Resipi rahsia wanita Jepun untuk menegangkan kulit

3:05 PM

Image result for water rice

Assalamualaikum wbt..
Setiap wanita akan mementingkan kecantikan secara keseluruhan, daripada hujung rambut hingga hujung kaki.. Ini termasuklah cara untuk menegangkan kulit wajah.. Jom kita belajar cara nak buat masker beras yang selalu dipakai oleh wanita Jepun dengan menggunakan sumber alami..

Image result for honey and milk masker

Bahan-bahan utama
3 sudu besar beras Jepun (sushi rice) - tapi boleh digantikan dengan beras pulut
1 sudu besar madu
1 sudu besar susu segar

Cara penyediaan
Rebus beras selama 2 minit dan kemudian toskan beras tue. Air rebusan nie perlu disimpan di dalam bekas lain. Kemudian, awak campurkan susu yang dipanaskan bersama dengan madu. Gaul sebati dan jadikan ramuan ini (susu+madu) sebagai masker. Oleskan pada seluruh wajah dan leher dan biarkan ianya kering sehingga 30 minit. Akhir sekali, bilas wajah awak dengan air rebusan beras yang disimpan tadi. Untuk dapatkan hasil yang terbaik, amalkan petua ini dalam seminggu sekali.

Ramuan ini dikatakan membantu melancarkan perjalanan darah pada wajah, kaya dengan antioksidan, membantu melembapkan kulit dan antipenuaan. Ramuan ini juga dapat mengurangkan kedutan dan garis halus pada wajah.. 

Cubalah...


You Might Also Like

9 lovely notes

  1. good sharing sis.. cikyan amalkan basuh guna air beras je.. dgn letak susu segar kdg..atau yogurt..kunyit..tapi belum pnah cuba madu..hihi

    ReplyDelete
  2. Dulu zaman skolah..aktif sukan , mak sllu buatkan air beras ni..hehe

    ReplyDelete
  3. dulu rajin la basuh muka dengan air beras ni tapi sekarang dah tak makan nasi sebab tengah diet :P

    ReplyDelete
  4. wahhhh biasa bilas ngan air beras je..ni bole try ni

    ReplyDelete
  5. Nak cntik mcm org jepun jugak lepas ni .kena rajin amalkan tips diatas

    ReplyDelete
  6. bila baca ni, terus teringat sushi, shikin :) ha ha ha

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧

Let's Talk (NO SPAMMER)

Top Commentators