Monday, March 19, 2018

Mandi bunga beri aura positif

Image result for mandi bunga

Assalamualaikum wbt...
Bunga nie bukan saja cantik dan mempunyai haruman yang segar, tapi tumbuhan ini mempunyai seribu satu kebaikan untuk merawat kecantikan dalaman wanita. Lebih teristimewa, bunga mempunyai aura tersendiri yang dapat membantu menaikkan seri dan menambahkan pesona seorang wanita. Jadi, kaedah yang paling popular untuk menggunakan kebaikan bunga nie adalah mandi bunga.

Amalan mandi bunga nie dah dilakukan sejak zaman berzaman dan sering dijadikan amalan untuk bakal raja sehari agar serinya menyerlah ketika hari bersejarah. Wajah yang kusam akan kembali berseri dengan aura bunga-bungaan dan sekaligus bau bunga-bungaan dapat membantu mengharumkan tubuh dan menjadikan terapi stres yang terbaik. Khasiat yang terkandung dalam bunga juga menjadikan kulit menjadi lebih lembap dan segar. Nak tau cara mandi bunga tak..? 


Bahan-bahan untuk mandi bunga
3 biji limau nipis ataupun limau purut
hirisan daun pandan - dirincik halus
hirisan daun limau purut - dirincik halus
Air mawar

Kelopak 7 jenis bunga :
Kelopak bunga mawar
Kelopak bunga kenanga
Kelopak bunga tanjung
Kelopak bunga cempaka
Kelopak bunga kekwa
Kelopak bunga melur
Kelopak bunga susun kelapa

Caranya adalah Titikkan air mawar ke dalam hirisan daun pandan dan daun limau purut. Kemudian perahkan limau nipis ke dalam tab mandi ataupun baldi yang berisi air. Lepas tue, awak taburkan kelopak bunga dan hirisan daun pandan serta daun limau purut yang dah dititik dengan air mawar. Awak disarankan mandi biasa dulu sebelum mandi bunga. Selepas itu, sebelum awak nak mandi bunga, bacakan selawat nabi sebanyak 3 kali dan surah Al-Fatihah sebanyak 1 kali (nak baca tue, baca di luar bilik air untuk menjaga kesucian ayat Al-Quran). Kemudian, awak jirus air di sebelah kiri badan dulu sebanyak 3 kali dan diikuti dengan di sebelah kanan badan sebanyak 3 kali jugak. Selebihnya awak siram dari bahagian kepala hingga ke kaki sehinggalah air bunga nie habis..Rawatan mandi bunga ini seelok-eloknya dilakukan pada waktu pagi, jadi awak boleh buat air mandian bunga ini pada waktu malam kerana seelok-eloknya air mandian bunga ini dibiar semalaman. 

Jika awak tak jumpa salah satu bunga yang saya nyatakan kat atas tue, awak boleh gunakan bunga yang lain, maksudnya bunga yang wangi dan tak berbau busuk dan bukan berwarna hitam.. 

Image result for bunga mawar
Bunga Mawar

Image result for bunga kenanga
Bunga Kenanga


Related image
Bunga Tanjung

Image result for bunga cempaka
Bunga Cempaka

Image result for bunga kekwa
Bunga Kekwa

Image result for bunga melur
Bunga Melur

Image result for bunga susun kelapa
Bunga Susun Kelapa

Image result for hirisan daun pandan
Daun pandan
Image result for kaffir lime
Limau purut dan daun limau purut

Image result for lime
Limau nipis

Image result for air mawar
Air bunga mawar
Selamat mencuba...


10 comments:

  1. bagus mandi bunga nie..tapi kebanyakkan orang salah erti pasal mandi bunga nie

    ReplyDelete
  2. Ne lepas pantang boleh mandi bunga

    ReplyDelete
  3. nice sharing

    Salam Sejahtera.

    Jemput join pencarian bloglist April 2018

    : http://aerillhassan.blogspot.com/2018/03/pencarian-bloglist-april-2018-by.html

    ReplyDelete
  4. Bagus info ni, lepasni boleh buat mandi bunga sendiri..thanks :)

    ReplyDelete
  5. Syoknya akalu ada orang buatkan.. Memang naik seri wajah..

    ReplyDelete
  6. like to read this, shikin.
    aida masih lagi mandi bunga ni tau kat spa.
    just nak kan aura nyer saje.
    sesuatu yg baik dari alam semulajadi.

    ReplyDelete
  7. bestnya manjakan diri dgn mandi bungaaaa

    ReplyDelete
  8. mandi bunga ni memang bagus tp tak pernah try lagi.

    ReplyDelete
  9. Memang best mandi bunga ni.rasa segar je badan.

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧

GooglePlus Followers