Showing posts with label Gaya Hidup Sihat. Show all posts
Showing posts with label Gaya Hidup Sihat. Show all posts
Assalamualaikum wbt...
Assalamualaikum wbt..
Wanita sememangnya terkenal dengan sifat yang suka membebel, tak kiralah yang bujang ke ataupun yang dah berumahtangga ke.. Mungkin ramai suami yang mengalami situasi seperti ini dan ada yang ambik pendekatan tersendiri.. Tapi adakah si suami membiarkan isterinya terus menerus membebel ataupun berusaha cari penyelesaian apakah punca dia membebel.. Sabar.. Sabar..
Tapi jaga-jaga, seandainya isteri tuan-tuan semua dah mula diam daripada membebel, tuan-tuan berada di paras kritikal, jadi selesaikanlah dengan cepat.. Tip ini akan bantu tuan-tuan semua untuk menangani situasi isteri yang suka membebel..
Bertenang dan cuba fahami - Apabila isteri membebel, suami kena bersabar dan tenangkan diri. Jangan meluahkan perasaan marah awak kerana ianya boleh menjadi punca pertelingkahan lebih besar. Lebih baik tuan-tuan berdiam diri dulu dan bertenang. Salah satu punca isteri membebel kerana dia tertekan dengan keadaan sekeliling, tak kiralah sama ada dia merupakan seorang suri rumah mahupun ibu yang berkerjaya. Kadangkala bebelannya itu hanya sekadar untuk melepaskan tekanan dalam dirinya saja. Jadi bawak bertenang yea...
Jadi pendengar yang baik - Suami adalah orang yang paling rapat dengan isteri. Jadi tak salah jika tuan-tuan jadi pendengar yang baik untuk isteri. Sebagai contoh, tanyakan dia tentang perjalanan hariannya di rumah ataupun di pejabat. Seorang isteri pasti akan lebih tenang dan rasa suami cuba memahami dirinya apabila suami sanggup mendengar luahan hatinya. Mungkin dia ingin berkongsi tentang sikap anak-anak atau tentang masalah di pejabat. Sebagai suami isteri, sepatutnya kita kena saling mendengar permasalahan masing-masing. Jangan sampai salah seorang daripadanya mencari 'orang luar' sebagai tempat meluahkan perasaan. Ini boleh membuka ruang untuk berlakunya kecurangan dalam rumah tangga.. Jadi berhati-hatilah...
Fahami keadaan isteri - Penting untuk suami memahami dan peka dengan keadaan diri isteri. Kadangkala isteri membebel kerana dia penat. Sudah lah penat kerja di pejabat, balik rumah terkejar-kejar nak memasak dan menjaga anak-anak. Takde salahnya jika suami turut mengambil tugas bersama-sama, sebagai contoh, jika isteri sibuk masak di dapur, si suami tolong jaga dan uruskan anak-anak. Bila dah kurang penat, jadi kuranglah risiko untuk isteri membebel. Sama jugalah jika isteri seorang suri rumahtangga. Janganlah kita menyangka yang surirumah tak sibuk di rumah, memandangkan dia tak bekerja. Sebaliknya, lagi banyak 'kerja' yang perlu diuruskan di rumah sehinggakan diri sendiri tak sempat nak urus. Jadi tak salah jika tuan-tuan balik dari kerja, bantulah isteri apa yang patut seperti bancuhkan susu untuk anak atau masukkan baju kotor dalam mesin basuh. Pertolongan yang kecil ini sebenarnya amat besar bagi si isteri. Bila hati isteri 'sejuk' jadi takdelah dia nak membebel lagi. Mungkin isteri akan melayan tuan-tuan dengan lebih lagi daripada biasa...
Tegur dengan berhemah - Orang perempuan sememangnya penuh dengan emosi dan mereka akan keluarkan kata-kata dengan penuh emosi dan perbuatan yang diluar jangkaan bila tidak lagi dapat menahannya. Namun ada masanya bebelan mereka akan menjadi keterlaluan. Hal yang remeh temeh pun boleh jadi bahan bebelan yang berpanjangan. Jika begitu, sikap ini perlu ditegur, tapi dengan cara yang berhemah. Elakkan marah-marah dengan isteri dan kalau boleh selitkan dengan nada gurauan. Pasti isteri tuan-tuan akan kembali tersenyum.. Yang paling penting, nak tegur isteri tue, biarlah hanya berdua saja dengan isteri tanpa ada anak-anak, dan bincanglah di dalam bilik tidur kerana di situlah kemesraan akan kembali terjalin..
Semoga ianya akan menjadi panduan kepada suami dan bakal suami..
Assalamualaikum wbt..
Bak dalam bait lirik P.Ramlee, sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri.. Walaupun hidup bersama selama beberapa tahun malah puluh tahun, karakter pasangan masih menjadi tanda tanya. Berselisih faham waima yang kecil pun mudah mengundang konflik dalam rumahtangga.
Manusia nie ada pelbagai cara untuk menzahirkan rasa cinta dan dicintai. Tapi betul ke kita benar-benar tahu dan sedar apa yang pasangan kita mahu daripada kita sebagai tanda kasih sayang?
