Serumah tapi tak sekepala

Sunday, April 25, 2021


Assalamualaikum wbt...
Melanjutkan pengajian sebaik tamat alam persekolahan mungkin memerlukan remaja meninggalkan keluarga. Baik tinggal di kolej mahupun rumah sewa suasananya pasti tidak sama dengan tinggal di rumah sendiri. Masalah biasa yang dihadapi ketika ini adalah berhadapan dengan 'housemate' atau rakan serumah atau sebilik yang tidak sebulu dengan kita. Ada saja perkara yang dilakukan yang agak menjengkelkan. Bukan sahaja soal kebersihan malah kerajinan membantu di dapur juga sering kita persoalkan. Semua itu disebabkan sikapnya yang degil dan pemalas sepanjang tinggal bersama di rumah sewa. Awak berhadapan teman serumah begini, pasti kita tidak tahan. Justeru, apakah saranan terbaik yang boleh kita praktik untuk menanganinya? So, awak boleh ikuti panduan ini.

Komunikasi
Masalah pertelingkahan mahupun permusuhan dalam diam yang dialami rata-ratanya disebabkan masalah komunikasi. Kegagalan berkomunikasi dengan baik membuatkan kita tidak dapat meluahkan apa yang dirasai dan begitulah sebaliknya. Oleh itu, awak perlu belajar untuk berkomunikasi dengan baik.

Kawan awak  mungkin tidak sedar bahawa dirinya diperhatikan dan menjadi musuh awak dalam diam. Baginya, apa yang dilakukan itu adalah yang terbaik dan betul untuk dirinya tanpa mengetahui bahawa perkara itu mengundang kebencian di hati awak. Justeru, berkomunikasilah dengan tepat, tegur dirinya dengan penuh hati-hati agar dia tidak merajuk dan menjauhi kita. Awak berdua adalah rakan serumah andai berlaku pertelingkahan pasti keharmonian tidak lagi wujud.


Teguran berhemah
Bukan semua orang mempunyai kebolehan untuk menegur secara berhemah. Paling penting, lapangkan dada dan banyakkan bersabar serta berfikirlah secara terbuka. Setiap orang mempunyai kelemahan dan kelebihan. Pastikan juga awak  mengetahui apakah kelebihan teman serumah. Dahulukan ucapan teguran itu dengan memujinya terlebih dahulu. Kemudian barulah awak  menegur bentuk kesilapan yang telah dilakukan sepanjang dia menjadi teman serumah kita.


Jangan pula awak  senaraikan kesalahannya sekali gus. Tetapi terangkan satu persatu tanpa disedarinya. Misalnya semasa awak dan dia berada di dapur atau menonton televisyen. Sampaikanlah teguran itu dalam bentuk gurauan. Semoga kawan kita akan memahami gurauan yang membawa maksud teguran itu.


Belajar menerima kekurangan kawan
Bukan sahaja teman serumah, ada ketikanya kita juga ada kekurangan di pandangan mata kawan. Sebaik-baiknya awak saling bertukar pandangan dan emosi mengenai apa yang awak  dan kawan awak lalui. Dengan cara itu, mungkin hubungan persahabatan akan menjadi lebih akrab. Awak perlu belajar dan memahami kesukaran yang dihadapi dan pastinya kawan awak juga akan berusaha untuk memahami kita.

Semoga panduan ini akan dapat membantu awak dalam menangani masalah dengan housemate ataupun roomate awak..

#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal



14 comments

  1. Memang kena memahami dan banyak bersabar.

    ReplyDelete
  2. Bukan nak stereotype ke ape, tapi kalau housemate perempuan ni payah sikit bila ditegur. Tak macam orang lelaki. Bergaduh bertekak bertumbuk macam mana sekalipun esoknyer boleh cool down & bertegur macam biasa macam takde apa-apa jadi. Tapi kalau housemate perempuan, hari ni kita tegur even cara baik sekalipun...sampai kesudah tarik muka๐Ÿ˜‚.

    ReplyDelete
  3. Masa belajar dulu ada juga pengalaman 3 semester duduk di kolej, 3 sementer menyewa rumah. Macam² kepala ada. Yang bertekak pasal politik pun ada dulu. Eh, macam² hal.. ๐Ÿ˜…

    ReplyDelete
  4. Memang tidak dinafkan bukan mudah untuk dapat teman serumah yang sekepala. Banyakkan bersabar dan bertolak ansur.

    ReplyDelete
  5. Sangat susah bila tak sekepala ni. Dia jadi macam tak seronok nak stay dalam rumah yang sama.

    ReplyDelete
  6. Sedangkn dpt kawan kerja xsekepala dlm teamwork pun ble bmasam muka, ini kan lg kalau serumah.. Confirm rasa xslesa huhu

    ReplyDelete
  7. dulu pernah duk asrama time skolah ๐Ÿ˜‚ katil 2 tingkat, dia goyang goyang takpeee kita takboleh! geram je eyyy

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah dikurniakan roomate yang santai-santai. semoga diberi kesabaran bila dapat rumet yang agak mencabar huhu. jemput join segmen https://thefzhmdnr.blogspot.com/2021/04/segmen-bloglist-pertama-by-faezah-mdnor.html

    ReplyDelete
  9. dah lama tak duduk rumah sewa dgn kawan, rasanya kalau atie kena duduk rumah sewa mesti tak mampu nak bergaul rapat.. pasti akan buat hal sendiri huhuh

    ReplyDelete
  10. Bila kita dah cukup baik, orang lain pulak yang ambil kesempatan. ๐Ÿคจ

    ReplyDelete
  11. Bukan senang nak duduk serumah dengan manusia lain.. Tambahan perempuan, mudah terasa hati bila ditegur.. Adalah beberapa kali duduk menyewa dengan pelbagai jenis manusia.. Memang kena pandai bawa diri, bertolak ansur dan tak terlalu cerewet..

    ReplyDelete
  12. alhamdulillah sekarang dah tak perlu hadap masalah macam ni.

    ReplyDelete
  13. Susah kalau tak sekepala dalam rumah ni. Mesti nanti ada je yang tak kena. Memang kena berkomunikasi dan selalu bertolak ansur.

    ReplyDelete
  14. Komunikasi tu sgat penting.. Sy pula jenis tak suka diam2 kalau ada yg tak kena masa stay dgn housemate.. kebersihan tu selalu menjadi masalah bila tinggal menyewa.. kena ada toleransi juga bergilir2 dlm buat kerja rumah.. tak dinafikan ada pelbagai ragam jenis org kita jumpa jadi kena saling memahami juga.. terima kasih kak atas perkongsian...

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