12:08 PM
Bahasa terdiri daripada sekumpulan
dialek yang bersalingfahaman antara satu sama lain. Dialek-dialek yang
tergolong dalam satu bahasa lazimnya mempunyai banyak ciri persamaan dan
juga terdapat perbezaan . Perbezaan dialek ini dipengaruhi oleh faktor
ruang dan juga geografi.

Terdapat
tiga dialek yang berbeza di Terengganu ini, iaitu dialek di Daerah
Kuala Terengganu Dungun, Kemaman dan Marang, dialek di Daerah Kuala
Berang dan Dialek di Daerah Besut. Di Kuala Terengganu, Dungun, Kemaman
dan Marang, dialek Terengganu pekat digunakan. Dialek ini juga digunakan
oleh penduduk di sempadan Pahang. Berbeza di Daerah Besut dan
sebahagian Setiu, mereka menggunakan dialek Kelantan dalam kehidupan
seharian. Loghat Kuala Berang merupakan loghat yang paling unik di
Negeri Terengganu, ia sangat berbeza dengan loghat Terengganu dan loghat
di Besut. Seperti perkataan 'balik', loghat Kuala Berang menyebutnya
sebagai 'balaik', manakala perkataan 'barangkali' disebut sebagai
'bakalai'. Banyak lagi perkataan-perkataan loghat Kuala Berang yang
sangat berbeza dari loghat Terengganu.
Untuk melihat dan belajar loghat Terengganu, sila klik di bawah....
0 lovely notes
❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