Jom kenal 5 ciri bahasa cinta pasangan kita, apa yang dia inginkan daripada kita, maka berikanlah dengan penuh kasih sayang dan bersesuaian dengan kehendaknya.
Kata-kata pujian 💕 Ada pasangan yang suka mendengar pujian daripada pasangannya. Pujilah dan berikan kata-kata semangat kepadanya. Luahkan isi hati agar pasangan tahu kelebihan diri. Sebab itu, kena ada kejujuran dalam diri dan bagitahu pada pasangan bagaimana cara diri kita mahu disayangi dan menyayangi.
Sentuhan fizikal 💕 Ada pasangan yang suka dengan sentuhan fizikal. Sentuhan fizikal ini bukanlah semestinya hubungan seksual semata-mata, cukuplah sekadar belaian manja, sentuhan ketika memandu, ciuman di bahu mahupun memeluk dari belakang takala pasangan sedang membasuh pinggan mangkuk. Jika ada pasangan yang sebegitu, sampaikan kasih sayang mengikut bahasa itu. Apa yang menjadi masalah adalah, kita sampaikan bahasa pasangan mengikut bahasa cinta kita. Dari situlah, tak terzahirnya rasa cinta dan dicintai.
Masa berkualiti 💕 Ada pasangan yang suka menghabiskan masa berdua-duaan tanpa gangguan telefon bimbit. Walau mahu ke masjid sekalipun dia memerlukan teman di sisi. Maka temaninya, pimpin tangannya dan berbuallah sewaktu perjalanan ke masjid. Ketika berdua-duaan, luahkan adalah kita rasa disayangi denga cara begitu. Jika pasangan mengiakan, layankan bahasa cintanya itu.
Hadiah tanda ingatan 💕 Ada pasangan yang suka dengan pemberian hadiah walaupun bukan semasa tarikh istimewa. Ketika balik daripada tempat kerja pun kita boleh meluahkan rasa cinta sebagai tanda ingatan, sebagai contoh, membelikan si dia dengan coklat kegemaran. Ada orang yang perlukan tanda cinta dalam bentuk simbol atau fizikal sebegini.
Layanan 💕 Ada pasangan yang suka jika pasangannya memberikan layanan atau bantuan kepadanya. Contohnya membantu menggosok pakaian, memasakkan untuknya ataupun membuang sampah. Malah dapat membantu menjaga anak-anak pun sudah memadai. Tapi tak semua sebegitu. Ada juga suami yang stres bila si isteri asyik berkemas dan melayan anak sampai hilang fokus pada dirinya dan menyebabkan si suami rasa tak dicintai.
Jadi, antara 5 ciri ini, yang mana satu jika dilaksanakan oleh pasangan kita akan membuatkan diri kita lebih disayangi dan menyayangi pasangan kita..? Selidikilah..
Assalamualaikum wbt..
Limau kasturi sememangnya amat sinonim dengan masyarakat kita.. Kalau buat air limau asam boi, buah sitrus nie menjadi pilihan hati, macam tue jugak kalau kita nak makan laksa... Perah sikit limau kasturi, pasti selera makan akan bertambah-tambah... ataupun di makan bersama dengan serbuk asam boi, pasti terkecur air liur kan...
Selain daripada untuk menyedapkan makanan dan minuman, ada banyak lagi sebenarnya khasiat limau kasturi nie.. Buah yang dikenali dengan pelbagai nama ini dipercayai berasal daripada negara China dan telah dibawa ke Indonesia dan Filipina.. Nak tahu khasiatnya yang lain..
Jom...
Penghilang bau badan - limau kasturi nie dikatakan mampu dijadikan sebagai penghilang bau badan terutamanya jika dimakan dengan kulitnya. Limau kasturi dapat menghalang pepeluhan yang melampau. Ia mengandungi sebatian antibakteria yang baik. Bakteria yang telah bercampur dengan peluh akan menyebabkan bau badan. Jadi ada dua cara yang boleh kita gunakan untuk menghilangkan bau badan. Cara pertama adalah perah dua biji limau kasturi ke dalam air mandian dan mandilah dengan air mandian tue.. Cara kedua pula adalah dengan menggosok limau kasturi yang telah dibelah dua ke kawasan yang berbau.
Pencuci rambut atau kulit kepala - limau kasturi yang telah diramas boleh dijadikan sebagai pencuci rambut atau kulit kepala. Cara ini dikatakan mampu menghilangkan kegatalan pada kulit kepala malah mampu merangsang pertumbuhan rambut.
Hilangkan jeragat dan jerawat - jus limau kasturi yang disapu pada wajah dikatakan mampu menghilangkan jeragat dan membantu mengatasi masalah jerawat.
Merangsang penghasilan kolagen - limau kasturi merupakan bahan penjagaan kulit yang popular. Ia mempunyai kebaikan untuk tujuan kacantikan. Kandungan asid askorbik atau vitamin C di dalam buah ini dapat menguatkan sistem kekebalan dan meningkatkan penghasilan kolagen dalam tubuh. Disebabkan ini juga lah jus limau kasturi diminum sebagai tonik kecantikan. Apabila ianya disapu pada kulit, ia mampu menghaluskan kulit.
