Sekolah pelik dan unik di dalam dunia

2:41 PM

Assalamualaikum wbt...
Salam menunaikan solat Zuhur pada awak suma.. Sekolah..! Seperti yang kita tahu sekolah menjadi tempat kita untuk menimba ilmu duniawi dan akhirat bagi melengkapkan diri untuk kehidupan di masa depan. Walaupun begitu, setiap negara di dunia nie mempunyai kaedah dan cara pendidikan yang tersendiri untuk diberikan kepada para pelajar. 

Saya nak kongsi pada awak mengenai lima buah sekolah yang boleh dikatakan agak unik dari segi cara pembelajaran dan tempat sekolah tue sendiri..

Jom..


Image result for cube school makoko, lagos africa

Related image

Sekolah terapung Makoko, Lagos, Nigeria - Diperbuat daripada kayu dan bangunan ini sebenarnya terapung di dalam air kerana terletak di kawasan pantai Afrika. Pada asalnya sekolah nie dibina untuk menghalang kenaikan air di kawasan tue. Mempunyai fungsi yang sama seperti sekolah biasa, sekolah ini dilengkapi dengan kemudahan seperti bilik darjah dan awasan permainan untuk para pelajar. Sekolah nie dapat memuatkan 100 orang kanak-kanak dalam satu masa walaupun berada dalam situasi cuaca yang kurang baik. Okey jugak kan sekolah nie, pelajaran dapat diteruskan walaupun berada dalam keadaan banjir..


Image result for imagination school, stockholm


Image result for cube school copenhagen,

Sekolah dalam kiub, Copenhagen, Denmark - Sekolah nie berada dalam sebuah bangunan yang sangat luas dan besar, kapasiti sekolah nie dapat memuatkan 1000 orang pelajar. Setiap pelajaran diajar dalam sebuah kiub kaca yang luas dipanggil gimnasium. Ruang terbuka yang terdapat di dalam bangunan nie dibahagikan kepada beberapa bahagian yang dikenali sebagai drum dengan mempunyai tempat duduk yang selesa untuk pelajar. Ruangan nie dibuat adalah kerana untuk menggalakkan lagi pemikiran kreatif pada pelajar.. Rasa macam nak sekolah kat sini jea.. 



Image result for cave of school, dongzhong

Sekolah dalam gua, Dongzhong, China - Terletak di dalam sebuah gua di kawasan pergunungan kampung Mioa. Masyarakat di sini telah membina sebuah sekolah di dalam gua dengan hanya mempunyai lapan orang guru sebagai tenaga pengajar dan gua nie dapat memuatkan seramai 186 orang pelajar dalam satu-satu masa. Ada sesetengah pelajar nie perlu melalui jalan yang berliku-liku selama enam jam untuk sampai ke gua nie. Walaupun sekolah nie dibina di dalam gua, ianya mempunyai kelengkapan seperti bilik darjah dan bilik darjah ini boleh diubah menjadi gelanggang bola keranjang ketika waktu rehat.. Wow..! Ianya membuktikan pelajaran tue amat penting walaupun mempunyai kepayahan seperti nie, jadi kita nie kena selalu bersyukur kerana dapat pegi sekolah yang serba lengkap.. 


Image result for imagination school, stockholm

Image result for imagination school, stockholm

Sekolah imaginasi, Stockholm, Sweden - Pelajar yang dapat bersekolah di sini mesti takkan rasa bosan disebabkan reka bentuk sekolah nie sendiri yang seakan-akan direka dalam dunia imaginasi mereka. Pelajar di sini boleh dikatakan bebas untuk melakar gunung mengikut kreativiti mereka, meletakkan ituk dalam gua dan bercakap dengan pokok yang ada. Kelainan sekolah nie adalah ianya takde disediakan bilik darjah, yang ada hanyalah ruang yang amat luas untuk para pelajar bereksplorasi. Pelajar di sini menggunakan komputer untuk membuat tugasan mereka dan cara pembelajaran mereka menggabungkan elemen muzik, seni dan tarian.. Okey jugak kan.. 


Image result for brooklyn free school

Image result for brooklyn free school

Sekolah yang bebas buat apa saja, Brooklyn Free School, Amerika - Sekolah ini dibina sebagai sekolah yang mengamalkan sistem pendidikan demokrasi dengan cara para pelajar boleh belajar apa yang mereka benar-benar suka dengan takde pengkhususan, takde ujian dan takde kerja rumah. Kat sekolah nie, pelajar bebas untuk membuat keputusan dalam segala hal dan ini termasuklah dalam urusan disiplin.Tapi macam tak sesuai la pulak kan dengan sistem pendidikan kita..

Unik kan.. 

You Might Also Like

10 lovely notes

  1. style gila sekolah dlam cube tu

    ReplyDelete
  2. Sha suka Sekolah dalam kiub, Copenhagen, Denmark ini.. Nampak sangat menarik..

    ReplyDelete
  3. Kalau kat Malaysia ada sekolah yang bebas untuk buat apa, takde keje sekolah, ujian tu semua entah apa la yang jadi kan kak shikin. Dalam banyak-banyak sekolah la kan kinah rasa sekolah terpung makoko tu paling unik. Boleh terapung tu. Tapi yang menjadi persoalan bila hujan tak tempias ke huhu

    ReplyDelete
  4. Macam2 jenis sekolah ada, hihi. Paling tak masuk akal sekolah yang bebas buat apa saja tu. Haish rosak budak2 kalau dibiar bebas sgt.

    ReplyDelete
  5. cantiknya sekolah dalam cube tu, tapi teringin nakpi yang sekolah terapung dengan yg dalam gua haha

    ReplyDelete
  6. menarik juga sekolah2 mcm ni ... kalau lah di Malaysia pun ada sekolah mcm ni ...

    ReplyDelete
  7. menarik sangat sekolah ni. kalau ada macam rasa kanak2 tak mau balik rumah ni hahahahha

    ReplyDelete
  8. Copenhagen tu paling best pada Aida. Kelassss gitu!
    Mereka ada tujuan tertentu utk pelajar. Da nama nya pon skola kan. Ilmu ni kita sampaikan dgn Cara yg berbeza. Persekitaran... Terpulang kpd parents how to choose.

    ReplyDelete
  9. sekolah yg kat Denmark memang best. nak pergi sekolah pun rasa semangat..hihi

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧

Let's Talk (NO SPAMMER)

Top Commentators