjadi musuh awak dalam diam. Baginya, apa yang dilakukan itu adalah yang terbaik dan betul untuk dirinya tanpa mengetahui bahawa perkara itu mengundang kebencian di hati awak. Justeru, berkomunikasilah dengan tepat, tegur dirinya dengan penuh hati-hati agar dia tidak merajuk dan menjauhi kita. Awak berdua adalah rakan serumah andai berlaku pertelingkahan pasti keharmonian tidak lagi wujud.
Teguran berhemah
Bukan semua orang mempunyai kebolehan untuk menegur secara berhemah. Paling penting, lapangkan dada dan banyakkan bersabar serta berfikirlah secara terbuka. Setiap orang mempunyai kelemahan dan kelebihan. Pastikan juga awak mengetahui apakah kelebihan teman serumah. Dahulukan ucapan teguran itu dengan memujinya terlebih dahulu. Kemudian barulah awak menegur bentuk kesilapan yang telah dilakukan sepanjang dia menjadi teman serumah kita.
Jangan pula awak senaraikan kesalahannya sekali gus. Tetapi terangkan satu persatu tanpa disedarinya. Misalnya semasa awak dan dia berada di dapur atau menonton televisyen. Sampaikanlah teguran itu dalam bentuk gurauan. Semoga kawan kita akan memahami gurauan yang membawa maksud teguran itu.
Belajar menerima kekurangan kawan
Bukan sahaja teman serumah, ada ketikanya kita juga ada kekurangan di pandangan mata kawan. Sebaik-baiknya awak saling bertukar pandangan dan emosi mengenai apa yang awak dan kawan awak lalui. Dengan cara itu, mungkin hubungan persahabatan akan menjadi lebih akrab. Awak perlu belajar dan memahami kesukaran yang dihadapi dan pastinya kawan awak juga akan berusaha untuk memahami kita.
Semoga panduan ini akan dapat membantu awak dalam menangani masalah dengan housemate ataupun roomate awak..
#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal
Assalamualaikum wbt...
Pengguna telefon bimbit mungkin akan keliru dengan pelbagai jenama dan jenis power bank mudah alih yang terdapat di pasaran jika tidak biasa dan mempunyai kurang pengetahuan berkenaan bateri. Secara amnya, power bank berbeza-beza antara satu sama lain walaupun kapasiti bateri adalah sama.
Pelbagai variasi power bank semakin kerap dihasilkan pengeluar berikutan ada permintaan yang mahukan lebih kepelbagaian dalam pilihan. Perbezaan tersebut dapat dilihat daripada segi saiz, harga, kualiti sel bateri, gred sel bateri, kesesuaian, sistem keselamatan serta reka bentuk litar keselamatan PCB.
Kemusykilan itu penting
Oleh sebab itu, kebarangkalian untuk pengguna tersilap membeli adalah amat tinggi. Dengan tawaran yang dilihat seakan-akan tidak munasabah, pengguna sepatutlah lebih peka dan kemusykilan berkaitan tawaran patut ada. Setiap perniagaan mahukan keuntungan. Janganlah kita pula menjadi mangsa.
Selain itu, pengetahuan pengguna mestilah lebih terutamanya jika ia melibatkan tawaran yang bernilai tinggi. Berikut ialah beberapa kesilapan umum yang selalu dilakukan oleh pengguna semasa pemilihan dan pembelian power bank. Jadikan panduan supaya kita tidak turut sama terlibat di masa akan datang.
Pilihan berdasarkan kapasiti - Salah satu sebab utama pembelian power bank yang perlu dirujuk kembali adalah kerana ia mudah dibawa ke mana-mana. Jadi, pilihlah yang memudahkan urusan seharian. Lihat kepada kapasiti yang bersesuaian dengan penggunaan seharian kita. Usah beli power bank dengan kapasiti yang besar, serta berat semata-mata ingin kelihatan mewah.
Hiraukan kualiti sel bateri - Sel bateri ialah aspek utama yang perlu kita lihat selain perkara di atas. Sesetengah pengguna memilih power bank kerana jenama yang sedia ada di pasaran atau harga yang murah tetapi tidak menghiraukan berkenaan sel bateri yang digunakan. Kualiti sel bateri merupakan elemen utama yang akan menentukan jangka hayat power bank itu.