Mencegah demam selesema - perahan jus limau kasturi penuh dengan vitamin dan mineral. Sebab itu secara tradisionalnya, buah ini digunakan untuk mencegah demam selesema. Selain itu, vitamin C dalam buah ini mampu memastikan penyembuhan segera daripada jangkitan virus dan bakteria.
Bantu kurangkan berat badan - ini adalah berita gembira pada sesiapa yang cuba untuk kurangkan berat badan. Apa kata awak minum jus limau kasturi setiap hari. Jus ini amat segar, sihat dan rendah kalori. Pengambilan secara kerap jus ini dikatakan dapat membersihkan organ dan mendekrosifikasi usus. Ia juga mampu mencegah sembelit, memperbaiki pergerakan usus dan menghapuskan lemak terkumpul. Jus ini juga dikatakan dapat mengenyangkan perut dan awak digalakkan minum jus ini sebelum makan agar tak terlebih makan.
Agen pelunturan kulit - seperti yang sedia maklum, kebanyakan penduduk di negara Asia suka pada kulit cerah. Limau kasturi adalah agen pelunturan yang digunakan dan tak seperti agen pelunturan lain, ekstrak limau kasturi ini amat ringan, semula jadi dan berkesan. ia juga boleh digunakan pada wajah dan tubuh tanpa menyebabkan sebarang kerengsaan. Caranya, sapukan ekstrak jus ini pada tubuh yang mahu dicerahkan selama dua kali seminggu dan kesannya akan dapat dilihat dalam masa dua minggu. Cubalah.
Mencegah kerosakan gigi - minum jus limau kasturi nie bukan saja dapat merangsang rintangan tubuh terhadap penyakit, malah ianya turut mencegah masalah mulut. Vitamin dalam jus limau kasturi ini dikatakan mampu mencegah kerosakan gigi, gingivitis, pendarahan gusi atau kehilangan gigi. Ia juga dikatakan dapat menghapus plak dan menghilangkan noda pada gigi.
So, dah tahu kan khasiatnya... Semoga ianya bermanfaat..
Assalamualaikum wbt..
Bila tengok buah laici, terbayang-bayang di mata dengan air laici yang sejuk, bila diminum terasa nyaman jea kat tekak... Laici atau nama saintifiknya Lithi Chinensis adalah merupakan buah tropika yang banyak ditanam di kebanyakan negara Asia Tenggara..
Pokok laici nie boleh hidup lama dan memiliki buah jenis drup yang bulat, bujur telur atau bentuk jantung. Setelah masak, buahnya akan bertukar menjadi warna merah atau ungu, berkeredut atau licin. Isi buahnya pulak berwarna putih, manakala biji laici berbentuk bulat bujur dan berwarna coklat berkilat.
Banyak khasiat yang boleh diberikan oleh buah laici kepada kesihatan dan tubuh kita.. Nak tahu khasiatnya..? Jom...
Tak ada lemak tepu = Buah laici mengandungi kira-kira 66 kalori bagi 100 gram buahnya dan ianya tidak memiliki lemak tepu atau kolesterol tapi mengandungi sejumlah besar serat pemakanan, vitamin dan antioksidan. Buah laici ini mengandungi fosforus, kalsium, vitamin A, vitamin B kompleks dan vitamin C serta zat galian seperti mangan, tembaga, zink, besi dan selenium.
Penentang agen-agen berjangkit = Seperti buah sitrus lain, buah laici adalah sumber vitamin C yang baik. Dikatakan 100 gram buah segar menyediakan kira-kira 71.5 miligram atau 119 peratus nilai pemakanan yang dicadangkan untuk setiap hari. Kajian mencadangkan bahawa pengambilan buah yang kaya dengan vitamin C mampu membantu tubuh manusia membentuk penentangan terhadap agen-agen berjangkit dan membahayakan.
Sumber baik vitamin B Kompleks = Selain itu, buah laici adalah sumber baik vitamin B kompleks seperti thiamin, niasin dan folat. Vitamin-vitamin ini amat perlu pada tubuh badan kita kerana ia berfungsi melalui cara bertindak sebagai sub-faktor untuk membantu tubuh memetabolisme kan karbohidrat, protein dan lemak-lemak.
Perlindungan terhadap jantung = Buah laici juga turut mengandungi sejumlah mineral yang baik seperti kalium dan tembaga. Kalium adalah komponen penting bagi sel dan cecair tubuh membantu mengawal degupan jantung dan tekanan darah. Ia juga menawarkan perlindungan menentang stroke dan penyakit koronari jantung. Tembaga amat diperlukan dalam penghasilan sel-sel darah merah.
Mengecutkan kelenjar membengkak = Isi buah laici dikatakan boleh direbus dan airnya boleh dijadikan air minum sebagai tonik untuk melegakan perut dan menguatkan badan, penawar racun, rawatan tumor dan bengkak kelenjar. Isi buah dikatakan memiliki kebolehan untuk mengecutkan kelenjar membengkak dan melegakan sakit berkaitan dengannya.
