Cara memaksimumkan bawang putih sebagai penyedap masakan

11:33 AM

Image result for garlic


Assalamualaikum wbt..
Bawang putih memang diwajibkan ada dalam setiap masakan tak kira masakan timur ataupun masakan barat...Biarpun hanya menggunakan bawang putih, masakan yang sederhana pun boleh menjadi sedap asalkan kita pandai mengolah penggunaan bawang putih... Entri nie akan berkongsi cara untuk memaksimumkan bawang putih sebagai penyedap masakan.. 

  • Walau lebih praktikal menghaluskan bawang putih menggunakan chopper, tapi rasa yang dihasilkan jika menumbuk dengan menggunakan lesung batu akan menjadi lebih sedap. Sebab..? Chopper fungsinya hanya mencencang sedangkan batu lesung menghancurkan bawang putih.
  • Jika awak rasa malas nak tumbuk bawang putih dengan menggunakan lesung batu, awak boleh gantikan dengan menggunakan pengisar. Dengan mengisar bawang putih, cairan atau getah bawang putih akan keluar dengan lebih banyak dan inilah yang membuatkan masakan kita menjadi wangi dan sedap.

Image result for smash garlic use mortar


  • Selain lesung batu dan juga pengisar, awak boleh juga menghaluskan bawang putih dengan menggunakan garlic presser. Dengan alat ini, bawang putih ditekan pada lubang kecil sampai ianya menjadi seperti dicencang dan hasilnya getah bawang putih akan keluar begitu banyak. Tapi awak kena pilih garlic presser dengan bahan material yang kuat agar ianya tak mudah patah.
  • Sewaktu awak nak masak, tumis bawang putih saat minyak masih belum panas. Dengan cara ini, aroma bawang putih akan menjadi lengih 'menyengat' apabila dicampurkan dengan minyak. Apabila ini berlaku, bahan masakan yang lain bercampur dengan minyak akan menjadi beraroma harum dengan bawang putih.



You Might Also Like

9 lovely notes

  1. akak suka makan bawang putih ,selalu bakar hii nak buang angin

    ReplyDelete
  2. Aduh ira biasa titik je bawang putih tu kak agaknya sebab tu kot tak sedap hahaha

    ReplyDelete
  3. oh baru tau hehe, dulu sha guna bawang putih nak bagi kening lebat hihi

    ReplyDelete
  4. selalu nak cepat ketuk je bawang putih dgn lesung batu..hehe

    ReplyDelete
  5. Good tips shikin. Mama sumbat semua dlm blender je.. senang haha

    ReplyDelete
  6. Hehe..gud info. Ciktie kalau nak cepat main ketuk je bawang putih tu

    ReplyDelete
  7. kalau tak potong kecik2 ray tumbuk guna lesung

    ReplyDelete
  8. Tenkiu untuk semua tips ni. Saya tak suka bawang putih, tapi kalau tak masukkan nanti masakan tak wangi, hehe.

    ReplyDelete
  9. boleh dikatakan di dapur rumah ccl bebas dari bawang putih , sebab ccl tak suka bau bawang putih

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧

Let's Talk (NO SPAMMER)

Top Commentators