Wednesday, February 14, 2018

10 tips penting untuk pemandu wanita

Related image

Assalamualaikum wbt....
Entri nie takde kena mengena dengan diskriminasi tentang gender atau berat sebelah.. Di zaman sekarang nie, wanita lebih terdedah dengan risiko kes-kes jenayah seperti ragut, rogol dan rompakan kereta berbanding dengan lelaki.. Dengan memandu kereta secara bersendirian dan jaraknya yang agak jauh daripada destinasi asal membuatkan wanita lebih terdedah dengan bahaya nie...

Saya terjumpa satu artikel yang memaparkan beberapa tips untuk membantu wanita memandu dengan cara yang selamat, tapi orang lelaki pun boleh amalkan cara nie, sebabnya bahaya nie tak kenal erti gender atau usia, sesiapa pun berisiko akan berdepan dengan bahaya, bak kata orang, cegah dulu sebelum parah.. 

Jom kita selidik dan amalkan tips nie.. [peringatan untuk saya jugak]

  • Jaga kereta dan kereta akan menjaga kita - Sebuah kereta yang tak diselenggara dengan baik akan menyusahkan kita satu hari nanti dan ini adalah FAKTA yang benar..!! Pastikan awak mengikut saranan yang diberikan oleh pengeluar kenderaan terutamanya dalam penyelenggaraan kenderaan dan pastikan awak ikut jadual servis yang telah ditetapkan. Perkara nie amat penting demi memastikan kereta kita tak rosak terutama jika berada di tempat-tempat yang terpencil dan tambahan pulak kita memandu sorang diri..
  • Lakukan pemeriksaan ringkas - Gunakan masa yang ada sebelum memulakan perjalanan terutamanya jarak jauh bagi memeriksa POWER kenderaan kita... Apakah maksud POWER?? Ianya adalah singkatan bahasa Inggeris yang membawa maksud :
Petrol (bahan api) - dah check ke minyak petrol tue? Jika tak mencukupi, kat mana awak merancang untuk mengisi minyak petrol..
Oil (minyak enjin) - periksa dulu minyak enjin kereta untuk memastikan ianya berada dalam keadaan secukupnya dan jika kurang, berkemungkinan ada kebocoran dan perlu diperbaiki terlebih dulu.
Water (air) - periksa dan tambah air dan radiator dan tangki air pengelap cermin jika perlu.
Electrics (sistem elektrik) - periksa semua lampu termasuklah yang paling penting iaitu lampu brek dan isyarat membelok (yang nie kena mintak bantuan seseorang untuk menguji semua lampu di bahagian luar).
Rubber (tayar) - pastikan tayar masih berada dalam keadaan yang baik dan mempunyai tekanan angin yang betul. Satu lagi ialah getah pengelap cermin kereta. Jika dah terlalu keras, awak kena tukarkannya dulu sebab ianya penting untuk digunakan terutama bila tiba musim hujan. 

  • Rancang perjalanan - Bagi sesiapa yang nak berjalan jauh seperti nak pergi ke tempat yang terpencil ke, atau yang awak tak biasa berkunjung ke situ ke, atau secara kebetulan cuaca tak menentu, awak kena pastikan yang awak dah bagitahu pada sesiapa kenalan awak tentang laluan yang akan awak ambik. Dengan cara ini, mereka dapat mencari awak dengan mudah jika berlaku sesuatu yang tak diduga..

  • Pandu dalam keadaan berjaga-jaga - Jika awak menghampiri dalam keadaan atau situasi yang agak berbahaya contohnya awak berhenti ketika lampu isyarat merah, awak perlu sentiasa merancang secara pendek dan ringkas tentang laluan untuk memecut lari. Ini kerana peragut akan melakukan jenayah ragut sewaktu awak bersendirian semasa berhenti pada lampu isyarat merah dan mungkin dia akan bertindak secara melampaui batas. Jangan berada terlalu rapat dengan kenderaan di hadapan kita. Jika diancam oleh pemandu lain ataupun pembuli jalan raya, cuba dengan cara nie, gunakan jari untuk menulis nombor pendaftaran kenderaan mereka pada cermin tingkap kereta awak. Kemudian hembuskan nafas pada bahagian yang ditulis tadi untuk baca semula.. Ataupun awak pasang 'dashcam' untuk merakam apa saja kejadian, jadi senang untuk dijadikan bukti untuk laporan polis nanti. Jika nak bertanya sesuatu kepada pejalan kaki pulak, awak perlu buka tingkap secukupnya saja tanpa membuka seluas-luasnya. Ini adalah untuk menjamin keselamatan awak. 

