Hilangkan kesan hangus pada peralatan memasak

12:02 AM

Image result for frying pan burn

Assalamualaikum wbt..
Bila kita memasak, pasti akan ada kesan hangus pada peralatan memasak dan itulah yang kita duk termenung camne nak hilangkan kesan hangus tue.. Perasaan kita akan menjadi geram dan menyampah bila kesan hangus tue tak hilang-hilang, kan.. Hihi jangan menyampah tau awak sebab saya nak kongsi pada awak cara nak hilangkan kesan hangus tue menggunakan sumber alami.. 

Jom kita amalkan..

Image result for tomato

Tomato - Lenyekkan beberapa biji tomato ke dalam periuk atau kuali yang hangus dan biarkan semalaman. Pada hari esoknya awak dah boleh teruskan kerja menyental periuk dan kuali tersebut.


Image result for salt and lime

Garam dan limau nipis - Perah beberapa biji limau nipis dan campurkan dengan satu sudu garam. Biarkan selama satu jam di dalam periuk, lepas tue bolehlah awak menyental dan cuci periuk tue seperti biasa.


Related image

Sabun mandi - Potong sabun mandi menjadi empat bahagian. Ambil satu bahagian sabun mandi tersebut dan rendamkan ke dalam periuk atau kuali sehingga sabun tue menjadi kembang. Kemudian, awak sental periuk tadi dengan menggunakan sabun tue dengan menyental menggunakan berus dawai. Yang nie saya memang buat dan setakat nie ianya berkesan...


Image result for bikarbonat drink

Minuman berkarbonat - Rendam periuk yang hangus dengan minuman bikarbonat dan biarkan selama beberapa jam. Kemudian awak perlu uji sama ada kerak dah tertanggal atau tak dengan mencungkil kesan kerak dengan menggunakan sudu besi. Jika kesan tue masih belum tertanggal, awak perlu biarkan semalaman dan esoknya barulah awak cuci macam biasa..


You Might Also Like

7 lovely notes

  1. Antara keempat empat tips . Ccl pernah guna minuman berkabonat tu . Yg lain belum cuba

    ReplyDelete
  2. good sharing sis..cikyan tau yg psl minuman berkabonat tu ja..pnah cuba sekali..hihi

    ReplyDelete
  3. Tq for sharing shikin.. Ekin guna sabun yang warna koko jenis tu

    ReplyDelete
  4. tak pernah try selalu rendam je dgn air sabun..hihi

    ReplyDelete
  5. Guna air berkarbonat Tu mama penah tgk kt fb. Berkensn kuga

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧

Let's Talk (NO SPAMMER)

Top Commentators