Legakan masalah pencernaan terganggu = Isi buah laici adalah antasid yang baik. Ia boleh digunakan untuk merawat keasidan tinggi, loya dan dispepsia (pencernaan yang terganggu biasanya menyebabkan ketidakselesaaan atau kesakitan pada bahagian abdomen selepas makan dan kadangkala diiringi dengan muntah).
Memperhaluskan kulit dan mengurangkan bintik hitam pada muka = Khabar baik pada penghidap akne dan yang mengalami bintik hitam pada muka memerlukan pengambilan laici sebanyak mungkin. Buah laici dikatakan mampu menyuburkan minyak pada kulit dan membantu mengurangkan pertumbuhan akne. Buah ini juga dapat memperhalusi kulit apabila dimakan tanpa sebarang had. Penghalusan kulit membawa kepada kurangnya bintik hitam pada muka.
![]() |
| Sumber gambar Google Images |
Assalamualaikum wbt..
Bila kita mengamalkan diet, segala panduan, aturan dan amalan telah dilakukan dengan sebaik mungkin untuk mendapatkan berat badan yang ideal dan aturan diet yang betul. Jadi, agak-agak apa yang kita buat selama ini membuahkan hasil ke tak? Mungkin awak merasakan yang diet awak telah berjaya, tapi sebenarnya tak sepenuhnya.
Akan tetapi awak jangan risau!
Berikut adalah 6 tanda yang diet awak sebenarnya telah berjaya dilakukan... TAHNIAH!!!
LINGKARAN PINGGANG - Biasanya diet kita akan sukses apabila lingkaran pinggang juga menurun. Walau bagaimanapun, kita mesti terus berusaha untuk menurunkan berat badan ideal. Kadang-kadang berat badan saja yang berjaya turun tapi belum tentu lingkaran pinggang terutamanya jika berat badan hanya turun sekitar 1-2 kilogram saja.
SEMANGAT UNTUK BERSENAM - Ketika kita ingin bersenam sama ada di gimnasium, tempat riada ataupun di rumah, kita merasakan perasaan amat seronok, lebih menyenangkan dan tidak membebankan. Malah ketika bersenam, tahap pernafasan kita juga menjadi stabil dan ini bermakna diet yang kita amalkan itu membuahkan hasil.
BADAN LEBIH SEGAR - Setiap kali bangun pagi, kita merasakan badan kita menjadi lebih segar dan lebih ringan. Malah kita merasakan lebih bersemangat untuk melakukan kerja-kerja harian dan mempunyai rehat yang mencukupi. Ini menandakan diet yang kita amalkan adalah betul dan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh badan kita adalah mencukupi.
TIDAK MUDAH SAKIT - Bila diet kita kita ini adalah betul, maka kita akan sentiasa dalam keadaan cergas, kekal ramping dan tak mudah mendapat penyakit. Ini menunjukkan kita berada dalam situasi metabolisme dan penghadaman yang baik.
CERMIN DIRI - Ketika berada di depan cermin, kita sendiri merasakan bahawa penampilan menjadi lebih langsing dan berbeza daripada sebelum ini. Nilailah dengan jujur dan perbetulkan lagi program diet yang kita lakukan. Mengikut kata Brad J. Bushman dalam Journal Of Applied Psychology, melihat bayangan sendiri di dalam cermin akan membuatkan kita lebih sedar terhadap apa yang kita ambil dan berapa banyak yang kita makan.
DIAKUI OLEH KAWAN-KAWAN - Bila ramai di kalangan kawan-kawan kita yang perasan tentang perubahan diri, maka tak sia-sia latihan dan program diet yang kita lakukan itu.
Adakah petanda ini kena dengan situasi awak sekarang? Kalau yea, TAHNIAH diucapkan, kalau belum, teruskan displin awak untuk meneruskan program diet ini.. FIGHTING!!!
Assalamualaikum wbt...
Tidur adalah nikmat hidup yang indah selain daripada makan. Tapi ramai di kalangan daripada kita tak begitu menghargai nikmat ini dengan baik dan ada juga yang hampir-hampir kehilangan kenikmatan tidur yang lena...
Jadi, apakah cara yang terbaik untuk tidur yang lebih lena...? Jom kita semak...
Lakukan senaman pagi - Senaman awal pagi bukan saja dapat meningkatkan hormon kortisol sehingga 12 jam lamanya, malah ianya dapat membantu kita untuk tidur lebih cepat dan lena. Orang yang melakukan latihan kardio selama 30 minit pada waktu pagi juga akan mendapat 75 peratus tidur yang lena berbanding mereka yang bersenam pada lewat petang atau malam.
Yoga, jom? - Yoga juga dikatakan berkesan untuk membantu tidur yang lkena dan ianya tak kisah untuk dilakukan pada bila-bila masa. Menurut seorang profesor Madya Sar Bir Singh Khalsa, Ph.D, daripada Medicine Harvard Medical School, orang yang konsisten mengamalkan yoga akan mendapat tidur yang jauh lebih berkualiti.
