Wednesday, March 14, 2018

10 makanan yang boleh membantu kesihatan protstat lelaki

Image result for eat men

Assalamualaikum wbt..
Kali nie saya nak kongsikan informasi berkaitan lelaki memandangkan jurnal nie dikunjungi oleh pembaca kaum lelaki selain daripada kaum wanita dan ianya boleh dikongsi oleh sesiapa saja...Kalu takde pembaca lelaki pun, orang perempuan boleh sampaikan informasi nie pada ayah, adik, abang, suami dan rakan-rakan lelaki yang lain, betul tak..?

Seiring dengan pertambahan umur, orang lelaki perlu menitikberatkan penjagaan kesihatan prostat. Jadi, awak perlu makanan yang khusus sebagai alternatif melawan masalah kesihatan dan ianya jugak untuk meningkatkan jumlah dan kualiti sperma. Berikut saya sertakan beberapa makanan yang boleh diambil dalam sehari-hari demi penjagaan kesihatan prostat..

Image result for tea

Teh - Antioksidan catechin yang terdapat di dalam teh dapat meningkatkan kesihatan seksual, memori, suasana hati dan fokus. Teh tanpa gula adalah alternatif untuk pengganti minuman ringan yang mempunyai banyak gula. Manakala teh hijau juga dapat membantu menurunkan risiko kanser prostat dan juga dapat menurunkan kolesterol.

Image result for bayam

Bayam - Ianya merupakan sumber magnesium yang dapat membantu melebarkan pembuluh darah. Aliran darah yang lebih baik ke alat kelamin dapat menciptakan ghairah yang lebih besar. Banaym dan sayuran hijau yang lain seperti brokoli, kubis, lobak merah adalah sumber magnesium yang baik untuk awak.

Image result for egg

Telur - Kaya dengan vitamin B6 dan B5 dan vitamin ini dapat membantu mengimbangkan hormon, mengurangkan stres dan ianya amat penting untuk kesihatan libido awak. 

Image result for oatmeal

Oatmeal - Ini adalah salah satu cara alami untuk testosteron. Oatmeal nie mengandungi L-arginine yang kerap digunakan sebagai ubat untuk masalah mati pucuk.

Image result for oyster

Tiram - Ianya dianggap sebagai ubat alami untuk meningkatkan fungsi sensual lelaki. Mineral dalam tiram ini dipercayai dapat meningkatkan libido dengan membantu proses produksi testosteron.

Image result for watermelon

Tembikai - Ianya bebas lemak, kaya dengan sodium dan tinggi dengan vitamin A dan vitamin C. Penelitian mendapati kandungan likopen dalam tembikai dapat mengurangkan risiko kanser prostat. Lelaki dewasa perlu mendapatkan di antara 10 mg likopen setiap hari.

Image result for berries

Beri - Beberapa jenis beri seperti strawberi, blackberry dan raspberi kaya dengan vitamin C dan antioksidan yang dapat mencegah kerosakan akibat radikal bebas. Manakala vitamin C pula membantu mengurangkan pembengkakan dan melancarkan pembuangan air kecil.

Image result for nuts

Kekacang - Awak boleh menggantikan daging merah dengan protein nabati. Kekacang nie kaya dengan protein dan nutrisi penting yang lain. Lelaki dewasa perlu mendapatkan makanan ini sekurang-kurangnya 38 gram serat dan 56 gram protein per hari.

Image result for fish market

Ikan - Asid lemak omega-3 DHA dan EPA dalam ikan dapat membantu meningkatkan kadar dopamin di otak sehingga meningkatkan ghairah. Menurut seksologi Yvonne K. Fulbright, DHA dan EPA mempunyai sifat anti-inflamasi untuk melawan pembekuan darah dan mencegah demensia.

Image result for fruit vitamin c

Buah-buahan - Pengambilan 200 mg vitamin C sehari dapat meningkatkan jumlah sperma. Dengan penelitian di University Of Texas Medical Branch mendapati, lelaki yang mengambil suplemen vitamin C selama 60 hari dapat memulihkan kesuburan.

Semoga ianya memberi manfaat kepada kita semua.
#teambpt
#bloggerterengganu
#bloggersepang
#personaljournalist

2 comments:

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧

G+ Followers