Assalamualaikum wbt...
Sejak kebelakangan ini, saya memang suka mencuba benda-benda baru bila melibatkan teknologi AI... Kalau ada masa terluang, mesti saya akan fikir, "Apa lagi yang boleh saya hasilkan kali ini?"
Sejujurnya, saya sendiri tak sangka pada satu idea yang pada mulanya hanya untuk memudahkan urusan dan Alhamdulillah, kali ini saya berjaya siapkan satu lagi projek kecil yang bagi saya cukup menyeronokkan, iaitu Permainan BINGO Online. .
Sebenarnya, idea ini datang secara tak sengaja. Saya terfikirkan idea nie memandangkan dalam usaha penjimatan penggunaan kertas yang sering dilaungkan oleh pihak kerajaan kepada semua penjawat awam... Biasanya kalau nak buat permainan BINGO semasa program perpustakaan, kami perlu cetak kad BINGO untuk setiap orang peserta. Kalau pesertanya ramai, memang banyak juga kertas yang digunakan dan selalunya bila dah habis saja permainan nie, para peserta akan buang kertas-kertas tue dan inilah pembaziran yang perlu dielakkan..
Dari situ saya mula berfikir...
"Kalau semua orang dah ada telefon, kenapa tak buat versi online je?"
Maka bermulalah misi saya.
Seperti biasa, saya akan mulakan dengan membina ayat prompt yang sesuai. Bila dah jumpa ayat yang sesuai, maka saya teruskan dengan membina permainan tue... Mula-mula tue rasa macam down sikit sebab selalu taip coding yang salah tapi saya nie memang seorang yang tak mudah mengalah..., Macam kata orang Jepun, fighto...fighto... hihihi saya pun mencuba lagi, kena ubah sana, betulkan sini, dan cuba lagi... dan ulang semula...
Memang prosesnya banyak kali mencuba dan perbaiki. Nasib baik juga saya pernah melihat semua coding HTML tue semasa tukar baju jurnal nie dahulu...Jadi takdelah saya terkena kejutan budaya.. hihihi
Sedikit demi sedikit, permainan itu mula terbentuk sehingga akhirnya berjaya dimainkan secara dalam talian seperti yang saya impikan.
Perasaan bila kali pertama melihat permainan itu berfungsi memang sukar nak digambarkan. Rasa puas hati tue lain macam. Walaupun nampak seperti projek yang ringkas, sebenarnya banyak perkara baharu yang saya belajar sepanjang proses menyiapkannya.
Yang paling saya suka, permainan ini lebih praktikal. Tak perlu lagi cetak kad BINGO yang banyak. Peserta hanya perlu membuka pautan menggunakan telefon atau komputer dan terus boleh bermain. Lebih mudah, lebih kemas dan secara tidak langsung pengunaan kertas langsung tak digunakan..
Alhamdulillah, permainan BINGO Online ini sempat juga saya gunakan semasa Program Keluarga Bomba@Membaca Tahun 2026 yang telah berlangsung pada 15 Julai 2026 yang lalu. Pada mulanya saya agak berdebar juga, risau kalau ada perkara yang tidak menjadi seperti yang dirancang. Biasalah, bila pertama kali menggunakan sesuatu yang kita hasilkan sendiri dalam program sebenar, memang ada sedikit rasa gugup dan seram sejuk...
Alhamdulillah syukur semuanya berjalan dengan lancar. Melihat peserta seronok bermain menggunakan telefon masing-masing membuatkan saya rasa segala usaha yang dicurahkan sebelum ini benar-benar berbaloi. Jadi saya dah tak perlu lagi cetak kad BINGO yang banyak dan mengagihkan kepada setiap peserta. Semuanya menjadi lebih mudah, cepat dan tersusun.
Satu lagi perkara yang ingin saya kongsikan ialah permainan BINGO Online ini saya bangunkan dengan menggunakan Google Apps Script. Apa yang menarik, platform ini boleh digunakan secara percuma, jadi sesiapa sahaja boleh mencuba untuk membangunkan aplikasi atau sistem ringkas mengikut keperluan masing-masing.
Semestinya proses untuk membangunkannya bukanlah terus siap dengan sekali cuba. Saya banyak bereksperimen, mencuba pelbagai idea dengan memperbaiki kod sikit demi sikit sehingga akhirnya permainan ini berjaya berfungsi seperti yang saya inginkan.
