Sedih lagi

Saturday, June 23, 2012


Assalamualaikum,
Seperti jangkaan aku, seekor lagi anak kucing aku yang terakhir telah mati pada pagi tadi... huhuhu..... Rest in peace Si Cotek..... Cotek mati kerana kesedihan yang amat dan mungkin dia merindui adik-adik dia... Aku terfikir apakah yang sedang berlaku? Adakah penyakit menyerang semua anak-anak kucing aku ini hingga menyebabkan kematian kepada mereka? Pada sebelah petang aku menemui seekor anak kucing dan keadaan anak kucing itu lebih kurang sama dengan keadaan anak kucing aku yang telah mati... Aku membawa dia ke dalam sangkar dan memberi dia makanan serta susu, tetapi dia terlalu lemah dan tidak mampu untuk menelan sebarang makanan, aku fikir mungkin esok atau lusa dia akan mati.... Kesedihan aku bertambah pilu kerana melihat keadaan dia dan aku masukkan dia ke dalam sangkar dan selimut badan dia agar dia tidak kesejukan.... Kita tengok macam mana keadaan dia pada esok hari...Mudah-mudahan dia akan selamat dan sihat selalu kerana aku lihat bulu dia seakan-akan Si Bulat aku yang telah hilang hari itu.....

1 comment

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