Assalamualaikum wbt...
Semalam adik menghantar satu gambar yang mengamit kenangan, katanya dia terjumpa satu post entri dekat fesbuk yang sememangnya kami dah lama mencari gambar nie...
Inilah gambarnya, yang merupakan gambar rumah lama arwah atok dan nenek saya, yang kami panggil 'Abek' (panggilan atok) serta 'Babah' (panggilan nenek).. Rumah nie sememangnya menjadi nostalgia yang takkan dilupakan..
Masih teringat lagi, sewaktu saya masih kecil dulu, setiap kali nak masuk waktu solat, arwah Abek pasti akan menyuruh kami cucu-cucunya pergi ke surau untuk solat.. Kemudian azan akan dialunkan sama ada arwah Abek sendiri ataupun pakcik-pakcik yang selalu saja balik ke rumah sini... Paling tak lupa, telaga yang berusia ratusan tahun, yang mana airnya sentiasa jernih dan tak pernah surut walaupun sedikit. Ummie saya bagitau yang di dasar perigi tue sebenarnya ada mata air yang sentiasa mengalir, dan di dalam perigi tue ada seekor ikan yang berenang riang dalam perigi.. Saya tak ingat dah ikan jenis apa, tapi yang pasti airnya sejernih-jernihnya hingga dapat lihat di dasar perigi.. Perigi tue tak mempunyai ketinggian yang terlalu dalam jadi arwah Abek tak pernah sekali pun letak jaring di atas perigi... Kebiasaan cucu-cucu lelaki akan mandi di perigi tue di sebelah luar, manakala yang perempuan akan mandi di sebelah dalam rumah.. Awak nampak kan sekeping atap zink yang menutupi sebahagian perigi tue? Di sebelah zink itulah terletaknya dapur memasak dan ruangan mandian... Airnya begitu sejuk sekali, dan bila bilik air dimasuki oleh orang dewasa, selalunya kamilah cucu-cucu yang masih kecil nie mandi di situ..
Surau pula menjadi saksi dengan nostalgia lama.. Bila waktu Hari Raya Korban, di ruangan lapang tue lah yang menjadi saksi haiwan ternakan dijadikan korban.. Masa tue memang meriah dengan pelbagai ragam manusia, tak kira dewasa atau kanak-kanak. Pernah juga surau ini dijadikan tempat untuk solat hari raya, nampak kecil tapi sentiasa penuh saf.. Selesai saja korban, kami sekeluarga beramai-ramai akan masak dengan hidangan yang besar, dan di sinilah kami akan makan beramai-ramai.. Selalunya kami yang budak-budak kecil nie akan disuruh hamparkan surat khabar lama dan juga tikar untuk dijadikan alas duduk, yang remaja pula akan disuruh menyiapkan hidangan ke dalam pinggan mangkuk serta mengangkat hidangan tue ke ruangan yang telah disediakan.. Kebiasaannya ada tiga tempat hidangan yang perlu kami sediakan... Untuk orang yang lebih berusia dan tak boleh duduk di atas lantai, mereka akan makan di atas meja, jadi dua hidangan lagi, akan dibahagikan kepada untuk orang dewasa dan kanak-kanak.
Nampak macam ikut darjat kan.. Tapi sebenarnya itulah ajaran keluarga kami yang mementingkan penghormatan kepada orang yang lebih tua dan beradab...
Kalau hari biasa, surau nie sering dikunjungi oleh orang-orang muslim di sekitar kawasan nie dan sebenarnya lokasi kawasan rumah nie berdekatan dengan Pasar Payang.. Jadi memang kebanyakan orang terutama pekerja pasar pasti akan singgah untuk solat di surau nie...
Arwah Abek juga ada sediakan pelbagai kemudahan, seperti Quran, kopiah, kain pelekat, telekung solat dan sejadah yang sentiasa baru. Telekung solat dan kain pelekat akan sentiasa dibasuh setiap dua hari demi memastikan keselesaan ahli surau...
Nostalgia paling kelakar yang tak pernah lupa bila ada tetamu luar datang berkunjung ke rumah arwah Abek, selalunya arwah akan menghambat kami semua pergi ke surau dan bermain di sana... Tapi jika ada orang yang sedang solat, arwah abek akan menyuruh kami bermain di ruangan lapang di halaman rumah... Jarak antara rumah ke surau..?? Cuma tiga langkah saja sudah sampai ke surau... hihihi surau nie agak tinggi kedudukannya, disebabkan pada zaman ummie saya kecil dulu, ada beberapa ahli keluarganya meniaga dengan membuat terompah kayu... Lokasi buatan terompah kayu tue berada di bawah surau tue, dan di situlah juga terletaknya stor untuk menyimpan barangan masakan kenduri kendara.
Kini semua jadi kenangan.. Inilah jalan masuk ke rumah arwah Abek yang dulu.. Kini kawasan tue telah diambil alih oleh kerajaan, dan di situlah dulu terletaknya perkampungan Melayu yang kini telah pupus... Walaupun begitu, kawasan rumah tue telah direkodkan sebagai warisan sejarah Islam... Terima kasih diucapkan kepada tuan punya post fesbuk nie (Mohd Norisan Bin Tahir) kerana telah menyampaikan sejarah lama...
Kalau awak nak baca kisah sejarah nie, boleh lah klik cerita nie



.png)
Post a Comment
❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