Kapasiti besar harga murah - Tawaran sebegini sering kali mengaburi mata pengguna. Sama ada di pasaran terbuka atau pun di pasaran dalam talian. Dengan tawaran kapasiti besar dengan harga murah yang seakan-akan mustahil, pengguna selalunya melihatnya sebagai peluang keemasan tanpa melihat spesifikasi lain. Oleh itu, selidik terlebih dahulu dan kalau boleh, soal penjual kenapa ia terlalu murah daripada kebiasaan.
Tiada ciri keselamatan - Pensijilan UL memastikan power bank tersebut memiliki standard kawalan kualiti dan output yang sebenar akan membuatkan peranti kita selamat. Selain itu, ciri-ciri keselamatan tambahan seperti perlindungan khusus seperti yang diterangkan dalam artikel sebelum ini banyak membantu memastikan pilihan kita berbaloi untuk digunakan dalam tempoh masa yang lama.
Sambungan tiruan - Kadang kala, sesetengah power bank memiliki pelbagai jenis sambungan, dan tidak semuanya asli. Jika kita melihat ini sebagai aspek yang tidak penting, maka kita salah. Sambungan tiruan dan tidak berkualiti boleh mengakibatkan litar pintas. Apa yang sebetulnya, gunakan sambungan peranti original kerana ia lebih selamat dan stabil.
Semoga panduan ini dapat memberi manfaat kepada semua untuk memudahkan urusan pembelian power bank.
Assalamualaikum wbt..
Agak mustahil untuk kita menjalani kehidupan seharian tanpa ada sebarang masalah. Tapi sejauh manakah kesempurnaan hidup yang diperolehinya?
Janganlah kita lupa, kesempurnaan tidak akan lengkap tanpa hidup yang lebih sihat. Beberapa tips yang akan saya kongsikan ini ianya akan memberi manfaat dalam kehidupan kita..
TANGANI STRES
Menurut kajian daripada Harvard Medical School, perasaan marah boleh membuatkan kita berasa penat, stres dan boleh merosakkan paru-paru. Kajian yang dilakukan selama lebih 8 tahun terhadap 700 orang mendapati mereka yang sering marah atau bertengkar boleh menyempitkan aliran darah ke dalam paru-paru.
MAKAN IKAN PANGGANG / REBUS
Pengambillan ikan mackerel, sardin dan salmon yang dipanggang atau direbus boleh membuatkan denyutan jantung yang lebih baik. Hasil kajian daripada ahli gizi di Amerika telah membuktikan ikan yang dipanggang atau direbus jauh lebih baik berbanding dengan yang digoreng atau dikeringkan.
AMBIL VITAMIN D
Menurut Dr. Marilyn Glenville, seorang pakar nutrisi dari King's College London mengatakan tanda penuaan boleh kelihatan pada wanita yang kurang mengambil vitamin D. Ini kerana vitamin D membantu menurunkan tekanan darah, meningkatkan kekebalan badan dan melindungi daripada penyakit kanser dan jantung. Antara sumber vitamin D adalah seperti sinaran matahari, suplemen minyak ikan, salmon, tuna dan udang.
KOMBINASI ZAITUN
Masukkan kekacang, ikan, sayuran dan buah-buahan dalam menu harian. Pengambilan makanan segar yang ditambah dengan minyak zaitun akan membuatkan kita kelihatan muda dua tahun daripada usia sebenar.
KATAKAN 'SALAM' PADA KAWAN-KAWAN
Sapaan ini boleh dilakukan setiap hari kerana ia dapat meredakan stres dan membantu melepaskan hormon endorphin. Selain itu, menyapa dengan senyuman merangsang lebih daripada 30 otot-otot wajah dari kedutan.
LUAHAN PERASAAN
Gunakan diari untuk kita meluahkan apa yang ada dalam fikiran dan perasaan kita agar tahap stres kita berkurangan.
JAUHI DARI SOFA
Berehat terlalu lama di sofa juga tidak baik. Menurut kajian terbaru di Amerika mendapati apabila seseorang itu yang duduk lebih daripada 6 jam setiap hari dapat meningkatkan risiko kematian berbanding dengan mereka yang duduk kurang dari 3 jam.
