Soal jawab agama : Tidur selepas Asar, hilang akal?

3:58 PM

Image result for ss datuk dr zulkifli al-bakri

Assalamualaikum wbt..

Soalan : Apakah status ini? "Sesiapa yang tidur selepas Asar lalu hilang akalnya, maka janganlah dia mencela melainkan dirinya sendiri."

Jawapan : Sesungguhnya Allah SWT menjadikan setiap insan atau tubuh badan manusia itu memerlukan kepada rehat secukupnya. Tidur merupakan salah satu cara untuk seseorang itu merehatkan badannya. Hal ini telah dikhabarkan oleh Allah SWT di dalam kitab-Nya yang suci. "Dan Kami telah menjadikan tidur kamu untuk berehat." (al-Naba' : 9)

Kata Imam Ibn Kathir ketika mentafsirkan ayat ini, tidur itu adalah memutuskan pergerakan bagi tujuan merehatkan diri daripada banyak bergerak dan berjalan pada urusan kehidupan bagi menempuh waktu siang. (Lihat : Tafir Ibn Kathir ; 307/8) 

Berdasarkan soalan di atas, di sini kami sertakan beberapa pendapat para ulama dalam menentukan hadis ini ;

Imam Ibn Hibban mengatakan di dalam sanad hadis ini terdapat Khalid Bin al-Qasim dan dia menyambung riwayat-riwayat yang terputus, menrafa'kan riwayat-riwayat yang mursal dan juga menyambung riwayat-riwayat yang mawquf maka tidak boleh menulis riwayatnya. (Lihat : al-Majruhin, 334/1)

Imam Ibn Al-Jauzi menghukum hadis ini sebagai tidak sahih. (Lihat : al-Mawdhu'at, 252/2)

Imam al-Zahabi mengatakan di dalam sanad hadis ini terdapat Khalid bin al-Qasim yang dituduh berdusta (Lihat : Tartib al-Mawdhua'at, 239)

Imam al-Haithami mengatakan perawi bernama Amr bin al-Husain seorang yang matruk.(Majma al-Zawaid, 119/5)

Imam al-Syaukani mengatakan di dalam sanad hadis ni terdapat perawi yang berdusta. (Lihat : al-Fawaid al-Majmu'ah, 216)

Syeikh al-Albani menilai hadis ini sebagai dhaif. (Silsilah al-Ahadith al-Dhaifah, 112/1)

Berdasarkan beberapa pendapat para ulama di atas, kita memahami bahawa sebahagian pendapat ulama mendhaifkan hadis ini dan sebahagian yang lain memalsukan hadis ini. Maka dengan itu, kami berpandangann bahawa hadis tersebut adalah teramat lemah kerana di dalam sanadnya terdapat perawi yang dituduh berdusta. Maka dengan itu, kami nyatakan bahawa tiada hadis sahih yang melarang tidur selepas Asar.

Akan tetapi, jika dikatakan tidur pada waktu ini boleh menghilangkan akal berdasarkan kepada tajrubah dan ia boleh membawa kemudaratan maka ia sebaiknya perbuatan ini mestilah dijauhi kerana setiap insan itu mesti menjauhkan dirinya daripada perkara yang boleh memudaratkan diri. Di samping itu, jika seseorang itu memerlukan atau berhajat untuk tidur pada waktu tersebut maka ia dibolehkan.

Kesimpulannya : Allah SWT menjadikan tidur untuk kita berehat kerana pada waktu siang manusia sibuk bekerja untuk mencari rezeki. Maka tidur pada waktu malam dapat mengembalikan tenaga untuk bekerja pada keesokkan harinya dan begitulah sebaliknya bagi yang bekerja pada waktu malam. Ini kerana, tanpa tidur yang secukupnya maka akan tergendalalah segala usaha yang ingin dilakukan pada hari-hari yang berikutnya. Akhir sekali semoga Allah SWT menjadikan kita daripada kalangan hamba-hamba-Nya sihat rohani dan jasmani agar kehidupan dapat diteruskan.

Wallahu'alam...

Soal Jawab bersama SS Datuk Dr Zulkifli Al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan
*Sumber daripada laman web Mufti Wilayah Persekutuan

You Might Also Like

8 lovely notes

  1. nice sharing..but sometimes letih gila :(

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah mek dapat elakkan tidur lepas asar.
    sebab lepas asar biasanya sibuk duk layan ank.
    kadang weekend duk jalan

    ReplyDelete
  3. Mama jarang tidur petang kecuali dah mrngantuk sgt

    ReplyDelete
  4. Hehe kadang kala kalau penat sangat tak sedar terlelap lepas asar

    ReplyDelete
  5. Dah lama tak tido petang. Balik kerja je memang selalu tahan mata dari terlelap. Main la phone ke, sembang ke apa ke. Asalkan tak terlelap. Nice sharing kak :)

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧

Let's Talk (NO SPAMMER)

Top Commentators