Menabung untuk beli rumah idaman

4:37 PM

Image result for house


Assalamualaikum wbt..
Memiliki rumah idaman bukanlah perkara remeh, malah ia merupakan pelaburan yang paling mahal bagi seseorang itu sepanjang hidupnya. Namun, keputusan membeli sebuah rumah boleh menimbulkan pelbagai implikasi kewangan sebaik sahaja kita memberikan komitmen untuk membeli rumah tersebut.

Bayaran balik pinjaman perumahan akan menjadi perbelanjaan yang paling besar buat kita setiap bulan untuk jangka masa yang panjang, sekitar 15 atau 25 tahun. Oleh itu, kita perlu membuat perancangan yang teliti sebelum membeli rumah idaman.

Jika awak berazam untuk memiliki sebuah rumah, kaji terlebih dahulu status kewangan awak. Berikut adalah tiga soalan penting yang perlu dipertimbangkan sebelum melaburkan wang membeli rumah idaman:

1. Berapa banyakkah wang yang mampu dikeluarkan daripada simpanan untuk membiayai bayaran pendahuluan dan kos sampingan pembelian sesebuah rumah?

Bayaran pendahuluan ialah wang yang perlu dibayar untuk memastikan awak dapat menjadi pemilik sesebuah rumah yang diidamkan. Lebih tinggi bayaran pendahuluan, maka semakin kecil amaun yang perlu dibayar setiap bulan kepada pihak bank untuk menyelesaikan pinjaman perumahan awak.

Selain itu, kadar bunga yang dikenakan juga lebih rendah. Lazimnya, wang pendahuluan yang sepatutnya dibayar adalah antara 5 - 20% harga jualan rumah tersebut. Walau bagaimanapun, jangan lupa yang awak juga perlu menyediakan wang yang secukupnya untuk yuran guaman, duti setem, insuran dan juga kos pengubahsuaian rumah apabila kunci rumah diserahkan kelak.

Berdasarkan simpanan dan pelaburan yang ada, tetapkan jumlah yang mampu dikeluarkan untuk membeli rumah idaman. Di sini, awak dinasihatkan untuk sekurang-kurangnya menyimpan wang yang menyamai selama 4 hingga 6 bulan perbelanjaan bulanan sebagai simpanan kecemasan. Disamping itu, pastikan awak tidak mengusik wang yang disimpan untuk persaraan kelak, lebih-lebih lagi jika awak kini di peringkat pertengahan umur.

2. Berapa banyak wang yang awak boleh keluarkan daripada pendapatan bulanan untuk meningkatkan kadar simpanan atau untuk membayar pinjaman perumahan awak?

Jika awak sudahpun mempertimbangkan soalan 1 dan mendapati wang yang ada dalam tangan tidak mencukupi, langkah seterusnya ialah untuk meningkatkan kadar simpanan awak. Awak boleh cuba membuka satu akaun simpanan khas untuk pembelian rumah. Pastikan awak memperuntukkan peratusan yang tetap daripada gaji untuk disimpan dalam akaun tersebut setiap bulan. Kaji dengan terperinci perbelanjaan, dan cuba kurangkan perbelanjaan untuk perkara yang tidak perlu seperti barangan mewah, hiburan dan percutian. 

Awak juga perlu tahu jumlah yang mampu dibayar untuk pinjaman perumahan tersebut. Lazimnya, bayaran untuk pinjaman perumahan tidak seharusnya melebihi 30% daripada gaji kasar. Selain itu, pastikan wang awak mencukupi untuk membayar perbelanjaan lain seperti yuran penyelenggaraan, bil air, elektrik dan sebagainya. Cara terbaik untuk mengawal perbelanjaan ialah dengan membuat bajet dan mendisiplinkan diri untuk mengikut bajet yang telah sediakan. 

3. Berapa banyak wang yang boleh dikeluarkan daripada Akaun II KWSP untuk membiayai kos rumah

Periksalah akaun KWSP II untuk mengetahui amaun yang boleh dikeluarkan untuk pembayaran rumah. Ini penting kerana ia dapat meringankan beban pembiayaan rumah yang dibeli. Mengikut laman web KWSP, amaun yang layak dikeluarkan pencarum KWSP adalah seperti berikut:

* Pembelian Individu. Perbezaan di antara harga rumah dengan jumlah pinjaman dan tambahan 10% daripada harga rumah atau semua simpanan dalam Akaun II, mengikut mana yang lebih rendah.