BERTEMAN
Satu kajian yang dilakukan lebih dari 20 tahun mendapati apabila seseorang yang mengikat hubungan sosial dengan baik akan kurang memperolehi penyakit kerana hubungan itu mampu membuatkan seseorang itu menjadi awet muda dan sihat.
GANTIKAN PUTIH KEPADA COKLAT
Mungkin ada boleh membuat perubahan dengan menggantikan gandum putih kepada gandum coklat sekurang-kurangnya dua kali seminggu untuk mengurangkan 16 peratus risiko diabetes tahap 2. Kajian daripada Harvard School Of Public Health mendapati lebih baik jika tambahkan bijian seperti barli dalam menu utama makanan.
LEBIHKAN SAYURAN
Belilah buah dan sayuran yang masih segar. Bersihkan terlebih dulu sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk. Ini untuk mengelakkan kerosakan kandungan vitamin C daripada pelbagai makanan di dalamnya.
Belilah buah dan sayuran yang masih segar. Bersihkan terlebih dulu sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk. Ini untuk mengelakkan kerosakan kandungan vitamin C daripada pelbagai makanan di dalamnya.
SENAMAN KETIKA BERBELANJA
Senaman juba boleh dilakukan ketika kita membeli belah. Caranya adalah dengan membawa sendiri barang-barang perbelanjaan ke tempat meletak kenderaan.
NIKMATI TEH HIJAU
Menurut kajian Cina, seseorang yang kerap minum teh hijau akan kelihatan lebih muda 5 tahun berbanding mereka yang minum teh hijau hanya secawan dalam sehari. Tambahkan dengan perasa lemon untuk memberi kekuatan pada badan dan melawan penyakit.
KIRA GULA DAN GARAM
Garam dan gula adalah lemak jahat yang dapat menyumbat arteri sehingga naiknya tekanan darah. Jadi kita boleh meneliti label makanan yang ingin dibeli.
TEGAK
Usia yang semakin meningkat akan membuatkan postur badan turut berubah. Badan akan membongkok akibat tulang belakang yang kurang fleksibiliti. Menurut jurulatih yoga, Lynne Robinson, beberapa gerakan boleh dilakukan untuk regangan tulang punggun dan peha.
Assalamualaikum wbt..
Jika dulu, wanita sememangnya terkenal dengan perangai yang suka bercakap.. Tetapi pada zaman sekarang orang lelaki pun sama saja perangai dengan wanita.. Bab bersembang, memang kedua-duanya sama saja, sembanglah apa-apa saja perkara termasuklah mengumpat..
Mengumpat sememangnya diharamkan dalam agama Islam.. Seperti firman Allah SWT ;
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِّنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَب بَّعْضُكُم بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَن يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّـهَ ۚ إِنَّ اللَّـهَ تَوَّابٌ رَّحِيمٌ
Yang bermaksud ;
“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.”
(Al-Hujurat ; 12)
Jadi, bagaimana kita nak menggelakkan diri daripada mengumpat..?
Selalulah mendengar tazkirah tentang dosa-dosa mengumpat. Hadirlah selalu ke kuliah kerana mendengar kuliah ini ada kekuatan. Kalau seminggu sekali kita mendengar, seminggu sekali kita selamat. Tontonlah video yang memaparkan ceramah agama tentang dosa-dosa mengumpat.
Kalau hari-hari kita mendengar orang mengajar, maka ada kekuatan. Hendak main, mainlah. Hendak meniaga, meniagalah. Tetapi dalam sehari mesti hadir kuliah. Apabila kita hadir, malaikat akan mendoakan kekuatan bagi kita dalam menjana Islam dalam diri kita.
Kemudiannya, kita kenal pasti kawan-kawan yang suka mengumpat. Jadi jangan lepak dengan mereka. Memang tidak seronok. Lebih-lebih lagi jika kita jenis yang petang-petang suka pergi ke rumah jiran. Memang "seronok" bersembang cerita buruk orang. Ada hadis yang menyebut dosa mengumpat nie Allah takkan ampunkan melainkan dia kena beritahu dan meminta ampun kepada orang yang diumpat itu. Jika orang yang diumpat tue masih hidup, kita ada peluang untuk mintak maaf dengannya tapi jika orang tue dah meninggal dunia, sampai kiamat kita berdosa dengan orang tue dan sehingga kiamatlah Allah takkan ampunkan dosa kita.. Susah..? Memang susah...
