Monday, February 05, 2018

10 berlian termahal dan termewah di dunia

Image result for diamond

Assalamualaikum wbt..
Berlian adalah salah satu perhiasan yang banyak dipakai oleh semua wanita. Nama berlian atau dalam bahasa Inggeris diamond berasal dari perkataan Yunani kuno (Adamas) yang membawa maksud tak terkalahkan atau tak terpecahkan. 

Awak tau, kat dalam dunia ada 10 jenis berlian yang termahal dan termewah sekali wujud di dalam dunia nie dan hanya orang yang betul-betul mampu saja dapat milikinya.. Apakah jenis-jenis berlian tue..? Jom...

Image result for allnatt diamond

Allnatt Diamond - The Allnatt Diamond adalah berlian berukuran 101,29 karat (20,258g) dengan berpotongan bantal, berwarna kuning Fancy Vivid oleh Gemological Institute Of America. Berlian nie diberi sempena dengan nama pemilik pertama yang penah milikinya iaitu Mayor Ernest Alfred Allnatt dan berkemungkinan berasal daripada De Beers Premier Diamond Mine, Afrika Selatan. Menurut kata pemilik terkini  berlian nie, SIBA Corp. telah menganggarkan nilai berlian nie telah melebihi AS$ 3 juta. 

Related image

The Moussaieff Red Diamond - Berlian nie sebelumnya diberi nama Red Diamond Shield adalah berlian berukuran 5,11 karat (1,022g) dengan berpotongan segitiga berwarna Fancy  Red oleh Gemological Institute Of America. Berlian nie ditemui oleh seorang petani di Sungai Abaetezinho,daerah Paranaiba Alto, Brazil pada tahun 1990. Tempat ini dikatakan memiliki reputasi sebagai sumber berlian berukuran besar, berwarna dan mewah. Pemilik ketika ini adalah Moussaieff Jewelllers Ltd, menganggarkan harga berlian nie adalah kira-kira AS$ 7 juta.

Related image

Heart Of Eternity Diamond - Ianya adalah berlian yang berukuran  27,64 karat (5,528g) berwarna biru Vivid Fancy oleh Gemological Institute Of America yang dipotong oleh Grup Steinmetz. Berlian nie boleh dikatakan adalah jenis yang sangat sukar untuk ditemui dari kalangan berlian berwarna. Berlian ini ditemukan di Premier Diamond Mine, Afrika Selatan dan nama pemilik yang miliki berlian ini sekarang adalah Sayyid Qadri. Harga berlian nie dianggarkan melebihi AS$ 16 juta..

Image result for wittelsbach-graff diamond

Wittelsbach-Graff Diamond - Berlian ini berukuran 31,06 karat (6.21g), berwarna biru dengan kejernihan sempurna dan dipotong berbentuk bintang oval. Berlian nie bersaiz 44mm diameter dengan 8.29mm dan dikatakan ianya menjadi sebahagian daripada mahkota Austria dan Bavaria. Berlian ini berasal daripada bekas kerajaan Golkonda, India dan pemilik terkini yang mempunyai berlian ini adalah Lawrence Graff. Harga berlian ini telah dianggarkan telah melebihi AS$ 16.4 juta..

Image result for steinmetz pink diamond

Steinmetz Pink Diamond - Berukuran 59,60 karat (11,92g) yang berwarna Vivid Pink Fancy oleh Gemological Institute Of America dan berlian ini dikategorikan sebagai jenis yang terbesar yang diketahui daripada jenis Vivid Pink. Oleh kerana penemuan yang sangat luar biasa, Steinmetz  Group sangat berhati-hati untuk memotong berlian nie sehingga mengambil masa selama 20 bulan untuk mendapatkan hasil potongan yang baik. Berlian nie tak diketahui asal usulnya dan ketika ini berlian ini dimiliki oleh Steinmetz Group. Berlian ini penah dipamerkan sebagai sebahagian daripada Pameran Smithsonian The  Splendor Of Diamonds dan anggaran berlian ini dikatakan bernilai AS$ 25 juta. 


Image result for centenary diamond

Centenary Diamond - Berukuran 273,85 karat (54,77g) berlian ini berada di tempat ketiga terbesar yang berasal daripada Tambang Premier, Afrika Selatan. Berlian ini dikategorikan berwarna kelas D oleh Gemological Institute Of America yang merupakn jenis tertinggi dari kalangan berlian yang tak berwarna. Nama pemilik pertama berlian ini adalah De Beers tapi sehingga kini, tak diketahui siapakah pemilik seterusnya dan dianggarkan berlian ini bernilai melebihi AS$ 100 juta.

Image result for hope diamond

Hope Diamond - Berukuran  45,52 karat (9,10g) kini berada di Muzium Sejarah Alam Smithsonian di Washington, Amerika. Berlian ini mempunyai keunikannya tersendiri, kalau dilihat dengan pandangan mata biasa, ianya kelihatan berwarna biru, tapi bila berlian ini terkena sinar ultraviolet  ianya akan berubah warna menjadi warna merah. Harga berlian ini dianggarkan melebihi AS$ 250 juta.

Related image

Cullinan Diamond - Berlian ini boleh dikatakan berlian mentah yang berkualiti pernah ditemukan di Premiere Mine, sebesar 3106,75 karat (621,35g). Berlian ini dipotong menjadi 105 berlian, termasuk Cullinan 1 (530,2 karat / 106,4g) dan Cullinan 2 (317,4 karat / 63,48g). Kedua-dua berlian ini sekarang telah menjadi sebahagian daripada permata mahkota kerajaan Inggeris dan harganya dianggarkan melebihi AS$ 400 juta.

Related image 

Koh-In-Noor Diamond - Berlian ini bermaksud  'Gunung Cahaya' dalam bahasa Parsi adalah berlian yang berukuran 105 karat (21,6g) dan ianya berasal dari Guntur, wilayah kerajaan Hindu Kakatiya, yang sekarang nie menjadi sebahagian negeri Andhra Pradesh. Ianya telah menjadi salah satu daerah paling utma di dunia dalam pengeluaran berlian. Didefinisi sebagai warna putih, cemerlang dan lutsinar terbaik yang pernah ada. Berlian ini sangat sukar ditemui tetapi banyak dicari. Berlian ini dipercayai milik Jambavantha dan direbut oleh dewa Khrisna.

Image result for sancy diamond

Sancy Diamond - Berlian yang berwarna kuning pucat berukuran 55,23 karat (11,05g) dan dikatakan berasal dari India, Berlian ini kini berada di Muzium The Louvre, Paris.


5 comments:

  1. Cantiknya belian.. Kita tengok jer la nak dapat satu hihihihi entah bila

    ReplyDelete
  2. tak termampu nak beli mampu tgk je laa...:)

    ReplyDelete
  3. Kebetulan mama tgh baca novel cerita ttg Berlian. Wah dpt bayangkanlah lepas tgk gambar2 tu

    ReplyDelete
  4. wahh , jenuh jugak nak ingat nama-nama berlian ni

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧

GooglePlus Followers