Makan karbohidrat waktu malam - Eh, nanti gemuk macamana..? Sabar dulu... Karbohidrat yang dimaksudkan di sini bukannya seperti nasi beriyani, nasi lemak, nasi goreng kampung yea.. Untuk mendapatkan kebaikan insulin daripada karbohidrat, kita boleh ambil beras perang, keladi ataupun pasta (dalam saiz yang minimum). Insulin ini dapat membantu kita untuk lena dengan lebih cepat. Sasarkan untuk mengambil antara 15 ke 20 gram karbohidrat untuk makan malam, iaitu kira-kira setengah cawan quinoa atau spaghetti gandum penuh.
Dapatkan cahaya - Kira-kira lima minit sebelum kita betul-betul mahu bangun daripada katil, cuba dapatkan cahaya lampu dari bilik sebagai petanda bahawa hari sudah pagi. Kemudian dapatkan juga cahaya matahari pada waktu siangnya. Kajian baru-baru ini mendapati bahawa pekerja yang mendapat cahaya matahari akan menerima 46 peratus lebih waktu tidur berbanding mereka yang kurang mendapat cahaya matahari.
Semoga dengan tips ini, awak suma boleh tidur dengan lena...
Assalamualaikum wbt..
Selalunya hubungan datuk-nenek dengan cucu sering ditanggapi sebagai hubungan cinta yang mengasyikkan, kasih sayang yang dicurahkan oleh seorang datuk-nenek kepada cucunya bak laut yang tidak bertepi, seperti tiada pasang surutnya..
Tapi biarpun kasih sayangnya tak berbelah bagi, situasi mungkin akan berubah apabila cucu-cucu kita meningkat dewasa.. Di sinilah bermulanya jurang generasi yang begitu luas, terutama dari segi pendapat dan pemikiran, yang mungkin sering menimbulkan masalah dalam hubungan antara datuk-nenek dan cucu..
Sebagai datuk-nenek, kita kena ingat bahawa cucu-cucu kita terutama yang telah meningkat remaja dan dewasa, mereka mempunyai pendapat atau pandangan tentang kehidupan mereka yang tersendiri. Sebagai seorang yang lebih tua dan banyak pengalaman hidup dalam keluarga, kita seharusnya menjadi mentor pada mereka.. Sebab itu, berbanding dengan ibu bapa, seorang datuk-nenek tak boleh bertindak sama seperti ibu bapa terhadap cucu-cucu, sebaliknya mereka memerlukan lebih kesabaran, pemahaman, masa dan belas kasihan dalam menghadapi karenah cucu-cucu...
Berikut adalah beberapa tips yang boleh diguna pakai dalam memastikan jurang genrerasi antara datuk-nenek dan cucu dapat dirapatkan...
Pentingnya interaksi - Dalam dunia yang mengamalkan kebebasan bersuara ini, adalah menjadi satu perkara yabg penting untuk kita sentiasa berinteraksi dengan cucu-cucu kita agar mereka merasa dekat dan rapat serta mendengar suara hati kita. Setiap kali bersama dengan mereka, cuba 'gali' apa yang tersirat di dalam hati dan fikiran mereka. Cubalah untuk berhubungan dengan mereka agar mereka tahu bahawa mereka diterima dan diiktiraf oleh datuk-neneknya.
Setiap cucu berbeza - Kita perlu ingat bahawa setiap seorang daripada cucu kita mempunyai personaliti dan kehendak yang berbeza. Ada yang cukup dengan hanya pelukan dan memanjakan mereka saja. Sedangkan ada yang mahukan kita cuma mendengar dan memahami setiap apa yang disuarakan. Memang ada kalanya sukar untuk kita memberi tumpuan, lebih-lebih lagi bila kita mempunyai ramai cucu yang perlu dilayan, tapi berikanlah perhatian dan jangan hanya berpura-pura mendengar.. Dengan memberi sepenuh perhatian kita, pastinya cucu kita akan menghargainya..
Saling berhubungan - Pada zaman kini, cucu-cucu kita pasti akan tinggal berjauhan daripada kita dan ini menyebabkan kita tak dapat bersama dengan mereka setiap masa. Namun itu tak bermakna kita jauh daripada mereka, dan untuk sentiasa dekat dengan mereka adalah mudah dan jalan yang paling senang adalah dengan mendoakan kesejahteraan mereka setiap hari.
Gunakan kemudahan teknologi - Selain mendoakan kesejahteraan cucu kita, kita boleh hubungi mereka dengan bertanyakan khabar mereka melalui telefon ataupun emel. Pada zaman sekarang, pasti kita tak menghadapi masalah dengan menggunakan kemudahan teknologi pada bila-bila masa. Apa kata untuk sesuatu yang istimewa, seperti ulang tahun kelahiran, rakamkan gambar ataupun video kemudian masukkan lagi yang mereka gemari dan jadikan ini sebagai hadiah untuk cucu-cucu kita. Selain itu, kita boleh masukkan gambar-gambar yang telah kita rakamkan ke dalam laman sosial kita kerana kemudahan teknologi yang ada bukan saja memudahkan hidup kita tapi ianya juga dapat merapatkan hubungan dengan orang yang kita sayang..
