Rakyat Malaysia kurang makan sayur dan ulam..

Sunday, October 21, 2018


Assalamualaikum wbt..
Saya tak pasti dengan orang lain, tapi jika saya nak makan, pasti ulam-ulaman ataupun sayur-sayuran akan diambil.. Bila takde sayur, rasa macam tak power makanan masa tue.. hihihi.. 

Tapi awak tau tak, menurut kata Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Mansor Omar, hanya 55kg sayur dan buah setahun yang dimakan oleh rakyat Malaysia berbanding rakyat di luar negara. Menurutnya lagi, jumlah ini lebih kecil berbanding rakyat Jepun yang makan sayur serta buah sebanyak 150kg setahun. Wow..!

Napa ini terjadi..? Katanya lagi antara punca mengapa sayur-sayuran dan ulam kurang diminati adalah kurangnya kepelbagaian resipi berasaskan sayuran dan ulaman, cara pemotongan yang betul da nilai tambah sayur-sayuran tempatan. 


Sebenarnya nak makan sayur nie bermula daripada 'mindset' kita sendiri, kalau otak kita kata sayur nie pahit, maka pahitlah sayur tue dan secara tak langsung kita menolak untuk makan sayur.. Macam saya sendiri, masa kecik-kecik dulu memang susah nak makan sayur dek berfikir negatif tapi bila jumpa nasi ayam, sayur-sayur tue saya makan dan sejak itulah saya jadi peminat sayur.. Jika saya makan kat opis pun, saya pasti akan mengambil sayuran malah lebih banyak daripada kuantiti nasi tue sendiri hingga penuh sebekas.. Dan yang paling saya suka adalah buah tomato, hingga hampir setiap dua minggu saya akan pastikan saya makan buah tomato, tapi sayuran lain pun saya makan jugak.. Kalau ulam kampung pulak saya paling suka makan ulam raja, dimakan dengan ikan goreng dan nasi putih yang panas mengewap.. Fuuhhh bak kata orang, heaven...! hihihi...

Awak bagaimana..? Suka makan sayur..? 

#shikinrazalidotcom #teambpt #bloggerpantaitimur #bloggerterengganu #bloggersepang



17 comments

  1. Kita pom sama. Kalau makan xde sayur rasa xumphhh. Kena ada juga sayur sikit.

    Sikit sangat orang Malaysia makan sayur

    ReplyDelete
  2. akak suka sayur n ulam, dh kawin baru belajar mkn semuanya... apa ulam pun balasah... hehehe....

    ReplyDelete
  3. Setuju sangat.. anqk akak pun kurang makan sayur.. akak pula suka ulam ulam nie..

    ReplyDelete
  4. Tak lengkap rasanya kalau takde sayur. Hehe... Fiza pulak hantu mengulam. Pantang nampak ulam mesti nak beli.

    ReplyDelete
  5. Saya antara yg kurang mkn sayur esp syr berdaun tpi sering makan berulam tuk balancekan kemlasan mkn sayur tu. If berulam semua syr dibantai 😁

    ReplyDelete
  6. sy pun sama kurang jugak makan sayur.. hehe

    ReplyDelete
  7. waalaikumussalam.samalah rabia kurang makan sayur.kalau makan pun tu pun memilih..hehehe

    ReplyDelete
  8. Sejak kecil lagi saya suka makan ulam. Jadi dah terbiasa.

    ReplyDelete
  9. wow sikitnya! No wonder lah kita senang diserang penyakit

    ReplyDelete
  10. oh baru taw fakta ni :D

    Bleh share fakta ni x akak? Syaza nak pinjam :)

    Alhamdulillah syaza sejenis hantu sayur ahaha

    ReplyDelete
  11. sha lepas sakit haritu tak suka sangat sayur, kalau makan rasa nak muntah

    ReplyDelete
  12. Ulam sedap!
    Minat sgt, shikin.
    Nanti akak pindah umah baru nak tanam ulam & sayur.
    Asben akak x boleh makan nasi tanpa ulam or sayur hu hu hu...

    ReplyDelete
  13. Sy sejenis yg pyh mkn syur gak. Kalau makan kt kedai mmg amik skit je sayur. Huhu

    ReplyDelete
  14. dulu memang tak suka, bila ada kesedaran baru belajar makan sayur so sekarang dah boleh makan sayur dan ulam.
    betul tu kak shikin, semuanya pada mindset kita..

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