Monday, February 05, 2018

Cenderahati sebagai tanda kenangan

Image result for souvenir

Assalamualaikum wbt..
Selalunya bila kita bercuti ke mana-mana destinasi tak kira dalam negara mahupun luar negara, dah menjadi satu kewajipan pada kita untuk beli cenderahati untuk diberikan pada sanak saudara dan kawan-kawan.. Tak kira besar atau kecik, harga murah mahupun yang mahal, pasti kita belikan cenderahati tue, kan..

So, apakah barang cenderahati yang selalu menjadi pilihan kita untuk diberi pada yang tersayang..? Jom..


Related image

Rantai kunci - Barangan ini menjadi pilihan utama semasa kita melancong. Dengan kepelbagaian reka bentuk dan mudah diperolehi menyebabkan ianya menjadi barangan yang sering dibeli sebagai ole-ole.  Jika kita tak berkesempatan atau lupa membeli ole-ole, rantai kunci ini boleh dibeli di lapangan terbang, malah harganya mungkin menjadi murah sekiranya kita membeli dalam jumlah yang banyak. Rantai kunci ini adalah satu pemberian yang berguna dan boleh diingati sampai bila-bila.


Image result for t shirt souvenir malaysia

Baju T - Pemberian baju-T biasanya diberikan pada rakan yang membuat pesanan tapi ianya juga boleh dijadikan ole-ole untuk diberikan kepada keluarga atau orang yang tersayang. Harga baju-T yang mempunyai mesej mengenai negara yang dikunjungi berbeza mengikut fabrik dan rekaan. Namun kebanyakan pelancong lebih suka membeli baju-T yang bercorak ringkas. Ianya menjadi kegemaran untuk dibawa pulang kerana tulisannya yang ringkas dan mempunyai simbol negara tersebut. Dengan pembelian yang banyak, kita tentu akan mendapat harga yang cukup istimewa.

Image result for magnet souvenir

Magnet - Kepelbagaian reka bentuk dan saiz menjadikan magnet ini menjadi cenderahati wajib dibeli. Ia mungkin tak boleh dibawa ke mana-mana, tapi ianya boleh dijadikan perhiasan yang dilekat di peti ais atau di bingkai yang direka khas khusus pada mereka yang suka mengumpul magnet ini. Selain sebagai tanda kita pernah menjejakkan kaki ke negara yang dikunjungi, magnet yang mempunyai pelbagai corak dan warna ini dah cukup bermakna kepada rakan-rakan yang lain.

Image result for perfume souvenir

Minyak wangi - Selalunya cenderahati nie dibeli untuk seseorang yang istimewa dan ahli keluarga yang terdekat. Ada sesetengah minyak wangi dari negara tertentu dijual murah, tapi dengan pembelian yang agak terhad menjadikan minyak wangi ini bukan menjadi carat teratas untuk senarai pembelian.

Image result for souvenir

Aksesori lain - Gelang manik, rantai, pen atau apa saja aksesori kecil turut menjadi cenderahati yang boleh dibawa pulang sebagai tanda kenangan. Selain daripada boleh dibeli dengan kuantiti yang banyak dan tak mempunyai masalah ruang penyimpanan dalam bagasi, ianya boleh dipakai pada bila-bila masa dan di mana saja. 


Jadi, mana satu pilihan awak semasa melancong..?


10 comments:

  1. Saya suka kumpul baju T. Hehehe, tunang saya suka berkonvoi moto, tapi saya tak ikut lah sebab belum kahwin, jadi dia akan belikan satu T-shirt setiap destinasi konvoi dia untuk saya. Hehehe.

    ReplyDelete
  2. waahh.. lau sy pun suka beli tshirt dgn keychain hehe

    ReplyDelete
  3. kalau travel..souviner mmg wajib beli..terutama FM dan tshirt

    ReplyDelete
  4. cikyan pon mmg slalu beli keychain je utk cenderamata bila pegi mana mana... biar murah pun, asal ada kan..

    ReplyDelete
  5. Ekin banyak dapat FM daripada rakan blogger sejak tu jadi pemgumpul hahahahahha

    ReplyDelete
  6. keychains and fridge magnet will always be my choice hehe

    ReplyDelete
  7. suka beli tshirt fm n keychain.. tapi untuk diri sndiri suka beli totes. especially yg ada nama tempat tertentu...

    ReplyDelete
  8. Keychains Dan fridge magnet mmg biasa dicari

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧

GooglePlus Followers