Berseronok bersama - Apabila kita berkumpul dengan cucu-cucu, cubalah 'masuk' ke dalam dunia mereka. Lakukan apa yang ingin mereka lakukan misalnyha bermain pelbagai jenis permainan bersama-sama, pergi ke taman untuk bermain bola, tengok wayang bersama-sama, ataupun bermain permainan komputer bersama-sama dengan mereka. Adalah amat penting untuk 'tertawa' dan berseronok bersama cucu-cucu kita dan ianya adalah pengalaman yang sangat berharga yang kita tak boleh beli di mana-mana..
Ajar mereka tentang tanggung jawab - Bila cucu-cucu kita datang menziarahi kita, galakkan mereka untuk sama-sama membantu membuat kerja-kerja di rumah. Contohnya selain membersihkan dalam dan luar rumah, ada baiknya juga jika kita mengajak mereka untuk sama-sama menjayakan sesuatu projek, seperti berkebun atau membina sesuatu seperti rumah kucing, dan kemudian rasai hasilnya. Mereka mungkin 'liat' untuk melakukannya, tapi adalah penting untuk kita mengajar mereka erti tanggung jawab dan juga nilai sesuatu tugas.
Jangan masuk campur - Sayang kita terhadap cucu memang amat berbeza dengan sayang kita pada anak-anak, dan pastinya kita tak sampai hati bila melihat cucu-cucu kesayangan dikenakan tindakan disiplin oleh ibu bapanya. Tak kurang juga ada antara kita yang berkecil hati dengan tindakan anak kita bila memarahi cucu. Kita perlu ingat bahawa kita tak sepatutnya mencampuri dalam urusan bagaimana anak-anak kita membesarkan cucu-cucu kita tapi berikanlah nasihat hanya apabila anak-anak kita meminta pendapat daripada kita. Paling penting, janganlah kita bergaduh atau membela cucu-cucu dengan anak kita di hadapan cucu-cucu kita kerana ini akan membuatkan mereka tak menghormati orang tua mereka sendiri..
Semoga dengan tips ini akan mengeratkan lagi perhubungan antara datuk-nenek dengan cucu..
Assalamualaikum
wbt,
Setiap
pasangan suami isteri mesti akan dambakan romantik dalam perkahwinan, sama
seperti masa bercinta.. Tapi hakikatnya untuk kekal romantik seperti masa
bercinta dulu adalah agak sukar untuk dilakukan. Ini kerana selepas berkahwin,
pasangan ini tak perlu lagi untuk bekerja keras untuk mendapatkan cinta
daripada pasangan masing-masing. Jadi camne caranya untuk kekal romantik
sepanjang perkahwinan biarpun usia perkahwinan itu berpuluh-puluh tahun lamanya…
Jom
kita selidik…
v Dalam mengekalkan
suasana romantik, suami isteri hendaklah sering berbincang sesama sendiri
biarpun perkara itu adalah perkara yang kecil.
v Isteri hendaklah
memulakan sikap manja terhadap suami sama seperti masa bercinta dulu.
v Jangan meminta suami
melakukan sesuatu hanya kerana sakit hati. Kebencian suami adalah apabila dia
diminta untuk melakukan sesuatu yang sememangnya dia tak tahu untuk
melakukannya,
v Ramai suami yang tak
suka bila isteri menjawab, seolah-olah si isteri tahu segalanya. Jadi untuk
kekal romantik, si isteri perlu mendiamkan diri dan bertanyalah pada suami jika
tak tahu perkara itu.. Tapi jika isteri tahu perkara yang disebut oleh suami,
boleh dijawab tapi dengan nada yang perlahan dan tak meninggikan suara.
v Walaupun suami tak
pandai, isteri perlu beri penghormatan untuk mendengar pendapatnya dan
berbincanglah andai ada rasa perselisihan pendapat.
v Isteri jangan
bergaduh atau meninggikan suara pada suami, ini kerana bila dua-dua meluahkan
perasaan marah, pasti akan terkeluar perkataan dan ayat-ayat yang menghiris
perasaan. Seseorang perlu mendiamkan diri bila pasangan mereka berada dalam
keadaan marah.
v Jangan mencari
kesalahan pasangan masing-masing, sebaliknya sahutlah cabarannya dan betulkan
kesilapan kita.
v Sebagai isteri, kita
hendaklah menambat hati suami dengan layanan mesra yang kita ada dan mampu
berikan.
v Saling membantu
melakukan kerja rumah sama-sama, contohnya masa kemas rumah, buatlah sama-sama
agar kemesraan antara suami isteri akan menjadi kuat.
Semoga
ianya memberi manfaat kepada kita semua..