Manusia nie bila hatinya dah mulai kotor, dia suka bercerita keburukan orang lain. Kalau hatinya bersih, dia tak suka bercerita. Jadi, kalau kita nak kenal hati kita samada kotor ataupun bersih, perhatikan sama ada kita suka bercerita keburukan orang lain atau tidak? Ataupun kita suka tumpang dengar cerita keburukan orang lain.
Oleh sebab itulah, kalau kita pergi ke rumah orang, apabila dibawa cerita kebaikan orang, orang tak mahu mendengarnya. Tapi bila bercerita tentang keburukan orang, oran akan suka mendengarnya.
Contohnya, semasa kenduri kahwin, apabila pengantin lelaki berkulit hitam dan pengantin perempuan berkulit putih, kita mengata. Apabila pengantin lelaki segak tapi pengantin perempuannya bertubuh gempal, kita mengata jugak. Ini semua kerana hati kita kotor. Sepatutnya kita mendoakan kesejahteraan mereka dan bukannya mengata.
Jadi bersihkanlah hati kita semula. Apabila semua kejadian yang kita nampak kenalah kita bersangka baik.
*Sumber petikan daripada Ustaz Azhar Idrus, personaliti dakwah.
#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal
Assalamualaikum wbt..
Selalu berasa letih dan tak bersemangat untuk bersenam atau melakukan perkara yang disukai.. Awak boleh cuba trik nie..
Apa yang perlu awak buat adalah cuba pejamkan mata awak selama tiga saat dan kemudian awak kerdipkan mata awak secara perlahan-lahan selama tiga saat. Pergantian yang cepat antara suasana terang dan gelap nie dikatakan mampu memberikan kesan yang segar kepada bahagian otak kita...
Jom, sama-sama kita cuba...
Stay safe, stay healthy...
Assalamualaikum wbt..
Sekarang nie kita berada dalam fasa cuaca yang agak panas.. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, negara kita kini berada pada fasa akhir Monsun Timur Laut yang dijangka akan berterusan sehingga pertengahan bulan Mac 2021. Jadi, dalam keadaan cuaca yang panas nie, strok haba boleh berlaku pada sesiapa saja..
APAKAH ITU STROK HABA
Strok haba atau heat stroke adalah sejenis penyakit yang berkaitan dengan haba. Ia adalah kategori yang paling serius dan dianggap sebagai satu kecemasan kerana boleh mengancam nyawa akibat kegagalan mekanisme peraturan suhu badan (thermoregulation). Ciri utama strok haba adalah ketinggian melampau suhu badan (hipertemia) dan berkait rapat dengan kegagalan sistem termorgulasi saraf dan organ di mana kebiasaannya proses berpeluh dan penyejatan peluh memudahkan penyejukan badan.
SIMPTOM-SIMPTOM STROK HABA
- Sakit kepala berdenyut
- Mual
- Denyutan nadi pantas
- Kurang atau sedikit berpeluh dalam cuaca panas
- Otot lemah
- Muntah
- Kulit kering dan kemerahan
- Sawan
- Pitam
SIAPAKAH YANG BERISIKO UNTUK STROK HABA
- Kanak-kanak kecil
- Golongan tua yang menghidap penyakit jantung, paru-paru atau mengambil ubat-ubatan yang menyebabkan mereka kurang cecair dalam badan
- Golongan atlet
- Golongan yang bekerja di luar semasa cuaca panas
Secara umumnya pendedahan yang berpanjangan kepada suhu melebihi 90° F (32.2° C) atau kelembapan melebihi 60 peratus memberikan risiko terbesar terhadap kewujudan penyakit yang berkaitan dengan haba. Penyakit strok haba ini juga boleh berlaku di bawah persekitaran yang lebih sederhana kerana mekanisme penyejukan yang tidak mencukupi tapi ianya juga boleh berlaku di kawasan yang bersuhu udara yang tinggi.
RAWATAN UNTUK STROK HABA
- Pastikan pesakit dipindah ke kawasan yang teduh dan gantikan pakaian pesakit kepada pakaian yang kering.
