Tuesday, October 16, 2018

Sahabat blogger pilihan Starlavenderluna : Hani Fadhlina Abdul Rahman

www.shikinrazali.com

Assalamualaikum wbt...
Alhamdulillah, minggu ketiga selesai.. Kali nie siapa agaknya yang bertuah setelah diundi..? Jom kita kenal-kenal..

www.shikinrazali.com

Blog Kisah Hidupku... Nama sebenar adalah Hani Fadhlina Abdul Rahman merupakan anak jati Kuala Lumpur, berumur dalam lingkungan awal 40-an, mempunyai 3 orang cahayamata dan Kak Hani kini bertugas di Jabatan Perangkaan Malaysia selain daripada menjadi blogger separuh masa.. 

Kak Hani mula menjadi rakan blogger saya sejak awal saya mengenali dunia blogging dengan penyertaan pelbagai GA dan segmen anjuran rakan-rakan blog.. Kalau awak nak tau, kak Hani mempunyai satu lagi laman blog yang dikhususkan untuk penyertaan GA dan segmen, iaitu Jom Bercontest .. Jadi blog Kisah Hidupku ini kak Hani buat seperti blog personal tanpa mencampur-adukkan segmen dan GA.. Ada pelbagai kisah menarik yang dikongsikan oleh kak Hani seperti pelbagai tips, tazkirah dan resipi.. Kak Hani merupakan salah sorang blogger yang aktif dan supportive untuk tinggalkan komen pada blog yang dia jengah.. 

www.shikinrazali.com



www.shikinrazali.comKepada kak Hani, terima kasih saya ucapkan pada akak kerana selalu tinggalkan nota yang manis dalam jurnal saya.. Akak memang seorang yang supportive terutama bila saya buat segmen ataupun GA sebelum ini.. Terima kasih kerana sudi menjadi rakan blog saya dan saya harap persahabatan ini akan berkekalan, Insha Allah.. Semoga akak sekeluarga berada dalam kerahmatan Allah dan semoga akak terus sukses dalam penulisan blog serta tak berputus asa untuk terus menulis ilmu yang boleh kita kongsikan bersama.. 

www.shikinrazali.com

Jom kita singgah dan jengah blog Kisah Hidupku dan salam perkenalan semua.. 


#shikinrazalidotcom #teambpt #bloggerpantaitimur #bloggerterengganu #bloggersepang



8 comments:

  1. Selalu juga singgah blog Kisah Hidupku.

    ReplyDelete
  2. macam rabia jugaklah ye. kaki contest. wahh ada blog bertajuk jom bercontest.

    ReplyDelete
  3. Terima kasih semua. Alhamdulillah. Anak dah 5 & skrg fulltime housewife, Jabatan Perangkaan tu hanya tinggal kenangan yang indah.

    ReplyDelete
  4. hai,jemput join segmen saya!

    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2018/10/segmen-saya-nak-buku-free-by-cuya.html

    ReplyDelete
  5. dah lama tak menyinggah ke blog kak hani ni

    ReplyDelete
  6. kita da lama geng kan, hani.
    dari gmbm. tapi tu la, gmbm da x aktif :(

    ReplyDelete
  7. sesekali terjah juga jom bercontest tu ...hehe.

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧

GooglePlus Followers