7 tip mudah hilangkan gugup ketika pengucapan awam

4:04 PM


Assalamualaikum wbt..
Pengucapan awam adalah salah satu cara untuk kita lebih tampil yakin ketika berdepan dengan orang ramai, tapi rasa macam gugup la pulak bila berhadapan dengan ramai orang, apatah lagi jika majlis tue dihadiri oleh orang-orang penting dalam syarikat / kolej / jabatan dan sebagainya.. Jadi camne nak hilangkan perasaan gugup nie..? Jom kita selidik...

🎤 Elakkan buat persediaan saat akhir. Buat persediaan lebih awal agar kita lebih memahami topik ucapan atau pembentangan yang akan disampaikan. Ini sangat penting bagi melancarkan penyampaian kepada audiens.

🎤 Lihat pada personaliti contoh. Mungkin untuk menjadi seperti mereka agak sukar, tapi bila kita dapat mencontohi teknik yang digunakan, ianya akan lebih mempersiapkan diri kita sendiri.

🎤 Jaga tidur. Tubuh yang cukup rehat mampu mengawal minda dengan baik, seterusnya melancarkan penyampaian. Jika tak dijaga, kita mungkin tak dapat mengawal keletihan dan stres yang boleh menganggu penyampaian..

🎤 Selidik dan kenal terlebih dulu audiens yang bakal mendengar ucapan atau pembentangan kita kerana ini bukan saja dapat mengelakkan diri daripada perasaan gugup, malah ianya akan lebih menjadikan diri kita untuk bertenang.

🎤 Bersarapan. Penting tapi jangan ambil makanan yang terlalu berat. Cukuplah sekadar untuk mengalas perut.

🎤 Datang awal. Ia sebagai langkah persiapan diri yang terakhir sebelum memulakan ucapan atau pembentangan. Kita juga akan lebih bersedia dan tak tergesa-gesa. Persiapkan apa yang diperlukan ketika berada di hadapan supaya penyampaian dijalankan dengan lancar. 

🎤 Sebarkan aura positif. Jangan kusutkan kepala dengan segala berkemungkinan yang negatif. Luaskan pemikiran dan fokuskan minda pada suatu yang boleh menjadikan kita lebih bersemangat.

Semoga ianya memberi manfaat pada kita semua.. 


#shikinrazalidotcom #teambpt #bloggerpantaitimur #bloggersepang #bloggerterengganu

You Might Also Like

11 lovely notes

  1. sha jenis mulut je cakap gugup tapi dah sampai masa kena berucap sha boleh cakap sampai taknak turun stage haha

    ReplyDelete
  2. yang penting ada teks/catatan sebagai modal nak cakap.

    ReplyDelete
  3. kalau ade ilmu tentang topik tersebut, confirm boleh buat kan.

    ReplyDelete
  4. haa memang ya kita akan gugup walau dah tau teks apa yang akan ditanya dan ada teks dalam tangan...mmg pernah terjadi kat diri akak sendiri..hehe

    ReplyDelete
  5. penyakit gugup memang tak boleh lari.. btw nice sharing :)

    ReplyDelete
  6. Waalaikumussalam kak..rabia selalu je gugup apabila nak presentation di depan orang ramai.tq for sharing tips.

    ReplyDelete
  7. Dari dulu selalu gugup ja asal berdiri di khayalak ramai.. entah macam mana nak overcome benda ni

    ReplyDelete
  8. terima kasih di atas tips ini :)

    ReplyDelete
  9. nice tips, shikin.
    aida ni kena tgk korum.
    dah bertahun dok berckp dedepan org, still kekadang gugup.

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧

Let's Talk (NO SPAMMER)

Top Commentators