Tanda-tanda lelaki belum bersedia untuk bergelar suami

10:59 AM

Image result for couple

Assalamualaikum wbt..
Hubungan cinta dah lama terjalin dari sehari ke sehari, dari bulan ke bulan dan dari tahun ke tahun tapi masih tak nampak bayang-bayang untuk lebih serius dalam perhubungan. Bila ditanya dan diajak berbincang tentang peminangan, boyfriend sering kali mengelak daripada pertanyaan kita.. Sikap inilah yang membuatkan kita akhirnya mengalah dan berserah pada takdir.. Kata orang, kalau ada jodoh takkan ke mana.. 

TAPI...

Sampai bila kita nak tunggu..? Dalam situasi ini, kita boleh kenal sikap lelaki yang belum bersedia untuk bergelar suami.. Bawaklah berbincang untuk menyelesaikan masalah ini dan saya nak berkongsi tanda-tanda bagi lelaki yang tak bersedia lagi nak memberikan komitmen penuh pada kita.. Jom..

Ubah topik - Bila kita bersembang dengan si dia tentang perkahwinan, pasti dia akan mengubah topik atau terus menerus untuk berdiam diri. Ataupun tiba-tiba aje si dia nak balik ataupun paling tak pun dia puji tentang kecantikan diri kita.. 

Tak memperkenalkan kepada keluarga - Untuk mengaburi mata, si dia memang takde masalah untuk bersembang tentang alam perkahwinan yang bakal dibina tak lama lagi. Tapi dia seperti tak bagi isyarat untuk mempertemukan awak kepada kedua ibu bapanya. Walaupun awak sendiri dan mempertemukan si dia dengan ibu bapa awak. Jadi, jika berlaku seperti ini, berhati-hatilah agar hati awak tak terluka..

Tak mengerti makna ikatan - Ada lelaki yang tak suka dengan apa-apa ikatan, diorang nie boleh dikatakan nak bebas dan tak suka untuk memikul tanggungjawab. Untuk kenal lelaki seperti nie, awak boleh tengok daripada sifatnya yang tak penah benar-benar memerlukan orang lain dalam hidupnya.. Mungkin dia ada ramai teman atau sanak saudara, tapi takde seorang pun yang benar-benar rapat dan akrab dengan dirinya. Jadi, berkemungkinan dia tak kenal erti sebenar 'ikatan'. 

Perkenalkan awak kepada kawan baiknya - Jika si dia dah memperkenalkan awak kepada kawan baiknya ini bermakna awak dah melepasi lampu kuning. Tujuan perkenalan nie adalah kawan baik si dia dapat menerima diri awak dan mungkin dia jugak mintak pendapat mengenai diri awak daripada kawan baiknya tue. Jika awak tak kenal siapa kawan baiknya, jadi perlu berhati-hati.

Tak membincangkan hal peribadi - Seperti mana awak hanya akan bercerita tentang hal peribadi awak kepada orang yang boleh dipercayai dan baik dengan awak, jadi sama jugak dengan lelaki. Tapi jika si dia tak pernah nak bercerita ataupun mengizinkan awak untuk mengetahui masalah peribadi yang dihadapinya, adalah lebih baik awak tanyakan sedalam mana perasaannya pada diri awak.. Yealah, orang kata biar sama-sama susah, ada masalah boleh dikongsikan dan diceritakan.. 

Berulang kali menceritakan keburukan dirinya - Jika si dia berulang kali menceritakan keburukan dirinya pada awak, pasti ada sesuatu yang ingin dinyatakan secara lembut. Mungkin si dia ingin meminta awak mempertimbangkan semula dengan hasrat untuk membina hubungan lebih serius. Ini jugak bermakna salah satu cara si dia untuk mintak tempoh masa agar dia dapat menyelesaikan masalahnya itu.

Semoga ianya memberi manfaat kepada kita... Apapun, bincanglah secara elok jika kita menyayangi antara satu sama lain.. Insha Allah, kalau ada jodoh kita dengan si dia, maka awak berdua tetap akan disatukan.. 


You Might Also Like

8 lovely notes

  1. Bagi wanita...hati2 dan minta petunjuk dari Allah..terima kasih perkongsian ini ya..

    ReplyDelete
  2. hurm..point terakhir tu mesti akan disusuli ayat 'awak terlalu baik untuk saya'

    ReplyDelete
  3. tapi ada jugak yang dah kenalkan dekat family sudahnya tinggal macamtu je

    ReplyDelete
  4. Ada yang kenalkan pada family tapi sebelum tinggal guna ayat cliche 'awak baik sangat'. Nak cari perempuan jahat agaknya jadi bini..

    ReplyDelete
  5. payah kalau ada tanda-tanda gitu yg jelas tak serius kot..

    ReplyDelete
  6. Oo.. perkongsian yang bagus ni. Nice sharing

    ReplyDelete
  7. tanam dalam diri rasa tanggungjawab.. Insyaallah bersedia la tu. hehe

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧

Let's Talk (NO SPAMMER)

Top Commentators