Sahabat blogger pilihan Starlavenderluna : Nurul Rasya

12:00 AM

http://starlavenderluna.blogspot.com


Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah, nampaknya entri saya untuk buat review menganai sahabat-sahabat saya membuahkan hasil... Ada yang baru kenali mereka nie dan ada jugak yang dah menjadi followers pada sahabat saya nie..

So, kali nie siapa pulak yang bertuah untuk minggu nie..? Jom kita kenal sama-sama.. 

http://starlavenderluna.blogspot.com

Blog Nurul Rasya.. Seorang gadis yang sedang melanjutkan pelajaran di negara matahari terbit, Jepun dalam bidang Linguistik Bahasa Jepun.. Saya kenal Rasya nie dah lama rasanya dan dia antara yang terawal menjadi sahabat saya di dalam dunia blog nie.. 

Rasya nie sukakan buku dan kebanyakan cerita dalam blognya berkisarkan buku dan jugak kehidupan dia sebagai seorang pelajar.. Apatah lagi dia belajar jauh dari keluarga, dan berdikari di negara orang yang terlalu asing dari segi bahasa dan budaya.. Saya memang suka baca blog Rasya nie sebab dia selalu menceritakan tempat yang amat menarik untuk dilawati di Jepun dan dia jugak selalu bagitau tips-tips yang menarik jika kita nak ke sana.. Semua orang tau keindahan tempat di Jepun dan Rasya boleh dikatakan menjadi pemandu pelancong untuk sesiapa yang nak pegi ke sana.. Tapi bukan setakat negara Jepun dia penah travel, baru-baru nie dia penah jejakkan kaki ke Korea, dan dia punya review tentang negara Korea memang menakjubkan, dan terasa macam diri nie nak jejakkan kaki ke sana.. 

Ooo, tadi kan saya ada cerita tentang bidang yang dia pelajari, so sesiapa yang nak belajar bahasa Jepun dan pelajari tulisan kanji (sejenis tulisan Jepun), bolehlah tanya Rasya nie..  Bukan tue saja, kalu awak nak pegi ke Jepun, nak tau situasi dan macamana nak cari tempat makanan halal, awak boleh tanya aje dengan si Rasya.. Rasya nie peramah orangnya dan selalu jugak dia tinggalkan komen kat jurnal saya, walaupun dia agak sibuk dengan pelajarannya.. 

Rasya, terima kasih kerana sahabat akak walaupun kita belum penah bersua muka lagi, tapi terasa macam kita dah lama kenal.. Terima kasih jugak akak ucapkan kerana tunjukkan tempat yang menarik di Jepun dan macamana keadaan awak di sana.. Akak doakan agar awak sentiasa sukses dengan pelajaran awak dan menjadi kebanggaan keluarga dan negara.. Semoga ikatan persahabatan kita akan sentiasa kekal ke akhirnya.. 

Image result for blogwalking

Jom kita jengah dan singgah ke blog Nurul Rasya..
#teambpt
#bloggerpantaitimur
#bloggerterengganu

You Might Also Like

12 lovely notes

  1. Menarik sgtbaca.. Fb rasya ape ye

    ReplyDelete
  2. Bestnya dapat travel jepun huhu... kena blogwalking ni :D
    Anyway jemput singgah blog saya: http://willyou-readthis.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. Hee. Nama Rasya ni memang familiar sebab dia rajin tinggal jejak dekat blog.
    Apa pun, all the best Rasya :)
    https://ikashoid.blogspot.my/

    ReplyDelete
  4. Pernah dengar jer nama rasya ni nanti ekin singgah

    ReplyDelete
  5. Nice review shikin.. nak gi jenguk blog beliau kejap.. hehehe

    ReplyDelete
  6. cikyan nak pergi terjah dia dulu.. boleh tambah kwn kans..

    ReplyDelete
  7. selalu juga singgah blog rasya ni :)

    ReplyDelete
  8. Mama ingat lagi mam kenal rasya sebelum dia pergi jepun LG. Tp kebal dlm alam Maya je laa

    ReplyDelete
  9. Terima kasihnya akak tolong review kan blog saya! Saya rasa akak orang first yang review. Sekarang saya busy sikit dah dua minggu tak buka blog. Nantikan review saya pulak. Hehe.

    ReplyDelete
  10. Sangat membantu. salam dari blogger Indonesia ya :)

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧

Let's Talk (NO SPAMMER)

Top Commentators