7 petanda produk kecantikan kulit tidak sesuai dengan kulit kita

1:14 PM

Related image


Assalamualaikum wbt..
Di zaman sekarang nie, dah banyak produk-produk kecantikan muncul bak cendawan tumbuh dan mungkin ada antara kita yang sedang mencuba produk baru..Tapi bukan semua produk yang berada di pasaran sekarang nie sesuai dengan kulit wajah kita.. Untuk itu, kita perlu selektif dan perlu berhati-hati dalam memilih produk kecantikan untuk mengelakkan kesan yang tak begitu cantik pada kulit wajah..

So, saya nak berkongsi tips pada awak  petanda dan ciri-ciri produk kecantikan tak sesuai dengan kulit wajah kita.. 

Jom kita selidik..


Image result for pimple

1. Muncul jerawat 
Salah satu tanda yang kulit wajah kita tak sesuai dengan sesuatu produk kecantikan wajah adalah munculnya jerawat. Tapi kesan timbulnya jerawat adalah berbeza dengan setiap orang. Ada yang tumbuh jerawat selepas sekali pakai produk dan ada jugak tumbuh jerawat bila dah beberapa kali pakai produk tersebut..

Related image

2. Mata menjadi merah dan berair
Mata yang merah, berair dan pedih jugak adalah satu tanda yang kita tak sesuai dengan produk kecantikan seperti pembayang mata, penggaris mata ataupun maskara. Jika awak mengalami petanda ini, segeralah berhenti daripada terus menggunakannya.

Image result for feel hot in face

3. Rasa perih dan panas
Ketika awak guna produk penjagaan wajah sama ada kosmetik ataupun produk penjagaan kulit wajah, masa tue awak akan terasa kulit menjadi panas dan perih. Itulah petanda kulit awak beri reaksi yang tak sesuai. Kulit akan memberi isyarat pada awak bahawa produk yang awak pakai ketika ini tak sesuai dan perlu ditukar dengan produk yang lebih sesuai..


Image result for red skin irritation on face

4. Kulit menjadi merah
Ianya seolah-olah kulit kita dibakar menjadi kemerah-merahan setelah pemakaian sesuatu produk adalah salah satu tanda bahawa kulit awak tak sesuai dengan produk tersebut. Kulit yang menjadi merah biasanya menjadi bukti bahan-bahan yang terkandung di dalam produk tersebut telah menyebabkan berlakunya iritasi pada kulit wajah.

Image result for dry skin

5. Kulit menjadi sangat kering
Jika kulit awak menjadi sangat kering, ini bermakna produk yang awak pakai tue tak sesuai dengan kulit. Apabila ianya disentuh, awak akan terasa kasar kerana kelembapan pada kulit wajah akan mengelupas dek kurangnya kelembapan pada kulit. Lebih merimaskan adalah bila kulit wajah terasa gatal sehingga berkemungkinan besar awak akan menggaru untuk mengurangkan kegatalan.. Saranan diberi adalah jangan digaru kulit tue kerana ianya boleh memburukkan lagi keadaan, sebaiknya segeralah berjumpa dengan pakar kulit untuk membuat rawatan..

Image result for dry lips

6. Bibir menjadi pecah
Keadaan bibir yang menjadi pecah dan merekah sering dikaitkan dengan kurangnya minum air putih, tapi ianya bukan satu-satunya penyebab terjadinya permasalahan permukaan bibir menjadi pecah. Awak tau tak, bila sesuatu produk seperti gincu atau pelembap bibir yang tak sesuai dipakai pada bibir awak juga menjadi punca berlakunya rekahan pada bibir dan seterusnya menjadi mengelupas pada bibir. Jadi, bila berlakunya simptom ini, segeralah berhenti memakainya.

Image result for itchy face

7. Rasa gatal
Jika produk yang digunakan sesuai dengan awak, maka awak akan menjadi sangat selesa untuk terus menggunakannya. Tapi jika ianya tak sesuai digunapakai, kulit awak akan menjadi tegang dan berasa gatal sekaligus awak benar-benar ingin menggaru untuk menghilangkan kegatalan tersebut..

Jom kita check sama ada produk yang kita pakai tue sesuai dengan kita ataupun tidak.. 
Nak tau produk apa yang saya pakai dan sesuai dengan kulit saya..? Awak boleh 


You Might Also Like

7 lovely notes

  1. entry menarik. produk kecantikan ni ikut orang. lain orang lain hasilnya. berkesan kat sorang, tak semestinya kat orang lain jadi jugak kan

    ReplyDelete
  2. Terima kasih kongsi tip ni shikin

    ReplyDelete
  3. jerawat , kulit gatal-gatal , kulit kemerahan tu tanda yg pernah ccl alami akibat salah pilih skincare , sekarang alhamdulillah dah jumpa skincare yg bersesuain

    ReplyDelete
  4. tu la.. igtkan kurang air tapi dah byk sngt minum air.. bibir tetap melupas..rasanya mmg punca gincu ni

    ReplyDelete
  5. Gud info. Setakat ni produk yang ciktie guna kalau ko ia akan naik jerawat je. Lain-lain tiada lagi

    ReplyDelete
  6. Ada afew yang ika pernah alami. Bila tak pakai any product cm elok je muka. Once bila pakai, mula la naik jerawat pastu blalal haih emosi nya

    ReplyDelete
  7. tq for sharing. Pakai fellera beauty memang ok.sebab produk semulajadi

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧

Let's Talk (NO SPAMMER)

Top Commentators