Kehebatan sperma lelaki

12:53 PM

Image result for men healthy

Assalamualaikum wbt..
Kata orang, kalau nak jurnal kita selalu dibaca, kenalah pelbagaikan jenis bacaan.. Okey, awak masih ingat lagi tak entri saya yang terdahulu.. Pasal nie..

JANGAN BUNUH SPERMA!

Ingat kan.. Okey, hari nie saya nak bercerita pulak pasal sperma jugak, tapi pasal kehebatan sperma yang mungkin orang perempuan kurang mengetahuinya... Oh ya.. Anggap saja entri bacaan nie untuk pengetahuan umum sebab tak salah untuk kita belajar perkara-perkara seperti ini..

Jom kita selidik...

🚹Sedikit tetapi dapat mengejar ovum - Biasanya, lelaki akan melalui proses ejakulasi dan menghasilnkan separuh sudu teh amin sperma. Mungkin ianya nampak seperti sikit aje, tapi kebiasaanya sperma sentiasa berjaya mengejar ovum yang dihasilkan oleh badan wanita. 

🚹Berhadapan dengan saingan sengit - Hanya satu sel sperma saja yang boleh menembusi ovum dalam 200 juta tue, jadi dah tentu saingannya amat sengit sekali.

🚹Sangat halus - Sperma lelaki sangat halus hingga memerlukan kita untuk menggunakan mikroskop untuk melihat bentuk sperma lelaki dan ianya mustahil untuk dilihat dengan mata kasar. Setiap dari sel sperma tue mempunyai ukuran lebih kurang 0.002 inci dari kepala ke ekor.

🚹Mampu bertahan beberapa hari - Sperma lelaki boleh hidup di dalam ovari wanita selama dua hari jika dibandingkan dengan ovum wanita yang hanya bertahan semalaman saja.

🚹Tubuh serap balik sperma - Jika sperma tak melalui proses ejakulasi, sperma tadi akan menjadi rosak dan tubuh lelaki akan menyerapnya kembali..

🚹Dua bulan untuk hasilkan sperma - Proses untuk menghasilkan sperma mengambil masa kira-kira dua bulan sehingga sperma menjadi matang.

🚹Bahan bahaya untuk sperma - Air liur dikatakan memberi kesan kepada sperma. Bahkan kajian yang dijalankan di sebuah institut kesihatan Amerika pada tahun 1998, pelincir alat kelamin wanita juga mampu memberikan kesan yang buruk pada sel sperma.

Semoga ianya memberi manfaat kepada kita.. 

You Might Also Like

6 lovely notes

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧

Let's Talk (NO SPAMMER)

Top Commentators