Assalamualaikum
wbt,
Camne
kita merasa bahagia dan kebahagiaan yang
camne yang kita cari selama ini? Bahagia bersama keluarga, kawan-kawan atau
bahagia bila melihat anak-anak kita membesar ataupun bahagia bila dapat memberi
kebahagiaan kepada orang yang disayangi. Malah memang tak dinafikan setiap
orang mempunyai cara yang tersendiri untuk mencipta dan mencari kebahagiaan.
Jadi,
saya nak berkongsi tips camne nak mencipta bahagia dan semoga ianya dapat
memberi ilham kepada awak yang sedang mencari kebahagiaan hidup..
Memberi – Awak yang sua memberi
adalah adalah awak yang suka membahagikan kebahagiaan. Bukan sekadar memberi
dalam bentuk material tapi juga bersedia untuk meluangkan masa, ambik berat dan
mempunyai rasa hormat pada orang lain.
Jujur – Bersikap jujur bukan
sekadar mengatakan perkara yang betul tapi berusaha untuk tak berbohong pada
diri sendiri ataupun pada orang lain.
Maaf – Semua orang tak
sempurna. Semua orang mempunyai kekurangan dan pernah melakukan kesalahan.
Jadi, mulai hari ini, cuba untuk berhenti menyalahkan diri dan cuba untuk
memaafkan diri sendiri.
Diam dan dengar – Bila orang
memperkatakan sesuatu tentang kita terutama perkara yang mengaibkan kita, dah
tentu akan timbul perasaan marah dan tak puas hati dalam diri kita. Adalah
lebih baik kita diam dan renungkan kembali apa yang diperkatakan oleh mereka
agar kita dapat menjadi lebih baik.
Seimbang – Keseimbangan adalah
kunci kepada kehidupan untuk kita merasa tenang dan bahagia. Janganlah kita
lakukan perkara yang berlebihan dan jangan sampai berkurangan.
Kekuatan – Setiap manusia
mempunyai dugaan hidup masing-masing dan terserah pada diri kita untuk
tersenyum di saat menghadapi dugaan ini. Namun, kita perlu kuat dan percara apa
yang berlaku pada diri kita akan berlalu daripada kehidupan. Dengan kekuatan
inilah yang membuatkan ada yang merasa bahagia dan yakin bahawa esok akan
menjadi lebih baik.
Tidak tergesa-gesa – Kadang kala terlalu
banyak perkara yang perlu dilakukan dan mengharapkan perkara yang kita lakukan
itu akan berjaya. Namun, tak semua yang diharapkan itu akan menjadi kenyataan
sehingga menimbulkan sakit hati. Jadi cubalah berusaha untuk menjadi lebih
ikhlas dan bersederhana.
Berehat seketika – Kita berlari laju
untuk menuju matlamat yang diinginkan. Jangan tergopoh gapah, berehatlah
seketika dan bukan terus berhenti berlari.
Bersyukur – Bersyukurlah dengan
apa yang ada miliki sekarang ini kerana belum tentu orang lain dapat lebih baik
daripada apa yang yang kita miliki sekarang.
Percaya – Percaya dan jangan
mudah putus asa. Kehidupan yang dilalui tak sesukar yang yang awak bayangkan.
Sokongan keluarga dan rakan-rakan sekeliling membantu kita untuk terus berdiri kukuh.
Menyanyi – Ia perkara yang mudah
untuk membuatkan kita bahagia. Pilihlah lagu-lagu yang menyenangkan dan dapat
meningkatkan rasa percaya diri. Menurut Dr. Reid Wilson, penulis buku Don’t Panic : Taking Control Of Anxiety
Attacks, menyanyilah dengan suara yang keras untuk membolehkan kita
melupakan masalah yang dihadapi.
Bergerak aktif – Duduk dalam bilik
tidur sepanjang hari dengan melayari laman sosial akan membuatkan kita tak
produktif. Ini kerana kita hanya melihat kebahagiaan orang lain melalui laman
sosial, sedangkan kita berhak untuk mendapat kebahagiaan lebih daripada itu.
Cubalah untuk bergerak dengan membersihkan rumah ataupun mengubah kedudukan
perabot dalam rumah. Seseorang yang berpeluh lebih mudah melepaskan tekanan dan
bahagia berbanding seseorang yang malas.
Bersama dengan orang
tersayang – Luangkan
masa bersama keluarga adalah salah satu sumber kebahagiaan kita. Tak perlu kita
mencari kebahagiaan dengan melancong ke luar negara tapi cukup dengan memasak
bersama ibu atau mengimbau kembali kenangan lama bersama dengan orang yang
dicintai.
Tersenyum – Satu penelitian
daripada University Of Wisconsin mengatakan
seseorang yang sentiasa tersenyum akan menghilangkan emosi negative,
menghilangkan rasa cemas dan membuatkan kita menjadi cantik secara semula jadi.
Semoga
tips ini akan membantu kita semua untuk mencipta kebahagiaan yang kita cari
selama ini..
