Review : Carrie (2013)

Sunday, October 21, 2018


Assalamualaikum wbt..
Rasanya dah lama kot saya tak buat review filem, kan.. Satu sebabnya walaupun saya tahu mengenai filem baru tapi disebabkan tak penah jejak kaki ke panggung wayang menjadikan lambat nak buat review.. 

Filem nie sebenarnya dah ditayangkan pada tahun 1976 tapi dia buat 'remake' semula dan ditayangkan pada tahun 2013.. Filem nie saya baru tengok semalam pada channel Fox Movie, dan dapati filem nie agak menarik untuk ditonton.. 

Tajuk filem nie adalah 'Carrie' yang dilakonkan oleh pelakon handalan seperti Julianne Moore, ChloA Grace Moretz, Gabriella Wilde, Portia Doubleday dan ramai lagi.. 

www.shikinrazali.com

Filem nie mengisahkan seorang remaja perempuan yang bernama Carrie White menjadi mangsa buli oleh rakan-rakan sekolahnya. Ibunya Margaret White adalah seorang wanita yang kemurungan akibat daripada kehamilan luar nikah dan menjadikannya seorang yang kuat beragama, apa saja yang dilakukan semuanya adalah dosa besar.. Satu hari selepas menjalani kelas jasmani, buat pertama kali, Carrie telah didatangi 'period' yang pertama dan dia menjadi takut kerana menurut ibunya jika wanita didatangi 'period' itu bermakna dia sorang pendosa.. Carrie menjerit meminta tolong tapi dia diketawakan oleh rakan-rakannya, malah dia dimalukan bertubi-tubi dengan dicampak tampon dan tuala wanita.  Perlakuan Carrie dirakam serta disebarkan di internet.

Review filem : Carrie

Review filem : Carrie

Apabila pihak sekolah menyiasat perkara ini, mereka dapati perkara ini amat memalukan dan pihak sekolah menggantung sorang pelajar yang bernama Chris Hargensen kerana merakam dan menyebarkan video Carrie di internet, selain itu Chris tidak dibenarkan untuk menyertai majlis 'prom' sekolah. Ini menyebabkan Chris menjadi pendendam pada Carrie dan dia buat keputusan untuk memalukan Carrie sekali lagi di majlis 'prom' tersebut. Ada sorang lagi pelajar yang turut penah membuli Carrie iaitu Sue Snell merasakan yang Carrie tak patut dibuli sebegitu dan dia menyuruh teman lelakinya untuk menjadi teman Carrie semasa majlis 'prom'. 

Carrie ingin menjadi seorang remaja biasa tapi ibunya tak mahu terangkan apa yang berlaku pada Carrie baru-baru nie, temasuklah tentang 'period'.. Ibunya berkata ianya berdosa besar untuk bercerita dan Carrie sepatutnya memohon keampunan kerana keceluparannya itu dan mengurung Carrie di dalam bilik yang dikatakan bilik berdoa.. Carrie yang berasa amat malu dengan tersebarnya rakaman video itu mendapati dirinya mempunyai kuasa telekinesis iaitu kuasa yang menggerakkan sebarang objek dengan kuasa minda. Carrie mula mencari maklumat tentang kuasa itu dan mula dipraktiskan.. 

Review filem : Carrie

Review filem : Carrie

Review filem : Carrie

Review filem : Carrie

Ibunya yang mengetahui tentang kebolehan Carrie telah mencuba untuk membunuh Carrie dengan alasan dia nak membunuh syaitan yang berada di dalam badan Carrie tapi Carrie menghalangnya dengan kuasa telekinesisnya dan mengurung ibunya di dalam bilik berdoa. 

Carrie telah menerima pelawaan teman lelaki Sue Snell untuk majlis 'prom' tanpa mengetahui Chris mempunyai niat untuk memalukannya. Sue yang mengetahui niat Chris telah cuba menghalang Chris tapi semuanya terlambat. 

