Lapar ketika dalam perjalanan..? Apakah snek makanan yang sesuai untuk kekal sihat..?

3:06 PM

Related image

Assalamualaikum wbt..
Kalau awak balik kampung kan, apakah makanan yang selalu awak bawak semasa dalam perjalanan balik ke kampung.. ? Adakah awak masak makanan untuk bekalan ataupun beli kat mana-mana kedai..? Okey, bila dah berhenti kat R&R ataupun stesen minyak ataupun ada yang sempat singgah ke supermarket, mesti banyak makanan jenis junk food yang awak beli, betul tak..? So apa kata kita ubah cara pembelian makanan yang lebih sihat...

PILIHAN YANG TEPAT :
ELAKKAN MAKANAN INI :
Yogurt - Ia membantu menurunkan kadar lemak dalam badan. Di pasaran terdapat yogurt dalam bentuk cecair atau kental ; keduanya boleh  digunapakai semasa dalam perjalanan. Tapi, awakkena pilih yogurt yang rendah lemak atau menganduni buah-buahan. Diingatkan, yogurt mampu bertahan selama 5 - 6 jam apabila berada di luar daripada peti ais.

Kraker - Dibandingakn dengan biskut ataupun kuih, kraker mengandungi kadar gula, lemak, karbohidrat dan garam yang rendah. Ia mengandungi serat dan mengenyangkan. Pilihlah kraker seperti vergie ataupu jenis plain crackers yang mengandungi muesli ataupun dipanggil tinggi kalsium. Walau bagaimanapun, biskut ataupun kuih lain boleh jugak dibeli dan dimakan tapi awak kena pilih yang berkalori rendah.

Kacang Almond @ Macadamia - Kacang ini mengandungi protein nabati dalam jumlah yang tinggi dan lemak tak tepu, baik untuk mencegah plak di dalam pembuluh darah. Walaupun ianya  mempunyai rendah lemak, awak perlu membataskan pengambilannya dengan memakan hanya 5 - 10 biji saja untuk setiap tiga jam.

Gula gula getah - Awak boleh mengunyah gula-gula getah untuk menghilangkan kebosanan terutamanya semasa awak berada di lapangan terbang. Pilihlah perasa pudina atau yang mempunyai rendah gula. Tapi jangan lupa selepas makan, buang di tempat yang sepatutnya.

Kopi hitam - Sebenarnya tak menjadi kesalahan pun jika nak minum kopi hitam
sebab kafeinnya boleh menghalang aktiviti adenosine (nukleosida purine endogen yang memodulasi banyak proses fisiologi) yang dapat memberikan rasa ketenangan, mengurangkan keletihan ataupun mengantuk. Tapi awak kena pastikan yang awak memilih kopi tanpa campuran dan minumlah hanya segelas saja.

Buah buahan - Buah kaya dengan serat
sehingga mampu untuk membantu mengawal rasa lapar. Pilihlah buah yang mudah dimakan seperti epal atau pir. Jika awak berkesempatan, potonglah buah-buahan ini daripada rumah dan letakkan di dalam bekas kedap udara. Kemudian nikmatilah buah-buahan ini semasa dalam perjalanan.

Makanan masin - Contohnya kerepek kentang. Memang betul ianya baik dalam menghiburkan kita semasa dalam perjalanan yang membosankan. Tapi makanan ini mempunyai nutrisi yang rendah, tinggi sodium dan kalori yang tinggi. Lebih-lebih lagi, ketika berada dalam kapal terbang, sodium dapat menahan cairan dalam tubuh sehingga boleh membuatkan kaki kita menjadi bengkak.

Minuman bersoda - Minuman nie memang tak elok untuk kita terutama semasa kita menaiki kapal terbang. Ini kerana soda dapat menciptakan gas dalam badan hingga membuatkan kita berasa mual dan kembung. Minuman ini jugak dikatakan dapat menambahkan rasa sakit di kepala.

Makanan masam - Semasa dalam perjalanan, kita pasti akan 'disambut' oleh penjual yang menawarkan aneka snek atau manisan seperti jeruk mangga atau kedondong. Rasa masam dapat merangsang asid lambung sehingga ada yang berasa sakit perut.

Jus manis - Jus ini mempunyai ekstra kalori yang berpotensi meningkatkan pengambilan kalori harian yang diperlukan. Jika awak teringin nak minum, cukuplah hanya sekadar segelas kecil saja.

Coklat atau gula gula - Makanan ini boleh meningkatkan jumlah kalori harian yang diperlukan dan sebenarnya ianya tak elok untuk kesihatan gigi.

Minuman Pracampuran - Minuman ini biasanya mengandungi gula, kalori dan pengawet yang tinggi. Jadi, kalau boleh kurangkan pengambilannya.


Jadi, pilihlah makanan yang lebih sihat..

You Might Also Like

2 lovely notes

  1. Sedapnyalah mengunyah junkfood.. lepas ini kena biasakan dengan makanan berkhasiat..

    ReplyDelete
  2. Jom minum esp shaklee..insyaAllah lepas ni tak lapar dah..whatsapp rabia di 0148334769

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧

Let's Talk (NO SPAMMER)

Top Commentators