- Basahkan kulit pesakit dengan air sejuk atau semburkan badan pesakit dengan air untuk menurunkan suhu badan pesakit.
- Gunakan kipas untuk membantu pesakit membuang haba di badan.
- Ais batu juga boleh digunakan kepada permukaan badan untuk mengurangkan suhu badan.
- Galakkan pesakit untuk minum air yang sejuk dan minuman berelektrolit untuk membantu menambah kadar cecair dan elektrolit badan. Elakkan daripada minum air berkafein atau minuman keras.
PENCEGAHAN UNTUK STROK HABA
- Sentiasa minum banyak air untuk elakkan diri daripada dehidrasi.
- Elakkan melakukan aktiviti fizikal yang lasak ketika cuaca panas. Sekiranya terpaksa melakukan aktiviti lasak, sila pastikan awak minum air yang banyak atau minum air minuman isotonik untuk mengekalkan tahap hidrasi.
- Berehat secara kerap untuk memastikan badan kita dapat menambah cecair badan dengan minum air kosong.
- Disaran untuk memakai pakaian yang longgar dan berwarna cerah untuk menyejukkan badan serta pakai topi untuk mengelak daripada sakit kepala akibat kepanasan.
Jadi, sama-samalah kita menjaga diri daripada terkena serangan strok haba ini, mencegah adalah lebih baik daripada mengubat..
Stay safe.. Stay healthy...
*Sumber daripada Dr. Mohammed Fauzi Abdul Rani, Consultant Chest Physician, Tropicana Medical Centre.
Assalamualaikum wbt,
Aktiviti mendaki kini semakin digemari oleh pelbagai lapisan masyarakat tak kira lelaki mahupun perempuan, malah ada juga membawa keluarga sekali.
Bagi awak yang baru nak berjinak-jinak dalam aktiviti mendaki, panduan ini boleh membantu awak untuk memastikan pendakian awak menjadi lebih selamat..
- Mendaki di laluan sedia ada dan perlu bergerak dalam kumpulan. Dalam hal ini, sistem berpasangan boleh diamalkan.
- Jika awa baru berjinak dalam aktiviti ini, awak perlu elakkan untuk mendaki pada sebelah malam kerana ianya lebih mencabar.
- Memakai pakaian yang nipis, longgar dan diperbuat daripada kapas untuk keselesaan ketika berjalan selain memakai stokin yang panjang untuk mengelak daripada serangan pacat.
- Jangan membuat bising ketika mendaki kerana ianya boleh mengganggu hidupan liar.
- Elakkan daripada membawa beban barangan di tangan, kerana ianya senang untuk memegang, memaut, menarik, menampan, menyentuh dan menepis ketika mendaki.
- Jika awak tersesat atau tersalah jalan, amalkan STOP iaitu Stop (berhenti), Think (berfikir), Observe (perhati) dan Plan (merancang).
- Jangan berpecah dalam kumpulan dan sentiasa berada bersama dalam kumpulan supaya awak semua mudah dicari serta ditemui jika berlaku dalam kecemasan.
- Sentiasa berwaspada ketika melangkah, berpijak atau berpaut.
- Kawal tingkah laku dan jangan terlalu gembira, jaga tutur kata dan jangan celupar ketika berada di hutan.
- Rancang pendakian sebaiknya dan bawa bekalan makanan secukupnya.
- Jika awak terserempak dengan hidupan liar, elakkan pertembungan secara berhadapan dengannya. Sebaik-baiknya berundur secara perlahan-lahan dan jangan sesekali melakukan pergerakan yang boleh membuatkan ia terkejut atau rasa tercabar.
- Jika berlaku hujan lebat, angin kuat, guruh atau petir, tangguhkan dan hentikan segera aktiviti atau perjalanan. Cari tempat perlindungan seperti tapak khemah atau stesen henti berdekatan. Dirikan tempat perlindungan sementara samada khemah atau fly sheet. Elakkan berlindung berhampiran dengan pokok besar dan perhatikan aras dan arus sungai kerana di kawasan hutan kejadian kepala air atau kenaikan mendadak air sungai mudah berlaku.
Semoga panduan ini dapat membantu awak bagi yang nak mencuba untuk melakukan aktiviti mendaki ini..
Subscribe to:
Posts (Atom)



Social Icons