Jangan bunuh sperma!

Thursday, March 08, 2018

Related image


Assalamualaikum wbt..
Setiap pasangan yang telah berkahwin sememangnya mengimpikan zuriat sebagai penyeri dalam rumah tangga. Kesuburan setiap pasangan perlu dilihat pada kedua belah pihak baik perempuan mahupun lelaki. Dikatakan, kesuburan seorang lelaki dilihat pada kualiti dan kuantiti sperma, sebagai contoh, seorang lelaki dikatakan akan mengeluarkan kira-kira 300 sehingga 400 juta sperma/hari jika dibandingkan dengan seorang perempuan yang hanya mengeluarkan kira-kira 300 sehingga 400 ovum (telur) sepanjang hidupnya. Selain itu, sel sperma memerlukan masa antara 75 hari untuk tumbuh sehinggalah matang tapi ada beberapa faktor yang boleh mengganggu kesuburannya. 

Antara faktor-faktornya :-

Panas - Menurut seorang ahli kesuburan di Los Angeles, Hal Danzer mengatakan jika suhu testis dinaikkan pada suhu 98⁰C, pengeluaran sperma akan terhenti, terganggu dan memberi kesan yang negatif selama berbulan-bulan.

Mandi air panas - Menurut sebuah penelitian yang diterbitkan pada tahun 2007, berendam di jakuzi atau mandi air panas selama 30 minit boleh menurunkan pengeluaran sperma. Ini kerana sperma memerlukan waktu yang lama untuk matang.

Demam - Demam yang tinggi boleh memberi kesan pada sperma dan proses pengeluaran sperma boleh menurun sehingga 35 peratus apabila seseorang itu mengalami demam.

Telefon bimbit - Dikatakan lelaki yang menggunakan telefon bimbit lebih daripada empat jam per hari mempunyai jumlah sperma, dan bentuk normal yang lebih rendah. Kesannya sama seperti meletakkan telefon di bahagian poket seluar.

Laptop - Menurut penelitian di State University Of New York di Stony Brook, laptop boleh mempengaruhi kesuburan lelaki dan memberi kesan pada pasangan yang ingin hamil. 

Obesiti - Menurut Daniel A. Potter dari Huntington Reproductive Center di California, obesiti dikaitkan dengan peningkatan pengeluaran hormon wanita (estrogen), penurunan jumlah sperma, mati pucuk dan sebagainya. Menurut kajian WHO pada tahun 2009, lelaki yang mengalami obesiti yang ekstrem dapat mempengaruhi potensi reproduksi lelaki secara negatif.

Varises - Kira-kira 15 peratus lelaki mempunyai varikokel atau pembesaran varises pada skrotum di testis kiri. Masalah ini akan menyebabkan jumlah sperma menurun dan mengganggu pengeluaran sperma.

Gaya hidup - Kajian pada tahun 2010 mengatakan pengambilan alkohol boleh mempengaruhi kualiti pengeluaran dan merokok pula boleh mengganggu motiliti sperma, DNA sperma dan meningkatkan disfungsi ereksi.

Oleh itu, cik abang suma jangan ambik ringan dan ambik mudah tentang perkara-perkara tersebut.


7 comments

  1. Fuh !...

    saya menggunakakn laptop sepanjang hari..

    tak tahu lagi saya kesuburan saya semakin menurun

    ReplyDelete
  2. terima kasih di atas perkongsian..

    ReplyDelete
  3. perkongsian yang bagus nih untuk kaum adam

    ReplyDelete
  4. blurr kejap.. now kan smua phone dan laptop.. hmmm

    ReplyDelete
  5. Terima kasih atas perkongsian.

    ReplyDelete
  6. penting.
    nampak enteng, tapi kalau tak tau, hmmmmmm...

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