* Pengeluaran bersama suami/isteri, ahli keluarga, atau individu yang lain. Perbezaan di antara harga rumah dengan jumlah pinjaman dan tambahan 10% daripada harga rumah atau semua simpanan dalam Akaun II bagi semua pemohon tertakluk kepada amaun maksima yang layak dikeluarkan. Jika awak memperolehi pinjaman penuh (100%), awak layak mengeluarkan 10% daripada harga rumah atau semua simpanan dalam Akaun II, mengikut mana yang lebih rendah.

Pilih dengan tepat

Apabila selesai mengira kesemua sumber kewangan yang ada berdasarkan soalan-soalan di atas, awak kini sudah bersedia untuk memulakan pencarian rumah baru. Membeli sebuah rumah merupakan satu peristiwa yang sangat penting bagi kebanyakan daripada kita. Pastikan awak mengambil masa yang secukupnya dalam mencari rumah yang diidam-idamkan, iaitu sebuah rumah yang menepati kehendak  serta mampu dimiliki.

Awak mungkin berminat untuk membeli rumah dalam kawasan yang selamat untuk anak-anak, berkedudukan strategik dan berhampiran dengan sekolah, padang permainan dan juga kemudahan-kemudahan lain.

Jenis rumah yang ingin dimiliki juga perlu diambil kira. Mungkin awak lebih berminat dengan rumah teres kerana ia tidak melibatkan yuran penyelenggaraan bulanan dan memberikan lebih ruang untuk anak-anak beriadah.

Sebaliknya, awak mungkin lebih berminat dalam pangsapuri yang menyediakan kawalan keselamatan dan beberapa kemudahan lain seperti gimnasium, kolam renang dan sebagainya. Memandangkan pelbagai faktor yang perlu diambil kira, maka, jangan terburu-buru dalam membuat pilihan, terutama sekali sewaktu ekonomi berada di paras yang tinggi dan menyebabkan pasaran hartanah melonjak naik.

Jika awak membeli rumah pada waktu tersebut, besar kemungkinan awak akan kecewa sekiranya harga rumah yang dibeli turun pada paras yang lebih rendah. Dalam masa yang sama, awak juga bolehlah mula meninjau pakej pinjaman perumahan yang terbaik. Sekarang ini, terdapat saingan sengit di kalangan bank-bank di mana terdapat pelbagai pakej pinjaman yang ditawarkan. Sesetengahnya ada yang agak sukar untuk difahami. Malah, ada juga yang mengelirukan. Oleh itu, pastikan awak meneliti kesemua syarat-syarat dan terma-terma pakej yang ditawarkan.

Membuat pilihan yang tepat, dengan mengambil kira kadar bunga yang dikenakan dan sebagainya, boleh menjimatkan sejumlah wang yang besar. Salah satu pilihan yang baik buat masa ini ialah pinjaman perumahan yang membolehkan awak meletakkan kesemua wang lebihan dalam akaun pinjaman awak dan dalam masa yang sama, masih boleh mengeluarkan wang tersebut jika perlu. Ini boleh membantu mengurangkan kadar bunga dan mempercepatkan bayaran balik jumlah pembiayaan.

Membeli rumah idaman bukan sahaja menimbulkan rasa puas hati dalam diri, malah ia boleh membawa keuntungan dalam jangka masa panjang sekiranya awak membuat pilihan yang tepat dan merancang pembelian dari mula lagi.

You Might Also Like

7 lovely notes

  1. Rumah ni antara yg wajib beli, shikin. Tak dpt besar, kecik pon jadik la kan. Kena tgk bajet. Kena fikir bebetul kan.

    ReplyDelete
  2. tak sabar nak ada rumah sendiri, hasil daripada pendapatan sendiri.

    ReplyDelete
  3. Mempunyai rumah sendiri adalah impian setiap orang tapi kena tengok bajet kita juga la. Karang tak termampu huhu

    ReplyDelete
  4. tak sabar nak beli rumah tapi sekarang duit simpan untuk benda lain dulu

    ReplyDelete
  5. Beli rumah adalah antara decision besar Dan perlu Wang besar dlm hidup Kita. Good tips shikin

    ReplyDelete
  6. Perkongsian yang sangat berguna sis..
    LZ pun dalam proses membeli rumah, sekarang sedang berjimat cermat.

    ReplyDelete
  7. mmg best kalau dpt beli rumah sendiri tp mcm jauh lagi nak dapat..hihi

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧

Let's Talk (NO SPAMMER)

Top Commentators