Wednesday, October 17, 2018

Tips pilih ahli untuk tugasan berkumpulan


Assalamualaikum wbt..
Selain daripada pembelajaran di dalam kelas, apa yang penting untuk pembelajaran adalah tugasan samada secara individu atau berkumpulan.. Sebenarnya tugasan secara berkumpulan nie agak seronok jugak kerana disitulah kita berkongsi pendapat dan idea untuk mendapat markah tinggi dalam sesuatu subjek. Tapi ada beberapa perkara yang perlu kita ambik perhatian terutama dalam pemilihan ahli agar tak timbul sesuatu perkara yang tak diingini berlaku semasa buat tugasan berkumpulan.. Jom kita selidik..

 Sehaluan atau 'sekepala' - Ini adalah tips yang paling penting, sebab kalu kita tak sekepala dan tak sebulu, mesti susah untuk melakukan perbincangan dalam perjumpaan.

 Tidak berkira - Duit memang menjadi salah satu kekangan besar pada sesiapa yang bergelas pelajar. Jadi, pastikan kita pilih ahli kumpulan yang tak berkira dan sanggup berkongsi duit bagi membiayai tugasan mahupun keperluan berkaitan kumpulan. 

 Komitmen 100 peratus - Pastikan ahli kumpulan adalah dalam kalangan orang yang benar-benar boleh memberikan komitmen 100 peratus! Jangan dalam satu kumpulan yang mempunyai lima ahli contohnya, hanya tiga orang saja yang muncul setiap kali perjumpaan diadakan.

 Elak si kaki alasan - Kalau ada ahli kumpulan kita adalah sorang yang kerap beri alasan, itu merupakan masalah buat kita malah seluruh ahli kumpulan tue sendiri. Kalau boleh elakkan ambik si kaki alasan.. 

 Tikam belakang - Inilah yang dikatakan rambut sama hitam, tapi hati lain-lain. Ahli kumpulan sendiri yang gemar tikam belakang atau mengkhianati kumpulan ini adalah merupakan ancaman utama dalam berkumpulan kerana banyak cara yang mereka boleh lakukan untuk mengkhianati. Jadi perlu berhati-hati ahli sebegini..

 Ayat manis - Ini adalah merbahaya kerana kita akan hilang rasa amarah, kerana dia bijak berkata-kata. Jadi, setiap kali dia melakukan kesalahan, dia akan mula mengeluarkan kata-kata manis hingga kita menjadi cair mendengarnya. Ini jugak boleh menjejaskan hasil projek berkumpulan.

 Pentingkan diri - Kalau kita mempunyai ahli kumpulan yang pentingkan diri sendiri, susah nak beri komitmen untuk perbincangan berkumpulan, itu bermakna kumpulan awak berdepan musibah terutama dalam menghasilkan projek terbaik. Jadi setiap ahli kumpulan perlu ada sikap bertolak ansur untuk kepentingan projek berkumpulan itu sendiri...

 Berpacaran - Mungkin perkara nie nampak remeh, tapi andainya ke sana sini asyik berkepit, telefon tangan tak putus-putus dengan 'notification' daripada pasangan, fokus pada kerja secara kumpulan pasti akan lari. Bukannya tak boleh, tapi berpada-padalah atau jadikan pasangan itu sebagai pencetus semangat untuk fokus dalam mencipta kecemerlangan sebagai seorang pelajar.

Semoga tips ini dapat membantu awak semua..


#shikinrazalidotcom #teambpt #bloggerpantaitimur #bloggerterengganu #bloggersepang



9 comments:

  1. paling tak suka bila dpt tugasan berkumpulan dgn org yg bercinta sama tempat belajar ni. nanti boypren dia mesti nak dok menempel jugak bila buat discussion lepastu acah2 sweet lah belikan air ke makanan ke. belikan utk awek dia jee pulaktuu alang2 belikan lah utk semua ahli group hahahahaa

    ReplyDelete
  2. tak suka dapat tugasan berkumpulan sebab masa tu baru kita tahu perangai sebenar masing-masing.

    ReplyDelete
  3. Paling tak best buat kerja last minute pastu nak kena siapkan hari tu juga. Memang tak tidur la jawabnya kalau dapat group macam ni...

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah~ Sy dah habis belajar dan melalui zaman ini huhu ..

    ReplyDelete
  5. waalaikumussalam kak.sem 1 ni juniour2 rabia dah start buat perangai dah.mentang2lah rabia ni kakak. so semua slide show and assigment group diorang pass ke rabia.diorang balik kampung.

    ni masuk sem 2 pulak.group dgn org lain pulak.dh ada pulak buat perangai.rabia nak buat assigment kt unitar library.sebab senang lecturer ada dah situ.so nak tanya apa2.better jumpa lect terus

    diorang nk buat dekat perpustakaan awam.diorang siap boleh cakap,phone kan ada,call je lah lecturer.

    ReplyDelete
  6. Hmmmmm last sem nasib aida x bauk. Ada grup assignment. Grupmate poyo! Semua dia nak buat dari la idea, written, presentation.
    Aida ni byk diam. Jenis x suka byk citer. At the end bila tgk assignment kami mcm salah halatuju, naik antu lah!
    Bila grupmate semua nya keje besar, amik masters, dibawa nyer pe'el bos bos tu ke kelas tau, shikin. Geram!
    At last aida biar aje dia buat a to z. Aida releks. Padan muka!

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧

GooglePlus Followers