Wednesday, March 14, 2018

Sebuah bandar, seorang penduduk

Assalamualaikum wbt..
Manusia sememangnya hidup saling memerlukan antara satu sama lain dan ianya amat jarang sekali kita lihat manusia boleh hidup bersendirian tanpa ada orang lain di sisinya. Awak boleh bayangkan tak kita menjadi satu-satunya manusia yang hidup dalam sebuah bandar ataupun kampung.. Yea.. HANYA KITA SORANG SAJA.. Mesti awak tak dapat nak bayangkan, betul tak..? Tapi hakikatnya memang ada.. 

Entri 'Macam-macam cerita' kali nie, saya nak kongsikan cerita pelik tapi benar tentang beberapa orang yang boleh dikatakan hebat sebab tinggal di sesebuah bandar ataupun kampung secara bersendirian, macam tajuk kat atas tue..

Jom..

Related image

Monowi adalah merupakan satu wilayah kecil yang terletak di Nebraska, Amerika. Monowi mempunyai seorang Datuk Bandar yang juga merupakan satu-satunya penduduk tunggal yang tinggal di wilayah itu. Elsie Eiler, seorang wanita yang berumur 77 tahun yang sampai saat nie bertahan hidup di sebuah rumah kayu yang juga dijadikan sebagai tempat dia menjalankan perniagaan.Sebelum Elsie direkodkan sebagai penduduk tunggal di Monowi, dia tinggal bersama-sama dengan suaminya Rudy yang kemudian telah meninggal dunia pada tahun 2004. Sejak daripada kematian suaminya, Elsie hidup bersendirian di bandar Monowi dan beliau menjalani kehidupan seperti biasa dengan kemudahan fasiliti yang sangat minimum.. 

Image result for naoto matsumura

Selain daripada Amerika, Jepun juga turut mempunyai sebuah kota yang hanya dihuni oleh seorang penduduk. Daerah Tomioka yang berada di wilayah zon terkawal di mana tempat beliau dikelilingi tembok elektrik tenaga nuklear di Fukushima. Kota ini dihuni oleh seorang lelaki yang bernama Naoto Matsumura, berumur 54 tahun. Pada asalnya kota ini mempunyai penduduk seramai 16 ribu orang sebelum hancur akibat daripada gempa bumi dan tsunami. Wilayah yang boleh dikatakan terletak berhampiran dengan kawasan nuklear, jadi ianya menjadi kawasan yang amat tercemar dan rata-rata penduduk di situ mengambil keputusan untuk berpindah ke bandar yang lain. Hanya Naoto Matsumura saja yang setia untuk terus berada di Tomioka walaupun tanpa adanya bekalan air dan elektrik serta udara yang tercemar. Naoto kini menjaga haiwan-haiwan peliharaan dan juga menjadi penjaga kubur lama yang terdapat di wilayah itu.

Image result for hugh pite

Memiliki rumah berhampiran dengan laut pastinya menjadi idaman setiap orang. Namun bila adanya masalah seperti air pasang, pencemaran air dan bencana alam membuatkan penduduk di sekitar Jordan River, Kanada meninggalkan wilayah kediaman mereka untuk ke satu tempat yang lebih selamat untuk mereka diami. Satu-satunya penduduk yang masih setia untuk tinggal di kawasan itu adalah seorang lelaki yang berusia 72 tahun, Hugh Pite. Jordan River adalah sebuah wilayah yang berdekatan dengan Vancouver, selalu mengalami bencana alam seperti gempa bumi dan banjir. Oleh kerana itu, ramai penduduk Jordan River memilih untuk berpindah dan ianya tak menjadi masalah kepada Hugh untuk terus tinggal di kawasan yang selalu mengalami bencana alam ini..


Image result for pablo novak

Lagun Epecuen adalah sebuah kawasan tasik garam yang terletak di sekitar 600 kilometer di sebelah barat daya ibu kota Argentina iaitu Buenos Aires. Dulu kawasan nie merupakan kawasan pelancongan yang agak popular yang diberi nama sebagai Villa Epecuen. Kadar garam yang terkandung dalam tasik itu adalah yang kedua tertinggi di dunia setelah Laut Mati menjadikan ianya sebuah kawasan tarikan pelancong yang popular. Dulu kawasan ini didiami seramai lebih daripada 5000 orang penduduk, namun setelah banjir besar yang melanda pada tahun 1985 berlaku, membuatkan ramai yang mengambil keputusan untuk berpindah. Pada tahun 1993, kawasan ini tenggelam dan mati dengan peningkatan kadar air secara mendadak tapi pada tahun 2009, air di kawasan ini menjadi surut. Salah sorang daripada bekas penduduknya kembali semula ke kawasan ini, Pablo Novak, seorang lelaki yang berusia 81 tahun menjadi satu-satunya penduduk yang masih kekal berada di Villa Epecuen.


10 comments:

  1. wah,Saya tertarik dengan artikel ni. dulu saya pun pernah terfikir adakah org benar2 boleh hidup bersendirian tanpa sesiapa. Bila saya baca post ni, saya tak memang tak sangka. Biasa dengan orang selalu menjalani kehidupan secara sendiri.

    Tapi ini berbeza. hidup tanpa orang disesekeling. empty place? hanya 1 org yang tinggal? interesting :)

    ReplyDelete
  2. wahhh
    duduk seorang jer
    hebat2

    ReplyDelete
  3. kental betul hati masing-masing duduk sorang2 je. Okay je nak tinggal sorang, lagi aman & tenang tapi takut jugak kalau ada hantu :(

    ReplyDelete
  4. how can i survive duduk sorg diri camni..

    ReplyDelete
  5. Adoi.. Yang membaca pun dah terasa kesunyian tinggal sorang-sorang, macam manalah mereka ini bertahan ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mereka hidup dgn memori kot, sha...
      cth nyer mcm mak mak kita la.
      nak jugak idup kat kampung sorang diri.
      dok dgn anak cucu kan best.

      Delete
  6. Ya Allah cmna dorg ble hidup sdiri2 tu.. kalo Ju sekejap pun dah rasa bosan huhu

    ReplyDelete
  7. aida ada baca kat fb ni, shikin.
    pada aida diorang ni jenis yg tak nak tinggalkan memori.
    diorang sayang kan tempat tu.
    meskipun sorang diri, tapi pada diorang sgt berbaloi hidup di situ sehingga akhir hayat.

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧

G+ Followers