Sunday, October 28, 2018

Buku yang keluarkan cahaya pada setiap huruf



Assalamualaikum wbt..
Dekat Jepun, seorang wanita yang bernama Uka Ohashi telah menarik perhatian jutaan peminat cerita fantasi dan anime dengan mencipta sebuah buku yang mengeluarkan cahaya pada setiap huruf.

Ohashi nie merupakan seorang pelajar dalam jurusan rekaan dan dia mencipta buku nie untuk tugasan kelasnya, berdasarkan novel sebenar yang ditulisnya. Asalnya, dia nak buku nie dipenuhi dengan cahaya dan semakin terang bila pembaca buka helaian demi helaian hinggalah helaian terakhir, tapi dek kesuntukan masa, Ohashi hanya memasang lampu pada bahagian terakhir buku tue sebagai bukti konsep yang cuba ditengahkan. 

Ohashi telah menggunting abjad Jepun ke dalam muka surat buku dengan menggunakan pemotong laser dan lepas tue dia lekatkan kesemua abjad tue dalam buku bersama-sama dengan wayar lampu diod pemancar cahaya (LED) yang telah digam pada tengah-tengah buku. Jadi, bila ianya dipasang, lampu LED tue mengeluarkan cahaya pada abjad yang telah digunting.. Menarik betul kan.. 


#shikinrazalidotcom #teambpt #bloggerpantaitimur #bloggerterengganu #bloggersepang



13 comments:

  1. menariknya! boleh baca tempat gelap hehe

    ReplyDelete
  2. kreatifnya dia! Buku biasa jadi luar biasa

    ReplyDelete
  3. Kreatif tahap maksima.
    Ni kalau madok kik inter jabatan, bleh dpt juara...
    Anak muda m'sia patut kreatif gini.
    Cipta dan cipta...

    ReplyDelete
  4. bestnya buku ni ahah baru taw ada wujud..

    ReplyDelete
  5. Wow.. Menariknya.. Kalau dia punya banyak masa mesti buku tu jadi lagi ohsem kan..

    ReplyDelete
  6. wah..kreatifla orang tu buat buku macam ni. baru semangat sikit nak membaca..hihi

    ReplyDelete
  7. Wah ... Terus rasa macam excited nak baca buku tu..

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧

GooglePlus Followers