Dunia lelaki - bahaya ekstra lemak di perut

5:54 PM

Image result for men tummy

Assalamualaikum wbt..
Hari nie topik yang saya nak kongsikan mungkin agak sensitif bagi sesetengah orang lelaki tapi sebenarnya entri nie amat bagus untuk dikongsikan.. Seperti yang sedia maklum, bentuk fizikal lelaki akan mula mengalami perubahan terutamanya selepas berkahwin adalah sesuatu yang normal di masa kini.  Selalunya yang paling ketara tentang perubahan bentuk badan adalah bahagian perut, yang membuncit sedikit demi sedikit. Lemak perut bukan hanya pada ekstra lemak yang ada di bawah kulit iaitu lemak subkutan, tetapi turut melibatkan timbunan lemak visceral yang terletak jauh ke dalam perut iaitu sekitar organ internal. Jadi, perut buncit nie terjadi pada semua orang, tak kira orang tue mempunyai badan yang gempal ataupun kurus dan berikut adalah ciri-ciri lemak tersimpan di dalam bentuk badan seperti :-

Bentuk badan
Pir (pear shape) - lemak tersimpan di bahagian yang lebih rendah seperti punggung.
Epal (apple shape) - Ianya lebih cenderung menyimpan lemak di bahagian perut.

Timbunan lemak di bahagian perut turut dikaitkan dengan risiko penyakit. Antara kesan bahaya apabila perut buncit pada seseorang lelaki adalah :-

Sindrom metabolik
Seseorang yang mengalami perut buncit lebih cenderung untuk mendapat sindrom ini. Sindrom metabolik adalah kombinasi masalah perubatan yang ada pada seseorang dan meningkatkan risiko untuk mendapat penyakit diabetes dan jantung koronari. Selain daripada itu, sindrom nie boleh dikatakan berkait rapai dengan gejala yang boleh menghalang kemampuan badan untuk menyimpan tenaga secara efektif.

Penyakit jantung
Peningkatan lemak perut juga dikaitkan dengan risiko tinggi untuk mendapat penyakit jantung koroner. Kajian mendapati lelaki yang berusia 30-an dan 40-an lebih berisiko untuk mendapat penyakit ini jika dibandingkan dengan wanita pada usia yang sama.

Dimentia / hilang ingatan
Penyelidikan dalam Jurnal Cell Reports mengatakan protein yang memberikan metabolisme lemak pada hati adalah protein yang sama yang terdapat dalam otak yang bertanggungjawab untuk pembentukan memori dan kemampuan belajar. Apabila kurangnya protein ini, ianya memberi kesan iaitu fungsi otak akan menurun sehingga menjadi penyebab berlakunya dimentia dan Alzheimer.

Disfungsi ereksi
Perut buncit juga dikatakan boleh mempengaruhi pada hubungan kelamin. Ini kerana lemak perut yang berlebihan boleh mengganggu kemampuan badan dan menurunkan kadar pengeluaran testosteron. Akibat daripada penurunan ini, lelaki boleh mengalami masalah seksual seperti masalah mati pucuk atau disfungsi ereksi.

Kanser payudara
Umum mengetahui, kanser payudara menjadi penyakit nombor satu bagi wanita, tetapi sebenarnya lelaki juga berisiko tinggi untuk mendapat kanser payudara. Timbunan lemak dalam badan akan menghasilkan enzim yang mengubah testosteron menjadi estrogen. Semakin tinggi estrogen dalam badan semakin tinggilah risiko seseorang lelaki itu akan mengalami kanser payudara.

Oleh itu, jagalah kesihatan demi kesejahteraan hidup kita.. 

You Might Also Like

12 lovely notes

  1. tak sangka boleh sebabkan banyak penyakit tapi rakyat malaysia anggap buncit tu sexy pulak hmmmm

    ReplyDelete
  2. lelaki kalau dh semakin berusia mmg cepat buncit dan diaorang kena lakukan senaman utk kempiskan perut tu...tengok saja lelaki yg berusia walau kurus tapi part perut tu...hehe

    ReplyDelete
  3. husband shaz macm ni lah.. siap bg dia dorongan joging tiap hari.. masak benda2 yg berkhasiat.. bila suami sihat..kita pun senang hati..

    http://byshaz.blogspot.my/2018/02/akhirnya-buang-iklan-nuffnang.html

    ReplyDelete
  4. Abam Kie bimbang gak ni sbb BMI dah tahap obese! 😭

    ReplyDelete
  5. info yang menarik..yeala baik mencegah dari mengubati kan

    ReplyDelete
  6. bahaya kott.kena jaga utk kesihatan tu

    ReplyDelete
  7. Alamak.. kena ambil.berat ni.. Tq shikin for info

    ReplyDelete
  8. Gud sharing! Lepas ni siapa yang bergelar lelaki tu kenalah lebih peka lagi

    ReplyDelete
  9. Normally org selalu kaitkan perut buncit dengan seksi. Makanyaa, lepas ni kena suruh depa baca la info ni huhu.
    https://ikashoid.blogspot.my/2018/03/book-review-bila-kupetik-gitar-by-fahmi.html

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧

Let's Talk (NO SPAMMER)

Top Commentators