Monday, October 29, 2018

Tutup akaun pemilik FB yang telah meninggal dunia

Assalamualaikum wbt..
Pada zaman yang serba canggih ini, akaun Facebook sememangnya ada pada setiap rakyat Malaysia amnya, tak kira peringkat umur.. Kematian adalah pasti berlaku pada setiap manusia, dengan teknologi yang canggih ini membolehkan kita menyampaikan berita sedih kepada sanak saudara dan sahabat yang menjadi rakan facebook kepada si mati. Tapi dalam masa yang sama, kita sebagai waris dah tentu tak mahu akaun si mati disalahguna oleh pihak yang tak bertanggungjawab, jadi saya nak kongsi dengan awak camne kita nak delete akaun pemilik FB yang dah meninggal dunia.

Cara yang pertama jika kita tahu tentang kata laluannya : - 

☑ Log masuk menggunakan e-mel dan kata laluannya.
 Pergi ke 'Delete My Account'.
 Klik butang 'Delete My Account'.


Cara kedua jika kita tak tahu emel dan kata laluannya : -

Klik pada permintaan di Facebook dan berikan :-
 Tarikh meninggal dunia
 Gambar atau imbasan sijil kematian
 Dokumen lain yang membuktikan awak ada hubungan dengan si mati.

Awak juga ada pilihan untuk klik pada 'Please remove this account' sekiranya awak nak akaun terbabit dipadam terus.

Semoga ianya dapat dimanfaatkan..

#shikinrazalidotcom #teambpt #bloggerpantaitimur #bloggerterengganu #bloggersepang



15 comments:

  1. terima kasih atas info ini. sangat berguna :D

    ReplyDelete
  2. Kdg trfikir jgk kan bila kita da xde spe yg leh dlete sbb dieorg xtaw pword kita. Ada cara yg kedua tu sng lah.

    ReplyDelete
  3. Baru-baru ni ada kawan meninggal tapi facebook dia masih lagi on. Terima kasih share info ni kak shikin

    ReplyDelete
  4. terima kasih kak sebb share.. bole juga kita letak org lain sbagai admin sblum ada jadi apa2 kat kita.. tp sy dah lupa macam mana nak bwat huhu

    ReplyDelete
  5. Terima kasih atas perkongsian berguna ini

    ReplyDelete
  6. Betul juga kan, terfikir juga fasal ni. Perkongsian yang baik 😊

    Follow sini #729

    ReplyDelete
  7. Terima kasih atas perkongsian. Kadang-kadang kita terlepas panjang benda ni. Macam-macam boleh jadi kalau akaun tu dibiarkan je. Nak-nak pulak kalau banyak gambar dalam tu kan.

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧

GooglePlus Followers