Tuesday, February 27, 2018

Sahabat blogger pilihan Starlavenderluna : JM Belog

http://starlavenderluna.blogspot.com

Assalamualaikum wbt...
Selamat pagi suma.. Yeaayyy.. Kini segmen nie kembali lagi setelah dua minggu berdiam diri.. Adakah awak suma kenal dengan sahabat-sahabat saya yang dah di review sebelum nie ataupun belum kenal lagi..? Jika dah, Al-Hamdulillah tapi jika belum, sudi-sudikanlah singgah ke blog mereka, kita kembangkan lagi ikatan silaturahim antara kita, mudah-mudahan ada di kalangan mereka akan mendoakan kesejahteraan kita dan begitu jugak kita.. 

Okey, kali nie siapa pulak yang telah terpilih untuk di review..? Jom kita kenali beliau.. Beliau yang dimaksudkan adalah....

http://starlavenderluna.blogspot.com
Blog JMBelog... Seorang jejaka daripada Kulim, Kedah ini diberi nama Jamil Bin Hashim atau lebih dikenali sebagai JM.. Sama seperti sahabat saya yang lain, saya kenali JM nie semasa mula-mula saya mengenali dunia blogging dan dia antara yang terawal pernah join giveaway pertama saya.. 

Seorang yang simple, sama seperti halaman blog dia dan kalau awak lihat betul-betul, template yang digunakan amat ringkas sekali, tak berbunga-bunga dan takde widget yang berserabut.. Selalu gunakan tagline 'JUST SHARING STORIES "I am not blogger I just follower" ' tapi ada ketikanya JM memberikan idea entri yang bernas dan mungkin ada antara kita yang belum pernah mendengar perkara tersebut.. Jika dia mengambil entri daripada blogger yang lain, dia selalu akan pastikan yang dia mengkreditkan nama empunya blog dan link nya sekali.. 

Entri yang selalu dia kongsikan adalah berkaitan keagamaan ataupun informasi yang mungkin kita tak ketahui sebelum ini ataupun kita tak berapa nak kisah tentang sesuatu perkara yang agak penting dalam kehidupan kita.. Contohnya jika awak pernah meninggalkan solat lima waktu sejak akil baligh, ada beberapa perkara yang WAJIB awak lakukan sebelum terlambat.. Awak boleh baca DI SINI... 

Pada JM, terima kasih di atas ikatan silaturahim antara kita, walaupun berlainan jantina tapi kita bersaudara satu agama.. Insha Allah, semoga ianya berkekalan hingga ke akhirnya..

Image result for blogwalking
Jom kita jengah dan singgah ke blog JMBelog...

#teambpt
#bloggerpantaitimur
#bloggerterengganu
#bloggersepang

11 comments:

  1. wahhh.. bestnya JM kena review.. tahniah ya...

    ReplyDelete
  2. yyeayyy cikyan dah follow lama dah dia.. dia baik juga..rajin singgah atau balas kunjungan...

    ReplyDelete
  3. JM memang rajin share info. Dah lama tak menyinggah ke blog dia

    ReplyDelete
  4. Oo..dah lama tak singgah blog JM. Awal-awal dulu ada juga singgah baca entri kat situ.

    ReplyDelete
  5. wow... tahniah JM... dia mmg rajin blogging n bw

    ReplyDelete
  6. Selalu jadi silent reader JM dan ada afew blog yang lain. Huhu

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧

GooglePlus Followers