Kita tidak semestinya memerlukan perisian yang mahal untuk menghasilkan sesuatu yang bermanfaat. Dengan memanfaatkan platform percuma seperti Google Apps Script, ditambah dengan idea sendiri dan kesungguhan untuk belajar, kita juga mampu menghasilkan inovasi yang boleh digunakan dalam program atau urusan seharian.
Bagi saya, itulah antara kepuasan yang paling bermakna. Apabila sesuatu idea yang pada asalnya hanya bermain di fikiran akhirnya dapat digunakan dalam program sebenar dan memberi manfaat kepada orang lain. Walaupun masih ada beberapa perkara yang boleh ditambah baik, saya gembira kerana projek kecil ini berjaya mencapai tujuan asalnya.
Insya-Allah, dalam entri yang akan datang saya akan kongsikan pula cerita mengenai Program Keluarga Bomba@Membaca Tahun 2026 yang berlangsung pada 15 Julai 2026 yang lepas. Banyak aktiviti menarik telah dijalankan sepanjang program tersebut, termasuk suasana yang meriah dan gelagat para peserta ketika menyertai setiap aktiviti. Nantikan perkongsian saya dalam entri seterusnya yea.
Setiap kali kita mencuba sesuatu yang baru, pasti akan ada ilmu yang boleh kita manfaatkan.. Kadang-kadang idea yang paling menarik bukan datang ketika kita sedang mencari, tetapi muncul ketika kita sedang memikirkan cara untuk menyelesaikan sesuatu masalah.
Ramai orang bila dengar saya menghasilkan permainan ini dengan menggunakan teknologi AI, mesti terus berfikir yang AI buat kesemuanya. Sebenarnya, bukan begitu... Teknologi AI nie hanyalah alat yang membantu. Idea asal, konsep permainan, fungsi yang saya mahukan dan setiap arahan (prompt) yang diberikan semuanya datang daripada saya sendiri.
Boleh dikatakan saya cuma "berbual" dengan AI. Saya beritahu apa yang saya nak, kalau hasilnya belum menjadi, saya akan ubah arahan, tambah lagi sikit penerangan, cuba lagi dan baiki semula. Proses itu berulang banyak kali sehinggalah saya berpuas hati dengan hasil pada akhirnya.
Jadi tak salah untuk kita memanfaatkan teknologi yang ada pada hari ini. Sama seperti kita menggunakan komputer, Internet atau telefon pintar untuk memudahkan kerja harian, AI juga hanyalah satu lagi alat yang boleh membantu menjimatkan masa dan membuka ruang kepada lebih banyak kreativiti.
Apa yang penting ialah bagaimana cara kita menggunakannya. Gunakanlah teknologi ini untuk perkara yang memberi manfaat, membantu menyelesaikan masalah dan menghasilkan sesuatu yang berguna. Jangan pula disalahgunakan untuk perkara yang boleh memudaratkan diri sendiri atau orang lain.
AI bukanlah pengganti kepada kreativiti manusia. Sebaliknya, AI menjadi teman yang membantu mengembangkan idea. Tanpa idea daripada kita, AI tidak akan tahu apa yang hendak dihasilkan. Sebab itu saya percaya, kreativiti tetap bermula daripada manusia, manakala teknologi hanyalah medium untuk merealisasikan idea tersebut.
Saya sendiri masih lagi belajar sedikit demi sedikit. Semakin banyak saya meneroka, semakin saya sedar bahawa masih banyak perkara menarik yang boleh dihasilkan. Siapa tahu, mungkin selepas permainan BINGO Online ini akan lahir pula inovasi kecil yang lain. Yang penting, jangan berhenti belajar dan jangan takut untuk mencuba sesuatu yang baharu.
Daripada nak mengurangkan penggunaan kertas, akhirnya lahirlah sebuah permainan BINGO versi online.
Nak tengok cara bermain...? Jom saya tunjukkan dalam video nie...
Dan inilah poster yang saya buatkan untuk memudahkan para peserta scan permainan nie... Mudah kan... Just scan and play..!
Nampaknya, lepas ini bolehlah saya mula berfikir... projek apa pula yang nak dihasilkan pada masa akan datang nie...
#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal

.png)
.png)
Post a Comment
❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