Review filem : Carrie

Review filem : Carrie

Review filem : Carrie

Review filem : Carrie

Sekali lagi Carrie dimalukan dengan disimbah dengan darah khinzir manakala teman lelaki Sue mati akibat terhantuk dengan baldi besi yang jatuh daripada atas. Sebelum itu baldi besi itu berisi darah khinzir. Ini menyebabkan Carrie tak dapat mengawal kemarahannya. dan Carrie menggunakan kuasanya untuk membunuh semua pelajar dan guru yang berada di dalam majlis 'prom' dan ini termasuklah Chris serta teman lelakinya. 

Carrie balik ke rumah dan mendapati ibunya yang dikurung sebelum ini telah terlepas dan mula mencari ibunya. Setelah Carrie mula menyedari yang dia telah membunuh orang, dia cuba meminta ampun daripada ibunya sebaliknya ibunya mula menikam Carrie daripada belakang dan menyebabkan Carrie menggunakan kuasanya untuk mempertahankan diri. Akibat daripada itu, ibunya telah terbunuh dan Carrie mula menyesal dengan perbuatannya. Sue yang tahu mengenai kuasa Carrie mula menghalang Carrie daripada membunuh diri tapi Carrie kata yang dia tak dapat diselamatkan lagi. Sebelum Carrie mencampakkan Sue keluar daripada rumah, Carrie berkata pada Sue yang Sue akan menimang anak perempuan, kerana Sue telah mengandung. Selepas Carrie berkata demikian, Sue pun dicampak keluar dan Carrie menggunakan kuasanya untuk meruntuhkan rumah sekaligus membuatkannya terbunuh. 

Review filem : Carrie

Review filem : Carrie


Cerita nie bukanlah berkisahkan tentang kuasa telekinesis tapi sebenarnya ada mesej di sebaliknya, iaitu kisah buli di sekolah dan penyakit kemurungan.. Kisah buli di sekolah memang tak asing lagi dalam negara kita malah di negara luar pun mengalami masalah yang sama. Jadi tak mustahil orang yang kena buli akan menjadi pendendam sekiranya dia tak selesaikan dengan cara baik, sebagai contoh di negara USA, ramai yang kena buli menjadi pendendam dengan cara menembak secara rambang di sekolah.. Jika tak ditangani dengan baik, ianya akan menjadi lebih teruk.. Penyakit kemurungan pun sebenarnya boleh menjadi teruk sekiranya tak ditangani dengan baik.. Jadi, sama-samalah kita tangani kes buli dengan penyakit kemurungan nie dengan sebaiknya, bantulah mereka di kala mereka sedang mengalami kemurungan dan mangsa buli.. Didiklah anak-anak kita supaya menghormati antara satu sama lain.. 


#shikinrazalidotcom #teambpt #bloggerpantaitimur #bloggerterengganu #bloggersepang



9 comments

  1. A few days nie asyik terbaca buku dengan isinya perigal buli membuli ini.. filem dan drama pun banyak mengupas isu nie.. Tak tahulah sampai bila baru orang nak sedar yang buli ini sebenarnya sangat tak elok pada yang kena buli dan juga pada yang membuli..

    ReplyDelete
  2. Baru tengok cerita ni. Dua atau tiga minggu lepas. Sepanjang cerita rasa annoying je pada mak dia, kawan-kawan sekolah dia dan pada cikgu dia.

    ReplyDelete
  3. first time dengar tajuk ni :)

    HUUHU buli2 taktaw la bila nak settle nya.. yang membuli pun kadang2 membuli sebab kemurungan juga.. murung di rumah dengan family semua.. aduhaii..

    ReplyDelete
  4. Lama da tgk citer ni.
    Buli is sgt x bagus ekk.
    Rosak kan perasaan.
    Himpun kan rasa dendam!

    ReplyDelete
  5. Menarik jalan ceritanya kam. Nak cari lah filem ni

    ReplyDelete
  6. macam pernah tengok pelakon perempuan ni tapi tak ingat cerita apa.

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