Assalamualaikum
wbt,
Bila
tengok kesan kehitaman di bahagian tersembunyi, mesti kita akan rasa geram dan
merasa rendah diri.. Selain daripada kulit wajah, bahagian-bahagian yang
tersembunyi nie jugak memerlukan penjagaan yang rapi agar kita menjadi lebih
yakin dengan diri sendiri.. Awak tau, selain daripada produk kecantikan yang
ada kalanya tak menjadi, apa kata kita cuba pulak dengan cara alami. Jom kita
buat..
Bahan-bahan
Limau
nipis
Bedak
tawas
Madu
Cara penyediaan
Campurkan
limau nipis, bedak tawas dan madu dan gaulkan sebati. Sapukan di bahagian yang
bermasalah sama ada di bawah lengan, leher, tepi peha dan sebagainya. Biarkan
seketika sebelum dibilas dengan air bersih. Ada lagi cara mudah, awak belah dua
limau nipis, kemudian gosok perlahan-lahan secara membulat. Awak boleh buat
sebelum mandi dan jika dilakukan secara rutin, ianya pasti akan berhasil. Namun
jika ia langsung tak menunjukkan perubahan, mungkin dah tiba masanya awak
berjumpa pakar untuk khidmat nasihat dan mendapatkan rawatan.
Bahan-bahan
Daun
sirih
Segenggam
beras
Cara penyediaan
Kisar
segenggam beras sehingga halus, kemudian tumbuk beberapa helai daun sirih
sehingga lumat. Campurkan kedua-dua bahan tadi dan kacau sehingga sebati.
Sebelum mandi, awak lumurkan dulu campuran sirih dan beras tadi ke seluruh
tubuh badan terutama di bahagian ketiak dan celah peha. Kemudian awak
gosok-gosokkan campuran tue dengan perlahan sehingga semua bahan yang telah
dilumur tanggal daripada badan. Petua nie dikatakan bukan saja menjadikan kulit
kita menjadi halus, malah ia juga akan membantu menanggalkan daki dan kesan
hitam..
Dah
tau cara kan… Selamat mencuba…!
Assalamualaikum wbt..
Agak lama rasanya saya tak berkongsi tips dengan awak kan.. Okey, kita memang selalu cuci rambut, lebih-lebih pada wanita yang bertudung.. Tapi adakah kita benar-benar mencuci rambut sama seperti macam salon buat..? Dengan teknik cuci yang betul, kesihatan pada rambut dapat dijaga dan menjadi lebih sihat, bermaya dan lebih bersinar tapi dalam masa yang sama jika kita membuat kesilapan, ia boleh merosakkan helaian rambut tanpa kita sedar..
Jadi, camne nak cuci rambut agar tak rosak dan menjadi lebih bersinar..? Jom kita baca tips nie dan amalkan...
Bermula dengan bilasan - Cuci rambut awak dengan menggunakan syampu, dan gunakan air suam untuk membuka kulit ari kepala dan menghapuskan kotoran atau produk yang terperangkap pada rambut. Air suam ini juga merenggangkan minyak melalui kulit kepala dan membuka kulit ari kepala supaya ia mampu menyerap minyak.
Gunakan perapi jika rambut panjang - Selepas membilas syampu, buangkan air yang ada pada rambut sebelum menggunakan perapi. Penggunaan perapi adalah langkah terakhir dalam mencuci rambut. Semakin lama perapi dibiarkan pada rambut kita, ia lebih baik kerana perapi ini akan menyerap tapi janagan biarkan perapi terkena pada kulit ari kepala kerana aia akan menyebabkan rambut berminyak. Kita perlu lindungi hujung rambut yang rapuh daripada menjadi kering dan kerosakan yang lebih teruk jika kita menggunakan perapi terlebih dulu sebelum syampu. Ini untuk memastikan hujung rambut menjadi lebih sihat, lebih lembap, licin dan bersinar.
Sehingga berbuih tetapi hanya pada kulit kepala - Pastikan buih syampu itu sampai ke akar rambut. Ini adalah untuk membersihkan rambut kita yang berminyak atau kering secara menyeluruh. Jangan gunakan terlalu banyak syampu tapi jika awak mempunyai rambut yang panjang ataupun jenis rambut lebat, awak boleh gunakan syampu dua kali ganda untuk membersihkan rambut.
Lakukan dengan lembut - Menggaru terlalu banyak dan secara kuat boleh merosakkan kulit ari kepala dan jugak boleh merosakkan rambut yang ikal. Cuci rambut dengan lembut dan berhati-hati. Urutan secara menegak dan tekanan yang sederhana dapat meningkatkan aliran darah ke kulit kepala dan merangsang pertumbuhan rambut.
Jangan ulangi bilas - Walaupun ada arahan pada belakang syampu, ulang bilas dan tak perlu mencuci sehingga dua kali, kecuali jika rambut yang sangat kotor serta syampu yang pertama tak menghasilkan buih.
Bilas dengan air sejuk - Air sejuk akan menutup kulit ari kepala bagi memastikan rambut kita lebih bersinar..
Jadi, nak lebih rambut yang sihat dan bersinar, bolehlah cuba teknik nie.. Selamat mencuba!
Subscribe to:
Posts (Atom)




Social Icons