Wednesday, March 28, 2018

Review : Master Of Study

Image result for master of study


Kisah seorang peguam telah diberi tugasan untuk membantu sebuah sekolah yang telah hampir muflis dan kebanyakan pelajar2nya terdiri daripada golongan orang2 kaya dan keluarga bermasalah.. Pelajar2 di sekolah nie memang takde rasa minat untuk belajar dan peguam terbabit iaitu Kang Seok Ho telah memberi syarat kepada pengerusi sekolah iaitu Han Soo Jung untuk membawa 5 orang pelajar masuk ke universiti terkemuka di Korea.. Peguam nie dibantu oleh seorang guru Inggeris bernama Jang Ma Ri dan mereka telah melatih lima orang pelajar iaitu Hwang Baek Hyun, Oh Bong Goo, Na Hyun Jung, Hong Chan Doo Dan Kil Pool Ip dengan kaedah pembelajaran secara drastik.. Pada mulanya prestasi lima pelajar ini kurang memberangsangkan sehinggalah Kang Seok Ho membawa 4 orang guru yang bukan daripada sekolah itu.. Mereka semuanya adalah pakar dalam bidang masing-masing seperti pakar ilmu matematik, pakar bahasa korea, pakar bahasa Inggeris dan pakar ilmu sains dan kaedah pengajaran mereka berbeza daripada guru² yang sedia ada.. Dengan kesungguhan pelajar² ini, mereka telah berjaya memasuki universiti terbabit.. 

Image result for master of study

Drama nie walaupun ada terselit kisah cinta monyet pelajar tetapi motif utama drama ini diterbitkan adalah kita perlu buat sesuatu dengan bersungguh-sungguh dan jangan putus asa dalam apa jua cabaran hidup. drama nie bukanlah 100% genre serius, ada jugak elemen kelakar, sedih, gembira dan sayu dalam drama nie..

Napa saya cakap sayu? Sebab di akhir drama nie, peguam ini kembali dalam bidang yang telah diceburi iaitu bidang guaman dan pelajar
² ini sentiasa mengingati beliau walaupun mereka sudah menjejakkan kaki di menara gading.. Drama nie mengajar kita agar sentiasa menghormati guru yang telah menjadikan kita seorang manusia yang berguna pada masyarakat, bangsa dan negara selain daripada ibu bapa kita sendiri.. Ada satu lagi babak yang menarik perhatian, iaitu babak di mana Na Hyun Jung mengalami demam panas selepas berlakunya insiden yang membabitkan dirinya dan Hwang Baek Hyun. Untuk mengelakkan 'Special Class' mereka dibubarkan, mereka memaksa diri untuk menduduki peperiksaan pertengahan tahun... Setiap hari boleh dikatakan mereka belajar sehingga lewat malam dan setiap bulan mereka mengadakan kem belajar.. 


Image result for master of study



Image result for master of study

Related image

Image result for master of study

Image result for master of study

Image result for master of study

Image result for master of study

Image result for master of study

Related image

Related image

Drama nie memang saya suka tengok banyak kali sebab ada babak yang kelakar, macam Kang Seok Ho memang anti dengan Hwang Baek Hyun tapi di akhir drama, mereka menjadi rapat dek perangai mereka sama saja, iaitu panas baran.. Lepas tue, ada satu episod tue memang best, saya tak ingat episod ke berapa.. Episod nie menceritakan kelima-lima pelajar nie terpaksa belajar di sebuah rumah di satu lokasi yang tak diketahui oleh mereka.. Asalnya mereka sedang menjalani kem pembelajaran musim panas, tapi oleh kerana mereka tak konsisten untuk belajar dek cuaca, Kang Seok Ho bersama dengan cikgu matematik dan cikgu bahasa Inggeris membuat keputusan untuk membawa mereka keluar daripada sekolah dan mereka belajar dalam suasana yang baru, iaitu belajar secara persendirian di dalam bilik.. Tapi sebenarnya mereka diasingkan mengikut kelemahan mereka dalam pelajaran, contohnya macam Hwang Baek Hyun memang lemah di dalam matematik dan mempunyai tulisan buruk semasa buat jalan penyelesaian matematik hingga tak dapat dibaca oleh cikgu matematik.. Hong Chan Doo pulak sebenarnya takde masalah sangat dalam pembelajaran tapi dia tak fokus semasa belajar, jadi dalam bilik dia penuh dengan tv dengan rancangan tv yang melalaikan dia untuk belajar.. Hong Chan Doo perlu menyiapkan kerja rumah yang diberikan, jika dia gagal dalam masa yang ditetapkan, belon yang berisi tepung yang diletakkan pada siling bilik itu akan pecah dan itulah denda yang terpaksa dia hadapi.. 

Banyak lagi kisah yang menarik dalam drama nie, dan ianya memang sesuai untuk tatapan anak-anak walaupun ada masanya mereka memaparkan cerita cinta.. 


7 comments:

  1. suka tengok drama genre macam ni. Nanti nak try tengok lah :D

    ReplyDelete
  2. tengok sebab ada Yoon Seungho pastu tak ingat habis ke tak tengok drama ni..haha

    ReplyDelete
  3. i always love student teacher storyyy

    ReplyDelete
  4. Macam best.. masuk list dulu.. kikiki..

    ReplyDelete
  5. mcm best jer cerita ni.. :)

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧

GooglePlus Followers