  • Apa yang perlu dilakukan jika kenderaan mengalami kerosakan? - Jangan cuba membaiki kerosakan itu secara bersendirian kerana ini akan mendedahkan awak kepada bahaya. Awak perlu buat panggilan untuk bantuan daripada panel bengkel ataupun pada sesiapa yang awak kenal. Jangan cepat menerima bantuan daripada sesiapa yang tak dikenali. Sebenarnya orang yang jujur dan ikhlas untuk menolong nie memang ramai, tapi ada segelintir orang yang akan mengambil kesempatan dengan kelemahan kita, apatah lagi jika kita hanya seorang diri saja di situ.. Tunggu sehingga bantuan yang awak panggil tue tiba. Sewaktu menunggu bantuan tue tiba ke destinasi awak, ada baiknya awak duduk di tempat penumpang. Ini akan memberikan gambaran yang awak mempunyai teman yang memandu selain daripada awak. Tapi bila kenderaan awak rosak di lebuh raya, jangan tunggu di dalam kenderaan kerana risiko untuk dilanggar daripada kenderaan lain amat tinggi. 

  • Pilih tempat letak kenderaan yang sesuai - Pastikan tempat letak kenderaan yang awak nak parkir tue tak terlalu tersorok ataupun terlalu sunyi. Pencahayaan juga mesti cukup baik dan kalau ada CCTV ianya merupakan satu bonus untuk awak. Berhati-hati dengan barangan di dalam kenderaan dan JANGAN SESEKALI TINGGALKAN BARANGAN BERHARGA DI DALAM KERETA. 

  • Berhati-hati dengan persekitaran - Sewaktu awak nak menghampiri kenderaan awak, pastikan kunci kenderaan tue dah berada kat tangan awak. Jangan mengambil masa terlalu lama hanya untuk mencari kunci sewaktu berada di tepi kereta. Jika awak terasa ada sesuatu yang tak kena ataupun berasa tak sedap hati, segera beredar daripada situ dan dapatkan bantuan daripada sesiapa yang awak percayai contohnya pegawai polis ataupun pengawal keselamatan.

  • Elakkan provokasi - Sikap pemandu nie selalunya berubah sebaik saja pegang stereng, jadi awak kena jaga kelakuan semasa berada di jalan raya. Jika ada pemandu lain yang buat provokasi, awak hanya perlu mencatat nombor pendaftaran kenderaan dan buat laporan polis, ataupun rakam menggunakan 'dashcam' yang sedia ada di pasaran sekarang. Jangan membalas balik provokasi mereka sebab ianya mungkin akan menimbulkan masalah. Ingat, keselamatan diri lagi penting dari mempertahankan ego. 

  • Jangan panik - Jika berlaku sebarang serangan ataupun apa jua situasi yang membahayakan ketika sedang memandu, apa yang penting adalah jangan panik dengan situasi tersebut dan cuba hadapinya dengan tenang..

Jom kita amalkan sama-sama.. 

7 comments:

  1. good sharing.. tapi cikyan xpndai bawak kete.. nanti la kot dah pandai...tp info ni boleh simpan dlu..manatau boleh ada rezeki kans..

    ReplyDelete
  2. bagussnya info ni..tapi gee lemah sungguh bab check keadaan kete..haha

    ReplyDelete
  3. Mama selalu kena diingatkan check air, minyak itam semua baru lah buat kiki

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧

GooglePlus Followers